Ketahui Punca dan Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Punca dan Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata
Punca dan Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Punca dan Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata | Garisan hitam bawah mata akan ketara seiring meningkatnya usia. Ianya terjadi apabila kulit kehilangan serat elastik (elastin) dan protein pelindung (kolagen).

Punca Lingkaran Gelap Bawah Mata

1. Alahan dan Masalah hidung tersumbat
Walaupun masalah hidung tersumbat kedengaran remeh, sebenarnya urat yang berhubung dari kawasan sekeliling mata hingga ke dalam hidung mengembang dan menjadi gelap. Ini termasuk alahan kepada makanan serta alahan terhadap persekitaran.

2. Kekurangan Vitamin
Ini kerana kulit adalah organ yang paling besar pada badan manusia. Jika terdapat kekurangan zat yang menyebabkan keadaan badan kita bermasalah, kulit yang akan mendapat tempiasnya. Kemungkinan kekurangan vitamin B12, E, K, dan D.

3. Keturunan
Seseorang individu itu mewarisi lapisan bawah mata yang terlalu nipis sehingga urat-urat di bawah lapisan kulit bawah mata terlihat lebih menonjol, menyebabkan kompleksi tona wajah menjadi gelap. Inilah sebab mengapa lingkaran gelap itu lebih menyerlah.

4. Lemah Hati
Jika organ hati tidak dapat berfungsi dengan baik, adalah sukar bagi tubuh untuk menghapuskan serta menyahtoksin daripada badan. Ramai yang mengakui mereka dapat melihat perbezaan lebih baik terhadap penampilan lingkaran gelap bawah mata mereka selepas melakukan pembersihan hati dan detoksifikasi.
 Detox Hati

8 cara untuk menghilangkan lingkaran hitam bawah mata

1. Menggunakan pelindung matahari spektrum luas.Youth Eye Treatment
2. Mengelak pergi ke pusat menggelapkan kulit ( tanning salon )
3. Memakai cermin mata hitam dan topi.
4. Tidak merokok, atau berhenti merokok.
5. Minum air yang cukup.
6. Menggunakan pelembap kulit. Kerana kulit di sekitar mata mengandungi sangat sedikit kelenjar minyak , ia adalah terutamanya mungkin kering.
7. Mengamalkan diet kaya buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin. Cranberry, blueberry , strawberi, dan raspberi mengandungi kepekatan tinggi antioksidan yang boleh melindungi kulit. Senaman yang kerap membantu melegakan tekanan.
8. Pengambilan suplemen kolagen untuk membantu melambatkan proses penuaan. Collagen Powder

Anda dah tahu punca dan cara lingkaran hitam bawah mata.
Semoga perkongsian ini dapat membantu masalah anda.

Nak produk Shaklee?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan