Memaparkan catatan dengan label lebam bawah mata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lebam bawah mata. Papar semua catatan

Jom Semak Tips & Cara Pakai dan Sapu Krim Mata Yang Betul

Cara Pakai dan Sapu Krim Mata Yang Betul
Cara Pakai dan Sapu Krim Mata Yang Betul
Dah pakai krim mata berjenama yang berharga ratusan ringgit, setiap hari dioles ke bahagian mata yang sembab dan berkedut tapi tanda penuaan tetap tidak hilang sedikit pun. Jadi, di mana salahnya?

Menurut pakar kecantikan kulit Victoria Piotrowski, cara menyapu krim mata itu jika salah cara akan melambatkan efek produk dalam memperbaiki kerosakan kulit di sekeliling mata.

Pemakaian cream mata mampu membantu memperbaiki penampilan. Tetapi, disebabkan kulit di bawah mata sangat nipis dan halus, kita perlu memakai krim mata dengan berhati-hati.

Menggosok kawasan mata dengan kasar boleh memperburukkan lagi keadaan dan menyebabkan timbulnya garis-garis halus dan kedutan. Pemakaian cream mata, tak kira siang ataupun malam memerlukan proses pemakaian yang tepat.

Memperkenalkan Youth Restoring Eye Treatment.

Mempunyai 'cooling tip' untuk merangsang peredaran mikro bagi tujuan mengekalkan kesegaran mata, mengurangkan tanda merah-merah di bawah mata dan mengurangkan mata sembap. Dah ada 'cooling tip' ni kita tak perlu dah nak guna timun, kentang atau uncang teh kat mata lagi!

Tips Pakai Krim Mata Yang Betul
Tips Pakai Krim Mata Yang Betul

Perbezaan Krim Mata Youth Shaklee :

  • mengandungi campuran peptida unik yang ditunjukkan dalam kajian klinikal untuk mengurangkan penampilan garisan halus, kedutan dan garisan pada bahagian mata seawal 7 hari
  • mengurangkan mata sembab dan lingkaran hitam bawah mata
  • membantu menghaluskan kontur mata, menganjalkan dan menghidratkan
  • mempunyai tip penyejuk unik yang menyegarkan dan memberi tenaga kepada kawasan sekitar mata dengan urutan lembut semasa aplikasi
  • diuji oleh ahli oftalmologi
  • tidak menyumbatkan liang pori
  • diuji oleh ahli dermatologi.

Kandungan krim mata Youth :

  • Peptide Blend meningkatkan penghasilan kolagen baru.
  • Licorice Root Extract mencerahkan lingkaran gelap.
  • Vital Repair+ dengan antioksida vitamin A, C, E, melindungi dari radikal bebas.
  • Hyaluronic Acid mengikat kelembapan pada kulit
  • Cooling tip mengurut lembut di sekitar kawasan mata.

BONUS: Bersempena dengan pelancaran Youth Restoring Eye Treatment bulan ini, dapatkan Youth Restoring Eye Treatment Leaflet (sementara stok masih ada).

Buat pilihan bijak demi kecantikan mata anda.

Nak krim mata ini?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Krim Mata Berkesan Untuk Belia Graduan Universiti Baru Bekerja

Krim Mata Berkesan Untuk Belia Graduan Universiti Baru Bekerja

Krim Mata Berkesan Untuk Belia Graduan Universiti Baru Bekerja | Tahniah kepada para graduan universiti yang sudah selesai konvokesyen. Jadi sekarang adalah peringkat korang mula mencari kerja. Mungkin ada sesetengah tu dah pun bekerja kan?

Untuk korang yang sedang cari kerja, apabila dah dapat tawaran bekerja tu peringkat seterusnya adalah mula lah cari keperluan harian nak pergi kerja. Baju, tudung, kasut semua masuk dalam senarai barang nak beli. Korang kena tahu, antara perkara yang sangat penting sekarang adalah produk kecantikan muka terutamanya bahagian kecantikan mata.

Sebab kita nak pergi bekerja dengan keadaan yang kelihatan cantik, ceria dan segar. Baru lah kita bersemangat nak bekerja seharian waktu. Orang tengok kita pun rasa best je.

Apabila kita pergi kerja pakai mekap, kadang malam tak sempat nak tanggalkan mekap sebab kadang tidur dengan keletihan. Kalau tidur lambat pula, mula lah mudah je mata nak jadi eyebag atau lingkaran hitam bawah mata. Bangun pagi lagi lah tension bila ada eyebag. Rileks. Korang sesuai sangat lah gunakan krim mata terbaik di Malaysia ni iaitu Youth Restoring Eye Treatment.

Youth Skincare Restoring Eye Treatment ni kelebihannya memang berbeza sangat sebab

  • mengandungi campuran peptida unik yang ditunjukkan dalam kajian klinikal untuk mengurangkan penampilan garisan halus, kedutan dan garisan pada bahagian mata seawal 7 hari
  • mengurangkan mata sembab dan lingkaran hitam bawah mata
  • membantu menghaluskan kontur mata, menganjalkan dan menghidratkan
  • mempunyai tip penyejuk unik yang menyegarkan dan memberi tenaga kepada kawasan sekitar mata dengan urutan lembut semasa aplikasi
  • diuji oleh ahli oftalmologi (pakar mata)
  • tidak menyumbatkan liang pori (bukan produk comodegenic)
  • diuji oleh ahli dermatologi (pakar kulit)

Lagipun kelebihan krim mata Shaklee Youth ni bersifat anti-penuaan.

Ada tambahan lagi

  • Peptide Blend yang akan tingkatkan penghasilan kolagen baru.
  • Licorice Root Extract untuk mencerahkan lingkaran gelap (dark circle).
  • Vital Repair+ dengan antioksida vitamin A, C, E, melindungi dari radikal bebas.
  • Hyaluronic Acid untuk mengikat kelembapan pada kulit
  • Cooling tip applicator, untuk mengurut lembut di sekitar kawasan mata.

Dalam masa singkat ja boleh nampak kesan. Ye lah, sebab kandungan bahan semulajadi kan? Macam akak-akak (dan juga abang-abang) kat bawah ni semua pakai











Produk ni baru dilancarkan bulan lepas jadi bersempena dengan pelancaran Youth Restoring Eye Treatment, ada pakej Radiance Set dengan diskaun 20% bagi Youth Activating Serum, Advanced Renewal Night Cream (Rich) dan kapsul Radiance C+E

Pembelian Radiance Set ni jimat RM 172 dan melayakkan korang terus automatik menjadi ahli Shaklee secara FREE (jimat lagi RM65)

Korang baru mula bekerja jadi jika masih under budget dan hanya nak dapatkan Youth Restoring Eye Treatment sahaja, 1 tiub harga RM 243.75

Jika berminat boleh hubungi kami 
untuk terus mendapatkan promosi Youth Restoring Eye Treatment ini

 Beli Krim Mata Youth Restoring Eye Treatment Shaklee Whatsapp Online

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Photo by shalom-mwenesi on Unsplash
Teruskan Membaca

8 Kesalahan Ketika Bersihkan Mekap Mata | No.2 Sering Dibuat

8 Kesalahan Ketika Bersihkan Mekap Mata
8 Kesalahan Ketika Bersihkan Mekap Mata
8 Kesalahan Ketika Bersihkan Mekap Mata | Mencuci eye makeup harus dibuat dengan cara yang betul. Rekahan boleh berlaku di sekeliling kulit mata kerana ianya paling nipis dan perlu dijaga dengan rapi.

8 Kesalahan Ketika Bersihkan Solekan Mata

1. Menggosok terlalu kasar. Akibatnya kemerahan dan rasa gatal yang boleh menyebabkan pengelupasan dan kekeringan pada jangka masa yang lama.

Untuk mencuci mekap dengan mudah dan cepat tanpa rasa sakit, rendamkan kapas dengan dual-phase (hybrid water and oil) eye-makeup remover kemudian lapkan secara lembut di atas mata. Minyak tersebut membantu untuk menanggalkan solekan dan membantu menghilangkan mekap daripada kulit serta bulu mata.

2. Menggunakan pencuci wajah biasa pada mata. Pencuci wajah yang klasik yang berbuih dengan banyak boleh menyebabkan kekeringan pada kulit, apatah lagi pada mata. Sabun yang berlebihan di bahagian mata adalah tidak disarankan. Cuba cari eye makeup wipes yang lembut dan melembapkan.

BACA Pencuci wajah 3 in 1

3. Menggunakan kapas dengan cara yang salah. Sapu garis mata dengan lembut dari inner corner mata dan keluar.

4. Tidak membersihkan muka setelah menanggalkan solekan mata. Cuci wajah selepas menanggalkan eye makeup.

5. Menggunakan bahagian kapas yang sama berulang kali. Gunakan kapas sepenuhnya untuk menyapu bahagian mata. Jika makeup masih ada, lipatkan kapas itu kepada setengah dan kemudian suku. Gunakan kedua-dua bahagian yang bersih.

6. Menggunakan bahagian kapas yang kotor pada malam seterusnya. Kapas itu boleh meresap bakteria melalui bahagian yang sebelahnya. Demi menjaga kecantikan, sentiasa mulakan dengan kebersihan.

7. Bukan sehingga bahagian kening. Kebiasaannya, eye pencils adalah diperbuat dari wax, jadi formulanya selalu melekat ke dalam bulu kening dan susah untuk ditanggalkan. Untuk menanggalkan kesemuanya sekali, eye makeup remover yang mempunyai oil and water-based diperlukan.

8. Menggunakan face scrub di bahagian mata. Apa saja jenis face scrub boleh menyebabkan micro tears atau saluran darah pecah, yang juga boleh berpunca kepada jangkitan.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua.

Nak order Shaklee?
Whatsapp kami


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Photo by Sydney Sims on Unsplash
Teruskan Membaca

Urutan & Senaman Mata Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Urutan dan senaman mata untuk hilangkan lingkaran hitam gelap bawah mata
Urutan dan senaman mata untuk hilangkan lingkaran hitam gelap bawah mata
Urutan & Senaman Mata Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata | Mata yang jelita adalah idaman setiap wanita. Dalam kesibukan menyelesaikan tugas seharian, berikut cara untuk melakukan senaman mata yang ringkas dan mudah.

Tujuan senaman mata

Memperbaiki koordinasi mata supaya tidak berlaku kecacatan akibat stress pada mata.
Merehatkan mata selepas aktiviti yang meletihkan otot-otot mata seperti selepas menggunakan gajet dengan jangkamasa yang lama.

Urutan hilangkan Lingkaran Hitam / Gelap Bawah Mata

Urutan hilangkan Lingkaran Hitam / Gelap Bawah Mata
Urutan hilangkan Lingkaran Hitam / Gelap Bawah Mata

1. Mulakan mengurut dengan jari dari sudut bawah mata dan bawakannya ke arah hidung.
2. Kemudian untuk atas mata dari bahagian hidung dan korang sapukannya terus ke arah sudut luar, di bawah kening mata.
3. Lakukannya beberapa kali. Korang akan terasa segar lepas urutan ini dibuat.

Senaman untuk mata

1. Latihan fokus

Senaman urutan mata
Senaman urutan mata

Latihan ini memerlukan duduk dengan selesa di atas kerusi dengan tempat bersandar untuk sokongan belakang dan sesuai.
Senaman ini dapat menambah fokus serta dapat mengurangkan masalah rabun dekat kepada mata.

Selepas 20 minit melakukan aktiviti yang menambah stress ke mata, boleh lakukan aktiviti berikut:
Lemparkan pandangan ke tingkap atau ke luar bangunan , kepada objek yang berada 15-20 kaki jauh dengan tempoh 13-20 saat. Ulang sebanyak 2-3 kali sebelum kembali kepada kerja.
Tegakkan jari atau pegang pen/pensil di hadapan dengan meluruskan lengan. Kemudian gerakkan ke arah hidung dengan pergerakan lurus, sambil mata tertumpu kepada jari atau pen/pensil tadi. Ulang sebanyak 5-10 kali setiap latihan dan 2-3 kali setiap hari.
Pegang pen/pensil rapat dengan mata dan fokuskan selama 5 saat. Kemudian fokus pandangan kepada objek jauh (10 kaki) selama 5 saat. Kemudian fokus semula kepada pensil tadi. Ulang sebanyak 5 kali.

2. Latihan regangan
Latihan ini bertujuan memperbaiki koordinasi otot-otot mata. Pastikan kepala dalam keadaan tidak bergerak (statik) dan pergerakan hanya melibatkan pandangan sahaja.

Tumpukan pandangan kepada kening dan gerakkan pandangan dalam bentuk bulatan mengikut arah jam. Ulang 2-3 kali, kemudian tukar arah (lawan jam) dan ulangkan 2-3 kali.

3. Latihan merehatkan mata

Senaman urutan mata
Senaman urutan mata
Tujuan latihan ini adalah untuk merehatkan mata selepas penggunaan mata yang berterusan. Latihan ini boleh dilakukan semasa duduk tegak atau terbaring.

Gosok kedua-dua telapak tangan sehingga agak hangat. Kemudian tutup mata dan tekap telapak tangan ke kedua-dua belah mata dengan menutup sepenuhnya mata tanpa menekan. Biarkan dalam keadaan demikian – iaitu tidak melihat apa-apa hanya kegelapan, selama beberapa minit sambil bernafas dengan perlahan.
Tutup mata dan urut perlahan mata dengan gerakan pusingan (bulatan)
Gunakan penutup mata yang tebal dan tutup mata selama 3-5 minit supaya tidak dapat melihat sebarang cahaya (gelap pekat) sambil bernafas secara perlahan dengan tarik nafas yang dalam.

Semoga perkongsian urutan dan senaman untuk mata ini dapat membantu para pembaca sekalian.

Nak Shaklee?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Photo by Hannah Tasker on Unsplash
Teruskan Membaca

6 Cara Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata atau Mata Panda

Cara Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata atau Mata Panda
Cara Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata atau Mata Panda
Saat menatap wajah di cermin, ternampak mata sembab! Pastinya gara-gara tidak cukup tidur. Jangan risau. Mata yang sembab boleh di atasi dengan cara yang mudah.

Antara ciri-ciri mata sembab:

i. Bluish Dark Circle
Kebiasaanya, pada individu yang berkulit putih merah (cool undertone). Contohnya: Orang Cina/Caucasian

ii. Brownish Dark Circle
Terjadi pada mereka yang berkulit putih kuning dan kulit paling gelap (warm undertone). Contohnya: Orang Melayu dan India.

Beberapa teknik solekan yang boleh dicuba.

1. Sebelum mengenakan solekan, kedapkan kawasan mata menggunakan uncang teh yang telah disejukkan terlebih dahulu (selama 8 minit).

Pada masa yang sama, berbaringlah dengan bahagian kepala ditinggikan sedikit (menggunakan bantal yang tinggi). Ini membantu lebihan bendalir di sekitar mata mengalir dengan lebih cepat. Selepas itu, alihkan uncang teh tersebut dan cuci wajah.

2. Kemudian, sapukan krim pelembap di wajah.
Pilihlah produk dengan kandungan yang tidak mudah yang berfungsi meredakan kerengsangan mata sembab.

3. Jangan lupa sapukan gel mata di sekitar bawah mata dan pada kelopak mata.
Biarkan ia selama 5 minit agar ia menyerap sepenuhnya pada sekitar mata.

Baca Juga : Krim Eye Treatment Youth

4. Penggunaan ‘concealer’ bertujuan untuk menutup sembab mata sebelum menggunakan bedak asas.
Sapuan ‘concealer’ tidak boleh terlalu tebal untuk menutup sembab mata kerana ia akan menjadi tompokan berkerut. Pilih ‘concealer’ yang sama warna dengan bedak asas agar kelihatan semulajadi. Kemudian, gunakan bedak asas hanya pada sudut dalam dan luar mata.

5. Gunakan berus yang lebih kecil untuk menyapu pembayang mata yang sama betul-betul di garisan bawah mata.
Setelah itu, barulah sapukan pembayang mata daripada rona senada dengan kelopak mata menggunakan berus.

6. Tidak perlu menggunakan eyeliner kerana ia hanya akan membuatkan mata sembab kelihatan lebih ketara. Gunakan pelentik bulu mata dan sapukan maskara hitam.

Dah terbongkar rahsia cara nak hilangkan lingkaran gelap bawah mata.
Diharap para pembaca mendapat manfaat daripada entri ini.

Nak order Shaklee?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Photo by Andre Guerra on Unsplash
Teruskan Membaca

9 Tips Hilangkan Kedutan Bawah Mata | No.4 Cara Paling Mudah

Tips Hilangkan Kedutan Bawah Mata
Tips Hilangkan Kedutan Bawah Mata
Bagi wanita yang meningkat usia, kedut bawah mata adalah salah satu tanda penuaan yang sering diatasi. Berikut antara cara untuk menghilangkan kedut bawah mata.

1 : Jauhi Sinaran Matahari
Sinaran matahari adalah penyebab nombor satu yang menyumbang kepada kedutan.

2 : Pakai Sunscreen!
Digalakkan memakai sunscreen yang sesuai bagi mengurangkan kesan sinaran matahari kepada kulit.
Baca 3 in 1 (Moisturizer + Sunscreen + Sunblock) Youth Skincare

3 : Amalkan “Grape Seed Oil”
Minyak grape seed mempunyai kualiti untuk melembabkan kulit, terutamanya untuk kulit di sekeliling mata. Minyak grape seed sangat kaya dengan antioksidan (proanthocyanidins), yang membantu untuk melambatkan proses penuaan, salah satunya yang disebabkan oleh kedutan di sekeliling mata.
Baca Juga 3 Bonus Vita-E + Grape Seed

4 : Tidur yang Mencukupi
Hormon kortisol yang memusnahkan sel kulit akan lebih banyak dihasilkan oleh badan sekiranya badan tidak dapat tidur yang mencukupi. Sel kulit yang musnah akan lebih mudah berkedut, jadi tidurlah secukupnya.

5 : Makan Lebih Soya
Amalan pemakanan soya boleh membantu mengurangkan kesan matahari kepada kedutan wajah. Pengambilan soya selama sekurang-kurangnya 6 bulan membantu memperbaiki tekstur kulit dan kedutan.
Baca Sini Soya ESP anti-kedutan

6 : Berhenti Merokok!
Kajian menunjukkan kandungan nikotin dalam rokok mengurangkan keanjalan kulit, menyebabkan kedut lebih mudah timbul.

7 : Pastikan Kawasan Bawah Mata Sentiasa Lembap
Sama ada gunakan moisturizer dengan teknik sapuan yang betul, atau sekali sekala gunakan terapi timun. Timun akan memberikan efek penyejukan kepada mata dan menyebabkan kedutan akan kurang kelihatan, dan mata akan nampak segar tanpa sembab.

8 : Putih telur sebagai masker
Sapuan sedikit putih telur sebagai masker di kawasan bawah mata boleh membantu menghilangkan kedutan.

9 : Jangan terlalu lama menghadap skrin gajet
Mata menjadi letih dan menyebabkan kedutan. Rehat selepas 30 – 60 minit dengan memandang kehijauan atau memejamkan mata seketika.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk semua.

Nak Shaklee?
Boleh hubungi kami


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Photo by rawpixel on Unsplash
Teruskan Membaca

Ketahui Punca dan Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Punca dan Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata
Punca dan Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Punca dan Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata | Garisan hitam bawah mata akan ketara seiring meningkatnya usia. Ianya terjadi apabila kulit kehilangan serat elastik (elastin) dan protein pelindung (kolagen).

Punca Lingkaran Gelap Bawah Mata

1. Alahan dan Masalah hidung tersumbat
Walaupun masalah hidung tersumbat kedengaran remeh, sebenarnya urat yang berhubung dari kawasan sekeliling mata hingga ke dalam hidung mengembang dan menjadi gelap. Ini termasuk alahan kepada makanan serta alahan terhadap persekitaran.

2. Kekurangan Vitamin
Ini kerana kulit adalah organ yang paling besar pada badan manusia. Jika terdapat kekurangan zat yang menyebabkan keadaan badan kita bermasalah, kulit yang akan mendapat tempiasnya. Kemungkinan kekurangan vitamin B12, E, K, dan D.

3. Keturunan
Seseorang individu itu mewarisi lapisan bawah mata yang terlalu nipis sehingga urat-urat di bawah lapisan kulit bawah mata terlihat lebih menonjol, menyebabkan kompleksi tona wajah menjadi gelap. Inilah sebab mengapa lingkaran gelap itu lebih menyerlah.

4. Lemah Hati
Jika organ hati tidak dapat berfungsi dengan baik, adalah sukar bagi tubuh untuk menghapuskan serta menyahtoksin daripada badan. Ramai yang mengakui mereka dapat melihat perbezaan lebih baik terhadap penampilan lingkaran gelap bawah mata mereka selepas melakukan pembersihan hati dan detoksifikasi.
 Detox Hati

8 cara untuk menghilangkan lingkaran hitam bawah mata

1. Menggunakan pelindung matahari spektrum luas.Youth Eye Treatment
2. Mengelak pergi ke pusat menggelapkan kulit ( tanning salon )
3. Memakai cermin mata hitam dan topi.
4. Tidak merokok, atau berhenti merokok.
5. Minum air yang cukup.
6. Menggunakan pelembap kulit. Kerana kulit di sekitar mata mengandungi sangat sedikit kelenjar minyak , ia adalah terutamanya mungkin kering.
7. Mengamalkan diet kaya buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin. Cranberry, blueberry , strawberi, dan raspberi mengandungi kepekatan tinggi antioksidan yang boleh melindungi kulit. Senaman yang kerap membantu melegakan tekanan.
8. Pengambilan suplemen kolagen untuk membantu melambatkan proses penuaan. Collagen Powder

Anda dah tahu punca dan cara lingkaran hitam bawah mata.
Semoga perkongsian ini dapat membantu masalah anda.

Nak produk Shaklee?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

7 Tips Hilangkan Mata Panda dan Lingkaran Hitam Bawah Mata

7 Tips Hilangkan Mata Panda dan Lingkaran Hitam Bawah Mata
7 Tips Hilangkan Mata Panda dan Lingkaran Hitam Bawah Mata 

Lingkaran gelap bawah mata boleh membuatkan seseorang itu kelihatan tua dari usia sebenar. Masalah ini dapat diselesaikan dengan 7 tips dan petua mudah berikut.

1 : Amalkan selalu minum air suam
Elakkan pengambilan ais. Anda boleh cuba minum 4 gelas sehari, selang 2 jam satu gelas. Kemudian, gandakan 8 gelas setiap hari. Minum air suam boleh membantu dalam pembuangan toksik dan membantu untuk mengurangkan kandungan toksik kotor di bawah mata.

2 : Timun dan Tomato sebagai eyemask
Hiriskan halus dan tekapkan di mata semalaman atau 30 minit. Anda boleh memilih untuk menggunakan timun atau tomato kerana kedua ini membantu untuk mencerahkan serta memberi kesegaran mata anda yang lesu.

3 : Hijau-kehijauan
Oksigen dan ketenangan membantu mata anda berehat. Ambil masa rehat 10-15 minit sebelum kembali melakukan tugas anda. Amalkan setiap 30 minit mengadap komputet, tv, alihkan pandangan anda. Beli lah pokok kecil hidup dan letak di meja kerja.

4 : Tidur yang secukupnya
Apabila tidur cukup, bukan sahaja mata sihat, tubuh badan luaran dalaman semuanya akan sihat.

5 : Eye cream
Amalkan setiap pagi petang dan juga selepas tidur. Jika anda perasan, kulit sekitar mata amatlah nipis, jadi ambil masa untuk merawat nya. Paling utama adalah SABAR.

BACA JUGA produk baru eye treatment

6 : Uncang teh sebagai penyejuk mata
Jangan terus buang uncang teh itu, sebaliknya gunakan ia untuk penyejuk mata. Jangan guna uncang teh yang telah dicampurkan gula atau susu. Letak di bahagian mata selama 30 minit dan bilas dengan air suam. Pasti mata rasa segar!

7 : Jangan minum air 1-2 jam sebelum tidur
Bagi mengelakkan lingkaran bawah mata ini. Kerana ia akan menyebabkan penyimpanan air di bahagian bawah mata.

Anda dah tahu tips untuk hilangkan mata panda dan lingkaran hitam bawah mata.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menghilangkan mata panda dan lingkaran hitam bawah mata.

Nak produk Shaklee?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Kenali 5 Masalah Kecantikan Mata Yang Paling Ditakuti Wanita

masalah lingkaran hitam bawah mata wanita
Masalah lingkaran hitam bawah mata wanita
MATA berperanan penting menjadikan individu tampak cantik dan menawan. Namun terasa sedikit gusar jika mata kelihatan sembab dan ada lingkaran hitam bawah mata.

Apakah cara untuk memastikan mata sentiasa sihat dan cantik? Mata memerlukan penjagaan rapi termasuk pengambilan vitamin akan menambahkan kesempurnaan pancaindera itu.

Pelbagai vitamin di pasaran yang boleh membantu mencantikkan mata. Vitamin boleh membantu membentuk sel mata yang lebih baik dan kuat. Begitu juga kanta lekap beraneka warna membantu meningkatkan seri mata.

BACA : 5 Jenis Vitamin Yang Dapat Hilangkan Garis-Garis Halus Di Sekitar Mata

1. Mata Kelihatan Lebam dan Tampak Gelap
Mata terletak dalam soket mata. Soket mata adalah lubang pada tengkorak yang di kelilingi tulang tipis dan berlubang kecil dipanggil cribriform. Ia juga dikelilingi sekeping lelemak yang di namakan tarsal plate. Tarsal plate ini mengelilingi mata kita. Lemak mata bergerak sekeliling mata melalui jaringan salurannya yang dinamakan saluran limfatik.

Saluran limfatik mata akan bersambung pula dengan jalinan limfatik pada maxilla (pipi), telinga dan lain-lain bahagian tubuh.

Apabila saluran ini tersumbat, banyak lemak akan terkumpul. Lemak yang menjadi keras akan membuat mata kelihatan bengkak dan cengkung. Jika saluran darah tersebut pecah, ia menjadikan mata kelihatan lebam dan tampak gelap.

2. Mata Tampak Cengkung dan Berlekuk
Ini akibat masalah mempunyai lapisan lemak pada tarsal plate, menipis dan akhirnya hilang menyebabkan bawah mata tampak cengkung dan berlekuk.

3. Lingkaran Gelap Bawah Mata
Masalah biasa yang menghantui wanita ialah kewujudan lingkaran gelap yang menyebabkan mata kelihatan bengkak, tampak lebih tua daripada usia sebenar, penat dan lesu.

4. Garis Halus Sekitar Mata
Individu berumur 35 tahun ke atas akan mengalami masalah crow feet, iaitu garis halus atau kedutan pada bahagian mata.

5. Alahan Kelopak Kulit Mata
Ini akibat ekzema yang berlaku disebabkan alahan terhadap makanan tertentu atau alat kosmetik yang digunakan. Akibat digosok berulang kali kerana mata gatal, mata turut kelihatan merah dan pedih.

Semoga perkongsian ini dapat membantu para pembaca mengenali masalah lingkaran hitam bawah mata dengan lebih mendalam.

Nak tanya pasal Shaklee?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Skincare Youth Restoring Eye Treatment : Testimoni & Review

Skincare Youth Restoring Eye Treatment : Testimoni & Review
Skincare Youth Restoring Eye Treatment : Testimoni & Review

Skincare Youth Restoring Eye Treatment - Kami sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua mengenai produk baru didalam rangkaian skincare Youth Shaklee ini.

Youth Restoring Eye Treatment mengandungi campuran peptida unik yang terbukti di dalam kajian klinikal mengurangkan garisan dan kedutan yang kelihatan di sekeliling mata seawal 7 hari*

*hasil daripada kajian klinikal yang didapati melalui penggunaan 2 kali sehari selama 28 hari melibatkan 36 orang subjek

Youth Restoring Eye Treatment mempunyai metal cooling tip unik yang merangsang dan menyegarkan kawasan mata dengan aplikasi urutan lembut.

Restoring Eye Treatment diformulasikan dengan pelembap berkuasa tinggi dan bahan botanikal anti-penuaan termasuk campuran peptida, ekstrak licorice dan hyaluronic acid, termasuk ekstrak anggur muscadine dan Vital Repair®+ Complex.

✔ Campuran peptida membantu untuk menyokong pengeluaran kolagen dan pembaharuan sel.
✔ Ekstrak Licorice digunakan untuk mengurangkan garis hitam yang kelihatan pada mata.
✔ Lotus Japonicus dan Schisandra Chinesis bantu menyokong pengeluaran kolagen, elastin dan fibrillin. Juga membantu membekalkan lebih nutrien dan tenaga kepada struktur kulit.
✔ Hyaluronic acid ialah penghidrat yang hebat.
✔ Anggur Muscadine dan Vital Repair®+ Complex membekalkan perlindungan daripada elemen kerosakan kolagen dan elastin.

Youth Restoring Eye Treatment juga sesuai untuk pemakai kanta lekap kerana kesemua produk skincare YOUTH adalah
✔ Diuji oleh Ophthalmologist (pakar mata)
✔ Non-komodogenik (bukan produk yang menyebabkan jerawat)
✔ Diuji oleh Dermatologi (pakar kulit, kuku, rambut dan penyakitnya)

Cortney Kern antara salah seorang subjek di dalam kajian klinikal Youth Restoring Eye Treatment. Beliau sangat berpuas hati dengan keputusan menggunakan Youth Restoring Eye Treatment selepas 30 hari.

Setelah menggunakan Youth Restoring Eye Treatment di dalam ujian klinikal, mereka mendapati Youth Eye Treatment boleh mengurangkan mata sembab dan lingkaran hitam, membantu menghilangkan kedutan di sisi luar mata serta menegangkan dan menghidratkan mata.

Youth Restoring Eye Treatment digunakan selepas memakai toner. 1 tiub boleh bertahan sehingga 60 hari.

Hasil testimoni setelah menggunakan Youth Eye Treatment

Skincare Youth Restoring Eye Treatment : Testimoni & Review
Skincare Youth Restoring Eye Treatment : Testimoni & Review

Skincare Youth Restoring Eye Treatment : Testimoni & Review
Skincare Youth Restoring Eye Treatment : Testimoni & Review

Skincare Youth Restoring Eye Treatment : Testimoni & Review
Skincare Youth Restoring Eye Treatment : Testimoni & Review

Selepas 30 hari, beliau mendapati telah berlaku penghidratan keseluruhan pada kulit di sekitar mata. Lipatan kelopak mata juga diperketatkan terdapat pengurangan ketara pada kelopak mata yang kendur.

Sempena produk baru Eye Treatment ini,
Promosi 20% dengan belian Eye Treatment di dalam Radiance Set Youth

Boleh hubungi kami

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Ketahui Punca dan 7 Tips Hilangkan Lebam Bawah Mata (Eyebag)


Lebam Bawah Mata. Adakah anda mengalami masalah lebam bawah mata?

5 punca terjadinya lebam bawah mata.

1. Faktor Keturunan
Bentuk lebam bawah mata bagi setiap individu bergantung kepada faktor keturunan. Jika faktor keturunan kebiasannya ahli keluarga atau saudara terdekat juga boleh mengalaminya.

2. Faktor Alergi
Kemungkinan jika anda mempunyai alahan kepada mata dan mengosok-gosok mata sehingga lebam juga boleh menjadi punca kepada lebam bawah mata.

3. Faktor Keletihan
Kebanyakkan lebam bawah mata adalah kerana faktor keletihan. Faktor ini terjadi akibat kekurangan tidur, mungkin kerana sibuk dengan kerja yang banyak.

4. Faktor Usia
Kulit akan kehilangan kolagen dan wajah mulai berkedut di makan usia. Oleh itu, penting untuk anda mengamalkan penjagaan wajah agar kekal awet muda sentiasa.

Baca juga : 8 panduan pemilihan produk kolagen

5. Faktor Kekurangan Zat Besi
Kulit wajah akan menjadi lebih pucat kerana kekurangan zat besi. Ini menyebabkan pembuluh-pembuluh darah di bawah mata lebih jelas kelihatan.

Atasi Masalah Lebam Bawah Mata Dengan Petua Berikut:

  • Campurkan perahan jus lemon dengan sedikit air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata 2 kali sehari. Lakukan setiap hari.
  • Basuh uncang teh yang telah digunakan dan simpan ke dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Letakkan uncang teh yang sejuk di atas mata. Biarkan selama 15-30 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.
  • Kupas serta bersihkan dan potong kentang nipis-nipis. Lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.
  • Sapu air sejuk dari peti ais di bahagian bawah kelopak mata setiap pagi selepas bangun dari tidur.
  • Bancuh sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan adunan tersebut pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya.
  • Sapukan minyak sapi pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci muka hingga bersih. Amalkan selalu sebelum tidur.
Suplemen Shaklee Collagen Powder terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas penggunaan selama 8 MINGGU,keputusan menunjukkan kulit lebih baik secara menyeluruh:

90% -meningkatkan kelembapan kulit
75% -mengurangkan kedutan dan kekeringan
71% - meningkatkan dalam penampilan keseluruhan
69% - meningkatkan kelembutan dan kelicinan
60% - meningkatkan pemakaian kekal mekap
55% - meningkatkan keanjalan,keegangan dan elastisiti
54% - meningkatkan ketebalan rambut
50% - meningkatkan keserian,tona dan warna kulit
18% - mengurangkan garis-garis halus dan kedut-kedutan

Yang istimewa lagi Shaklee Collagen Powder ni dapat turut menyokong kesihatan sendi dan kuatkan tulang disamping kekalkan otot mata supaya lembut.

Jom lihat TESTIMONI

Jom hilangkan lebam bawah mata. 
Ada promosi Collagen Powder sepanjang bulan Jun ini.
Hubungi kami


Nak lagi EXCLUSIVE dan TEBALKAN POKET ANDA, daftar ahli Shaklee dulu secara online
👇👇👇👇

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

5 Jenis Vitamin Yang Dapat Hilangkan Garis-Garis Halus Di Sekitar Mata


Faktor usia serta banyak faktor lain boleh menyumbang atau menyebabkan mata tidak dapat bekerja secara optimum ataupun semakin berkurangan keindahannya. Biarpun tubuh kita memiliki sistem sendiri untuk menjaga keindahan mata daripada kerosakan, namun kita perlu menjaganya agar penglihatan tetap sihat.

Selain itu, kita juga perlu memberikan bahan ataupun makanan yang tepat untuk kesihatan mata.Jangan abaikan kepentingan pengambilan zat yang boleh diperoleh dari buah-buahan dan sayur-sayuran yang mampu menjaga kesihatan mata.

Berikut beberapa vitamin untuk mata yang sangat diperlukan untuk membantu kesihatan mata.

Vitamin Untuk Mata

1. Vitamin A
Vitamin A merupakan vitamin untuk mata yang paling bagus dan terdapat banyak pada sebahagian besar makanan yang kita makan. Lobak merah berada di kedudukan paling atas makanan terbaik untuk kesihatan mata. Lobak merah mengandungi vitamin A dan beta karoten yang meningkatkan kesihatan mata secara keseluruhan. Selain itu, lobak merah juga kaya dengan serat dan kalium yang baik untuk kesihatan mata.Di samping itu, bukan hanya lobak merah sahaja mempunyai vitamin untuk mata, sebaliknya ubi jalar, betik dan banyak jenis buah-buahan lain yang mengandungi nutrisi ini. Kekurangan vitamin A untuk mata boleh menyebabkan rabun malam atau menurunnya penglihatan di malam hari.

2. Vitamin C & Vitamin E
Sinaran matahari sememangnya boleh menyebabkan kerosakan pada mata kerana sinar UV-nya yang berbahaya. Vitamin C dan E adalah dua nutrisi yang bersifat antioksidan, yang membantu menyerap sebahagian dari molekul peosak dari radiasi matahari. Perkara ini juga sama dengan ‘lutein’ dan ‘zeaxanthin’ yang juga membantu mencegah penyakit katarak dan ‘degenerasi makula’.Buah oren terkenal kerana sumber vitamin C yang tinggi, namun lada benggala merah ternyata memiliki kandungan vitamin C, tiga kali ganda lebih banyak. Brokoli juga tinggi mengandungi vitamin ‘asid askorbat’. Kacang-kacangan, ubi jalar, sayur-sayuran berdaun hijau, dan jenis minyak jenis tertentu seperti minyak bunga matahari, biji gandum dan minyak zaitun tinggi mengandungi vitamin E.

3. Asid Lemak Omega 3
Omega 3 DHA dan EPA adalah sejenis asid lemak iaitu nutrien yang sangat penting kepada retina mata dan otak .DHA dan EPA, merupakan dua bentuk dari Omega 3 yang membantu menjaga fungsi mata agar tetap sihat Makanan sumber Omega 3 yang baik adalah ikan laut berlemak, seperti ikan salmon, sardin, ikan tenggiri dan sebagainya. Manakala DHA pula boleh ditemui dalam makanan seperti rumpai laut dan kacang-kacangan, seperti biji walnut. Minyak sayur juga merupakan sumber asid lemak Omega 3.

4. Zinc
Zinc juga memainkan peranan penting pada mata, iaitu membantu mengirimkan vitamin A dari hati ke retina untuk menghasilkan melanin. Zinc juga berfungsi di sekitar retina dan jaringan pembuluh darah di sekitar mata. Makanan kaya dengan zinc ialah tiram dan daging merah. Kacang-kacangan seperti kacang merah dan buncis juga merupakan alternartif yang baik yang mendapatkan zinc.

5. Lutein
Lutein dan Zeaxanthin adalah dua nutrisi penting yang boleh ditemui dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti sawi,bayam, dan kangkung. Nutrisi ini membantu mata dengan cara melindunginya dari sinar UV-A sinar matahari yang berbahaya. Ia akan mengurangkan risiko ‘degenerasi makula’ (menurunnya fungsi penglihatan) disebabkan usia, merupakan penyebab utama kebutaan. Namun, tubuh kita memerlukan bantuan lemak supaya boleh menyerap lutein dan zeaxanthin ini. Jadi, minyak zaitun yang ditambahkan dalam salad boleh membantu.


Eh macam banyak je nak kena telan?

Rileks. Kita ada pilihan yang lain. Iaitu guna krim sapu. Hehehe

Alhamdulillah, bulan lepas seseorang telah menghadiahkan krim mata Enfuselle Shaklee (Eye Treatment) yang memang khusus untuk penjagaan kulit bawah mata. Sejak tue saya jadi lebih rajin untuk apply bagi mengelak lebam bawah mata nie. Dahlah selalu tidur lewat, kan?


Memperbaiki penampilan dengan khasiat nutrien dan botani khas untuk mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan sembap.

Terbukti berkesan secara klinikal :
233% pengurangan kedutan dalam tempoh dua minggu
120% peningkatan keanjalan dan ketegangan kulit dalam tempoh dua minggu
209% pengurangan garis-garis halus yang ketara dalam tempoh lapan minggu
32% peningkatan lembapan kulit yang berpanjangan dalam tempoh lapan minggu
Tona kulit yang nyata lebih sekata dalam tempoh 12 minggu
Botani anti penuaan dan vitamin C membekalkan manfaat yang ketara untuk kulit
lembut di sekitar mata


Apa yang saya rasa pada penggunaan pertama adalah, bawah mata rasa `sejuk`. Macam ada tingling sensation gitu. Dan saya gunakan krim mata Shaklee nie lepas cuci muka (pagi dan sebelum tidur). Kalau siang-siang saya akan sapu bila teringat. Tiub dia pun comel je, senang nak bawa ke mana-mana hatta semasa travel.



Gambar “Before” tu saya ambil sebelum mula gunakan Overnight Renewal Whitening Cream buat pertama kali. Eye Treatment pun tak berapa konsisten pakai. Nampak lebam je kan?

Tapi anda boleh lihat sendiri perbezaan selepas beberapa hari penggunaan; lebam bawah mata beransur hilang! Oleh sebab lebam bawah mata saya tue dah lebih seminggu, saya pun tak harapkan ia dapat dihilangkan dengan cepat sebab badan kita nie memang perlukan masa untuk membaikpulih. Jadi kita kenalah SABAR dan KONSISTEN kan. Air pun kena cukup, begitu juga rehat dan tidur.
(Bagi yang memang tak ada masalah lebam bawah mata, kombinasi kedua-dua produk nie insyaAllah boleh bantu maintain kulit wajah yang sihat.)

Anda berminat untuk mencuba? Boleh klik gambar di bawah untuk buat belian terus dengan Shaklee.

 lebam bawah mata eye treatment


Anda berminat nak dapatkan harga PROMO bulanan bagi produk Shaklee? Ada cara mudah untuk dapatkan harga PROMO


 cara mudah dapatkan harga ahli shaklee


Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI,
Hubungi saya
Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
Whatsapp: 019-4320059
Instagram : shaklee.pengedar.sah
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca