Manfaat dan Kebaikan Vitamin C serta Perbezaan Vita-C Shaklee


VITAMIN C bersifat larut air di mana manusia tidak boleh menghasilkan vitamin C didalam tubuh. Oleh itu vitamin C perlu diambil melalui pemakanan atau suplemen. Kita tak seperti kebanyakan haiwan yang boleh menghasilkan vitamin C mereka sendiri.

Berdasarkan kajian terkini, vitamin C mempunyai pelbagai kepentingan kepada kesihatan kita secara umumnya. Ia menjadi popular kerana dikatakan mampu mencerahkan, menegangkan dan awet muda kepada kulit seseorang.

AKTIFKAN ANTIOKSIDAN
Seorang saintis terkenal, Dr Lester Packer menyatakan bahawa di antara punca penyakit kronik zaman moden kini disebabkan oleh kerosakan sel-sel dan dinding pembuluh darah akibat serangan radikal bebas.

Penyakit-penyakit seperti kanser, darah tinggi, sakit jantung, strok dan kencing manis dikaitkan dengan kerosakan sel-sel oleh radikal bebas ini.

Punca radikal bebas yang tinggi adalah daripada faktor luaran seperti pencemaran air, pencemaran udara , bahan pengawet makanan, radiasi, stres, toksin, pancaran sinar ultra ungu (UV) dari matahari dan merokok.

Apabila seseorang sentiasa terdedah kepada serangan radikal bebas setiap hari selama bertahun-tahun lamanya, ia akan menyebabkan terjadinya pelbagai jenis penyakit kronik. Radikal bebas juga menyebabkan kulit menjadi kendur, berkedut, kusam, masalah pigmentasi dan kasar.

Di sinilah peranan vitamin C yang amat penting dalam jaringan antioksidan yang melindungi kulit dan tubuh manusia daripada kesan radikal bebas.

Vitamin C juga membantu untuk mengaktifkan antioksidan yang lain di dalam tubuh seperti vitamin E, N-asetil sistin, Glutathion, Co Enzim Q10 dan L-Karnitin.

Vitamin C mempunyai sifat sebagai antioksidan. Ia menunjukkan kaitan di antara pengambilan vitamin C dan mengurangkan risiko kanser seperti kanser perut, kanser paru-paru, kanser tekak, kanser pundi kencing.

Sebagai bahan antioksidan, vitamin C melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan oleh radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel tubuh manusia akibat daripada pendedahan yang berterusan kepada radikal bebas.

KECANTIKAN KULIT
Di antara fungsi utama vitamin C ialah penghasilan kolagen dalam tubuh manusia. Kolagen ialah protein utama dalam struktur organ manusia seperti saluran darah, tendon, ligamen, tulang, gigi, rambut dan kulit. Kekurangan kolagen akan menyebabkan kulit menjadi kendur dan berkedut, tulang rapuh, gigi mudah tercabut, rambut gugur dan mudah putus serta mudah berlaku pendarahan di bawah kulit.

Dengan mengekalkan integriti tisu badan seperti kulit dan lapisan mukosa, vitamin C membantu menjadikan kulit menjadi lebih licin, tegang, cerah, berseri, mengurangkan kesan-kesan jeragat dan bintik-bintik hitam pada kulit akibat terdedah pada cahaya matahari. Vitamin C juga amat penting dalam pemulihan luka, melecur dan kudis (ulser) yang kronik.

PENYAKIT KRONIK
Vitamin C membantu dalam metabolisme kolesterol di dalam penghasilan hempedu oleh hati, jadi ia membantu menurunkan kolesterol dalam darah dan mencegah batu karang pundi hempedu.

Terdapat kajian yang menunjukkan vitamin C membantu mengurangkan paras kolesterol ‘jahat’ LDL dan meningkatkan paras kolesterol baik HDL.

Dengan itu, ia membantu mencegah mendapan kolesterol pada dinding saluran darah yang menyebabkan saluran darah menjadi keras (arteriosklerosis). Bukan itu sahaja, ia juga membantu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari, angin ahmar (strok) dan mengawal tekanan darah tinggi.

Kajian menunjukkan pengambilan suplemen vitamin C secara konsisten mampu mencegah penyakit buta akibat masalah ‘katarak’ pada kanta mata, selain membantu dalam proses nyah-toksin (detoksifi kasi) logam berat seperti raksa, plumbum dan sebagainya di dalam tubuh manusia.

Tidak hanya itu, vitamin C juga penting dalam fungsi saraf dengan membantu menghasilkan bahan pemancar saraf (neurotransmitter) dan hormon norepinefrina yang amat penting dalam fungsi saraf serta otak manusia yang sihat.

Kajian juga mendapati pengambilan vitamin C membantu dalam mengurangkan kesan buruk stres kepada kesihatan. Jika mengambil suplemen vitamin C secara konsisten, ia turut membantu dalam meningkatkan tenaga dan mencegah rasa keletihan yang melampau akibat stres.

SUMBER VITAMIN C
Kita boleh mendapatkan vitamin C daripada sumber makanan yang kaya misalnya buah-buahan seperti oren, jambu batu, kiwi, mangga, epal serta sayur-sayuran seperti sawi, bayam, kangkung dan cili. Pengambilan buah-buahan segar dan makan sayur-sayuran segar setiap hari harus dijadikan amalan untuk mendapatkan faedah kesihatan pada vitamin C ini.

Tetapi Vitamin C boleh hilang terutamanya ketika memasak makanan. Memasak boleh mengurangkan kira-kira 60% kandungan vitamin C dalam sayur-sayuran kerana pemusnahan enzim mendadak. Makin lama memasak, makin banyak juga vitamin yang hilang, begitu juga dengan bekas makanan buatan tembaga yang memangkinkan penguraian.

Maka pil suplemen boleh membantu untuk membekalkan sumber vitamin C. Jika anda memilih untuk mengambil pil suplemen vitamin C maka pilihlah daripada sumber organik, berkualiti tinggi dan daripada jenis diesterkan (esterifi ed). Pengambilan suplemen tambahan sehingga 1000 mg sehari didapati tidak memberikan kesan sampingan dan mampu mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit kronik. Sifat semula jadi vitamin C yang larut air membuatkan ia mudah dikeluarkan dari tubuh melalui buah pinggang jika berlebihan. (artikel oleh Dr Norman Mohd Norawi, Pengamal perubatan Am Pengkhususan Perubatan Anti Penuaan dan Nutrisi.)

Kami cadangkan anda mengambil pil suplemen Sustained Release Vita-C Plus keluaran Shaklee.


Mengapa Vitamin C Shaklee Perlu Menjadi Pilihan Anda?
Shaklee telah menambah tablet Sustained Release Vita-C Plus dengan 120mg Citrus Bioflavonoids Complex.

Fungsi Bioflavonoids untuk meningkatkan penyerapan vitamin C, dan memanjangkan keberkesanannya.

Apakah Kelebihan Vitamin C Shaklee Berbanding Vitamin C yang Lain?
Bagi memastikan supaya vitamin C boleh didapati apabila badan anda memerlukannya. Shaklee mengeluarkan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee yang mana dilepaskan melalui sistem pelepasan berterusan secara beransur-ansur ke dalam badan kita dalam tempoh sehingga 5 jam. Ia adalah bersamaan dengan 1 setengah biji oren setiap jam selama 5 jam.

Apakah Sumber Utama Vitamin C Shaklee?
Sustained Release Vita-C Plus Shaklee adalah daripada sumber semulajadi, di mana ia mengandungi 500mg vitamin C. Vitamin C Shaklee diperolehi daripada kanji jagung (“sumber semulajadi vitamin C”)

Lihat testimoni Vita-C Shaklee di sini KLIK

 beli vitamin C shaklee online



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan