Memaparkan catatan dengan label ramadhan shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ramadhan shaklee. Papar semua catatan

Tips Cegah Hidrasi Ketika Berpuasa


Apa yang akan terjadi sekiranya kita tak siram pokok bunga di halaman rumah selama seminggu? Dah sah pokok bunga tu akan jadi layu, kan? Itulah juga yang akan jadi kepada tubuh badan kita, jika tidak dihidrasi (diberikan air atau tidak mendapat kelembapan) sebagaimana yang sepatutnya. Jadi sangat penting bagi kita untuk minum, tidak kiralah sama ada ia air masak, jus, minuman isotonik, susu mahu pun memakan buah-buahan serta sayur- sayuran yang secukupnya.

1. Minum lebih banyak air kosong ketika berbuka dan sahur
Mungkin rasa sukar untuk merealisasikan tips ini memandangkan kita tidak minum pada siang hari dan fokus mengambil makanan ketika sahur dan waktu berbuka sahaja. Namun cubalah mendisipilinkan diri untuk minum lebih air ketika sahur , berbuka dan waktu malam. Menurut kajian Institute of Medicine (IOM) dari jabatan National Academy of Sciences, lelaki memerlukan lebih kurang 3.7 liter air sehari manakala wanita pula 2.7 liter dan jumlah tersebut termasuk air yang diperoleh daripada sumber makanan lain seperti buah-buahan dan sayur -sayuran.

2. Elakkan minuman berkafein dan berkarbonat
Kafein mempunyai keupayaan untuk menghapuskan cecair dari badan. Selain itu minuman seperti kopi, teh hitam dan koko adalah sangat tinggi kandungan purines, toksin yang perlu dicairkan menggunakan kuantiti air yang banyak untuk dibuang dari badan.

3. Letak sikit “perasa” dalam air kosong
Jika anda rasa anda tidak mampu minum air kosong dengan banyak kerana rasanya yang kurang enak cuba bereksperimen dengan meletakkan hirisan lemon , timun , selasih atau daun pudina dalam air kosong anda. Lebih menyegarkan bukan?

4. Minum susu
Kajian dari Kanada telah membuktikan bahawa susu adalah baik dalam menggantikan cecair yang hilang daripada akibat berpeluh dan bersukan. Malah susu didapati mempunyai fungsi hidrasi yang lebih baik berbanding air dan minuman isotonik kerana ia merupakan sumber protein yang berkualiti tinggi, karbohidrat, kalsium dan elektrolit.

5. Ambil banyak buah-buahan
Kami faham tentu kembung perut anda kalau mahu minum air yang banyak ketika sahur dan berbuka. Tak mengapa, buah-buahan dan sayur-sayuran juga mengandungi kandungan air yang tinggi. Antara buah-buahan dan sayuran yang mengandungi kandungan air yang tinggi adalah tembikai, salad, brokoli, saderi,betik, mangga dan banyak lagi.

6. Lipbalm, losyen dan pelembap
Dehidrasi juga akan menyebabkan kulit anda menjadi kering. Ambil langkah pencegahan dari luar juga dengan lebih rajin untuk menyapu bahan pelembapan pada kulit.

Cara Umi yang lebih sedap, rasa oren yang menyegarkan selain tu beri tenaga adalah dengan menggunakan Performance Drink. Apa tu Performance Drink?


Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain. Dulu saya suka minuman 100plus dan sebagainya tapi yang tak tahan gas karbonat tu la. Kuat sangat. Tak tahan setiap kali minum tu tapi terpaksa jugak minum sebab takda pilihan.

Lepas tu perbezaan Performance Drink dengan minuman lain adalah Performance Drink TIDAK mengandungi BVO (Brominated Vegetable Oil). Bahan kimia sintetik yang dikenali sebagai minyak sayuran brominated (BVO) - mula-mula dipatenkan oleh syarikat-syarikat kimia sebagai perencat api - dikenal pasti sebagai ancaman kepada kesihatan tubuh badan tetapi syarikat-syarikat pembuat minuman berkarbonat masih belum lagi untuk membuang BVO sebagai ramuan minuman. BVO menjadikan warna minuman sedikit 'keruh' dengan mengekalkan campuran 'perisa buah-buahan' ke dalam minuman tersebut. Tanpa kehadiran BVO, perisa akan terapung ke permukaan dan terasing.

Performance Drink mengandungi campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat Shaklee dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
hidrasi
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.


Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.



Performance Drink 539gram RM 82.50 yang memberikan penjimatan di mana 1tin Performance Drink boleh menghasilkan 5 gelen air minuman!

Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
SMS/Whatsapp: 019-432 0059

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

sumber gambar utama : underwateraudio.com
Teruskan Membaca

Set Ramadhan Bantu Ibu Hamil, Ibu Menyusu Dan Pesakit Gastrik Untuk Berpuasa Penuh


Set Ramadhan Shaklee, inshaAllah, dapat membantu mengurangkan keletihan, mengekalkan kecergasan dan tidak lesu sepanjang Ramadhan agar dapat memanfaatkan setiap waktu dan saat yang ada dengan amal ibadah. Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman kawan-kawan dan ibu-ibu yang telah menggunakan set ini sepanjang berpuasa pada bulan Ramadhan tahun-tahun lepas. Inilah set kombo puasa yang banyak membantu ibu hamil, ibu menyusu, dan pesakit gastrik untuk berpuasa penuh di bulan Ramadhan dan kekal cergas sepanjang puasa.

Zaza (mom of syaura, baby dia baru 5 months ++, fully breasfeed)
"Rupanya penat berpuasa masa breastfeed baby adalah 8 kali penat puasa time pregnant. Zaza pun cuak juga before puasa, takut2 kalau bekalan susu merudum dan takut letih sangat-sangat ke. Jadi Zaza pun beli Performance Drink. Zaza start minum masa hari kedua, hari tu la hari Zaza tak puasa sebab Zaza rasa masa tu Zaza dehydrate kot tu yang pening-pening. Mana taknya, lepas berbuka pukul 8 malam terus tidur sampai sahur. Memang tak sempat nak minum air banyak-banyak. Alhamdulillah sejak tu Zaza rasa ok, dah tak berapa letih yang penting bertenaga sepanjang hari, boleh meeting sana sini, jalan sana sini. Tak macam first day puasa, pucat lesi, pening, nak tumbang la. First day puasa hoh lembik macam sotong"
note : Zaza beli Performance Drink hari ke-2 puasa, so memang rasa perbezaannya.

Puan Saadiah (berniaga dibulan Ramadhan)
"Alhamdulillah lain rasanya, lebih bertenaga selepas minum Performance Drink. Saya minum waktu sahur & berbuka. Beginilah berniaga, selalu terdedah tengah panas. Tak lah rasa kering sangat tekak & kepala pun tak pening. Alhamdulillah. Semua keluarga minum Performance Drink. Saya juga cadangkan pada kawan-kawan"

Kunaz (mom of Irfan 3 mons - fully breastfeed baby)
Sebelum bulan puasa saya dah try puasa sehari, puasa ganti time awal-awal pregnant dulu (morning sickness teruk). Dulu kan jadual pumping saya start kul 7 pagi lepas punch card. Sebelum pam, saya biasa minum malt drinks dulu, and after pam minum air masak. So masa 1st time pam masa puasa, habis pam je saya rasa resah. Resah sebab tak dapat nak minum air. Dah berkali-kali decide nak berbuka, dari pukul 7 pagi sampai kul 11 pagi, dok sibuk cakap kat ofismate nak berbuka. Pastu saya diperkenalkan dengan Performance
Drink dari Shaklee. Performance Drink tu bukan untuk banyakkan susu yer, tapi untuk keep us hydrated (ala2 100 plus) so that kite takdela haus yang melampau atau mati terjelir lepas pam. So 1st 3 days puasa memang mantap abih aah.
Hubby pun kesian gak. Terpaksa puasa 8 hari kat offshore. Penat kontraktor wireline puasa kat offshore, kalau client leh tahan lagi, setakat coordinate contractor. Hubby pun minum Performance Drink hari-hari dan Alhamdulillah penuh jek puasa dia kat offshore tue.


"....Perfomance Drink offers immediate hydration and sustained energy in a great-tasting, thirst-quenching Orange flavor. Just mix in water. Drink 8 ounces for each 15 to 30 minutes of activity for more energy, lasting stamina, and proper hydration. Shaklee Performance delivers that right amount of fluids, electrolytes, and carbohydrates so that it enters the bloodstream quickly and stays there longer. keeps your blood volume up, and your heart rate down, Equaling more stamina..."




Terdapat 3 pilihan set berpuasa. Berikut adalah harga runcit setiap set ;

SET KOMBO PUASA 1 : ESP + PERFORMANCE DRINK = RM 232.50
SET KOMBO PUASA 2 : MEAL SHAKE + PERFORMANCE DRINK = RM 196.25
FULL SET KOMBO PUASA : ESP + MEAL SHAKE + PERFORMANCE DRINK = RM 346.25

Jika merasa agak mahal, ini adalah harga runcit. Anda boleh mendaftar ahli dengan kami untuk menikmati harga ahli dan jauh lebih jimat. Boleh sms/whatsapp/call saya di 019-4320059 untuk pertanyaan tentang cara mendaftar sebagai ahli.






BAGAIMANA SET BERPUASA SHAKLEE INI DAPAT MEMBANTU ?
Mari kita lihat apa yang ada pada setiap set ini dan bagaimana set berpuasa shaklee bantu ibu hamil, ibu menyusu, dan pesakit gastrik berpuasa penuh.

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
  1. Mempunyai kandungan protein asli NON-GMO soya, 2 kali ganda kandungan protein dari daging
  2. ESP bersifat rendah indek glisemik. Sifat makanan dengan indeks glisemik yang rendah ini adalah, proses pencernaan dan penyerapannya lebih lambat dan secara perlahan-lahan. Jadi ibu akan mendapat tenaga lebih lama semasa berpuasa. 
  3. ESP Membekalkan tenaga berpanjangan, mengurangkan rasa lapar, sebagai milk booster bagi ibu menyusu, malah turut mencantikkan kulit
  4. ESP Diperkaya dengan kalsium untuk mengurangkan keasidan soya. ESP juga dapat mengurangkan risiko serangan gastrik bagi pesakit gastrik ketika berpuasa.

PERFORMANCE DRINK (PD) merupakan minuman isotonik semualajadi dan tidak berkarbonat. Mengawal dan mengurangkan kehilangan bendalir yang menyebabkan tubuh cepat letih dan mengelakkan penyahhidratan. Juga mengekalkan kelembapan kulit.

Selain itu PD juga :
  1. Meminimumkan kehilangan cecair untuk memantapkan hidrasi badan. Kurang rasa haus.
  2. Mengalirkan elektrolit sepenuhnya ke seluruh badan, termasuklah kalsium & magnesium (tiada pada minuman isotonik jenama lain).
  3. Menstabilkan paras glukosa di dalam darah untuk mengekalkan tenaga berterusan, serta menambah stamina.

MEALSHAKE SHAKLEE
  1. Membekalkan multivitamin yang diperkaya dengan protein lengkap dengan 9 jenis asid amino, kalsium, magnesium dan vitamin D untuk keperluan minda, tumbesaran serta untuk tulang dan gigi yang sihat. 
  2. Datang dengan perasa vanila sangat bagus untuk anak-anak yang mengalami sembelit, dan kurang selera makan. 
  3. Kandungan proteinnya juga akan membantu mengurangkan rasa lapar dan lebih bertenaga sepanjang berpuasa. 
  4. Bagus untuk anak-anak yang sedang belajar berpuasa.





Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
SMS/Whatsapp: 019-432 0059

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Marhaban Ya Ramadhan - bulan untuk detoks


RAMADHAN MUNCUL LAGI! Bagi umat Islam, Ramadhan merupakan bulan yang dinantikan kerana selain berpuasa membersihkan dosa, menyucikan jiwa, Ramadhan juga dilihat sebagai bulan untuk menyah-toksin tubuh. Berpuasa sangat baik dalam membantu tubuh menyingkirkan pelbagai 'racun' yang bersarang di dalam perut. Berpuasa sebenarnya memberi ruang masa yang cukup kepada organ pencernaan seperti perut, usus, pankreas dan hati untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di samping memperbaiki mana-mana bahagian yang rosak dek kerana pertambahan beban makanan harian yang dimakan.


Detoks di Bulan Ramadhan Ala Shaklee
Mahu detoks dan kekal sihat bertenaga sepanjang Ramadhan dengan suplemen Shaklee? Antara produk yang disyorkan adalah :

Performance Drink
Soy Isolate Protein Powder (ESP)
NutriFeron
Alfalfa Complex
Vita-Lea
B-Complex
Sustained Release Vita-C 500mg

Dan cara pengambilan yang dicadangkan pula adalah seperti berikut :

Waktu Bersahur
Anda boleh mengambil nasi atau apa saja juadah sahur. Namun, disebabkan waktu yang singkat ditambah kesukaran mengejutkan anak untuk bangun bersahur, kombinasi ESP dan Performance Drink
membantu para ibu untuk memberikan yang terbaik buat seisi keluarga. Lebih kenyang, lebih bertenaga dan tubuh kekal terhidrat, insyaAllah.

Alfalfa juga boleh diambil untuk detoks.

Waktu berbuka
Dimulakan dengan pengambilan kurma sebelum mengambil juadah utama berbuka. Anda boleh tambahkan pengambilan Performance Drink + ESP untuk tenaga tambahan bagi menunaikan solat tarawikh, serta Alfalfa bagi tujuan detoks.

Sebelum tidur
Amalkan segelas ESP bersama vitamin lain seperti Vita-Lea, B-Complex, Vita-C Plus serta NutriFeron bagi meningkatkan sistem imun tubuh. insyaAllah dapat menghindar daripada penyakit seperti demam, selsema dan batuk, memandangkan cuaca yang panas lebih terasa di bulan Ramadhan. Selain itu, anda digalakkan meminum banyak air.

Paling gembira, produk yang diambil pada ketika Ramadhan ini boleh memberikan kesan yang jelita dan langsing di Aidilfitri nanti!




Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
SMS/Whatsapp: 019-432 0059

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Boleh tak nak kekal bertenaga sepanjang Ramadhan?


ESOK PUASA!

Macam yang kita tahu, puasa adalah untuk kita menahan diri daripada makan minum serta melakukan perkara-perkara yang dilarang yang boleh membatalkan puasa termasuk juga menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh.

Cabaran kita sekarang ni bukan setakat dari dalaman diri kita sendiri, malah keadaan cuaca yang panas kering, gaya hidup yang pantas dan sebagainya sedikit sebanyak menguji kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri kita. Tenaga kita pun mudah hilang bila kita stress, cuaca panas dan sebagainya. Sedangkan ibadah Ramadhan adalah sangat mulia yang mana kita harus isikannya dengan amalan-amalan mulia.


Ada yang bertanya, boleh tak sepanjang Ramadhan ni saya nak kekal bertenaga? Jawapan Umi, inshaAllah boleh, dengan cara kita bekalkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan sepanjang hari walaupun kita berpuasa.


ESP

  • Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. 
  • Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,
  • Membekalkan tenaga,
  • Memberikan rasa kenyang
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
  • Membanyakkan susu badan (milkbooster)
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • Mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat
  • Membantu memudarkan parut jerawat, memberikan kulit gebu

PERFORMANCE DRINK

  • Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah
  • Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
  • Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia bole tolong cegah dehydration tu.
  • Penghidratan lebih cepat berbanding air (Oren)
  • Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan mebekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.
  • OptiCarb® pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan.
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.

MEALSHAKE

  • Ianya multivitamin a.k.a pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tp dlm bentuk serbuk.
  • Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
  • Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.


Mighty 3 Gem
ESP 850gram (untuk penggunaan 1-2bulan) RM 150.00
Performance Drink 539gram (untuk penggunaan 1-2bulan) RM 82.50
MealShakes 544gram (untuk penggunaan 1-2bulan) RM 113.00

Energy Booster
ESP 850gram (untuk penggunaan 1-2bulan) RM 150.00
Vitalea with Iron 120biji (untuk penggunaan 2bulan) RM 88
Cinch Energy Tea Mix 28 sticks RM 181
Omega Guard 90biji (untuk penggunaan 1bulan) RM 136.00



Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
SMS/Whatsapp: 019-432 0059

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca