Rawat Penyakit Radang Sendi Arthritis dengan cara semulajadi.

Penyakit Arthritis atau lebih dikenali radang sendi merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Kebarangkalian penghidap penyakit ini akan meningkat pada usia 30 sehingga 50 tahun. Penyakit ini lebih berisiko untuk menyerang wanita yang belum mengalami putus haid berbanding lelaki.

Arthritis terbahagi kepada 2 jenis iaitu  rheumatoid arthritis dan osteoarthritis.


Rheumatoid arthritis (RA) ialah keradangan yang berlaku apabila bendalir sinovia diserang oleh sel darah putih teraktif, menyebabkan bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir. Minyak-minyak ikan atau herba seperti Boswellia membantu penghidap RA.

Osteoarthritis (OA) pula terjadi akibat kemerosotan tulang rawan yang menyebabkan kesakitan apabila tulang-tulang bergesel di antara satu sama lain. Glukosamina membantu melambatkan kehilangan tulang rawan. Glukosamina ialah gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan (molekul karbohidrat yang melekat pada protein).

Punca penyakit rheumatoid arthritis masih belum diketahui. Namun, diketahui bahawa rheumatoid arthritis adalah penyakit autoimun semulajadi sistem kekebalan tubuh tidak beroperasi dengan betul, sehingga sistem kekebalan tubuh menyerang rangkaian sendi yang sihat dan menyebabkan keradangan dan kerosakan sendi seterusnya. Genetik juga memainkan faktor penyumbang terhadap penyakit Arthritis ini.

Gejala penyakit rheumatoid arthritis bermula dengan rasa letih, kaku, sakit, dan bengkak pada sendi bilateral terpencil. Rheumatoid Arthritis akan menyebabkan rasa-rasa tersebut bermula di tangan, atau kaki dan juga akan mempengaruhi pergelangan tangan serta sendi di tangan. Selain daripada siku, bahu, leher, lutut, pinggul dan pergelangan kaki.

Rheumatoid arthritis mempengaruhi lebih daripada 2 juta orang Amerika dengan lebih daripada 1 juta wanita. Walaupun ianya kerap menyerang individu di usia pertengahan, RA juga boleh menyerang warga emas, kanak-kanak-kanak dan belia.

Berminat? Untuk order @ pertanyaan, hubungi Umi Nazrah, facebook.com/nazrah umi.nazrah@gmail.com 019-4320059 Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

1 ulasan:

  1. Info yang menarik. Sekadar nak berkongsi maklumat, penyakit arthritis juga boleh dirawat dengan mengubah diet kita. Perbanyakkan memakan sayur-sayuran dan kurangkan memakan daging, telur, bahan-bahan tenusu seperti keju dan mentega, makanan manis seperti kek dan kuih. Tujuannya ialah untuk menurunkan paras lemak tepu dan meningkatkan paras ‘polyunsaturated fat’ di dalam badan. Hasil kajian mendapati lemak tepu boleh menjadi pemangkin kepada proses radang di dalam badan. Selain itu, para pesakit juga digalakkan mengambil pemakanan yang mempunyai banyak minyak Omega-3 seperti ikan kerana minyak Omega-3 telah terbukti dapat meredakan aktiviti radang pada sendi.

    BalasPadam