Masalah Parut Jerawat Berlubang

Masalah parut jerawat berlubang dah hilang!

Nor Zaritaa bt Mat Saleh , berusia 31 tahun dan mempunyai 2 cahaya mata. Semasa mengandungkan anak ke dua, suami menegur kulit saya banyak bintik-bintik hitam (jeragat) dan mengesyorkan saya menggunakan produk kecantikan untuk memutihkan dan menghilangkan jeragat. Oh tidakkk!!! Saya betul-betul sentap kerana suami saya bukan lah jenis yang suka komen. Tapi seandainya dia memberi komen maksudnya perkara tersebut benar-benar serius. Mulanya saya buat endah tak endah kerana saya fikir mugkin alahan masa mengandung.

Tapi dalam masa yang sama, ada juga saya risik kawan-kawan ditempat kerja dan mereka sarankan agar saya buat rawatan muka. Lagi saya tertekan sebab saya tak ada masa nak buat rawatan muka. Lama kelamaan saya buat endah tak endah je dengan masalah kulit saya. Mungkin kerja saya yang banyak terdedah kepada matahari buatkan kulit saya berjeragat. Lagi pula, saya tak pakai apa-apa protection untuk kulit. Hanya pakai pencuci muka yang dijual di pasaraya dan bedak compact. Keadaan ini membuatkan kulit saya makin teruk dan berminyak terutamanya menjelang tengahari.

Selepas bersalin, saya ingatkan kulit muka saya akan pulih. Tapi makin teruk. Dahla berjeragat, kulit menjadi kering sehinggakan kalau saya pakai bedak compact nampak tak sekata dan menggerutu. Mujurlah cuti bersalin 3 bulan. Jadinya saya tak keluar sangat kecuali ada urusan penting. Masalah kulit masih berlarutan sehingga bulan ke dua selepas bersalin. Masa tu baru saya teringat yang saya ada beli VITAMIN C Shaklee (dalam set berpantang).Saya mula makan setiap hari dan bersama-sama ESP. Alhamdulillah, ada perubahan yang positif. Kulit saya tak lagi kering tapi jeragat masih ada. Saya malu dengan suami.Setiap kali kalau nak keluar dengan suami, saya akan ambil masa yang agak lama untuk bermakeup. Tapi hasilnya mcm opera cina kata suami. Putih bedak sesaje. Kecik hati saya....

Sebelum mula kerja selepas cuti bersalin saya beli foundation. Mula-mula pakai macam ok, tapi lama kelamaan muka saya jadi berminyak. Ini menyebabkan jeragat bertambah banyak. Walaupun saya cuba tutup dengan bedak masih boleh nampak jika muka mula berminyak. Jalan terakhir, saya beli VITAMIN E. Kebetulan masa tu VITAMIN E tengah promosi. Jimat duit . Dalam masa yang sama, saya juga gunakan NUTRIWHITE CLEANSER. Jadinya saya menggunakan ikhtiar dengan ESP, VITAMIN C, VITAMIN E dan NUTRIWHITE CLEANSER tu serta tawakal kepada Allah.

Masalah Parut Jerawat Berlubang
Masalah Parut Jerawat Berlubang
Alhamdulillah, setelah makan VITAMIN E beberapa minggu kulit saya tak lagi berminyak pada waktu tengahari. Saya bukan sahaja makan VITAMIN E tu..tapi sapu pada muka juga. Syukur alhamdulillah, walaupun baru beberapa minggu makan VITAMIN E berselang-seli dengan ESP dan VITAMIN C saya nampak perubahan yang positif pada kulit saya. Kulit rasa lebih licin tak menggerutu seperti sebelum ni dan lembut. Jeragat pun mula nampak pudar walaupun belum hilang sepenuhnya.Kulit muka yang dulu berlubang-lubang akibat parut jerawat dah nampak sekata.

Walaupuan saya terdedah kepada matahari tiada lagi garisan kulit terbakar dan yang paling best kalo nak keluar dengan suami, saya tak perlu nak bermakeup tebal-tebal macam opera cina yang dia cakap tu. AdaÄ·alanya saya makeup pun kalau keluar ke tempat berdekatan dengan rumah. Lagi satu yang buat saya senyum sorang-sorang bila ada anak murid tegur muka saya nampak 'flawless' ...hehheehe

Alhamdulillah berkat penggunaan

1. ESP protein soya
2. Vitamin C
3. Vitamin E
4. NutriWhite Cleanser Shaklee

Nak dapatkan produk Shaklee?


* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan