Memaparkan catatan dengan label Info Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Kesihatan. Papar semua catatan

Khasiat dan kebaikan teh hijau untuk kesihatan tubuh badan


Salah satu minuman berkhasiat yang memberi pelbagai manfaat kesihatan ialah teh hijau. Bukan sekadar minuman petang tetapi ia boleh menjadi “super food” harian.

Terkenal sebagai suplemen sihat, teh hijau juga memiliki kafein namun kandungan flavonoid yang lebih tinggi membantu memiliki sifat anti oksidan dan anti karsinogenik.

Berikut 17 sebab utama kepentingan teh hijau.

1. Turunkan berat badan
Kaya dengan antioksidan, teh hijau juga mengandungi 6 jenis katekin dan salah satunya dikenali epigallocatechin gallate (EGCG). EGCG membantu meningkatkan metabolisme tubuh manusia, mengubah oksidasi lemak menjadi kalori, yang pada akhirnya membantu menurunkan berat badan. Teh hijau juga mendetoksifikasi tubuh dan mengurangkan nafsu makan sehingga mencegah keinginan makan berlebihan.

2 . Hilangkan nafas berbau
Teh hijau berupaya membantutkan pertumbuhan bakteria dan virus yang menyebabkan penyakit gigi. Konsentrasi tinggi dalam teh hijau menyegarkan mulut. Ia juga mengurangkan radang gusi dan mencegah pertumbuhan plak pada gigi.

3 . Kurangkan kolesterol
Kandungan kolestrol tinggi membawa pelbagai penyakit seperti serangan sakit jantung dan strok. Kandungan tanin dalam teh hijau boleh menurunkan kolesterol LDL (low-density lipoprotein) yang dikenali dengan “kolesterol jahat”. Kandungan katekin juga mengurangkan penyerapan kolestrol dalam usus, membantu merendahkan masalah kolesterol tinggi.

4 . Kulit yang cantik
Kandungan anti oksidan yang banyak dalam teh hijau. Formulasi dalam teh hijau juga dikatakan mampu mengurangkan kerosakan akibat sinar matahari. Polifenol dalam teh hijau pula boleh melambatkan tanda penuaan. Campuran teh hijau boleh menyegarkan wajah, mengubati ruam ringan, tanda bekas panas matahari, membersihkan jerawat dan mencegahnya daripada tumbuh.

5 . Untuk alergi
EGCG dalam teh hijau menghasilkan histamin dan imunoglobulin yang menghasilkan tindak balas terhadap alergi, membantu menghentikan reaksi dari alergen tertentu.

6 . Atasi masalah rambut
Teh hijau mengandungi DHT (Dihydrotestosterone) yang membantu pertumbuhan rambut sihat. Ia juga membantu mencegah dan mengatasi masalah rambut umum seperti kelemumur dan psoriasis dengan mengurangkan keradangan kerana sifat antiseptiknya. Ia juga merangsang pertumbuhan rambut dan menghaluskan rambut.

7 . Mengawal diabetes
Teh hijau membantu mengawal diabetes jenis II kerana kandungan anti oksidan yang menekan rembesan enzim dikenali sebagai alpha glucosidase, yang memperlambat penyerapan glukosa dalam darah. Maka hanya sedikit insulin diperlukan untuk mengendalikan glukosa dalam darah.

8 . Membantu mengurangkan tekanan darah
Kafein dalam teh hijau sebenarnya tidak baik bagi penderita masalah hipertensi. Namun, teh hijau kan “superfood” maka ia mengandungi efek positif secara keseluruhan pada jantung. Hal ini membantu mengawal diabetes dan kolesterol secara tidak langsung mengawal tekanan darah tinggi.

9 . Untuk wanita hamil
Kandungan antioksidan tinggi membantu memulihkan kerosakan sel, mengatur gula darah dan kadar insulin, membantu mengendalikan hipertensi dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh dalam kalangan wanita hamil. Bagaimanapun ingat, jangan terlebih ambil teh hijau ketika hamil kerana ia mengandungi kafein tinggi.

10 . Mencegah Arthritis
Teh hijau mampu mencegah dan mengurangkan risiko rematik atau rheumatoid arthritis kerana ia melindungi tulang rawan dengan menghalang rembesan enzim kemokin. Kemokin merupakan protein yang meningkatkan peradangan tubuh, yang menghancurkan fleksibiliti tulang rawan yang merupakan gejala umum arthritis.

11 . Mencegah kanser kulit
Kandungan polifenol dalam teh hijau menghentikan pertumbuhan proteinvascular endothelial dan hepatocyte yang merupakan sebab utama pertumbuhan sel tumor. Teh hijau menghentikan pertumbuhan kanser karsinogen dan sinar ultraviolet.

12 . Minuman menenangkan
Teh hijau membantu melawan tekanan. Kajian American Botanical Council mendapati warga emas yang minum teh hijau setiap hari kurang berhadapan masalah depresi. Teh hijau juga bagus untuk otak kerana kandungan polifenol dan anti oksidan, membantu kurangkan tekanan.

13 . Meningkatkan imunisasi
Anti oksidan polifenol dan flavonoid membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dengan mencegah dan melawan jangkitan. Sejumlah besar vitamin C dalam teh hijau membantu terhadap keberkesanan imunisasi.

14 . Mengurangkan gejala asma
Teh hijau mengandungi teofilin yang dikatakan mampu mengendurkan otot saluran bronkial sehingga mengurangkan keparahan penyakit lelah. Oleh kerana ia mengurangkan kepekaan terhadap alergi maka ia juga mengurangkan reaksi terhadap asma.

15 . Baik untuk hati
Teh hijau baik untuk kesihatan hati kerana agen anti oksidannya. Ia menghilangkan radikal bebas, lalu membantu menjaga hati dengan mengurangkan risiko hati berlemak.

16 . Mencegah osteoporosis
Kepadatan tulang yang rendah adalah masalah umum wanita, terutama sekali selepas menopaus. Osteoporosis menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh, serta menyebabkan peningkatan risiko patah tulang. Kandungan fluorida yang tinggi dalam teh hijau boleh menjaga tulang supaya kekal kuat dan melambatkan kerosakannya.

17 . Untuk sakit perut
Teh hijau menghapuskan segala bakteria dan mencegah penyakit perut yang umum seperti jangkitan keracunan makanan dan lain-lain. Namun ia tidak boleh diambil secara berlebihan, ini kerana kandungan tanin dalam teh hijau meningkatkan rembesan asid gastrik.

Ingat, teh hijau bermanfaat jika diambil dalam jumlah disarankan dan bukannya berlebihan. Sebaiknya minum 2 atau 3 cawan teh hijau sehari. Ia sudah cukup baik untuk menjalani kehidupan yang sihat.

Nak menikmati gabungan teh hijau, teh merah dan teh putih?

Semoga bermanfaat untuk semua 😉

Klik link di gambar bawah jika nak daftar ahli Shaklee secara online
👇👇👇👇

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

artikel asal di http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2017/09/26/manfaat-teh-hijau-menjangkaui-sangkaan-anda/
Teruskan Membaca

kepentingan buah-buahan di dalam mencegah penyakit kronik


Konsep Pinggan Sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan 50% hidangan kita setiap hari adalah daripada pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kajian University of Copenhagen, Denmark menunjukkan pengamal buah-buahan 15% kurang berisiko untuk mendapat penyakit jantung koronari dan penyakit kardiovaskular lain seperti darah tinggi dan strok. Kadar kematian mereka juga 20% lebih rendah.

Kajian meta-analisis jurnal perubatan 2014 menunjukkan pemakanan tinggi serat menurunkan risiko mendapat penyakit diabetes, sakit jantung, strok, kanser, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi serta menurunkan risiko kematian akibat penyakit kronik sebanyak 15%.

ANTIOKSIDAN DAN ANTI KERADANGAN

Kandungan paling berkhasiat dalam buah-buahan ialah khasiat antioksidan seperti anthocyanidin dalam buah delima, buah pitaya dan buah beri, kandungan quercetin dalam buah limau oren, resveratrol dalam biji anggur, polifenol dalam buah zaitun, buah kurma dan buah tin.

Baca Tips Anti-Oksidaan : 8 Manfaat Polifenol untuk Kesihatan

Buah-buahan juga mengandungi agen anti-keradangan yang boleh mencegah masalah saluran darah sempit akibat masalah arteriosklerosis dan bahan fitoestrogen yang mampu menstabilkan hormon wanita.

KEUTAMAAN SUMBER VITAMIN C

Kajian Cohort selama 20 tahun di Jepun menunjukkan pengamal vitamin C mempunyai 29% lebih rendah risiko mendapat penyakit strok atau angin ahmar.

Seseorang yang kurang mengambil vitamin C lebih mudah mendapat masalah tekanan darah tinggi.

Baca Perbezaan Vita-C Shaklee dan 5 Sebab Kenapa Vitamin C Shaklee Berbeza

American Jurnal of Clinical Nutrition 1991 menunjukkan buah-buahan vitamin C mengurangkan risiko kanser esofagus, tenggorok, mulut, pankreas, perut, usus, payudara dan pangkal rahim.

Buah-buahan juga mempunyai kandungan mineral seperti kalium, magnesium, zink, selenium, kromium dan kalsium. Pisang tinggi dengan mineral kalium atau potassium yang baik untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Baca 7 Tips Pemilihan Suplemen Kalsium Untuk Tubuh

Pengamal buah-buahan akan mempunyai berat badan yang lebih sihat dan ideal. Jadikan amalan pengambilan buah-buahan setiap hari dan setiap hidangan yang kita makan sebagai satu kemestian jika kita ingin mendapat kesihatan yang terbaik.

artikel www.sinarharian.com.my


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Manfaat di dalam semangkuk sup untuk kesihatan tubuh badan.


Semangkuk sup sangat menyelerakan. Apatah lagi sup panas dinikmati ketika kita di dalam cuaca sejuk atau sedang mengalami selsema. Kaya dengan rasa dan aroma.

Semangkuk sup sangat menyelerakan. Apatah lagi sup panas dinikmati ketika kita di dalam cuaca sejuk atau sedang mengalami selsema. Kaya dengan rasa dan aroma.

Sup mengandungi pelbagai asid amino termasuk proline, glycine dan arginine yang terdapat dalam gelatin atau tulang rawan daging. Sup juga mengandungi pelbagai jenis mineral seperti fosforus, silikon, glucosamine dan chondroitin sulfate.

Gelatin daripada sup merupakan protein larut air. Ia menarik dan menyerap cecair termasuk air dan bendalir penghadaman. Jadi, sup amat bermanfaat untuk mereka yang sering mengalami masalah penghadaman misalnya penghidap autism, Sindrom Usus Bocor (Leaky Gut Syndrome), Sindrom Usus Rengsa (Irritable Bowel Syndrome).

Kajian oleh Rennard BO "Chicken Soup Inhibits Neutrophil Chemotaxis in Vitro" jurnal Chest (2,000) menunjukkan sup ayam dipercayai mampu mencegah jangkitan berpunca daripada virus demam selsema.

Amalan tradisional seperti makan sup oleh penghidap demam selesema sedikit sebanyak membantu meredakan simptom itu.

Manfaat sup juga meredakan inflamasi atau keradangan. Asid-asid amino glycine, proline dan arginine bersifat anti-keradangan. Begitu juga dengan bawang, bawang putih, halia serta semua herba yang ditambah dalam sup. Sayur-sayuran seperti saderi, karot dan tomato juga bersifat anti-keradangan.

Herba di dalam sup bersifat antivirus termasuk astragalus, cendawan kememeh, kayu manis, cengkih, buah pelaga, bunga lawang, halia, bawang, bawang putih, daun bay, thyme dan rosemary. Herba-herba ini juga bersifat anti-bakteria, anti-batuk, anti-piretik (cegah atau redakan suhu tinggi akibat demam), anti-kekejangan dan decongestant (redakan hidung tersumbat). Astragalus, reishi dan shiitake bersifat mengharmonikan sistem imun. Glucosamine dan chondroitin sulfate dari tulang rawan daging juga bersifat anti-keradangan.

Semua sifat-sifat di atas ini dipercayai bertindak secara sinergi dalam meredakan penyakit-penyakit demam selesema.

Kalsium, magnesium dan fosforus di dalam sup dipercayai dapat memperkukuhkan struktur tulang selain kandungan gelatin dan mineral Zink membantu mempertingkat kesihatan rambut dan kuku.

Sesetengah pakar penjagaan kesihatan alternatif mencadangkan agar pengambilan sup harus sentiasa diambil secara kerap kerana nilai nutrien sup yang tinggi.

artikel oleh Sinar Harian
gambar utama oleh kellysiewcooks.com


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

KENAPA KITA PERLUKAN SUPLEMEN?

KENAPA KITA PERLUKAN SUPLEMEN?

Walaupun kita rasa kita dah cukup makan makanan yang seimbang setiap hari seperti sayur, buah ayam, daging tetapi kenapa masih perlu makan suplemen?


Berikut adalah sebab-sebabnya.


Setiap hari kita terdedah dengan pencemaran dan serangan radikal bebas dari bahan bakar, asap kereta, asap kilang, asap rokok dan lain-lain. Di rumah, kita juga terdedah dengan logam berat seperti cat dan air. Terdedah dengan radiasi dari peralatan elektrik di rumah seperti televisyen, handphone, laptop, mikrowave dan sebagainya.


Cukup lengkapkah pengambilan makanan berkhasiat dalam diet harian kita? Kita dianjurkan untuk mengambil sayur 3-5 sajian dan buah pula 2-4 sajian sehari. Sayur dan buah merupakan sumber nutrisi antioksidan dengan kandungan vitamin dan mineral. Buah dan sayur juga kaya dengan fitokimia anti-kanser serta serat.

Karbohidrat dan protin juga perlu seimbang dan tidak boleh lebih daripada portion yang dianjurkan.


Buah-buahan dan sayur-sayuran kini sangat berbeza dari zaman datuk nenek kita dulu. Kalau dulu guna baja dari taik lembu, taik ayam, taik kambing, di mana haiwan-haiwan tersebut dipelihara sendiri oleh datuk nenek kita.

Sekarang ni kandungan mineral dalam tanah makin berkurang. Teknologi makanan seperti GMO dan menyuntik HORMON untuk hasilkan buah yang lebih cepat. Proses makanan tu dari dipetik, diawet, dihantar ke ke kedai dan sebagainya mengurangkan nutrisi di dalam makanan.

Lagipun berapa ramai orang yang mampu membeli dan makan sayuran dan buah-buahan organik?


Kadar senaman yang disyorkan ialah 30-60 minit untuk sekurang-kurangnya 3 hari seminggu. Namun berapa ramaikah yang konsisten bersenam setiap hari? Ramai yang memberikan alasan sibuk dan tidak sempat untuk bersenam.

Merokok bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri tetapi turut membahayakan nyawa mereka yang menyedut asap rokok tersebut. Merokok membahayakan hampir keseluruhan organ badan termasuk jantung, saluran darah, paru-paru, mata, mulut, organ reproduksi, tulang, perut dan organ penghadaman.


Makanan kita harini banyak menggunakan tepung gandum (lambat hadam), gula dan berminyak. Contohnya seperti roti canai, pisang goreng dan lain-lain.

Pengambilan kalori melebihi daripada apa yang kita perlukan. Pekerjaan yang banyak duduk (sedentary) dan mengadap komputer lebih banyak makan juga. Orang dulu dulu walaupun kalori intake besar tetapi mereka banyak melakukan pekerjaan berat seperti di sawah, ladang kelapa sawit dan lain-lain.


Teh, kopi, nescafe, milo itulah kebiasaannya yang menjadi rutin sarapan masyarakat kita. Kalau nak stay up pun akan cari nescafe. Kebanyakannya bancuh dari pek 3 in 1 sebab mudah. Tinggi gula juga tu. Sedar tidak sedar minuman ini sedikit sebanyak mengganggu penyerapan nutrien dari makanan ke dalam badan kita. Kesian kan..

Kini anda telah tahu kenapa kita masih memerlukan suplemen untuk menutup lompong-lompong nutrisi di dalam badan kita.


Kenapa perlu memilih Shaklee sebagai suplemen pilihan anda sekeluarga?

1) SENTIASA SELAMAT
-Menjalankan lebih drpd 350 ujian pada setiap ramuan baru
-Menjalankan lebih daripada 80,000 ujian kualiti setahun

2) SENTIASA BERKESAN
Ia terbukti berkesan daripada pemilihan bahan2 semulajadi yang paling halus dan tulen sehinggalah bukti kajian sains dan makmal yang terdapat di dalam 90 bahan kajian penerbitan.

Bukan itu sahaja, malah bukti terbesar yang lebih lagi datangnya dari penjelajah bertaraf dunia, atlet yang diberi suplemen Shaklee dan juga berjuta2 insan sama seperti anda yg telah hidup lebih sihat dan produktif dengan kehadiran Shaklee.

3) SENTIASA MESRA ALAM
Lebih daripada 60 tahun menjadi peneraju dalam pergerakan alam sekitar, menjadi syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau.



Setelah 11 tahun, harga produk Shaklee akan naik bermula 1 Mei 2017 nanti 😱

Harga terkini dapat membantu duit poket anda 😚
Harga akan datang boleh mengakibatkan anda stress 😡

Harga ahli akan menjimatkan anda 😘



 cara mudah dapatkan harga ahli shaklee


Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI,
Hubungi saya
Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
Whatsapp: 019-4320059
Instagram : shaklee.pengedar.sah
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Kenapa Tak Boleh Minum Air Ketika Sedang Makan?

Don't drink too much liquids during meals... it screws with your digestion and absorption process

We all know water is great for us and we’re always told to drink more, but during meals is not necessarily the best time.

When you are chewing your food, you are creating enzymes or “digestive juices” that help break down your food into your intestines.

If you drink water while eating your food, it dilutes those digestive juices, therefore hindering them from breaking down your food.

As we age, Gastric acid or Hydrochloric acid (HCl) is less strong that it was than person was 18-20 years old.

Hypochlorhydria - low/lack of stomach acid - can cause lots of problems (person over age 40 has about a 90% probability of having hypochlorhydria)

Also, diet colas contain phosphoric acid, which can damage calcium metabolism and bone health in high enough quantities

The negative result of the undigested food?

It leads to acid reflux, heart burn and even cause a surge in your insulin levels, almost like the way hugh glycemic food would affect you.

1. Failure to digest foods properly. This will result in a general malabsorption of proteins. Many degenerative conditions will be associated, therefore, with hypochlorhydria.

2. Failure to absorb trace elements. Trace elements are essential for normal body functioning. If these are not present then the biochemistry of the body will go slow, organs will go slow and this will accelerate the ageing process. Therefore, one would expect to see people getting diseases, such as cancer, heart disease and neuro-degenerative conditions, before their time.

3. Failure to sterilise the stomach contents. This will make individuals more susceptible to gut infections such as gastro-enteritis and possibly enteroviruses such as Epstein-Barr virus, Coxsackie virus, Echovirus and so on.

4. Malabsorption of vitamin B12. It is well known that the stomach must be acid in order to absorb B12. Indeed, using a proton pump inhibitor such as Omeprazole, will reduce absorption of vitamin B12 to less than 1% of expected.

So although, drinking more water can help fill you up and help increase the metabolism, drinking it during meals will not help you with weight loss if its surging insulin

Try to stop drinking before the meal and wait 30 minutes after the meal to start drinking again.

Sipping a little bit of water before and after is not going to be a big deal but drinking a full glass of water at that meal will cause major problems in digestion

Information and Image credit: premierfitnesscamp, drmyhill.

Teruskan Membaca

AWAS! Ciri-ciri krim kosmetik yang bermerkuri!


Merkuri atau raksa pula sudah lama dilarang penggunaanya. Ia memang menjadikan kuit nampak cantik dan mulus tetapi lama kelamaan merkuri ini akan mendap dibawah kulit. Akibatnya, kulit akan menjadi biru kehitaman dan lebih menakutkan ia boleh menyebabkan KANSER! Apakah ciri-ciri krim kosmetik bermerkuri? Antara ciri-ciri produk bermerkuri adalah

1. Melekit-lekit : Tapi ada sesetengah krim yang campurkan dengan bedak sejuk supaya nampak lebih cair.

2. Tidak homogen : Maksudnya, kalau kita biarkan krim itu, kita nampak ada lapisan minyak akan terpisah dengan lapisan padat.

3. Bau logam merkuri: Bau lain macam, tapi ada sesetengah product yang kononnya bijak dah mengolah bau dengan bau perfume yang lebih menyengat untuk menghilangkan bau merkuri. Sebab itu sebaiknya jika mencari product kecantikan, cari product yang tidak berbau apa apa. Kalau nak bau wangi pakai perfume lah buat apa pakai krim muka wangi- wangi?

4. Krim berwarna yang mencolok: Biasanya untuk mengcover balik warna merkuri, mereka akan tambah dengan bahan pewarna. Tipikal warna mereka gunakan, warna tekstil kuning atau warna putih yang mengilat.

5. Panas dan gatal apabila diselitkan dekat kulit lengan.

6. Pada awal pemakaian menyebab kulit kemerahan apabila terkena cahaya matahari. Kulit anda sedang berlaku keradangan.

7. Warna putih tak sekata, putih pucat tak macam putih normal.

8. Kulit berubah warna putih dalam waktu yang singkat! Seperti dalam iklan dipasaran, INGINKAN KULIT PUTIH DALAM MASA 1 MINGGU? haa semakin cepat kulit korang putih, semakin banyak kandungan merkuri yang digunakan

9. TIDAK TIMBUL JERAWAT SAMA SEKALI. Itu pasal krim mereka laris dipasaran. Korang bajet kulit korang berkesan lah dengan krim tersebut? Dah lah kulit putih, licin tanpa jerawat pula. Sebenarnya lapisan kulit epidermis kita dah rosak, kulit sudah tidak mengandung protein & melanin yang berfungsi utk melindungi sinar UV matahari sehingga kuman/ bakteria tidak akan menyukai kulit yang telah tercemar merkuri termasuk nyamuk sekalipun! Bayangkan!

10. MENGHALUSKAN DAN MENGECILKAN RUANG PORI PORI. Ini lagi satu kesan korang tertipu. Sebenarnya, kulit korang dah menipis dan lapisan kulit bahagian paling atas dah berhapus dek kerana merkuri tersebut. Tengok sepintas lalu seolah-olah pori pori mengecil dan menghaluskan kulit.

11. Bila tiba-tiba kita stop krim bermerkuri, akan timbul pula jerawat-jerawat kecil dan rasa gatal.
Itu kesan sampingan apabila berhenti penggunaan krim bermerkuri, sebab itu orang bajet krim itu terbaik buat mereka.

12. Warna putih pada kulit lama kelamaan akan menjadi kelabu, dan akhirnya kehitaman (jeragat
mula menguasai).

Pemakaian kosmetik yang mengandung Merkuri dapat mengakibatkan :

1. Dapat memperlambat pertumbuhan janin mengakibatkan keguguran (Kematian janin dan Mandul)
2. Flek hitam pada kulit akan memucat (seakan pudar) dan bila pemakaian dihentikan, flek itu dapat/akan timbul lagi dan bertambah parah (melebar).
3. Efek REBOUND yaitu memberikan respon berlawanan (KULIT AKAN MENJADI GELAP/KUSAM SAAT PEMAKAIAN KOSMETIK DIHENTIKAN).
4. Bagi Wajah yang tadinya bersih lambat laun akan timbul flek yang sangat parah (lebar) dan lama-kelamaan berubah keabu-abuan selanjutnya kehitaman.
5. Dapat mengakibatkan kanker kulit.
6. Pada pemakaian awal dapat menyebabkan iritasi pada kulit dan kemerahan bila terkena sinar matahari.
7. Tidak timbul jerawat sama sekali, hal ini disebabkan lapisan kulit epidermis kita telah rusak, kulit sudah tidak mengandung protein & melanin yang berfungsi untuk melindungi radiasi paparan matahari juga sudah tidak berfungsi, sehingga jasad renik ataupun kuman tidak akan menyukai kulit yang telah tercemar merkuri termasuk nyamuk sekalipun. Tapi hal ini juga hanya bersifat sementara, jika kondisi kulit telah rusak bisa timbul benjolan2 bernanah.
8. Pori-pori tampak mengecil & halus, ini sebenarnya disebabkan lapisan kulit terluar wajah kita telah tipis & tergerus oleh logam merkuri, tampak sepintas terlihat mengecil & halus. Untuk mengujinya Anda bisa merasakan dengan mencobanya pada sinar matahari, kulit terasa terbakar, gatal disertai kemerahan, hal ini dikarenakan kulit wajah sudah tidak mendapat perlindungan dari melanin yang berfungsi melindungi wajah kita dari radiasi matahari. Pada produk yang benar, pemakaian siang hari selalu menggunakan pelindung SPF sehingga pada siang hari Anda tidak akan merasakan rasa iritasi seperti terakar disertai rasa gatal.

BAHAYA KOSMETIK BERMERKURI.

1. Gangguan saraf : Alzheimer, Parkinson serta gangguan-gangguan ringan seperti insomnia, pelupa, tekanan emosi, gementar, gangguan penglihatan.

2. Memperlambat pertumbuhan janin : Merkuri tidak akan dapat disingkirkan oleh ginjal dan akan bertahan dekat situ sekaligus bila kita hamil, akan effect dekat janin kita. Risiko mendapat anak autism/ pertumbuhan anak terencat menjadi tinggi.

3. Wajah menjadi lebih rosak : Timbulnya tompokan hitam dan jeragat yang teruk dikemudian hari.

4. Kerosakan buah pinggang : Seperti yang I cakap tadi, merkuri akan terkumpul di ginjal sehingga menyebabkan bau urine pon menjadi besinggggg *orang jawa kata* sekaligus merosakkan buah pinggang.

5. Resiko penyakit kanser: Terutamanya kanser kulit, payudara, serviks dan paru-paru.


Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
SMS/Whatsapp: 019-432 0059

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca