Cara Influenza Berjangkit dan Cara Merawat Jangkitan Influenza

Cara Influenza Berjangkit dan Cara Merawat Jangkitan Influenza
Cara Influenza Berjangkit dan Cara Merawat Jangkitan Influenza
Cara Influenza Berjangkit dan Cara Merawat Jangkitan Influenza | Di Malaysia, jangkitan influenza dilaporkan berlaku sepanjang tahun, namun dalam julat yang kecil.

Negara-negara yang beriklim sederhana dan sejuk, jangkitan influenza berlaku secara bermusim – khususnya pada musim sejuk.

Influenza merupakan jangkitan dengan gejala utama seperti demam selsema atau flu, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan. Demam selsema atau flu adalah sangat mudah berjangkit.

BACAAN LANJUT : Influenza Simptom, Perbezaan Dengan Selsema Biasa dan Pencegahan

Cara Influenza Berjangkit
Penularan menjadi lebih mudah berlaku di tempat-tempat yang padat seperti sekolah, asrama, tempat kerja tertutup, institusi latihan, serta kem-kem tentera atau polis.

Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selsema (flu) yang ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan lain-lain. Komplikasi akibat jangkitan influenza teruk yang dialami oleh golongan berisiko tinggi ini juga berpotensi untuk menyebabkan kematian.

Cara Mencegah Jangkitan Influenza
Sebagai langkah-langkah pencegahan penularan jangkitan influenza, Kementerian Kesihatan Malaysia mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer, mengamalkan adab batuk yang baik dan mengamalkan cara hidup sihat.

Cara Influenza Berjangkit dan Cara Merawat Jangkitan Influenza
Cara Influenza Berjangkit dan Cara Merawat Jangkitan Influenza
Bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza adalah dinasihatkan untuk :
• Berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai. Sekiranya perlu ke tempat awam, mereka dinasihatkan untuk memakai penutup hidung dan mulut (face mask) dengan betul bagi mengelakkan penularan jangkitan melalui titisan pernafasan;
• Menutup hidung dan mulut dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Seterusnya, tisu yang telah digunakan perlu dibuang dengan segera ke dalam tong sampah;
• Mengelakkan dari berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan sebagainya dengan individu yang lain;
• Segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan bagi mendapatkan rawatan lanjut sekiranya gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan.

BACAAN LANJUT : Sakit tekak. Hapuskan virus punca sakit tekak

Cara Mencegah Influenza

1) Terutamanya untuk anak-anak kita, cuba elakkan bawak ke tempat yang ramai orang sekarang.
2) Banyakkan minum air
3) Sentiasa cuci tangan dan bawa hand sanitizer bersama terutamanya kalau keluar dari rumah.
4) Amalkan gaya hidup sihat, beri supplements untuk boost imunisasi anak.

Kami berikan supplement untuk boost imunisasi anak.

Omega Guard - kandungan omega-3, asid hydroxyoleic dan asid oleik di dalam Omega Guard mempunyai peranan dalam mengaktifkan dan mengukuhkan sistem imun badan melawan Pathogen yang menyebabkan berlakunya serangan penyakit.

Nutriferon - diformulasikan dengan bahan-bahan semulajadi yang membantu menghasilkan Interferon untuk melindungi dan mengukuhkan ketahanan badan dalam melawan penyakit. Saintis Pakar Imunologi, Dr Yasuhiko Kojima saintis yang menemui interferon dalam kajiannya pada tahun 1954. Beliau berjaya membuktikan kandungan Honeysuckle dalam Nutriferon boleh mengubati virus Influenza. Honeysuckle bertindak seperti broadspectrum antivirus dan mampu melemahkan virus dalam badan.

Vita-C Plus - Vitamin C adalah komponen terpenting dalam sistem imun yang membantu merangsang penghasilan dan fungsi sel darah putih untuk meningkatkan sistem imun. Kandungan antioksidan yang tinggi dalam Vitamin C mengukuhkan ketahanan imun badan serta membantu dalam penghasilan imun sel.

Chewable Vita-C Plus - supplemen vitamin C jenis kunyah yang dilengkapi dengan serbuk rosehips, citrus bioflavanoid dan hesperidin untuk meningkatkan fungsi vitamin C.

Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee, boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

17 ulasan:

  1. Terima kasih untuk info yang sangat berguna ini.

    BalasPadam
  2. risau betul dengan masasalh influenza kali ini kak, macam cepat sangat berjangkit dan ramai yang dah mula kene...

    BalasPadam
  3. Moga-moga kita bebas daripada wabak ni, Aminn.

    BalasPadam
  4. banyak vaksin dah habis skrg.. semoga kita semua dilindungi.. inshaAllah :)

    BalasPadam
  5. Memang banyak minum air. Rasa tekak tak sedap cepat-cepat makan vitamin C.

    BalasPadam
  6. Anak anak asyik tanya...berapa kali nak suruh mandi ni? Hihihi...balik dari sekolah wajib mandi terus...tak boleh lengah² dah...

    BalasPadam
  7. JAGA KEBERSIHAN DIRI MOGA KITA TIDAK DIJANGKITI VIRUS NI

    BalasPadam
  8. da semakin merebak kan.... =(

    salam..yaya singgh sni n jadi follower ke 169 ^_^
    salam kenal =)

    BalasPadam
  9. Terima kasih. Perkongsian yang bagus. Fiza pun masih banyak lagi tak tahu pasal Influenza ni

    BalasPadam
  10. Masing-masing pun rasa seriau sekarang ni, bila ada yang start srot sret hidung berair ja, mula la pakat nak cuak huhuu..πŸ˜“πŸ˜·

    BalasPadam
  11. flu ni kes tiap - tiap tahun ada , cuma kali ini tak dapat dikawal dah jadi wabak. pentingnya langkah pencegahan supaya wabak tidah terus menular.

    BalasPadam
  12. ohh baru faham demam ni

    BalasPadam
  13. terima kasih berkongsi. hari ni terbaca cerita psl golongan antivax dgn kes influenza ni... sakit hati bila baca dakwaan diorg... eeee

    BalasPadam
  14. Thanks sharing ✌️✌️

    BalasPadam
  15. good tips tq for sharing

    BalasPadam
  16. time2 gini nak bersin kat public pun rasa seram je...takut jelingan maut..haha

    BalasPadam