Memaparkan catatan dengan label penyakit jantung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penyakit jantung. Papar semua catatan

kepentingan buah-buahan di dalam mencegah penyakit kronik


Konsep Pinggan Sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan 50% hidangan kita setiap hari adalah daripada pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kajian University of Copenhagen, Denmark menunjukkan pengamal buah-buahan 15% kurang berisiko untuk mendapat penyakit jantung koronari dan penyakit kardiovaskular lain seperti darah tinggi dan strok. Kadar kematian mereka juga 20% lebih rendah.

Kajian meta-analisis jurnal perubatan 2014 menunjukkan pemakanan tinggi serat menurunkan risiko mendapat penyakit diabetes, sakit jantung, strok, kanser, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi serta menurunkan risiko kematian akibat penyakit kronik sebanyak 15%.

ANTIOKSIDAN DAN ANTI KERADANGAN

Kandungan paling berkhasiat dalam buah-buahan ialah khasiat antioksidan seperti anthocyanidin dalam buah delima, buah pitaya dan buah beri, kandungan quercetin dalam buah limau oren, resveratrol dalam biji anggur, polifenol dalam buah zaitun, buah kurma dan buah tin.

Baca Tips Anti-Oksidaan : 8 Manfaat Polifenol untuk Kesihatan

Buah-buahan juga mengandungi agen anti-keradangan yang boleh mencegah masalah saluran darah sempit akibat masalah arteriosklerosis dan bahan fitoestrogen yang mampu menstabilkan hormon wanita.

KEUTAMAAN SUMBER VITAMIN C

Kajian Cohort selama 20 tahun di Jepun menunjukkan pengamal vitamin C mempunyai 29% lebih rendah risiko mendapat penyakit strok atau angin ahmar.

Seseorang yang kurang mengambil vitamin C lebih mudah mendapat masalah tekanan darah tinggi.

Baca Perbezaan Vita-C Shaklee dan 5 Sebab Kenapa Vitamin C Shaklee Berbeza

American Jurnal of Clinical Nutrition 1991 menunjukkan buah-buahan vitamin C mengurangkan risiko kanser esofagus, tenggorok, mulut, pankreas, perut, usus, payudara dan pangkal rahim.

Buah-buahan juga mempunyai kandungan mineral seperti kalium, magnesium, zink, selenium, kromium dan kalsium. Pisang tinggi dengan mineral kalium atau potassium yang baik untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Baca 7 Tips Pemilihan Suplemen Kalsium Untuk Tubuh

Pengamal buah-buahan akan mempunyai berat badan yang lebih sihat dan ideal. Jadikan amalan pengambilan buah-buahan setiap hari dan setiap hidangan yang kita makan sebagai satu kemestian jika kita ingin mendapat kesihatan yang terbaik.

artikel www.sinarharian.com.my


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Rakyat Perancis kuat makan tapi awet muda & hidup lebih lama?

Rakyat Perancis kuat makan tapi awet muda & hidup lebih lama?
Rakyat Perancis kuat makan tapi awet muda & hidup lebih lama?

Rakyat Perancis memiliki rahsia mereka yang tersendiri di mana mereka mengambil diet makanan yang mengandungi banyak gula, lemak, krim dan sangat banyak krim tetapi mempunyai rekod sakit jantung yang kurang malah hidup lebih lama berbanding rakyat Amerika. Malah penyelidik alkohol Perancis yang terkenal iaitu Dr. Serge Renault di dalam sebuah segmen TV 60 Minutes, (The French Paradox) juga melaporkan sedemikian di kaca TV pada tahun 1991.

Apakah rahsia rakyat Perancis tersebut? Tiada rahsia bahawa mereka mengambil minuman beralkohol dengan sangat banyak, bukan? Jadi kita yang Islam ni takkan lah nak kena minum minuman alkohol pulak untuk dapatkan kesihatan tubuh badan sekaligus untuk elakkan sakit jantung, penuaan, kencing manis dan sebagainya? Jangan risau, baca seterusnya.

Berbalik kepada rahsia rakyat Perancis tersebut, maka Dr. Renault mula mempercayai bahawa ada sesuatu di dalam jus anggur merah yang menentang kesan negatif makanan berlemak tapi dia sendiri pun tak pasti apakah ia. Sesetengah teori mengatakan ianya adalah disebabkan oleh alkohol, yang lainnya sangat pasti ianya adalah kuasa anti-pengoksidaan jus anggur merah. Sebenarnya kedua-dua teori tersebut benar untuk sebahagiannya. Apa yang tertinggal adalah molekul paling ajaib sekali. Apakah molekul tersebut? Ianya adalah resveratrol.

Sedikit sejarah mengenai penemuan resveratrol.

Ianya berlaku apabila Dr. Sinclair dan pasukannya di Harvard Medical School menguji lebih daripada 20,000 molekul semulajadi secara satu persatu sebelum secara kebetulannya beliau menjumpai apa yang beliau gelarkan pintu keajaiban kepada molekul ajaib. Mengejutkan beliau, molekul yang memanjangkan jangka hayat tersebut adalah resveratrol. Menggunakan resveratrol, Dr. Sinclair mendapati bahawa beliau boleh memanjangkan jangka hayat yis. Berita ini hanya dipandang remeh oleh saintis yang lain kerana ianya hanyalah yis. Menggunakan bentuk hidupan yang lebih tinggi, Dr. Sinclair menyuntik resveratrol kepada lalat buah dan hasilnya positif. Penghargaan yang diterima lebih baik dan penyelidikan menjadi lebih sengit.

Ahli sains yang lain berusaha untuk membuktikan penemuan Dr. Sinclair mempunyai hasil yang positif dengan ikan. Mereka berjaya di mana jangka hayat ikan dilanjutkan 70%. Dengan hasil eksperimen ini, ianya tidak begitu menarik perhatian ahli sains yang lain melainkan ianya melibatkan eksperimen tikus. Ini kerana tikus dan manusia mempunyai gen yang sama. Keajaiban berlaku di mana tikus diberikan diet yang mengandungi resveratrol bukan sahaja hidup lebih 30% lama malah tikus tersebut tidak pernah bertambah berat dan mempunyai 2kali ganda daya tahan hidup. Mereka boleh berlari 2kali ganda berbanding tikus yang tak diberi resveratrol. Yang menariknya tikus yang diberi resveratrol tidak mendapat mana-mana penyakit penuaan. Tiada penyakit jantung, tiada kanser, tiada kencing manis, dan tiada strok.

Resveratrol

Apabila Dr. Sinclair menerbitkan kajian beliau, FORTUNE menggelarkannya 'Mungkin penemuan terbesar sejak antibiotik'. Dr. Sinclair berjaya mengasingkan gen yang melambatkan penuaan ... Sirtuin.

Resveratrol telah dibuktikan menunjukkan kesan positif di dalam kebanyakan masalah kesihatan yang mempengaruhi berapa lama dan sebaik mana kehidupan kita. Bukti keajaiban resveratrol boleh dilihat di dalam laman web PubMed dimana terdapat 2,636 kertas kerja saintifik mengenai resveratrol.

Oleh kerana resveratrol telah dibuktikan berupaya melambatkan penuaan dengan kajian di makmal seluruh dunia, maka kebanyakan pengeluar produk berlumba-lumba mengeluarkan produk resveratrol di dalam kedai kesihatan malah di internet. Jika anda mengambil mana-mana produk-produk tiruan ini, anda mungkin membazirkan wang anda. Lebih buruk lagi, manfaat anti-penuaan yang anda harapkan tu takda pun. Mengapa? Sebab kajian dah buktikan produk-produk tersebut mempunyai hanya sedikit resveratrol dan mungkin mengandungi sis-resveratrol, satu bentuk yang kurang mengandungi resveratrol yang telah dibuktikan takda manfaat kesihatan langsung pun. Dalam maksud ayat yang lain, lebih kepada penipuan pemasaran.

(sila klik untuk melihat imej dengan lebih jelas)
(sila klik untuk melihat imej dengan lebih jelas)

Jadi persoalan yang timbul, produk mana yang harus dipercayai?

Shaklee Corporation telah menjadi syarikat nutrisi nombor satu di Amerika dan juara sebenar untuk ketulenan dan suppelemen semulajadi selama lebih setengah abad. Ketua saintis Dr. Carsten Smidt melihat hasil kajian Dr. Sinclair serta kesemua produk yang dikatakan produk resveratrol yang terdapat di pasaran dan mereka memutuskan kita semua layak mendapat yang lebih baik.

Pada peringkat awal, Dr. Smidt dan pasukannya bekerjasama dengan pasukan Dr. Sinclair daripada Universiti Harvard. Semakin lanjut kajian dilakukan, Dr. Smidt menjadi yang mereka boleh mendahului sains kajian Dr. Sinclair malah mampu mencipta satu produk yang lebih berkuasa daripada resveratrol. Setelah hampir 3 tahun melakukan kajian dengan berjuta-juta wang dilaburkan, kerjasama dengan Universiti Georgia akhirnya membolehkan sains Shaklee berjaya menghasilkan tonik pertama di dunia yang benar-benar semulajadi yang berfungsi sehingga kepada tahap sel untuk menghalang mekanisme penuaan tubuh badan manusia. Ia dipanggil Vivix, Tonik Anti-Penuaan Selular.



Apakah Vivix? Vivix adalah tonik anti-penuaan selular yang dicipta oleh Shaklee Corporation yang merupakan satu revolusi yang melihatkan satu kejayaan cemerlang dalam menghasilkan supplemen yang mampu melawan penuaan selular yang melibatkan penggunaan resveratrol dan poliphenol. Salah satu bahan utama dalam Vivix iaitu resveratrol telah dirujuk di dalam lebih 2,000 penerbitan penyelidikan termasuk beberapa kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard, National Institutes of Aging, dan National Institute of Environmental Health Sciences. Vivix memberikan 100 mg resveratrol setiap hidangan satu sudu teh. Ekstrak resveratrol Vivix mempunyai kandungan resveratrol semula jadi 98% dan ini membuktikan Vivix memang supplemen anti-penuaan yang terbaik di dunia. 30 hari pengambilan Vivix adalah bersamaan dengan 3,000 gelas jus anggur merah dan satu sudu kecil memberikan persamaan amaun resveratrol seperti yang ditemui di dalam 100 gelas jus anggur.

Jus anggur merah HALAL adalah daripada Shaklee!



http://elixirnutra.com
islamophobia-watch.com

Promosi Vivix Shaklee
1 April 2019 sehingga 30 Jun 2019

 Promosi Harga Ahli Vivix 2019 Shaklee

Harga pasaran RM950

Harga promosi RM684
Free membership
Free postage
Bonus next month

Berminat untuk dapatkan Vivix? Hubungi kami


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Makanan Untuk Jantung : Kriteria pemilihan koenzim Q10 (CoQ10)


Statistik di Malaysia (dan di seluruh dunia juga) menunjukkan penyakit jantung adalah pembunuh nombor 1 dan bilangan kes semakin meningkat tahun demi tahun. Di dalam entri yang lepas, saya dah nyatakan antara tiga jenis nutrien yang diperlukan untuk melindungi jantung anda supaya kekal sihat dan bertenaga adalah KOENZIM Q10 (COQ10), TUMBUHAN POLIFENOL dan ASID LEMAK OMEGA-3. Adakah CoQ10 hanya untuk jantung semata-mata? Jangan salah sangka, sesiapa yang menghidap antara masalah dibawah boleh manfaat daripada supplemen CoQ10 iaitu

  • angina, tekanan darah tinggi, cardiomyopathy, prolaps lembah mitral, kegagalan jantung kongestif *.
  • kencing manis *
  • penyakit periodontal *
  • kanser *
  • Penyakit Parkinson *
  • kekurangan imun *
  • Alzheimer *
  • distrofi otot *
  • paras kolesterol tinggi *
Malah lelaki dan wanita yang ingin kehilangan berat badan dan untuk meningkatkan prestasi sukan mereka juga boleh boleh mendapatkan CoQ10 ini.


Mereka yang berminat nak mendapatkan Koenzim Q10 (CoQ10) harus mencari produk yang mempunyai bioavailabiliti terapeutik dan penyerapan. Penyerapan CoQ10 merupakan satu cabaran. Sehingga kini, terdapat tiga jenis asas iaitu
  • bentuk pepejal
  • kapsul softgel dengan minyak
  • kapsul softgel dengan minyak (ditambah bahan kimia untuk meningkatkan penyerapan)
Tiada sebarang tindakbalas akan berlaku jika tubuh badan kita tidak dapat menyerap supplemen CoQ10. Antara kesalahan yang berlaku apabila tiada tindakbalas supplemen CoQ10 adalah:
  • ia mungkin tidak mengandungi CoQ10 yang cukup tulen
  • atau ia mungkin kekurangan bioavailabiliti kerana kompaun atau isian di dalam penyediaan mungkin sangat tidak larut
Berikut adalah pendapat Seorang Cardiologist, Stephen Sinatra, dan Juga Penulis Buku The Sinatra Solution: Metabolic Cardiology (Basic Health, 2008).
One of the most important things to look at when choosing a CoQ10 supplement is form," he says. "You want to make sure you’re taking a liquid CoQ10 in a softgel, they’re more bioavailable than typical powdered CoQ10s found in tablets. Every formula I recommend includes ubiquinone CoQ10 (the form most easily recognized by your body) in a softgel delivery system that ensures the highest bioavailability. That means you can actually take less, but reap greater benefits
Maknanya CoQ10 Dalam Bentuk Kapsul Mempunyai Kadar Serapan Untuk Tubuh yang LEBIH TINGGI dan LEBIH BAIK berbanding Dalam Bentuk Tablet. Ini sangat bertepatan sekali dengan produk CoQHealth Plus yang berbentuk kapsul. Malah menurut Rencana Kesihatan bertajuk "Coenzyme Q10 Bekal Tenaga Untuk Jantung" di dalam Majalah I Sihat keluaran Ogos 2013:

"Berbeza dengan kapsul ini, ia mengandungi campuran 28 g CoQ10 dengan vitamin E dan ekstrak teh hijau bagi memastikan potensi PENGURAIAN MAKSIMUM dan PENYERAPAN YANG LEBIH BAIK."

Kapsul yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah CoQHealth Plus. Dapatkan dengan harga promosi sebelum terlambat!


Call / SMS / WA : 019-4320059
Email : umi.nazrah@gmail.com
Fb : http://www.facebook.com/nazrah
Fb FanPage : http://www.facebook.com/cantiksss

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Mengekalkan jantung sihat melalui makanan berkhasiat COQ10 CoQHealth Plus


Setiap hari jantung berdenyut kira-kira 100,000 kali, untuk mengepam dan mengalirkan 7,000 liter darah ke seluruh badan. Walaupun saiz jantung hanya sebesar penumbuk, ia mempunyai tugasan yang cukup besar dalam memastikan pengaliran darah sepanjang 96,000km salur darah yang diperlukan oleh setiap organ dan tisu anda. Sebagai otot yang paling kuat bekerja dalam tubuh dan juga merupakan pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung semestinya memerlukan sejumlah tenaga yang banyak dan nutrien yang cukup untuk berfungsi dengan baik dan sempurna.

Tiga jenis nutrien yang diperlukan untuk melindungi jantung anda supaya kekal sihat dan bertenaga adalah KOENZIM Q10 (COQ10), TUMBUHAN POLIFENOL dan ASID LEMAK OMEGA-3.

KOENZIM Q10 (COQ10)

CoQ10 memainkan peranan penting dalam proses penghasilan tenaga dalam tubuh anda. Jantung memerlukan tenaga yang banyak untuk memastikan ia kekal bertenaga bagi mengepam darah setiap hari, kerana itulah jumlah CoQ10 yang ditemui di dalam jantung amat tinggi untuk memastikan ianya berfungsi secara optimum. CoQ10 telah terbukti dapat menguatkan otot jantung, meningkatkan peredaran darah dan mengekalkan paras darah yang sihat. Tambahan pula, kuasa antioksida CoQ10 juga dapat memberi perlindungan terhadap pengoksidaan kolesterol LDL dan ini membantu dalam menyokong saluran darah supaya kekal sihat. Tubuh kita mampu mengeluarkan CoQ10 secara semulajadi, namun pengeluarannya semakin berkurangan apabila usia meningkat. Jadi, pengambilan suplemen CoQ10 yang mencukupi dapat membantu dalam mengekalkan tahap tenaga sel yang penting di dalam tubuh.

Apa itu Koenzim Q10 dan mengapa ia penting untuk tubuh kita?

CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga, dan proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga. Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membolehkan organ-organ tubuh lain bagi berfungsi membekalkan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.

CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh. CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat/normal. Selain itu, CoQ10 juga bertindak sebagai antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. Ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung.

Berapakah jumlah pengambilan dietary Koenzim Q10 yang diperlukan?

Pengambilan diet harian membantu memeliharan paras CoQ10 dalam tubuh, namun jumlah CoQ10 yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari.


Tambahan lagi, keupayaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung kita hanya Berjaya menghasilkan sebanyak 68.2% daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20.


Penyelesaiannya adalah CoQHealth Plus yang mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik. CoQ10 telah ditunjukkan dapat

  • menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  • meningkatkan peredarah darah
  • membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah


Perbezaan CoQHealth Plus Shaklee berbanding yang lain ialah

  • untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 di dalam CoQHealth Plus, seseorang individu perlu memakan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli
  • Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula Vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh
  • Ekstrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung)
  • CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini, yang sumbernya telah diuji dan diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10-nya
  • tanpa gluten

Dapatkan CoQHealth Plus pada harga promosi bulan ini!

http://topnews.in

Call / SMS / WA : 019-4320059 Email : umi.nazrah@gmail.com Fb : http://www.facebook.com/nazrah Fb FanPage : http://www.facebook.com/cantiksss

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Kita berpotensi untuk mati secara tiba-tiba akibat serangan jantung.


Sungguh ajal maut itu di tangan Yang Maha Kuasa. Kita tak tau bila waktu tibanya ajal kita. Terdapat pelbagai kes yang melibatkan mati mengejut akitbat sakit jantung antaranya mati ketika memandu, mati selepas gaduh, mati ketika ditahan polis malah sudah ramai artis mati akibat sakit jantung antaranya AHMAD C, YUSOF CHONG, YALAL CHIN, Abdul Latif Ibrahim @ Latif Ibrahim, FAIZAL YUSOF, Datuk Ismail Hutson dan sebagainya. Apakah punca mati mengejut akibat sakit jantung? Sudah tentu puncanya adalah serangan jantung kerana terdapat satu ketulan bekuan darah yang menghalang aliran darah di dalam arteri koronari (kapilari darah halus) yang membekalkan darah ke suatu bahagian tertentu pada otot jantung. Aliran darah ke jantung yang tersekat boleh merosakkan atau memusnahkan sebahagian daripada otot jantung.

Dalam suatu serangan jantung (myocardial infarction), bahagian dari otot jantung mati sewaktu tidak mendapatkan darah. Oleh itu, untuk tetap sihat, jantung memerlukan oksigen dan zat-zat gizi lain yang dibawa oleh darah. Ini diperolehi melalui arteria (pembuluh darah) koroner, yang membungkus bahagian luar jantung. Antara akibat jantung yang lemah adalah denyutan jantung yang tidak sekata, tekanan darah tinggi, masalah peredaran darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Setiap hari jantung berdenyut kira-kira 100,000 kali, untuk mengepam dan mengalirkan 7,000 liter darah ke seluruh badan. Walaupun saiz jantung hanya sebesar penumbuk, ia mempunyai tugasan yang cukup besar dalam memastikan pengaliran darah sepanjang 96,000km salur darah yang diperlukan oleh setiap organ dan tisu anda. Sebagai otot yang paling kuat bekerja dalam tubuh dan juga merupakan pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung semestinya memerlukan sejumlah tenaga yang banyak dan nutrien yang cukup untuk berfungsi dengan baik dan sempurna.

CoQ10 memainkan peranan penting dalam proses penghasilan tenaga dalam tubuh anda. Jantung memerlukan tenaga yang banyak untuk memastikan ia kekal bertenaga bagi mengepam darah setiap hari, kerana itulah jumlah CoQ10 yang ditemui di dalam jantung amat tinggi untuk memastikan ianya berfungsi secara optimum. CoQ10 telah terbukti dapat menguatkan otot jantung, meningkatkan peredaran darah dan mengekalkan paras darah yang sihat. Tambahan pula, kuasa antioksida CoQ10 juga dapat memberi perlindungan terhadap pengoksidaan kolesterol LDL dan ini membantu dalam menyokong saluran darah supaya kekal sihat. Tubuh kita mampu mengeluarkan CoQ10 secara semulajadi, namun pengeluarannya semakin berkurangan apabila usia meningkat. Jadi, pengambilan supplemen CoQ10 yang mencukupi dapat membantu dalam mengekalkan tahap tenaga sel yang penting di dalam tubuh.

COQ10 boleh membantu untuk menguatkan jantung. Koenzim Q10 ( CoQ10) adalah nutrien larut lemak semulajadi yang terdapat dalam setiap sel badan kita. Badan kita membuat CoQ10, dan sel-sel menggunakannya untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh badan untuk pertumbuhan dan penyelenggaraan sel. COQ10 juga berfungsi sebagai antioksidan yang melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh molekul berbahaya. CoQ10 digunakan untuk membantu kegagalan jantung, kanser dan penyakit periodontal. Ia juga dikatakan untuk meningkatkan tenaga dan pemulihan kelajuan jantung daripada senaman.

Pengambilan COQ10 tambahan boleh membantu menguatkan jantung dengan menghasilkan tenaga untuk otot jantung dan memberikan kapisiti mengepam yang lebih baik. Selain itu, COQ10 juga membekalkan tekanan darah yang sihat dengan memastikan salur darah lebih fleksibel untuk menghadapi tekanan darah yang normal.

COQ10 juga memberikan tahap kesihatan kolestrol yang lebih sihat di mana COQ10 mencegah pengoksidaan kolestrol jahat iaitu LDL supaya ianya kurang melekat dan kurang menyebabkan penyumbatan pada salur darah.


CoQHealth™ Plus menampilkan semua campuran semmemberikan kesemua campuran semulajadi yang terdiri daripada 28mg CoQ10 dengan tambahan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang dapat menyokong pengeluaran tenaga pada jantung. Shaklee menggunakan kaedah penapaian yis untuk memberikan bioketer sediaan CoQ10 yang berkualiti tinggi. Sistem minyak kacang soya di dalam kapsul CoQHealth™ Plus Shaklee dirumus untuk memastikan sistem penguraian dan penyerapan dilakukan secara optimum.


Call / SMS / WA : 019-4320059

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

September bulan untuk kesihatan jantung

Jantung dan kita ibarat lagu dan irama, ibarat siang dan malam, ibarat gula dan semut. Kalau kita takda jantung, tu maksudnya kita ni dah Almarhum la kan? Semua orang tahu jantung berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Jadi dah nampak kan kepentingan kita untuk jaga kesihatan jantung kita ni. Macam mana nak jaga jantung agar kekal sihat? Tipsnya mudah sekali iaitu seeloknya kita mesti memulakan tabiat menjaga kesihatan yang baik sejak dari kanak-kanak lagi supaya amalan tu berterusan sampailah kita dewasa.

Antara tips penjagaan jantung yang ditulis oleh Dr. Jamilah Jamaludin berjudul Jantung - Antara Hidup dan Mati (1997), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyatakan beberapa petua untuk kita menjaga kesihatan jantung iaitu antaranya ialah mengawal berat badan, menjaga pemakanan, berhenti merokok, bersenam, mengurangkan tekanan atau stres dan melakukan perubahan gaya hidup.

Kawalan berat badan

Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu. Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh makanan berlebihan yang mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan. Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja-kerja jantung.

Pemakanan

Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan. Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya. Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik. Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk men-jamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya. Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.

Berhenti merokok

Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.

Bersenam

Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung. Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.

Perubahan gaya hidup

Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya. Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.

Apa yang Shaklee tawarkan untuk kesihatan jantung yang menyeluruh adalah dengan pengambilan kesihatan jantung iaitu COQHealth Plus, Omega Guard dan Garlic Complex.


CoQHealth™ Plus - Membantu MEMBERI TENAGA KEPADA JANTUNG *

CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.

CoQ10 telah ditunjukkan dapat:
• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

Omega Guard ™ - Menggalakkan KESIHATAN JANTUNG, SENDI DAN OTAK *

Omega Guard ™ membekalkan spektrum penuh ultra tulen, asid lemak Omega-3 bergred farmaseutikal untuk menyokong jantung, fungsi sendi dan otak yang sihat *. Dibuat dengan proses penyulingan molekul proprietari berperingkat untuk ketulenan terbaik dan potensi asid lemak omega-3 termasuk EPA dan DHA. Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan. Omega Guard ™ merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan Omega Guard ™ menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Garlic Complex - MEMBANTU MENGEKALKAN TEKANAN DARAH NORMAL *

Kajian menunjukkan bahawa bawang putih menggalakkan kesihatan kardiovaskular dengan membantu mengekalkan tekanan darah dan paras kolestrol yang normal apabila digunakan sebagai diet rendah lemak dan kolestrol.¹ Allicin, komponen yang dijumpai di dalam bawang putih telah dibuktikan mempunyai kaitan terhadap pelbagai mekanisma antaranya termasuklah sokongan untuk mengekalkan tahap mikroorganisma berfaedah yang sihat. Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.* Garlic Complex Shaklee menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan sifat-sifat antioksidan spearmint dan rosemary.

¹ Silagy C, Neil A. Garlic as a lipid lowering agent—a meta-analysis. Journal of the Royal College of Physicians London. 1996; 30:329-334.

Call / SMS / WA : 019-4320059
Email : umi.nazrah@gmail.com
Fb : http://www.facebook.com/nazrah
Fb FanPage : http://www.facebook.com/cantiksss

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Teruskan Membaca

Kenapa kita perlukan Gamma Linolenik Acid (GLA)?

Kita dah ketahui apakah itu Gamma Linolenik Acid (GLA) di dalam entri yang sebelumnya iaitu Gamma Linolenic Acid (GLA) Shaklee dan kebaikannya

Ada yang mengatakan diri mereka tak perlukan Gamma Linolenik Acid (GLA). Tapi tahukah anda Gamma Linolenik Acid (GLA) adalah asid lemak Omega-6 yang dianggap asid lemak perlu (EFA), yang bermaksud bahawa mereka adalah penting untuk kesihatan. EFA tidak boleh dibuat di dalam badan dan oleh itu mesti diperolehi dari makanan yang kita makan atau makanan tambahan. Asid gamma-linolenik (GLA) merupakan asid lemak dalam keluarga Omega-6 yang didapati kebanyakannya dalam tumbuhan yang kaya dengan kandungan minyak.

EFA diperlukan untuk:
  • fungsi otak yang normal
  • pertumbuhan dan pembangunan
  • kesihatan tulang
  • rangsangan kulit dan pertumbuhan rambut
  • peraturan metabolisme
  • penyelenggaraan proses pembiakan
Kekurangan dalam EFA boleh membawa kepada:
  • pertumbuhan terbantut
  • ruam kulit bersisik yang dipanggil dermatitis
  • kemandulan
  • kurang berkeupayaan untuk melawan jangkitan dan menyembuhkan luka
Kekurangan omega-6 asid lemak adalah jarang berlaku. Walaubagaimanapun kebanyakan diet makanan kita cenderung untuk mempunyai terlalu banyak sumber asid lemak omega-6 berbanding dengan asid lemak omega-3. Nisbah asid lemak Omega-3 (EPA) terhadap asid lemak omega-6 adalah kritikal. Asid lemak Omega-6 EFA bertindak sebagai blok binaan bagi prostaglandin, sekumpulan bahan seperti hormon yang mengawal banyak fungsi penting dalam badan. Jika ketidakseimbangan ini berterusan dalam tempoh masa yang panjang, ia menyumbang kepada penyakit-penyakit seperti:

  • penyakit jantung
  • kanser
  • asma
  • arthritis
  • kemurungan

Untuk kesihatan optimum dan pencegahan penyakit, baki perlu terdiri daripada satu hingga empat kali lebih omega-6 asid lemak daripada Omega-3 asid lemak. Purata diet makanan biasanya mengandungi 11 hingga 30 kali lebih omega-6 berbanding omega-3 asid lemak.

Asid lemak Omega-6 adalah bahan minyak utama yang terdapat dalam produk minyak murah dan ditambah kepada makanan yang paling diproses. Untuk membantu memulihkan nisbah yang sihat Omega-6 kepada omega-3 EFA, kita harus cuba untuk mengelakkan minyak omega-6 dalam diet. Diet yang tinggi dengan gula dan lemak diproses mengganggu penukaran badan daripada GLA untuk prostaglandin.

Populariti diet Mediterranean adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh imbangan sihat omega-6 kepada omega-3 EFA. Diet Mediterranean termasuk:

  • bijirin
  • buah-buahan segar dan sayur-sayuran
  • ikan
  • minyak zaitun
  • bawang putih
  • sedikit daging, yang tinggi dalam asid lemak omega-6

Terdapat beberapa jenis asid lemak omega-6. Kebanyakan asid lemak omega-6 yang dimakan dalam diet daripada minyak sayuran sebagai asid linoleik (LA; berhati-hati untuk tidak mengelirukan ini dengan asid alfa-linolenik [ALA] yang merupakan asid lemak omega-3). Asid linoleik akan ditukarkan kepada asid gamma-linolenik (GLA) dalam badan dan kemudian terus dipecahkan kepada asid arakidonik (AA). AA juga boleh dimakan terus dari daging.


Jumlah lebihan LA dan AA adalah tidak sihat kerana mereka menggalakkan keradangan yang membawa kepada penyakit-penyakit yang dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun, GLA sebenarnya boleh mengurangkan keradangan. Kebanyakan GLA diambil sebagai supplemen tidak ditukar kepada AA, tetapi untuk bahan yang dipanggil asid dihomogamma-linolenik (DGLA). DGLA bersaing dengan AA dan mencegah kesan-kesan negatif yang radang AA sebaliknya akan menyebabkan dalam badan. Di samping itu, DGLA menjadi sebahagian daripada prostaglandin yang mengurangkan keradangan.

Jika tubuh badan mempunyai jumlah yang cukup nutrien tertentu dalam badan (termasuk magnesium, zink, dan vitamin C, B3, dan B6), ini akan membantu menggalakkan penukaran GLA untuk DGLA bukannya AA.


Fungsi Prostaglandin:

  • Pengeluaran steroid
  • Sintesis hormon
  • Keradangan, kesakitan dan bengkak
  • Peraturan tekanan darah
  • Membantu mengawal keseimbangan cecair badan dengan membantu fungsi buah pinggang
  • Mengawal darah pengagregatan pembekuan darah dan platelet
  • Tindak balas alahan kepada alergen
  • Penghantaran saraf

GLA Complex adalah satu formula unik yang membantu dalam mengawal aliran darah dan easly diserap * Khususnya, Kompleks GLA dirumuskan dengan.:


1. GLA (asid gamma linolenik) yang membantu badan kita membentuk prostaglandin (suatu bahan seperti hormon yang membantu mengawal kebanyakan proses di dalam badan seperti aliran darah yang sihat dan melindungi dinding arteri). Borage oil mengandungi kepekatan semula jadi GLA yang sangat tinggi ​​dalam bentuk yang mudah diserap
2. Minyak biji bunga matahari, satu lagi sumber omega-6 asid lemak
3. Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan membantu untuk mengekalkan integriti sel.

sumber gambar
http://www.prevention.com
http://herbalpharmacist.blog.com
http://www.tackleacne.com
http://brucewoolley.com

Call / SMS / WA : 019-4320059
Email : umi.nazrah@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/nazrah untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/cantiksss untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan
Teruskan Membaca

Rawat sakit sendi : Langkah 2 : Omega Guard

 Omega Guard Shaklee membantu mengurangkan inflamasi/keradangan yang berlaku di kawasan sendi. Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak Omega-3 (Omega Guard) bersama glukosamina (Advanced Joint Health Tablet) dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.


Omega Guard melambatkan degradasi tulang rawan, boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi serta mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. Omega Guard juga bertindak sebagai pelincir yang mana membantu sendi untuk bergerak dengan lebih bebas. Tanda-tanda sendi kekurangan pelincir adalah apabila sendi-sendi berbunyi dan berkeriat-keriut ketika bergerak.

Omega Guard melalui peringkat proses penyulingan yang ketat bagi membuang plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, PCBs dan lain-lain bahan pencemaran. Selain itu, proses oksida dan pembentukan lemak trans juga dikurangkan.

Antara fungsi lain Omega Guard adalah

• Melindungi Jantung anda ~Ia membekalkan asid lemak omega -3 berpotensi ultratulen dgn spektrum penuh bergred farmaseutikal

• Membantu mengurangkan risiko sakit jantung ~satu penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega -3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

• Ultratulen dan bergred Farmaseutikal ~Omega Guard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul yg memekatkan asid lemak omega -3 yg bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bhn2 berbahaya seperti merkuri dan plumbum yg terdpt dlm ikan

• Minyak Ikan terbaik di dunia~mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA,DHA,ALA dll. EPA menyihatkan jantung dan sendi,DHA penting bagi perkembangan dan fungsi2 otak.


Berminat? Untuk order @ pertanyaan, hubungi Umi Nazrah, facebook.com/nazrah umi.nazrah@gmail.com 019-4320059 Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Teruskan Membaca