Detoks - Badan kita mengandungi racun tanpa kita sedar


DETOKS/DETOKSIFIKASI - SUATU PROSES PEMBUANGAN RACUN DARI DALAM TUBUH

Detoks adalah proses pembuangan racun (toksin) dari dalam tubuh kita, samada yang dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh kita mahu pun yang disebabkan oleh gaya pemakanan kita (seperti pestiside, pewarna, MSG, logam berat dalam air minuman, dan sebagainya), pengambilan ubat-ubatan, pencemaran udara, stress, pola makan yang tidak sihat dan radikal bebas. Proses detoks juga membantu memperbaiki metabolisme dan kemampuan tubuh untuk membuang racun (toksin) dari dalam tubuh secara semulajadi.
Toksin-toksin inil jika semakin banyak di dalam tubuh, iaitu di dalam di usus kita yang pada akhirnya menyebabkan penyakit degeneratif, kerosakan sel-sel tubuh dan penyakit kronik lainnya seperti kanser, kolesterol dan darah tinggi. Peningkatan racun di dalam tubuh juga mempengaruhi stamina dan kecergasan tubuh dalam menjalani kegiatan seharian serta penuaan diri.

Proses detoks ini sangat penting dilakukan sekerap mungkin kerana mengingatkan persekitaran hidup dan makanan yang kita makan setiap hari yang seringkali tercemar, sama ada kita sedar atau tidak.

MENGAPA DETOKS ITU PENTING?
Dengan detoks kita dapat:
1. Mencegah penyakit.
2. Merehatkankan organ tubuh.
3. Membersihkan bahagian dalam tubuh dari toksin-toksin yang berbahaya.
4. Menghilangkan jerawat
5. Melambatkan proses penuaan.
6. Meningkatkan kecergasan dan fleksibiliti tubuh.
7. Meningkatkan kesuburan.

GEJALA-GEJALA TUBUH YANG SEDANG MENGALAMI DETOKSIFIKASI
Gejala detoks adalah pelbagai dan cara mengatasinya juga adalah berbeza-beza, bergantung kepada paras kepekatan racun di dalam tubuh dan kepekaan masing-masing individu. Ini juga kerana setiap orang mempunyai metabolisma tubuh badan yang berbeza.

Beberapa gejala umum detoks adalah : pening, mual, gejala selsema, cirit-birit, perut memmulas, sembelit atau gatal-gatal.

1. Mual : Rasa mual adalah proses adaptasi tubuh (normal), 3-5 hari akan hilang
2. Perut memulas : Perut memulas adalah proses detoksifikasi (pengeluaran lemak dan racun dari tubuh), 3-5 hari akan hilang. Teruskan program detox, hindari makanan yang terlalu sensitif seperti pedas, masam dan sejuk.
3. Pening tanpa peluh dingin : Rasa pening adalah proses adaptasi tubuh (normal), 3-5 hari akan hilang. Teruskan program detox. Minum air putih minimum 3 liter sehari
4. Pening disertai peluh dingin : Bererti menahan lapar, makan sesuai jadual program detox. Apabila waktu makan, meskipun belum rasa lapar, harus tetap makan (makan tepat waktu). Tambahkan pengambilan makanan berprotein, berserat, berkalori rendah dan memperbanyakan pengambilan air putih.
5. Muntah : Sedang menyesuaikan diri dengan makanan baru, badan belum dapat membiasakan diri dengan portion makan dikurangkan dan sedang meneutralkan kadar asid-alkali bagi orang yang asid perutnya berlebihan.
6. Sembelit : Kurang minum air. Tambahkan air putih dan makanan berserat disertakan dengan olahraga.
7. Najis busuk : Kurang cairan untuk merembeskan unsur racun, maka timbul najis busuk yang disebabkan proses pembuangan racun secara cepat. Banyakkan meminum air putih, sayur dan buah.
8. Otot terasa ngilu : Tubuh sedang menuju kembali ke keadaan sihat, bahagian yang lemah mula bertindak balas. Merupakan gejala semulajadi.
9. Bersemangat, riang, susah tidur : Tubuh sedang membakar lemak yang berlebihan menjadi tenaga dan merupakan gejala semulajadi. Jika sukar untuk tidur, kurangkan dos pemakanan.
10. Pening, lemah, lapar : Terjadi kepada pesakit kadar gula darah rendah. Tingkatkan pengambilan sayur, buah, madu dan air putih. Tingkatkan metabolisme dengan perbanyakkan aktiviti olahraga.
11. Gejala Selsema : Minum air putih minimum 3 liter per hari.
12. Cirit birit : Jangan kuaatir kerana tubuh bahagian pencernaan sedang mengalami penyesuaian dengan makanan baru, teruskan program detox dan perbanyakkan minum air putih.
13. Kulit gatal/bintik : Gejala eksresi racun yang sering terjadi pada penderita gangguan ginjal. Perbanyakkan minum air putih.
14. Organ tubuh terasa sakit : pembaikan dalam organ tubuh yang terasa sakit sedang berlaku, teruskan program detox, setelah beberapa hari sakitnya akan hilang.
15. Keluar peluh, najis agak pekat, tekak kering : Sedang terjadi akibat pembuangan racun. Gejala normal. Perbanyakkan minum air putih.
16. Buang air besar berkurang : Makanan yang diambil lebih banyak yang diserap oleh tubuh. Merupakan gejala normal, tambahkan makanan berserat tinggi untuk membersihkan kotoran.
17. Lambat turun berat : Kelenjar tiroid membantu fungsi ginjal sebagai pembuangan air kencing, hati meneutralkan unsur racun dan metabolisme cadangan lemak. Jika fungsi ketiga organ terganggu, maka hasil penurunan berat badan tidak akan begitu ketara. Program detox diteruskan untuk pengemasan keadaan tubuh terlebih dahulu.
18. Berat badan naik : Setelah lemak terurai, jumlah otot akan bertambah, berat otot bertambah dan tubuh sedang menahan air. Boleh juga yang sedang berlaku adalah fungsi pembuangan air kencing pada buah pinggang kurang baik, sementara sedang terjadi pengumpulan air dalam tubuh.
19. Tidak ada reaksi nyata: Bersyukurlah kerana keadaan badan anda fit dan daya tahan tubuh sudah meningkat. Cuba bersenam, maka akan terasa bahawa daya tahan tubuh sudah bertambah.

Untuk proses detoks, boleh cuba program detoks Shaklee. Shaklee menawarkan produk detox untuk membantu membersihkan badan anda daripada bahan kimia toksik, menjaga kesihatan hati, membersihkan kolon, membina mikroflora usus anda dan sebagainya.

Detox Hati/Liver Detox
Hati adalah organ dalaman terbesar di dalam badan dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan metabolisme yang normal dan detoksifikasi badan secara semulajadi. DTX Complex Shaklee menyediakan sokongan untuk fungsi hati yang sihat. Produk ini mempunyai campuran proprietari yang terdiri daripada enam ramuan botani dengan antioksidan dan sifat-sifat yang meningkatkan aliran cecair hempedu, yang bergabung untuk melindungi dan merangsang keupayaan semula jadi badan bagi mengekalkan sel-sel hati yang sihat.

DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:
milk thistle seed
schizandra chinensis seed (tanaman yang berasal dari China yang dah digunakan selama lebih 2000 tahun untuk meningkatkan jumlah enzim detoksifikasi di dalam hati)
cendawan Reishi (dikenali kerana sifat antioksidannya)
dandelion
kunyit
artichoke (untuk membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal)
Pembersih Usus/Colon Detox
Badan yang sihat mengandungi bertrilion mikroorganisma baik. Majoriti bakteria baik ni tinggal di dalam usus dan dirujuk sebagai mikroflora. Sekurang-kurangnya 400 jenis mikroorganisma yang dijumpai dalam saluran gastro-usus; dan berjumlah kira-kira 3 lbs bakteria dalam usus kita sepanjang masa.
Tugas bakteria baik ini ialah untuk mengawal penguasaan bakteria jahat. Bakteria baik haruslah berada dalam jumlah optimum untuk mengawal bakteria jahat.

Punca Utama Ketidakseimbangan Bakteria

  • penggunaan antibiotik.
  • umur
  • pemakanan yang tidak sihat
  • pengambilan serat yang rendah
  • kontraseptif oral
  • ubat-ubatan seperti aspirin dan kortikosteroid
  • tekanan
  • pengambilan gula yang tinggi



Dr Shaklee telah memperkenalkan Herb-Lax pada tahun 1917. Ia direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu proses semula jadi badan. Herb-Lax adalah gabungan 9 herba, termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.

Herba yang digunakan dalam Herb-Lax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana2. Produk-produk julap buatan ni biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, berhati-hati ya.

Sebaliknya, Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herb-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus.

Pencuci Darah
Seawal 3000 SM, orang-orang Babilon menggunakan manfaat bawang putih yang serba boleh. Ia digunakan sebagai ubat untuk pelbagai tujuan, termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen antibiotik dan anti-mikrob.

Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk menyucikan darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.
Walau bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan bawang putih sama.. Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari ini, termasuk serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dan sebagainya, mengurangkan atau menghapuskan kandungan allicin. Allicin adalah komponen utama aktif bawang putih dan diperlukan untuk banyak manfaat bawang putih.

Garlic Complex Shaklee diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin.
Garlic Complex Shaklee juga telah dirumus untuk kawalan bau. Bawang putih kan menyebabkan nafas berbau…tapi tablet Garlic Shaklee tak dipecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.

Pencuci Keseluruhan Tubuh
Itulah dia the amazing Alfalfa! Ya, alfalfa bukan untuk tambah susu saja ya. Alfalfa adalah bahasa Arab untuk “Bapa Kepada Semua Makanan”. Akar herba yang mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain. Menurut seorang pakar nutrisi, alfalfa membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. Ia membantu membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol. Sangat hebat kan! Hanya alfalfa yang mempunayi kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimiaatau baja bukan organik,menjadikan ia alfalfa berkualiti tinggi.

JANGAN LUPA UNTUK DAPATKAN HARGA OFFER ALFALFA COMPLEX BULAN NI.






Call / SMS / WA : 019-4320059

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

2 ulasan:

  1. pentingnya proses detoks untuk kesihatan badan kita..

    BalasPadam
  2. jom singgah di blog saya --> alkisahyasmin.blogsspot.com

    BalasPadam