Doa Minta Elak dan Dijauhkan Segala Penyakit Wabak Influenza

Doa Minta Elak dan Dijauhkan Segala Penyakit Wabak Influenza
Doa Minta Elak dan Dijauhkan Segala Penyakit Wabak Influenza
Doa Minta Elak dan Dijauhkan Segala Penyakit Wabak Influenza | Penyakit influenza merupakan jangkitan oleh virus influenza yang menyebabkan gejala seperti demam selesema atau flu, sakit tekak, batuk, sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.

Virus influenza disebarkan melalui udara apabila seseorang yang dijangkiti influenza bersin atau batuk. Ia juga boleh disebarkan melalui sentuhan pada permukaan-permukaan yang tercemar. Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan berikut:

1. Mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi;
2. Kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun, atau hand sanitizer;
3. Mengamalkan adab batuk / bersin yang baik;
4. Tidak bergaul dengan orang yang bergejala flu; dan
5. Sentiasa mengamalkan cara hidup sihat.

Mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza dinasihatkan untuk berehat di rumah dan tidak mengunjungi tempat-tempat tumpuan awam atau tidak bertemu dengan orang lain. Sekiranya perlu bertemu dengan orang lain, pakai penutup mulut dan hidung (face mask). Pemakaian surgical mask atau 3-ply mask dengan cara yang betul adalah memadai untuk mengelakkan penularan virus. Orang ramai dinasihatkan agar mendapat rawatan segera di fasiliti kesihatan sekiranya gejala berterusan atau bertambah teruk.

Kepada ibu bapa, selain ikhtiar jaga kesihatan diri, jaga kebersihan, ambil suntikan vaksin Influenza, sebaiknya mohonlah juga perlindungan daripadaNya.

Sebagaimana yang dikongsikan oleh Ustaz Farid Rashidi ini, ada doa yang boleh mak ayah baca malah hafaz untuk memohon padaNya agar dihindari dari bencana sebegini.

Doa Minta Elak dan Dijauhkan Segala Penyakit Wabak Influenza

Kata Ustaz, “Sekarang ni kan musim wabak Influenza. Bagi yang ada anak-anak, sudah tentu ibu bapa pakat risau.

Bukan saja wabak penyakit, juga memohon dihindarkan bala bencana lainnya juga.

Apa kata, mari kita sama-sama amalkan doa ini. Yang dah hafaz Alhamdulillah. Yang nak hafaz, silakan.”

Doa Minta Elak dan Dijauhkan Segala Penyakit Wabak Influenza
Doa Minta Elak dan Dijauhkan Segala Penyakit Wabak Influenza
Begini bunyi doanya:
Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadha’. Wa shamaatatil a’da’.

Maksudnya:
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari bala atau bencana, kesukaran hidup, buruknya takdir serta hinaan atau cemuhan orang-orang yang memusuhi.”
[Sahih Bukhari]

Doa Minta Elak dan Dijauhkan Segala Penyakit Wabak Influenza

Doa Minta Elak dan Dijauhkan Segala Penyakit Wabak Influenza
Doa Minta Elak dan Dijauhkan Segala Penyakit Wabak Influenza
Semoga doa minta elak dan dijauhkan segala penyakit wabak influenza ini bermanfaat untuk semua.

Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee, boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

17 ulasan:

  1. Skrg musim org demam selesema. Kena jaga kebersihan dan pemakanan. Dan doa minta dilindungi.

    BalasPadam
  2. moga kita dijauhkan dari penyakit influenza nih, sekarang ni nk bawak anak keluar pi market pun risau

    BalasPadam
  3. Amin.. semoga kita dijauhkan dari penyakit..

    BalasPadam
  4. Aamiin..aamiin..aamiin.Moga ini menjadi usaha kita.

    BalasPadam
  5. aminnnn... saya ni tgh selesema so mmg kena extra berhati2

    BalasPadam
  6. AMIIN MOGA ALLAH LINDUNGI KITA DRPD MMUSIBAH INI

    BalasPadam
  7. amin. semoga kita sumua sentiasa dibawah lindunganNya

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum.
    Terima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat. Moga kita semua beroleh keselamatan dan kesejahteraan dari musibah ini..

    BalasPadam
  9. di Kelantan belum sampai wabak ni. Tp tunggulah anak2 perantau balik kg masa CNY ni pasti wabah ni akan masuk ke Kelate. Berjaga2!

    BalasPadam
  10. Semoga semuanya dilindungi.. Jaga kesihatan kalu rasa x sihat jmpa doktor terus

    BalasPadam
  11. amin ya arabbal alamin semoga kita dijauhkan dari penyakit ni

    BalasPadam
  12. semoga Allah melindungi kita semua...ameen ameen

    BalasPadam
  13. moga Allah melindungi kita semua dari penyakit yang merbahaya

    BalasPadam
  14. aminn ya robbal alaminn..

    BalasPadam