Apakah Shaklee? Siapakah founder Shaklee dan latar belakang

Apakah Shaklee Siapakah founder Shaklee dan latar belakang
Apakah Shaklee Siapakah founder Shaklee dan latar belakang

Apakah Shaklee? Siapakah founder Shaklee dan latar belakang
| Shaklee ialah syarikat dari US dan pengedar multi-level marketing (MLM) untuk produk suplemen, pengurusan berat badan, skincare semulajadi dan kebersihan rumah.

Shaklee sudah lama bertapak di dalam Malaysia dan merupakan peneraju dalam produk kesihatan dan pemakanan sejak 1956 dan terus kekal menjadi juara secara saintifik disokong oleh produk terpilih berbanding perubahan yang berisiko.


Apakah Shaklee Siapakah founder Shaklee dan latar belakang
Apakah Shaklee Siapakah founder Shaklee dan latar belakang


Siapakah founder Shaklee dan latar belakang syarikat Shaklee

Dr. Forrest Clell Shaklee lahir pada bulan November 1894 di Carlisle, Iowa. Anak kedua daripada perkongsian hidup Robert & Martha Shaklee. Zaman kanak-kanak beliau tidak seperti kanak-kanak yang lain. Beliau mengahadapi waktu yang sukar sejak dari kecil lag

Semasa beliau dilahirkan, beliau disahkan mengidap Tuberculosis (batuk kering). Doktor meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berumur 8 tahun sahaja. Puncanya adalah kerana persekitaran tempat tinggal beliau di Iowa itu berdebu dan kotor dengan bandar perlombongan arang batu. 

Apabila beliau dilahirkan, beliau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk hidup. Bidan berulang kali berusaha  untuk meransang pernafasan dengan bantuan pernafasan. 

Tetapi dengan semangat yang tinggi ibu bapanya, cinta dan kasih sayang kepada anaknya, mereka membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisle ke utara Iowa. Kerana mereka percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi. Tanpa bergantung pada hospital atau ubat-ubatan, Forrest diberikan diet makanan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan herba. Dia perlu didedahkan dengan udara yang bersih, menghabiskan waktu diluar, diluar kawasan bandar Iowa. Inilah zaman pemulihan beliau. Hidup berharmoni dengan alam menjadi satu cara hidup dalam tahun pembentukan beliau. 


Apakah Shaklee Siapakah founder Shaklee dan latar belakang
Apakah Shaklee Siapakah founder Shaklee dan latar belakang

Kerana semangat juang ibunya yang tidak pernah kenal erti penat, dia terus percaya dan cuba mengubati anaknya dengan bermacam-macam cara. Ibunya menggabungkan banyak herba terpilih ke dalam pemakanan Dr Forrest yang mana telah dipelajari daripada ibu dan neneknya. Dia mengurut seluruh badan kecil Forrest berulang kali dengan minyak dan ramuan herba. Selagi dia bernafas dia mempunyai harapan. Dia tidak boleh menerima pendapat doktor bahawa anaknya akan mati. 

Dan akhirnya pada umur 4 tahun, beliau boleh duduk dengan sendirinya. Untuk pertama kali pasti sebak dan bersyukurnya kedua ibu bapa beliau ketika itu. Kerana kalau diikutkan pada waktu dulu penyakit batuk kering (tibi) ini memang tiada ubat. Sama seperti penyakit kusta dan perlu dibuat pengasingan atau kuarantin.

Dengan kepercayaan dan kesungguhan ibunya maka beruntung dan bertuahnya beliau ketika itu masih mampu bernafas sehingga ke hari tua. Dan juga kerana persekitaran tempat tinggal beliau yang mempunyai udara bersih, persekitaran hijau, binatang ternakan sebab itu beliau semakin sihat. 10 tahun beliau diluangkan masa dengan berehat dan memerhati alam sekitar juga haiwan.

Apakah Shaklee Siapakah founder Shaklee dan latar belakang
Apakah Shaklee Siapakah founder Shaklee dan latar belakang

Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan “Vitalized Minerals” yang sekarang dikenali sebagai Vitalea.

Pada tahun 1917, beliau berpindah ke Fort Dodge, Iowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternatif yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan. Pusat rawatan tersebut bukan saja terdiri daripada chiropractors, malah osteopaths, internist dan juga pakar bedah. Pesakit-pesakit di pusat rawatan tersebut diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan beliau akhirnya semakin hari semakin maju.

Asal usul perkataan vitamin sehingga sekarang ini adalah dari VITAlized MINerals. Ia mengikut huruf yg awal setiap perkataan. Vitalea adalah multivitamin pertama didunia. dan ianya hasil ciptaan dari Dr Forrest C Shaklee pada usia 21 tahun.

Bisnes Suplemen Dr Shaklee

Pada tahun 1924, Forrest Shaklee sekali lagi membuka pusat rawatan. Kali ini, beliau menggunakan formulasi makanan tambahan  (suplemen) yang dipakejkan oleh beliau dan diberikan kepada pesakit.

Malang tidak berbau. Beliau sekali lagi diuji pada tahun 1929 apabila pusat rawatan beliau terbakar dan memusnahkan semua rekod beliau. Semuanya musnah kecuali sebuah buku inspirasi daripada Elbert Hubbard bertajuk Little Journeys to The Homes of the Great. Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi, “When all else is destroyed, only the product of the mind exists.”.

Walaupun beliau mempunyai minat yang pelbagai, Shaklee membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada kajian tentang nutrisi. Beliau memilih untuk fokus kepada membina tubuh yang sihat berbanding merawat orang yang telah sakit. Beliau berpindah Eugune, Oregon dan kemudiannya ke Oakland, California.

Apakah Shaklee Siapakah founder Shaklee dan latar belakang
Apakah Shaklee Siapakah founder Shaklee dan latar belakang

Selain daripada membuat kajian tentang nutrisi, beliau juga banyak memberikan syarahan umum dan memdapat dua ijazah kehormat; Profesor of Chiropractic dan Doktor of Naturopathy. Pada tahun 1935, beliau mula mengajar biochemistry di California Chiropractic College.

Beliau bersara pada tahun 1943 dan mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan dan kesihatan badan pada tahun 1945. Falsafah dan ideologi beliau sepanjang sejak kecil adalah pada kuasa alam (the power of nature). Dua tahun kemudian (1947), beliau menubuhkan The Shaklee Foundation dan menamakan falsafah beliau sebagai “Thoughtmanship” (copyrighted).

Beliau telah menulis dan menerbitkan empat jilid tentang Thoughmanship. Ini menyebabkan beliau dianugerahkan Doctorate in Philosophy daripada Commonwealth University, Los Angeles. Banyak siri syarahan beliau dimainkan di corong radio di Sans Francisco dan Oakland.

Penubuhan Syarikat Shaklee Corporation

Pada penghujung tahun 1955, pada usia 62 tahun, Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Jr. dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentangan nutrisi dan suplemen. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan suplemen.

Enam bulan kemudian, tanggal 1 April 1956, Shaklee Products ditubuhkan sebelum ditukar nama kepada Shaklee Corporation pada tahun 1972.

Apakah Shaklee Siapakah founder Shaklee dan latar belakang
Apakah Shaklee Siapakah founder Shaklee dan latar belakang

Dr Shaklee merasakan yang produk mereka iaitu Vitalized Minerals mampu memberi kesihatan yang baik pada orang ramai.

Cara marketing mereka berdasarkan Network Marketing Company dimana agen mempunyai kebolehan mengajar agen baru, dan ia berterusan sehingga ke level seterusnya.

Pada tahun 1973, Shaklee Corporation masuk dalam stock exchange.

Pada tahun 1982, Company Shaklee dimasukkan ke dalam Fortune 500 Company sebagai salah satu company yang terbesar di dunia ketika itu.

    Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhirnya keluarga Shaklee telah berjaya menjadi konsep direct selling produk suplemen menjadi satu fenomena pada hari ini.

    Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
    * Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

    Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    1 ulasan: