Kita berpotensi untuk mati secara tiba-tiba akibat serangan jantung.


Sungguh ajal maut itu di tangan Yang Maha Kuasa. Kita tak tau bila waktu tibanya ajal kita. Terdapat pelbagai kes yang melibatkan mati mengejut akitbat sakit jantung antaranya mati ketika memandu, mati selepas gaduh, mati ketika ditahan polis malah sudah ramai artis mati akibat sakit jantung antaranya AHMAD C, YUSOF CHONG, YALAL CHIN, Abdul Latif Ibrahim @ Latif Ibrahim, FAIZAL YUSOF, Datuk Ismail Hutson dan sebagainya. Apakah punca mati mengejut akibat sakit jantung? Sudah tentu puncanya adalah serangan jantung kerana terdapat satu ketulan bekuan darah yang menghalang aliran darah di dalam arteri koronari (kapilari darah halus) yang membekalkan darah ke suatu bahagian tertentu pada otot jantung. Aliran darah ke jantung yang tersekat boleh merosakkan atau memusnahkan sebahagian daripada otot jantung.

Dalam suatu serangan jantung (myocardial infarction), bahagian dari otot jantung mati sewaktu tidak mendapatkan darah. Oleh itu, untuk tetap sihat, jantung memerlukan oksigen dan zat-zat gizi lain yang dibawa oleh darah. Ini diperolehi melalui arteria (pembuluh darah) koroner, yang membungkus bahagian luar jantung. Antara akibat jantung yang lemah adalah denyutan jantung yang tidak sekata, tekanan darah tinggi, masalah peredaran darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Setiap hari jantung berdenyut kira-kira 100,000 kali, untuk mengepam dan mengalirkan 7,000 liter darah ke seluruh badan. Walaupun saiz jantung hanya sebesar penumbuk, ia mempunyai tugasan yang cukup besar dalam memastikan pengaliran darah sepanjang 96,000km salur darah yang diperlukan oleh setiap organ dan tisu anda. Sebagai otot yang paling kuat bekerja dalam tubuh dan juga merupakan pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung semestinya memerlukan sejumlah tenaga yang banyak dan nutrien yang cukup untuk berfungsi dengan baik dan sempurna.

CoQ10 memainkan peranan penting dalam proses penghasilan tenaga dalam tubuh anda. Jantung memerlukan tenaga yang banyak untuk memastikan ia kekal bertenaga bagi mengepam darah setiap hari, kerana itulah jumlah CoQ10 yang ditemui di dalam jantung amat tinggi untuk memastikan ianya berfungsi secara optimum. CoQ10 telah terbukti dapat menguatkan otot jantung, meningkatkan peredaran darah dan mengekalkan paras darah yang sihat. Tambahan pula, kuasa antioksida CoQ10 juga dapat memberi perlindungan terhadap pengoksidaan kolesterol LDL dan ini membantu dalam menyokong saluran darah supaya kekal sihat. Tubuh kita mampu mengeluarkan CoQ10 secara semulajadi, namun pengeluarannya semakin berkurangan apabila usia meningkat. Jadi, pengambilan supplemen CoQ10 yang mencukupi dapat membantu dalam mengekalkan tahap tenaga sel yang penting di dalam tubuh.

COQ10 boleh membantu untuk menguatkan jantung. Koenzim Q10 ( CoQ10) adalah nutrien larut lemak semulajadi yang terdapat dalam setiap sel badan kita. Badan kita membuat CoQ10, dan sel-sel menggunakannya untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh badan untuk pertumbuhan dan penyelenggaraan sel. COQ10 juga berfungsi sebagai antioksidan yang melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh molekul berbahaya. CoQ10 digunakan untuk membantu kegagalan jantung, kanser dan penyakit periodontal. Ia juga dikatakan untuk meningkatkan tenaga dan pemulihan kelajuan jantung daripada senaman.

Pengambilan COQ10 tambahan boleh membantu menguatkan jantung dengan menghasilkan tenaga untuk otot jantung dan memberikan kapisiti mengepam yang lebih baik. Selain itu, COQ10 juga membekalkan tekanan darah yang sihat dengan memastikan salur darah lebih fleksibel untuk menghadapi tekanan darah yang normal.

COQ10 juga memberikan tahap kesihatan kolestrol yang lebih sihat di mana COQ10 mencegah pengoksidaan kolestrol jahat iaitu LDL supaya ianya kurang melekat dan kurang menyebabkan penyumbatan pada salur darah.


CoQHealth™ Plus menampilkan semua campuran semmemberikan kesemua campuran semulajadi yang terdiri daripada 28mg CoQ10 dengan tambahan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang dapat menyokong pengeluaran tenaga pada jantung. Shaklee menggunakan kaedah penapaian yis untuk memberikan bioketer sediaan CoQ10 yang berkualiti tinggi. Sistem minyak kacang soya di dalam kapsul CoQHealth™ Plus Shaklee dirumus untuk memastikan sistem penguraian dan penyerapan dilakukan secara optimum.


Call / SMS / WA : 019-4320059

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan