Memaparkan catatan dengan label detoks toksin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label detoks toksin. Papar semua catatan

5 tanda kenapa tubuh badan perlu detoks | no. 4 wajib ada

Tanda tubuh perlu detoks
Tanda tubuh perlu detoks
Tubuh memiliki kemampuan untuk detoks. Tapi ada kalanya kita juga perlu membantu organ dalaman seperti ginjal dan hati mengeluarkan timbunan racun dalam tubuh.

Berikut 5 tanda tubuh perlu segera di detoks

1. Berat badan naik

Tak pernah makan berlebihan tapi berat badan naik? Banyak racun yang bersifat lipofilik ada di lemak tubuh. Racun lipofilik mengandungi pestisida dan dioksida yang boleh membuat tubuh menghasilkan lebih banyak sel lemak. Akibatnya sukar untuk menurunkan berat badan apabila racun ini tidak segera dikeluarkan dari tubuh.

2. Asyik letih

Tidur cukup tapi masih merasa letih? Ketika tubuh mempunyai banyak racun akan memberikan tekanan kepada kelenjar adrenal. Penompokan racun yang dibiarkan terlalu lama boleh menyebabkan kelesuan adrenal yang membuat tubuh jadi terus letih dan mengantuk. Minuman berkafein memburukkan kerana kafein mengganggu fungsi adrenal yang seharusnya bekerja untuk mengeluarkan racun tetapi dipaksa untuk terus terjaga.

3. Insomnia

Kortisol adalah hormon yang dikeluarkan tubuh (khususnya pada malam hari) untuk meredakan stress. Orang sihat mempunyai kadar kortisol yang tinggi di pagi hari dan menurun seiring aktiviti sepanjang hari. Kadar kortisol tak seimbang akan meningkat pada malam hari dan menyebabkan insomnia yang menganggu kesihatan seperti penyakit jantung.

4. Sakit kepala tanpa sebab

Tubuh yang tinggi racun akan sering merasa pening atau sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi MSG, pengawet, pewarna, dan pemanis tiruan boleh menjadi salah satu penyebab sakit kepala yang berpanjangan.

5. Mood swing

Mood swing adalah akibat ketidakseimbangan kadar hormon dalam tubuh. Racun seperti xenoestrogens (estrogen asing) boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Xenoestrogens biasanya ditemui pada bahan-bahan industri seperti BPA, PCBm dan phthalate. Menghadkan penggunaan plastik boleh menjadi salah satu cara untuk mencegah penompokan racun ini di dalam tubuh.

Bau badan, sembelit, sakit otot dan munculnya masalah kulit juga termasuk tanda tubuh perlu di detoks.

Semoga perkongsian ini dapat membantu kita bagi melancarkan proses pengeluaran racun dari dalam tubuh.

Nak produk Shaklee?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Photo by Jonny Caspari on Unsplash
Teruskan Membaca

6 Cara Toksin Berlebihan Dalam Badan Dan Kepentingan Detoks

Kepentingan detoks
Secara normal, setiap hari badan akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi bagi memastikan tubuh badan berfungsi secara normal.

Dari mana datang toksin?

Toksin datang samada dari persekitaran atau dari dalam badan sendiri. Toksin masuk ke dalam badan melalui pelbagai cara seperti :

UDARA : mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan

MAKANAN/ MINUMAN : yang tidak bersih atau dimasak mungkin mengandungi sisa racun, bahan kimia dan sebagainya.

UBATAN : Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam badan.

RADIASI : pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro

MAKANAN TIDAK HADAM : tertinggal dalam usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam

DEHIDRASI dan MALNUTRISI : kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia.

Gaya hidup kini yang kurang menyihatkan membuatkan tubuh perlu menjalani rutin detoks. Pemakanan tidak terkawal dan penggunaan bahan penjagaan diri boleh menyebabkan kemasukan toksin dalam tubuh.

Detoks bukan hanya untuk perlangsingan malah penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh. Mengikut statistik, sebanyak 70 - 80% penyakit datangnya daripada masalah usus.

Tujuan menjalani detoks adalah untuk membaiki dan memulihkan keseimbangan serta keharmonian kesihatan.

Detoks merupakan proses menyingkirkan bahan kimia berbahaya daripada badan. Proses ini berlaku secara semulajadi setiap hari pada hati, buah pinggang, kulit dan usus.

Kekurangan air dalam tubuh boleh menyebabkan rasa sakit pada bahagian belakang badan kerana buah pinggang terletak di bahagian tersebut. Orang bersenam yang berpeluh mengalami detoks pada kulit.

Buang air besar dan air kecil adalah detoks pada tubuh. Buang air kecil merupakan proses detoks semulajadi yang berlaku pada buah pinggang manakala buang air besar berlaku pada usus.

Kami harap entri ini dapat membantu pembaca memahami dengan lebih tepat tujuan menjalankan proses detoks.

Nak Shaklee?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Photo by Jakub Kriz on Unsplash
Teruskan Membaca

Set Detox Shaklee | Perbezaan, Kelebihan dan Manfaat Detoks

Set Detox Shaklee | Perbezaan, Kelebihan dan Manfaat Detoks
Set Detox Shaklee | Perbezaan, Kelebihan dan Manfaat Detoks
Shaklee komited membantu rakyat Malaysia untuk lebih sihat dengan adanya promo set detox. Set Detox Shaklee bertujuan menyingkirkan toksin, lemak dan juga lendir yang terkumpul dalam badan.

Toksin yang banyak boleh menyebabkan sel dan juga organ dalam badan terpaksa bekerja keras. Secara asasnya organ seperti hati, buah pinggang, paru-paru dan juga kulit bertindak bertindak secara semulajadi dalam menyingkirkan bahan buangan tersebut dalam badan.

Namun akibat dari makanan yang mengandungi asid,pewarna dan pemanis tiruan,penggunaan racun perosak dan pengawet telah menyebabkan ia tercemar. Seterusnya makanan tersebut akan bercampur dengan bahan yang lain dalam badan kita.Ini menyebabkan organ percernaan kita tidak mampu untuk menyahtoksik dan menyebabkan ia berada dalam badan.

Lama-kelamaan toksin tersebut akan menghalang zat nutrisi makanan yang kita ambil dari diserap oleh badan kita.Patutlah ketika anda mengambil ubat kurus tidak juga menjadi kurus malahan semakin menggemukkan pula.

Kenapa perlu detoks?

Detoks diperlukan untuk mengeluarkan bahan-bahan yang tidak diperlukan badan atau dalam erti kata lain badan tidak memerlukannya kerana boleh menjejaskan kesihatan seperti toksin, pencemaran, racun / chemical dan makanan tidak sihat.

Kesan daripada amalan detoks ini sangat diperlukan untuk kesihatan yang lebih baik seperti berikut:
  • Ingin lebih bertenaga
  • Ingin lebih fokus
  • Ingin lebih sihat
  • Ingin penghadaman yang lebih baik
Risiko jumlah toksin yang tinggi dalam badan boleh membawa gejala yang tidak sihat dan menyumbang kepada penyakit yang menjejaskan gaya hidup sebagaimana gejala berikut:
  • Sembelit
  • Berat badan meningkat
  • Kulit kusam dan berjerawat
  • Cepat letih
  • Suka makanan yang manis
  • Susah nak tidur
  • Meneutral dan menapis toksin keluar
Organ yang terlibat dalam menapis toksin keluar ialah:
  • Hati
  • Paru-paru
  • Kulit
  • Buah pinggang
  • Usus
  • Limpa
  • Kolon
Bagaimana cara detoks?

Detoks dapat dilakukan dengan cara seperti berikut:
  • Kawal pemakanan
  • Senaman
  • Suplemen
  • Kurangkan terdedah kepada bahan kimia
Kebaikan Set Detox Shaklee yang tidak ada pada diet dan program kurus lain :

- Program Detox membantu kita buang toksin seterusnya jadi lebih sihat, bertenaga dan fokus.
- Menurunkan simptom dan risiko penyakit merbahaya.
- Boleh diamalkan oleh ibu menyusu dengan meal plan tersendiri.
- Mengurangkan craving terhadap benda manis dan makan banyak seperti biasa walaupun sudah selesai Detox 7 hari.
- sesi detox yang pendek sahaja, hanya 7 hari dan sudah dapat merasakan perubahan yang positif.
- sistem penghadaman yang lebih baik.
- nafas lebih segar dan tidak berbau jika anda mengalami masalah nafas berbau.
- kulit lebih segar dan tidak lesu.. serta banyakkk lagi.
- bonus : BERAT pasti TURUN !

4 Kelebihan Memilih Set Detox Shaklee :

1. Semua bahan supplemen yang dicadangkan adaah bersumberkan semulajadi dan terbukti sihat, selamat dan berkesan.
2. Semua supplemen adalah sesuai untuk sesiapa saja dan menu makan ( MEAL PLAN DETOX SHAKLEE ) adalah sesuai untuk semua dan boleh diolah mengikut citarasa individu.
3. Banyak program detox fokus pada usus sahaja. Sebenarnya hati menjalankan 70% keberkesanan detox. Ini lah perbezaan Set Detox Shaklee. Ianya set detox yg dirangka oleh Shaklee menekankan semua organ detox iaitu hati, usus, limfa, kolon, paru-paru, buah pinggang dan kulit.
4. Sebaik saja anda beli set complete detox ni, anda akan jadi ahli Shaklee dan diberikan support sepenuhnya sepanjang Program Detox.

Shaklee mensyorkan 5 produk dalam Set Detox

Alfalfa Complex
Raja segala nutrisi, Alfalfa mempunyai akar sepanjang 6 meter yang masuk ke dalam tanah bagi mencari nutrien dan mineral, manakala daunnya pula membantu mengumpul sejumlah besar klorofil melalui proses fotosintesis. Ia juga mempunyai rangkain nutrien yang sangat luas, termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavanoids, mineral serta vitamin

Peppermint Ginger Plus
Membekalkan herba semula jadi seperti pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk membantu melegakan serta meredakan sistem penghadaman anda.

DTX Complex
Formulasi unik hasil ekstrak benih milk thistle, cendawan reishi, skizandra cinensis, dandelion, kekunyit, dan articok, DTX Complex adalah tonik yang direka khas bagi memberi sokongan nutrisi untuk hati berfungsi secara sihat dengan cara melindungi serta memastikan kebolehan tubuh manusia berfungsi seperti noraml dalam mengekalkan hati yang sihat

Herb-Lax
Campuran proprietari yang dipertingkatkan dan ditambah lagi dengan daun sena, di mana secara tradisinya ia digunakan sebagai laksatif semulajadi, Herb-Lax berkebolehan membantu ketidakaturan yang berlaku pada tempoh tertentu. Ia menggalakkan pergerakan usus untuk memperbaiki proses pembuangan semulajadi tubuh

Vivix
Ramuan lazat yang kaya dengan polifenol, iaitu sejenis phytokimia berasaskan dari tumbuhan yang membantu menjaga kepentingan sel anda. Vivix dihasilkan dari campuran botanic Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberry Eropah dan Lobak Ungu. Campuran proprietari kami adalah berasaskan anggur muscadine menggunakan proses ekstrak yang berpaten.

Dah ramai yang berpuas hati dengan program Set Detox. Boleh lihat testimoni mereka di sini

 Testimoni Set Detox Shaklee

Dah lihat testimoni set detox Shaklee kan?

Jika berminat untuk mencuba Set Detox Shakle,
Anda boleh berhubung terus dengan Umi di


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk ubat.
Teruskan Membaca

Ketahui Adakah Toksin Meracuni Tubuh Anda!!


KULIT boleh diumpamakan seperti ‘skrin televisyen’ yang boleh memaparkan apa yang berlaku di dalam tubuh manusia. Jika tubuh tidak sihat ia boleh dilihat daripada kulit yang tidak berseri, pucat, berjerawat dan kusam. Bukan setakat penyakit, kulit juga menjadi ‘agen’ pemberitahuan sama ada seseorang itu diselubungi perasaan tenang, gembira atau sebaliknya. Justeru, setiap orang pastinya mahu kelihatan segar, bertenaga, berseri dan mempunyai kulit yang mulus menawan. Seringkali kita mengutamakan kecantikan dengan memberi penekanan dari luaran. Tidak kira lelaki mahupun wanita, masing-masing sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli set penjagaan kulit, makanan tambahan dan juga vitamin.

Namun, tidak ramai yang terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan. Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya. Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain.

Secara umumnya, jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya. Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada kulit manusia. Simptom di atas hanya yang boleh dilihat di wajah, sedangkan, di dalam organ tubuh yang tidak pernah dibuang toksin akan menyebabkan kesan yang lebih tidak elok.

Definisi buang toksin atau lebih popular dengan sebutan detox sebenarnya amat berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia. Kebanyakan daripada kita menganggap detox ini hanya melibatkan bahagian pencernaan, tetapi amat penting untuk kita mengetahui bahawa organ hati juga memainkan peranan penting dalam pembuangan toksin dari tubuh badan manusia, iaitu menerusi pembuangan air kencing. Toksin terdapat hampir di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh. Justeru, sisa-sisa ini akan terkumpul di mana-mana bahagian dalam organ tubuh manusia. Sisa-sisa ini akan terkumpul untuk satu jangka masa dan menghasilkan toksin. Sepatutnya semua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semulajadi dua organ utama utama iaitu hati dan usus.

Jadi kalau kita hendak pembersihan yang menyeluruh, dua organ tersebut perlu diberi perhatian kerana ia merupakan organ yang terlibat dalam pembersihan sisa toksin dari dalam badan.

Rutin pembuangan air besar terganggu
Antara kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi ialah melalui perkumuhan seperti pembuangan air besar yang perlu berlaku sekurang-kurang sekali sehari bagi orang norma.

Wanita lebih kerap mengalami masalah pembuangan air besar. Ada kes seorang wanita yang hanya membuang air besar seminggu sekali. Sebenarnya masalah ini berkaitan dengan corak pemakanan yang tidak betul seperti kurang mengambil makanan berserat dan minum air masak, kurang bersenam serta pengambilan ubat termasuk ubat untuk kurus

Proses membuang air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah sekali sehari. Tapi jika seseorang tidak membuang air dengan kadar yang sepatutnya, kemungkinan besar, najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus seterusnya menjadi toksin dalam tubuh. Selalunya seseorang hanya akan mengambil tindakan sekiranya sesuatu penyakit telah berlaku. Seperti yang kita ketahui, banyak penyakit bermula daripada usus, sebab organ tersebut menjadi tempat pengumpulan toksin.

Jika ia tidak dikeluarkan maka toksin itu diserap semula dalam badan. Justeru, apabila tubuh tidak pernah melakukan proses detox atau nyah toksin sejak lahir, biasanya tubuh akan menghantar ‘tanda’. Sakit kepala adalah salah satu daripada tanda toksin yang banyak dalam badan.


Tanda-tanda seseorang itu banyak toksin

  1. Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap.
  2. Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengah, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
  3. Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi. Semua ini adalah tanda-tanda bahawa tubuh perlu menjalani proses nyah toksin bagi membersihkan ruang yang tersumbat.
  4. Detox umpama ‘agen’ pencuci yang ‘mengikis’ dinding usus yang terlekat dengan sisa buangan yang tidak pernah dibuang dalam tempoh yang sepatutnya.

Toksin berlebihan mempengaruhi emosi

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa jika seseorang mengalami toksin berlebihan dalam badan ia bukan hanya melibatkan fungsi anatomi tubuh tetapi emosi juga.

Kita mungkin pernah terserempak atau melihat seseorang yang terlalu curiga dengan kebersihan. Contohnya, jika individu tersebut telah membasuh tangan, kemudian dia tersentuh sesuatu yang kita nampak bersih tapi tidak padanya dan dia cepat-cepat mencuci semula tangannya. Ini adalah salah satu simptom yang mengaitkan dengan toksin berlebihan dalam tubuh individu tersebut.

Selain itu, individu yang kerap marah-marah, emosional dan sering tidak tenang, antara lain juga disebabkan oleh kandungan toksin yang berlebihan dalam tubuh. Ini kerana lymphatic system (sistem limfa) jika tidak berfungsi sepatutnya menjadikan seseorang tidak boleh duduk diam, degil, tidak yakin dengan kebersihan dan kelam kabut.

Ibu yang sedang merancang untuk hamil boleh mengamalkan detox sambil mengambil ubat seperti asid folik untuk perkembangan janin.Selain itu, membuang toksin menyediakan tubuh badan yang lebih bersih untuk bakal ibu mengandung kelak. Selepas bersalin dan menyusukan anak adalah disarankan untuk seseorang ibu itu melakukan detox untuk mengembalikan kesegaran serta susuk tubuh yang lebih segar dan menawan.

Cara ekstrem buang toksin
antara cara lain yang popular digunakan untuk membuang toksin ialah diet jus dan diet air. Tetapi ada juga yang memilih cara yang lebih ekstrem iaitu melalui proses yang dinamakan colonic irrigation atau mencuci usus. Cara ini dibuat dengan memasukkan tiub ke dalam usus dan menyedut kotoran yang ada di dalamnya. Cara ini agak mahal dan hanya boleh dilakukan oleh pengamal perubatan yang diiktiraf.

Kenapa risau dengan cara yang makan belanja mahal sedangkan hanya dengan RM 53.00 anda boleh mencuci usus dengan tumbuhan sunnah Islam iaitu Alfalfa.

Kelebihan Dan Kebaikan Alfalfa Complex Shaklee Yang Utama :

1. Mencuci hati, darah dan usus
– Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot
2. Melawan alahan
– Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.
3. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut
– Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
4. Menyingkirkan lemak dan kolesterol
– Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol
5. Melawan tumor
– Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor
6. Melegakan keletihan
– Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit
– Melegakan sakit atritis dan kesakitan

Lain-lain Kelebihan dan Alfalfa Complex Shaklee:

  • Melegakan sakit-sakit sendi dan belakang
  • Mengurangkan masalah resdung dan eczema
  • Membantu hilangkan kelesuan dan tekanan
  • Memberi kelegaan semasa period
  • Membantu arthitis
  • Membantu Merawat athma
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Membantu membuang angin dalam badan
  • Membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Membantu masalah keputihan pada wanita
  • Membesar dan menegangkan payu dara
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  • Memulihkan urat selepas bersalin
  • Sebagai milk booster
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina lelaki
  • Membantu melegakan masalah sembelit


Testimoni Mummy Arif: Detox selepas raya dengan Alfalfa. Biasa la dah raya memang mkn mcm2 jns makanan yg sgt ler menggamit selera kita semua xkira yg berkolesterol, berminyak, berkarbohidrat, segalanya yg blh memudaratkan badan kita. Tp raya kn setahun sekali je so bedal je la sume kan. So, bila dh bedal sume mknan tu marilah kita detox semula badan dgn Alfalfa!!


Testimoni Nur : Alfalfa = milkbooster, hilangkan keputihan, membantu pelawasan, reduce weight, kacip fatimah, mengurangkan masalah resdung..





Testimoni Norra: Masalah bau badan hilang selepas tak sampai seminggu pengambilan Alfalfa.


Testimoni Farah : Keputihan semakin kurang, sembelit hilang, badan terasa ringan dgn Alfalfa!

Testimoni Adeq Diela : Ibu yang menghidap semput tidak perlu lagi mengambil ubat semput, hanya dengan pengambilan Alfalfa.
Testimoni Nafisah : Dengan Alfalfa + ESP, ibu dapat menyusu si manja tanpa bantuan susu formula!!

Testimoni Nor Melati : Stok susu si manja bertambah..tak perlu fikir nak bagi FM lagi!!




Bagi pengguna kad direct debit atau kredit kad, boleh klik button di bawah untuk mencuba.



Peringatan: Hubungi saya terlebih dahulu sebelum buat pembelian jika ingin nikmati discount 20-30% dengan register ahli Shaklee.

Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI, Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

11 Cara Mudah dan Selamat Buang Racun Daripada Tubuh


Menghilangkan atau mengeluarkan racun (detox) dari dalam tubuh wajar dilakukan untuk menjaga kesihatan tubuh agar tetap sihat. Gaya hidup dan persekitaran yang tidak sihat, termasuk tabiat buruk seperti merokok dan mengambil minuman keras serta kepelbagaian jenis makanan yang diambil juga boleh menyebabkan racun-racun ini terkumpul di dalam tubuh.

Racun-racun tersebut boleh merosak organ serta melemahkan sistem ketahanan tubuh. Oleh sebab itulah, diperlukan cara-cara semulajadi untuk mengeluarkan sekaligus menghilangkan racun pada tubuh, selain daripada menggunakan suplemen ‘detox’.

Sebelum ketahui cara nak buang racun, ketahui dulu jadual tubuh membuang racun:

1. jam 21.00 – 23.00 malam hari adalah waktu pembuangan zat-zat yang tidak berguna/beracun (detoxin) di bagian sistem antibodi (kelenjar getah bening). Selama durasi waktu ini, kita harus dalam suasana tenang atau mendengarkan muzik. Jangan sibuk bekerja di waktu-waktu ini.

2. jam 23.00 – 01.00 dinihari terjadi proses detox di bahagian hati

3. jam 01.00 – 03.00 dinihari proses detox di bahagian hempedu, juga berlangsung dalam kondisi tidur.

4. jam 03.00 – 05.00 dini hari terjadi detox di bahagian paru-paru, sebab itu akan terjadi batuk selama temoh waktu ini. kerana proses pembersihan (detox) telah mencapai saluran pernafasan, maka takperlu minum obat batuk agar tidak merintangi proses pembuangan kotoran.

5. pagi pukul 05.00 – 07.00 detox di bahagian usus besar, harus buang air, jangan ditahan-tahan.

6. pukul 07.00 – 09.00 pagi : waktu penyerapan gizi makanan bagi usus kecil, jadi harus makan pagi/ sarapan.

Bagi orang yang sakit sebaiknya makan awal pagi iaitu sebelum pukul 06.30 -07.30 pagi sangat baik untuk kesihatan

11 Cara Mudah dan Selamat Buang Racun Daripada Tubuh

1) Jangan Lupa Minum Air Putih
Air putih atau air masak boleh membantu menghilangkan racun di tubuh melalui peluh dan ‘urine’ yang dikeluarkan. Minum lapan gelas air putih dalam sehari dan usahakan juga untuk minum empat gelas setiap kali anda bangun daripada tidur pada pagi hari.

2) Berpeluh Secara Semulajadi
Berpeluh boleh membantu menghilangkan ‘longgokan’ racun pada tubuh dan kulit anda. Anda boleh mengatasinya dengan melakukan senaman kardio seperti berjalan kaki, berlari, berbasikal yang mana boleh membuatkan anda berpeluh secara semulajadi.

3) Secawan Teh Setiap Hari
Ternyata teh merupakan salah satu minuman yang memiliki kandungan antioksidan yang cukup tinggi. Antioksidan dalam teh berupaya menghalang serta mencegah pengumpulan radikal bebas yang masuk ke tubuh melalui udara yang kita sedut.

4) Lobak Merah
Lobak merah adalah sejenis sayuran yang sangat baik untuk menjaga kesihatan mata, kerana kandungan vitamin A yang terkandung di dalamnya. Di samping itu, lobak merah juga berperanan besar sebagai media pembersih daripada tumpukan racun yang ada di dalam tubuh seperti racun pada organ usus besar dan hati anda.

5) Kurangi Pengambilan Gula Setiap Hari
Di samping dapat mengundang pelbagai maam penyakit menyerang tubuh, gula juga memainkan peranan besar sebagai salah satu makanan yang dapat meracuni tubuh anda seperti mengundang penyakit kanser, diabetes mahupun jantung.

6) Khasiat Buah Anggur
Buah anggur terutama anggur hijau ternyata sangat efektif menghilangkan racun di dalam tubuh anda. Selain itu, anggur juga mengandungi ‘resveratol’ yang dapat menangkis kanser kulit daripada sinaran matahari yang membakar.

7) Makanlah Buah Betik
Buah betik dikatakan sangat efektif sebagai pelindung tubuh daripada pelbagai radikal bebas yang tercampur daripada udara yang kita hirup. Jadi, buah ini tentunya sangat efeketif untuk mencegah penggumpulan racun di dalam tubuh.

8) Makanan Berserat
Untuk menghilangkan racun secara semulajadi dari dalam tubuh anda anda kenalah rajin mengambil makanan berserat. Ia akan membantu membersihkan sistem dan menghilangkan zat kimia berbahaya atau zat kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh. Makanan kaya serat seperti sayuran hijau, gandum dan nasi sebaiknya dimasukan dalam diet setiap hari.

9) Jus Lidah Buaya
Lidah buaya mempunyai banyak manfaat. Bukan sekadar boleh mencantikkan serta menyuburkan rambut anda. Malahan, salah satu fungsinya adalah mengeluarkan racun dari dalam tubuh. Lidah buaya memiliki zat antioksidan yang membantu menghilangkan zat-zat kimia beracun dalam tubuh kita.

Cuba minum segelas jus lidah buaya pada setiap pagi dan petang. Pengambilan minuman ini secara teratur akan membantu anda mengeluarkan racun daripada sistem organ tubuh.

10) Lemon Suam Yang Dicampur Madu
Salah satu cara yang paling kerap dipraktik untuk menghilangkan racun dari dalam tubuh adalah dengan minum air suam yang telah dicampur lemon dan madu pada setiap pagi. Caranya sangat senang, anda cuma perlu sediakan segelas air suam, tambahkan satu sudu madu dan perah beberapa titis lemon ke dalamnya. Campurkan dan minum. Lakukan pada setiap pagi, sebelum anda mengambil makanan lain. - wom.my

11) Alfalfa Complex setiap hari setiap pagi
Alfalfa Complex adalah salah satu sumber fiber. Alfalfa Complex diambil sebelum tidur. Ini adalah untuk memenuhi kehendak jadual waktu pembuangan racun daripada tubuh.

Fiber akan memanjangkan tempoh makanan dalam perut dan memberikan rasa kenyang sepenuhnya. Ia berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan. Disamping tu kalau anda makan fiber ni, kerja2 ‘melabur’ akan jadi mudah, usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit.selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman.

Bab yang ‘melabur’ tu memang betol. Bagi wanita yang baru bersalin akan selalunya mengalami masalah sembelit dan pengambilan fiber (Alfalfa) + Lecithin memang sangat-sangat membantu.

Yang bestnya ALFALFA ni memang dia cuci usus. Seminggu dua pertama tu najis memang warna hitam la. Saya ingat masa amalkan detox dengan Juvanex dulu macam tu juga. Jadi terbukti ALFALFA COMPLEX ni berkesan untuk detox usus kita dari toksin yang telah menyerap dalam badan kita.
Tenaga badan ok lepas makan ALFALFA ni, badan pun takde berbau bila berpeluh. Tapi healing crisis ni lambat juga nak hilang sebab ALFALFA ni. Lepas dah tak migraine, jerawat-jerawat halus pulak naik kat dahi. Tapi saya konsisten minum air 2-3 liter sehari sampai la hilang jerawat-jerawat ni. Sebulan juga la. - myvitaminsadventure.wordpress.com

Bagi pengguna kad direct debit atau kredit kad, boleh klik button di bawah untuk buat pesanan.



Peringatan: Hubungi saya terlebih dahulu sebelum buat pembelian jika ingin nikmati discount 20-30% dengan register ahli Shaklee.

Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI, Saya perunding bertauliah anda
Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
PM kami di
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Marhaban Ya Ramadhan - bulan untuk detoks


RAMADHAN MUNCUL LAGI! Bagi umat Islam, Ramadhan merupakan bulan yang dinantikan kerana selain berpuasa membersihkan dosa, menyucikan jiwa, Ramadhan juga dilihat sebagai bulan untuk menyah-toksin tubuh. Berpuasa sangat baik dalam membantu tubuh menyingkirkan pelbagai 'racun' yang bersarang di dalam perut. Berpuasa sebenarnya memberi ruang masa yang cukup kepada organ pencernaan seperti perut, usus, pankreas dan hati untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di samping memperbaiki mana-mana bahagian yang rosak dek kerana pertambahan beban makanan harian yang dimakan.


Detoks di Bulan Ramadhan Ala Shaklee
Mahu detoks dan kekal sihat bertenaga sepanjang Ramadhan dengan suplemen Shaklee? Antara produk yang disyorkan adalah :

Performance Drink
Soy Isolate Protein Powder (ESP)
NutriFeron
Alfalfa Complex
Vita-Lea
B-Complex
Sustained Release Vita-C 500mg

Dan cara pengambilan yang dicadangkan pula adalah seperti berikut :

Waktu Bersahur
Anda boleh mengambil nasi atau apa saja juadah sahur. Namun, disebabkan waktu yang singkat ditambah kesukaran mengejutkan anak untuk bangun bersahur, kombinasi ESP dan Performance Drink
membantu para ibu untuk memberikan yang terbaik buat seisi keluarga. Lebih kenyang, lebih bertenaga dan tubuh kekal terhidrat, insyaAllah.

Alfalfa juga boleh diambil untuk detoks.

Waktu berbuka
Dimulakan dengan pengambilan kurma sebelum mengambil juadah utama berbuka. Anda boleh tambahkan pengambilan Performance Drink + ESP untuk tenaga tambahan bagi menunaikan solat tarawikh, serta Alfalfa bagi tujuan detoks.

Sebelum tidur
Amalkan segelas ESP bersama vitamin lain seperti Vita-Lea, B-Complex, Vita-C Plus serta NutriFeron bagi meningkatkan sistem imun tubuh. insyaAllah dapat menghindar daripada penyakit seperti demam, selsema dan batuk, memandangkan cuaca yang panas lebih terasa di bulan Ramadhan. Selain itu, anda digalakkan meminum banyak air.

Paling gembira, produk yang diambil pada ketika Ramadhan ini boleh memberikan kesan yang jelita dan langsing di Aidilfitri nanti!




Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
SMS/Whatsapp: 019-432 0059

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Alfalfa - herba yang kaya dengan nutrien, vitamin dan mineral

Alfalfa dikatan berasal dari Iran, malah ianya telah ditanam sebagai makanan untuk ternakan sejak sekurang-kurangnya era zaman Yunani purba dan Rom.

Antara manfaat Alfalfa adalah untuk

Bengkak , sakit atau kekejangan sendi , arthritis, ulser, penyakit perut , masalah kolon , kembung perut , hernia haital , retensi air , merangsang selera makan, bengkak buku lali dan kaki, masalah resdung , alahan, hayfever , gout , bau badan, kaki berbau , nafas berbau, detoksifikasi.

Alfalfa adalah semulajadi , diuretik (satu sifat yang menghasilkan urin untuk mengeluarkan toksin melalui air kencing), membantu untuk masalah penghadaman , memberikan sumber serat dan klorofil, sumber yang kaya dengan mineral surih, membantu pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol , dan anti -tumor dan anti -bakteria.



VITAMIN ditemui dalam Alfalfa

  • Vitamin A - untuk penglihatan . Membina ketahanan badan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan badan dan kecergasan ; menggalakkan kulit yang sihat dan penting semasa kehamilan.
  • Vitamin E - melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan pencemaran udara matahari , menggalakkan kesihatan jantung , kardiovaskular dan otot, meningkatkan fungsi imun yang lebih baik , menggalakkan pembinaan otot di dalam badan , membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding saluran darah termasuk dinding kapilari , membantu memberikan fokus kepada mata.
  • Vitamin U - menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.
  • Vitamin B6 - membantu mengasimilasi makanan, metabolisma protein dan lemak , menggalakkan kesihatan saraf dan kulit , membantu mengatasi gejala loya.
  • Vitamin K - diperlukan untuk pembekuan darah; penting dalam fungsi hati ; boleh menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.
  • Vitamin D - mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan yang perlu bagi pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.


MINERAL yang terdapat dalam Alfalfa

  • Kalsium - membina dan mengekalkan tulang dan gigi , membantu pembekuan darah , membantu dalam kecergasan p dan daya tahan ; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.
  • Besi - diperlukan dalam pembuatan hemoglobin ; membantu membawa oksigen ke dalam darah.
  • Kalium - diperlukan untuk fungsi otot yang normal, reaksi saraf, jantung dan tindakan enzim; mencernakan lemak.
  • Fosforus - diperlukan untuk tulang dan gigi struktur biasa. Saling berkaitan dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan khasiat tisu saraf.
  • Klorin ( klorida) - elektrolit penting yang membersihkan dan mencuci badan; mengawal lemak , gula dan metabolisme kanji.
  • Sodium - mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan; meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah ; mengaktifkan fungsi limpa , usus dan perut.
  • Silikon Magnesium - membantu badan untuk menangani sembelit; menstabilkan saraf ; mempunyai kesan perlindungan pada kulit dan badan; merangsang fungsi otak.

Ciri-ciri lain Alfalfa

Tinggi dalam protein - alfalfa mempunyai 18.9 % protein berbanding dengan daging lembu 16.5 %, susu 3.3% dan telur 13.1 %. ( Otot terdiri daripada protein dan kekurangan protein akan menyebabkan keletihan dan lemah tubuh badan )

Akar Alfalfa yang mendalam ke dalam tanah ini mencari mineral dalam tanah bawah , yang tidak boleh diakses kepada tumbuhan lain . Secara purata, Alfalfa mempunyai akar 10 hingga 20 kaki panjang atau lebih.

Shaklee hanya menggunakan Alfalfa terbaik yang ditanam di California dengan memastikan terdapat pelbagai nutrien termasuk kalsium, fosforus, dan magnesium, serta klorofil, bioflavonoids, zat galian dan vitamin.

Alfalfa Complex adalah sumber semulajadi alfalfa

  • Tidak mengandungi racun kulat, bacteriocides, hormon sintetik, pengawal selia pertumbuhan, atau bahan kimia
  • Setiap hidangan menyediakan 300 mg kalsium, kira-kira sebanyak dalam segelas susu


Sebotol 330biji adalah untuk penggunaan 3-6 bulan dan harganya sangat jimat!

Untuk detoks toksin,
Untuk masalah jerawat,
Untuk sumber fiber yang mengenyangkan,
Untuk masalah keputihan,
Untuk masalah kedinginan isteri,
Untuk masalah resdung/alergik,
Untuk masalah badan/mulut berbau,
Untuk masalah anda!

Berminat? Untuk info/order, hubungi

Call / SMS / WA : 019-4320059

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Detoks - Badan kita mengandungi racun tanpa kita sedar


DETOKS/DETOKSIFIKASI - SUATU PROSES PEMBUANGAN RACUN DARI DALAM TUBUH

Detoks adalah proses pembuangan racun (toksin) dari dalam tubuh kita, samada yang dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh kita mahu pun yang disebabkan oleh gaya pemakanan kita (seperti pestiside, pewarna, MSG, logam berat dalam air minuman, dan sebagainya), pengambilan ubat-ubatan, pencemaran udara, stress, pola makan yang tidak sihat dan radikal bebas. Proses detoks juga membantu memperbaiki metabolisme dan kemampuan tubuh untuk membuang racun (toksin) dari dalam tubuh secara semulajadi.
Toksin-toksin inil jika semakin banyak di dalam tubuh, iaitu di dalam di usus kita yang pada akhirnya menyebabkan penyakit degeneratif, kerosakan sel-sel tubuh dan penyakit kronik lainnya seperti kanser, kolesterol dan darah tinggi. Peningkatan racun di dalam tubuh juga mempengaruhi stamina dan kecergasan tubuh dalam menjalani kegiatan seharian serta penuaan diri.

Proses detoks ini sangat penting dilakukan sekerap mungkin kerana mengingatkan persekitaran hidup dan makanan yang kita makan setiap hari yang seringkali tercemar, sama ada kita sedar atau tidak.

MENGAPA DETOKS ITU PENTING?
Dengan detoks kita dapat:
1. Mencegah penyakit.
2. Merehatkankan organ tubuh.
3. Membersihkan bahagian dalam tubuh dari toksin-toksin yang berbahaya.
4. Menghilangkan jerawat
5. Melambatkan proses penuaan.
6. Meningkatkan kecergasan dan fleksibiliti tubuh.
7. Meningkatkan kesuburan.

GEJALA-GEJALA TUBUH YANG SEDANG MENGALAMI DETOKSIFIKASI
Gejala detoks adalah pelbagai dan cara mengatasinya juga adalah berbeza-beza, bergantung kepada paras kepekatan racun di dalam tubuh dan kepekaan masing-masing individu. Ini juga kerana setiap orang mempunyai metabolisma tubuh badan yang berbeza.

Beberapa gejala umum detoks adalah : pening, mual, gejala selsema, cirit-birit, perut memmulas, sembelit atau gatal-gatal.

1. Mual : Rasa mual adalah proses adaptasi tubuh (normal), 3-5 hari akan hilang
2. Perut memulas : Perut memulas adalah proses detoksifikasi (pengeluaran lemak dan racun dari tubuh), 3-5 hari akan hilang. Teruskan program detox, hindari makanan yang terlalu sensitif seperti pedas, masam dan sejuk.
3. Pening tanpa peluh dingin : Rasa pening adalah proses adaptasi tubuh (normal), 3-5 hari akan hilang. Teruskan program detox. Minum air putih minimum 3 liter sehari
4. Pening disertai peluh dingin : Bererti menahan lapar, makan sesuai jadual program detox. Apabila waktu makan, meskipun belum rasa lapar, harus tetap makan (makan tepat waktu). Tambahkan pengambilan makanan berprotein, berserat, berkalori rendah dan memperbanyakan pengambilan air putih.
5. Muntah : Sedang menyesuaikan diri dengan makanan baru, badan belum dapat membiasakan diri dengan portion makan dikurangkan dan sedang meneutralkan kadar asid-alkali bagi orang yang asid perutnya berlebihan.
6. Sembelit : Kurang minum air. Tambahkan air putih dan makanan berserat disertakan dengan olahraga.
7. Najis busuk : Kurang cairan untuk merembeskan unsur racun, maka timbul najis busuk yang disebabkan proses pembuangan racun secara cepat. Banyakkan meminum air putih, sayur dan buah.
8. Otot terasa ngilu : Tubuh sedang menuju kembali ke keadaan sihat, bahagian yang lemah mula bertindak balas. Merupakan gejala semulajadi.
9. Bersemangat, riang, susah tidur : Tubuh sedang membakar lemak yang berlebihan menjadi tenaga dan merupakan gejala semulajadi. Jika sukar untuk tidur, kurangkan dos pemakanan.
10. Pening, lemah, lapar : Terjadi kepada pesakit kadar gula darah rendah. Tingkatkan pengambilan sayur, buah, madu dan air putih. Tingkatkan metabolisme dengan perbanyakkan aktiviti olahraga.
11. Gejala Selsema : Minum air putih minimum 3 liter per hari.
12. Cirit birit : Jangan kuaatir kerana tubuh bahagian pencernaan sedang mengalami penyesuaian dengan makanan baru, teruskan program detox dan perbanyakkan minum air putih.
13. Kulit gatal/bintik : Gejala eksresi racun yang sering terjadi pada penderita gangguan ginjal. Perbanyakkan minum air putih.
14. Organ tubuh terasa sakit : pembaikan dalam organ tubuh yang terasa sakit sedang berlaku, teruskan program detox, setelah beberapa hari sakitnya akan hilang.
15. Keluar peluh, najis agak pekat, tekak kering : Sedang terjadi akibat pembuangan racun. Gejala normal. Perbanyakkan minum air putih.
16. Buang air besar berkurang : Makanan yang diambil lebih banyak yang diserap oleh tubuh. Merupakan gejala normal, tambahkan makanan berserat tinggi untuk membersihkan kotoran.
17. Lambat turun berat : Kelenjar tiroid membantu fungsi ginjal sebagai pembuangan air kencing, hati meneutralkan unsur racun dan metabolisme cadangan lemak. Jika fungsi ketiga organ terganggu, maka hasil penurunan berat badan tidak akan begitu ketara. Program detox diteruskan untuk pengemasan keadaan tubuh terlebih dahulu.
18. Berat badan naik : Setelah lemak terurai, jumlah otot akan bertambah, berat otot bertambah dan tubuh sedang menahan air. Boleh juga yang sedang berlaku adalah fungsi pembuangan air kencing pada buah pinggang kurang baik, sementara sedang terjadi pengumpulan air dalam tubuh.
19. Tidak ada reaksi nyata: Bersyukurlah kerana keadaan badan anda fit dan daya tahan tubuh sudah meningkat. Cuba bersenam, maka akan terasa bahawa daya tahan tubuh sudah bertambah.

Untuk proses detoks, boleh cuba program detoks Shaklee. Shaklee menawarkan produk detox untuk membantu membersihkan badan anda daripada bahan kimia toksik, menjaga kesihatan hati, membersihkan kolon, membina mikroflora usus anda dan sebagainya.

Detox Hati/Liver Detox
Hati adalah organ dalaman terbesar di dalam badan dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan metabolisme yang normal dan detoksifikasi badan secara semulajadi. DTX Complex Shaklee menyediakan sokongan untuk fungsi hati yang sihat. Produk ini mempunyai campuran proprietari yang terdiri daripada enam ramuan botani dengan antioksidan dan sifat-sifat yang meningkatkan aliran cecair hempedu, yang bergabung untuk melindungi dan merangsang keupayaan semula jadi badan bagi mengekalkan sel-sel hati yang sihat.

DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:
milk thistle seed
schizandra chinensis seed (tanaman yang berasal dari China yang dah digunakan selama lebih 2000 tahun untuk meningkatkan jumlah enzim detoksifikasi di dalam hati)
cendawan Reishi (dikenali kerana sifat antioksidannya)
dandelion
kunyit
artichoke (untuk membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal)
Pembersih Usus/Colon Detox
Badan yang sihat mengandungi bertrilion mikroorganisma baik. Majoriti bakteria baik ni tinggal di dalam usus dan dirujuk sebagai mikroflora. Sekurang-kurangnya 400 jenis mikroorganisma yang dijumpai dalam saluran gastro-usus; dan berjumlah kira-kira 3 lbs bakteria dalam usus kita sepanjang masa.
Tugas bakteria baik ini ialah untuk mengawal penguasaan bakteria jahat. Bakteria baik haruslah berada dalam jumlah optimum untuk mengawal bakteria jahat.

Punca Utama Ketidakseimbangan Bakteria

  • penggunaan antibiotik.
  • umur
  • pemakanan yang tidak sihat
  • pengambilan serat yang rendah
  • kontraseptif oral
  • ubat-ubatan seperti aspirin dan kortikosteroid
  • tekanan
  • pengambilan gula yang tinggi



Dr Shaklee telah memperkenalkan Herb-Lax pada tahun 1917. Ia direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu proses semula jadi badan. Herb-Lax adalah gabungan 9 herba, termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.

Herba yang digunakan dalam Herb-Lax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana2. Produk-produk julap buatan ni biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, berhati-hati ya.

Sebaliknya, Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herb-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus.

Pencuci Darah
Seawal 3000 SM, orang-orang Babilon menggunakan manfaat bawang putih yang serba boleh. Ia digunakan sebagai ubat untuk pelbagai tujuan, termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen antibiotik dan anti-mikrob.

Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk menyucikan darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.
Walau bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan bawang putih sama.. Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari ini, termasuk serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dan sebagainya, mengurangkan atau menghapuskan kandungan allicin. Allicin adalah komponen utama aktif bawang putih dan diperlukan untuk banyak manfaat bawang putih.

Garlic Complex Shaklee diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin.
Garlic Complex Shaklee juga telah dirumus untuk kawalan bau. Bawang putih kan menyebabkan nafas berbau…tapi tablet Garlic Shaklee tak dipecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.

Pencuci Keseluruhan Tubuh
Itulah dia the amazing Alfalfa! Ya, alfalfa bukan untuk tambah susu saja ya. Alfalfa adalah bahasa Arab untuk “Bapa Kepada Semua Makanan”. Akar herba yang mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain. Menurut seorang pakar nutrisi, alfalfa membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. Ia membantu membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol. Sangat hebat kan! Hanya alfalfa yang mempunayi kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimiaatau baja bukan organik,menjadikan ia alfalfa berkualiti tinggi.

JANGAN LUPA UNTUK DAPATKAN HARGA OFFER ALFALFA COMPLEX BULAN NI.






Call / SMS / WA : 019-4320059

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Khasiat Alfalfa Complex : Detox toksin dalam badan


Selalu orang menyebut DETOX atau dalam bahasa yang kita selalu sebut NYAHTOKSIN. Apakah maksud sebenar detox?

Secara normal, setiap hari badan kita akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal

Dari mana datang toksin?

Toksin pada badan kita datang samada dari persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam badan melalui macam-macam cara seperti :


  • UDARA : udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan
  • MAKANAN/ MINUMAN : makanan atau minuman yang tidak bersih atau dimasak mungkin mengandungi sisa racun, bahan kimia dan sebagainya.
  • UBATAN : Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam badan.
  • RADIASI : pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro
  • MAKANAN TIDAK HADAM : makanan yang tidak hadam dan tinggal akan usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam
  • DEHIDRASI dan MALNUTRISI : kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia

Tanda-tanda anda perlu DETOX

  • Masalah penghadaman
  • Sembelit
  • Sakit kepala
  • Jerawat
  • Penuaan pra-matang
  • Letih
  • Berat badan berlebihan
  • Insomnia
Cara & Langkah-langkah DETOX

Bagi membersihkan tubuh dari toksin secara semulajadi, dicadangkan supaya kita mengikuti langkah berikut :
  • PUASA - rehatkan sistem badan, puasa dapat membantu proses detox
  • DETOX hati - rangsang hati anda untuk membuang toksin yang terkumpul dengan cara mengurangkan pengambilan kaffein, alkohol, garam, gula, makanan diproses dan sbagainya. Pengambilan sesetengah herba seperti teh hijau, bawang putih, kunyit, sayuran seperti brokoli dan artichoke, cendawan reishi, milk thistle, dandelion root dan sebagainya
  • DETOX Sistem Penghadaman - ambil makanan yang tinggi serat (fiber) seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, alfalfa, jus limau dan buahan berries.
  • DETOX melalui kulit - minum air yang ditapis lebih banyak dari biasa, lakukan senaman secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh, nikmati sauna dan mandian wap 2-3 kali seminggu.
  • MAKANAN BERKHASIAT - setelah melalui proses detox, kawal pemakanan anda dengam mengambil makanan yang berkhasiat, mengambil makanan tambahan dan vitamin dan menggunakan sistem penapis air yang baik
Detox dengan SHAKLEE!

Shaklee mencadangkan pengambilan beberapa rangkaian produknya untuk membantu proses detox bagi melancarkan proses membuang toksin dan bahan buangan. Berikut adalah rangkaian produk untuk anda :


Alfalfa Complex (Detox seluruh tubuh) : Herba yang kaya dengan pelabagai nutrisi dan digelar 'Raja Segala Tumbuhan'. Membantu proses detox hati, darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.





DTX Complex (Detox hati) : Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu biji benih milk thistle, kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. Membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati







Garlic (Detox darah) : dibuat dari bawang putih premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemary & spearmint. Membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah, antibiotik semulajadi meningkatkan sistem imun tubuh.







Herblax (Detox usus) : Gabungan 9 herba semualajadi - daun alfalfa, daun jati cina (senna), biji adas manis cina (anise seed), bunga mallow biru (Blue malva), kulit kayu buckthorn, akar likoris, biiji jintan manis (fennel), akar rhubarb & akar Culver's. Membantu membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus & melegakan sembelit






Bila waktu terbaik detox?

Sebenarnya kita boleh melakukan detox pada bila-bila masa. Badan kita bukan kereta yang perlu ada jadual penyelenggaraan. Cuma yang penting, bila badan rasa tidak selesa, dan timbul simptom-simptom seperti sakit kepala, berat badan berlebihan, tidak hadam, keletihan, sukar tidur dan jerawat - mungkin kita perlukan detox. Pakar nutrisi mencadangkan supaya seorang individu dewasa melakukan detox menyeluruh sekurang-kurangnya setahun sekali. Tapi, sebaiknya anda lakukan mengikut keperluan.

Menurut Dr. Juliet Tien, pakar dalam bidang ini - jika anda jarang-jarang melakukan proses detoksifikasi, disarankan anda melakukanny selepas musim perayaan kerana pada masa inilah anda akan mengambil makanan yang berpotensi mentoksikkan badan dalam jangka masa pendek dan panjang. Makanan manis, berlemak, berminyak, makanan tersedia yang mungkin dicemari yis dan parasit banyak dihidangkan di rumah terbuka dan jamuan-jamuan.




Call / SMS / WA : 019-4320059

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca