Memaparkan catatan dengan label jantung koroner. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jantung koroner. Papar semua catatan

Rakyat Perancis kuat makan tapi awet muda & hidup lebih lama?

Rakyat Perancis kuat makan tapi awet muda & hidup lebih lama?
Rakyat Perancis kuat makan tapi awet muda & hidup lebih lama?

Rakyat Perancis memiliki rahsia mereka yang tersendiri di mana mereka mengambil diet makanan yang mengandungi banyak gula, lemak, krim dan sangat banyak krim tetapi mempunyai rekod sakit jantung yang kurang malah hidup lebih lama berbanding rakyat Amerika. Malah penyelidik alkohol Perancis yang terkenal iaitu Dr. Serge Renault di dalam sebuah segmen TV 60 Minutes, (The French Paradox) juga melaporkan sedemikian di kaca TV pada tahun 1991.

Apakah rahsia rakyat Perancis tersebut? Tiada rahsia bahawa mereka mengambil minuman beralkohol dengan sangat banyak, bukan? Jadi kita yang Islam ni takkan lah nak kena minum minuman alkohol pulak untuk dapatkan kesihatan tubuh badan sekaligus untuk elakkan sakit jantung, penuaan, kencing manis dan sebagainya? Jangan risau, baca seterusnya.

Berbalik kepada rahsia rakyat Perancis tersebut, maka Dr. Renault mula mempercayai bahawa ada sesuatu di dalam jus anggur merah yang menentang kesan negatif makanan berlemak tapi dia sendiri pun tak pasti apakah ia. Sesetengah teori mengatakan ianya adalah disebabkan oleh alkohol, yang lainnya sangat pasti ianya adalah kuasa anti-pengoksidaan jus anggur merah. Sebenarnya kedua-dua teori tersebut benar untuk sebahagiannya. Apa yang tertinggal adalah molekul paling ajaib sekali. Apakah molekul tersebut? Ianya adalah resveratrol.

Sedikit sejarah mengenai penemuan resveratrol.

Ianya berlaku apabila Dr. Sinclair dan pasukannya di Harvard Medical School menguji lebih daripada 20,000 molekul semulajadi secara satu persatu sebelum secara kebetulannya beliau menjumpai apa yang beliau gelarkan pintu keajaiban kepada molekul ajaib. Mengejutkan beliau, molekul yang memanjangkan jangka hayat tersebut adalah resveratrol. Menggunakan resveratrol, Dr. Sinclair mendapati bahawa beliau boleh memanjangkan jangka hayat yis. Berita ini hanya dipandang remeh oleh saintis yang lain kerana ianya hanyalah yis. Menggunakan bentuk hidupan yang lebih tinggi, Dr. Sinclair menyuntik resveratrol kepada lalat buah dan hasilnya positif. Penghargaan yang diterima lebih baik dan penyelidikan menjadi lebih sengit.

Ahli sains yang lain berusaha untuk membuktikan penemuan Dr. Sinclair mempunyai hasil yang positif dengan ikan. Mereka berjaya di mana jangka hayat ikan dilanjutkan 70%. Dengan hasil eksperimen ini, ianya tidak begitu menarik perhatian ahli sains yang lain melainkan ianya melibatkan eksperimen tikus. Ini kerana tikus dan manusia mempunyai gen yang sama. Keajaiban berlaku di mana tikus diberikan diet yang mengandungi resveratrol bukan sahaja hidup lebih 30% lama malah tikus tersebut tidak pernah bertambah berat dan mempunyai 2kali ganda daya tahan hidup. Mereka boleh berlari 2kali ganda berbanding tikus yang tak diberi resveratrol. Yang menariknya tikus yang diberi resveratrol tidak mendapat mana-mana penyakit penuaan. Tiada penyakit jantung, tiada kanser, tiada kencing manis, dan tiada strok.

Resveratrol

Apabila Dr. Sinclair menerbitkan kajian beliau, FORTUNE menggelarkannya 'Mungkin penemuan terbesar sejak antibiotik'. Dr. Sinclair berjaya mengasingkan gen yang melambatkan penuaan ... Sirtuin.

Resveratrol telah dibuktikan menunjukkan kesan positif di dalam kebanyakan masalah kesihatan yang mempengaruhi berapa lama dan sebaik mana kehidupan kita. Bukti keajaiban resveratrol boleh dilihat di dalam laman web PubMed dimana terdapat 2,636 kertas kerja saintifik mengenai resveratrol.

Oleh kerana resveratrol telah dibuktikan berupaya melambatkan penuaan dengan kajian di makmal seluruh dunia, maka kebanyakan pengeluar produk berlumba-lumba mengeluarkan produk resveratrol di dalam kedai kesihatan malah di internet. Jika anda mengambil mana-mana produk-produk tiruan ini, anda mungkin membazirkan wang anda. Lebih buruk lagi, manfaat anti-penuaan yang anda harapkan tu takda pun. Mengapa? Sebab kajian dah buktikan produk-produk tersebut mempunyai hanya sedikit resveratrol dan mungkin mengandungi sis-resveratrol, satu bentuk yang kurang mengandungi resveratrol yang telah dibuktikan takda manfaat kesihatan langsung pun. Dalam maksud ayat yang lain, lebih kepada penipuan pemasaran.

(sila klik untuk melihat imej dengan lebih jelas)
(sila klik untuk melihat imej dengan lebih jelas)

Jadi persoalan yang timbul, produk mana yang harus dipercayai?

Shaklee Corporation telah menjadi syarikat nutrisi nombor satu di Amerika dan juara sebenar untuk ketulenan dan suppelemen semulajadi selama lebih setengah abad. Ketua saintis Dr. Carsten Smidt melihat hasil kajian Dr. Sinclair serta kesemua produk yang dikatakan produk resveratrol yang terdapat di pasaran dan mereka memutuskan kita semua layak mendapat yang lebih baik.

Pada peringkat awal, Dr. Smidt dan pasukannya bekerjasama dengan pasukan Dr. Sinclair daripada Universiti Harvard. Semakin lanjut kajian dilakukan, Dr. Smidt menjadi yang mereka boleh mendahului sains kajian Dr. Sinclair malah mampu mencipta satu produk yang lebih berkuasa daripada resveratrol. Setelah hampir 3 tahun melakukan kajian dengan berjuta-juta wang dilaburkan, kerjasama dengan Universiti Georgia akhirnya membolehkan sains Shaklee berjaya menghasilkan tonik pertama di dunia yang benar-benar semulajadi yang berfungsi sehingga kepada tahap sel untuk menghalang mekanisme penuaan tubuh badan manusia. Ia dipanggil Vivix, Tonik Anti-Penuaan Selular.



Apakah Vivix? Vivix adalah tonik anti-penuaan selular yang dicipta oleh Shaklee Corporation yang merupakan satu revolusi yang melihatkan satu kejayaan cemerlang dalam menghasilkan supplemen yang mampu melawan penuaan selular yang melibatkan penggunaan resveratrol dan poliphenol. Salah satu bahan utama dalam Vivix iaitu resveratrol telah dirujuk di dalam lebih 2,000 penerbitan penyelidikan termasuk beberapa kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard, National Institutes of Aging, dan National Institute of Environmental Health Sciences. Vivix memberikan 100 mg resveratrol setiap hidangan satu sudu teh. Ekstrak resveratrol Vivix mempunyai kandungan resveratrol semula jadi 98% dan ini membuktikan Vivix memang supplemen anti-penuaan yang terbaik di dunia. 30 hari pengambilan Vivix adalah bersamaan dengan 3,000 gelas jus anggur merah dan satu sudu kecil memberikan persamaan amaun resveratrol seperti yang ditemui di dalam 100 gelas jus anggur.

Jus anggur merah HALAL adalah daripada Shaklee!



http://elixirnutra.com
islamophobia-watch.com

Promosi Vivix Shaklee
1 April 2019 sehingga 30 Jun 2019

 Promosi Harga Ahli Vivix 2019 Shaklee

Harga pasaran RM950

Harga promosi RM684
Free membership
Free postage
Bonus next month

Berminat untuk dapatkan Vivix? Hubungi kami


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Makanan Untuk Jantung : Kriteria pemilihan koenzim Q10 (CoQ10)


Statistik di Malaysia (dan di seluruh dunia juga) menunjukkan penyakit jantung adalah pembunuh nombor 1 dan bilangan kes semakin meningkat tahun demi tahun. Di dalam entri yang lepas, saya dah nyatakan antara tiga jenis nutrien yang diperlukan untuk melindungi jantung anda supaya kekal sihat dan bertenaga adalah KOENZIM Q10 (COQ10), TUMBUHAN POLIFENOL dan ASID LEMAK OMEGA-3. Adakah CoQ10 hanya untuk jantung semata-mata? Jangan salah sangka, sesiapa yang menghidap antara masalah dibawah boleh manfaat daripada supplemen CoQ10 iaitu

  • angina, tekanan darah tinggi, cardiomyopathy, prolaps lembah mitral, kegagalan jantung kongestif *.
  • kencing manis *
  • penyakit periodontal *
  • kanser *
  • Penyakit Parkinson *
  • kekurangan imun *
  • Alzheimer *
  • distrofi otot *
  • paras kolesterol tinggi *
Malah lelaki dan wanita yang ingin kehilangan berat badan dan untuk meningkatkan prestasi sukan mereka juga boleh boleh mendapatkan CoQ10 ini.


Mereka yang berminat nak mendapatkan Koenzim Q10 (CoQ10) harus mencari produk yang mempunyai bioavailabiliti terapeutik dan penyerapan. Penyerapan CoQ10 merupakan satu cabaran. Sehingga kini, terdapat tiga jenis asas iaitu
  • bentuk pepejal
  • kapsul softgel dengan minyak
  • kapsul softgel dengan minyak (ditambah bahan kimia untuk meningkatkan penyerapan)
Tiada sebarang tindakbalas akan berlaku jika tubuh badan kita tidak dapat menyerap supplemen CoQ10. Antara kesalahan yang berlaku apabila tiada tindakbalas supplemen CoQ10 adalah:
  • ia mungkin tidak mengandungi CoQ10 yang cukup tulen
  • atau ia mungkin kekurangan bioavailabiliti kerana kompaun atau isian di dalam penyediaan mungkin sangat tidak larut
Berikut adalah pendapat Seorang Cardiologist, Stephen Sinatra, dan Juga Penulis Buku The Sinatra Solution: Metabolic Cardiology (Basic Health, 2008).
One of the most important things to look at when choosing a CoQ10 supplement is form," he says. "You want to make sure you’re taking a liquid CoQ10 in a softgel, they’re more bioavailable than typical powdered CoQ10s found in tablets. Every formula I recommend includes ubiquinone CoQ10 (the form most easily recognized by your body) in a softgel delivery system that ensures the highest bioavailability. That means you can actually take less, but reap greater benefits
Maknanya CoQ10 Dalam Bentuk Kapsul Mempunyai Kadar Serapan Untuk Tubuh yang LEBIH TINGGI dan LEBIH BAIK berbanding Dalam Bentuk Tablet. Ini sangat bertepatan sekali dengan produk CoQHealth Plus yang berbentuk kapsul. Malah menurut Rencana Kesihatan bertajuk "Coenzyme Q10 Bekal Tenaga Untuk Jantung" di dalam Majalah I Sihat keluaran Ogos 2013:

"Berbeza dengan kapsul ini, ia mengandungi campuran 28 g CoQ10 dengan vitamin E dan ekstrak teh hijau bagi memastikan potensi PENGURAIAN MAKSIMUM dan PENYERAPAN YANG LEBIH BAIK."

Kapsul yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah CoQHealth Plus. Dapatkan dengan harga promosi sebelum terlambat!


Call / SMS / WA : 019-4320059
Email : umi.nazrah@gmail.com
Fb : http://www.facebook.com/nazrah
Fb FanPage : http://www.facebook.com/cantiksss

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Kita berpotensi untuk mati secara tiba-tiba akibat serangan jantung.


Sungguh ajal maut itu di tangan Yang Maha Kuasa. Kita tak tau bila waktu tibanya ajal kita. Terdapat pelbagai kes yang melibatkan mati mengejut akitbat sakit jantung antaranya mati ketika memandu, mati selepas gaduh, mati ketika ditahan polis malah sudah ramai artis mati akibat sakit jantung antaranya AHMAD C, YUSOF CHONG, YALAL CHIN, Abdul Latif Ibrahim @ Latif Ibrahim, FAIZAL YUSOF, Datuk Ismail Hutson dan sebagainya. Apakah punca mati mengejut akibat sakit jantung? Sudah tentu puncanya adalah serangan jantung kerana terdapat satu ketulan bekuan darah yang menghalang aliran darah di dalam arteri koronari (kapilari darah halus) yang membekalkan darah ke suatu bahagian tertentu pada otot jantung. Aliran darah ke jantung yang tersekat boleh merosakkan atau memusnahkan sebahagian daripada otot jantung.

Dalam suatu serangan jantung (myocardial infarction), bahagian dari otot jantung mati sewaktu tidak mendapatkan darah. Oleh itu, untuk tetap sihat, jantung memerlukan oksigen dan zat-zat gizi lain yang dibawa oleh darah. Ini diperolehi melalui arteria (pembuluh darah) koroner, yang membungkus bahagian luar jantung. Antara akibat jantung yang lemah adalah denyutan jantung yang tidak sekata, tekanan darah tinggi, masalah peredaran darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Setiap hari jantung berdenyut kira-kira 100,000 kali, untuk mengepam dan mengalirkan 7,000 liter darah ke seluruh badan. Walaupun saiz jantung hanya sebesar penumbuk, ia mempunyai tugasan yang cukup besar dalam memastikan pengaliran darah sepanjang 96,000km salur darah yang diperlukan oleh setiap organ dan tisu anda. Sebagai otot yang paling kuat bekerja dalam tubuh dan juga merupakan pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung semestinya memerlukan sejumlah tenaga yang banyak dan nutrien yang cukup untuk berfungsi dengan baik dan sempurna.

CoQ10 memainkan peranan penting dalam proses penghasilan tenaga dalam tubuh anda. Jantung memerlukan tenaga yang banyak untuk memastikan ia kekal bertenaga bagi mengepam darah setiap hari, kerana itulah jumlah CoQ10 yang ditemui di dalam jantung amat tinggi untuk memastikan ianya berfungsi secara optimum. CoQ10 telah terbukti dapat menguatkan otot jantung, meningkatkan peredaran darah dan mengekalkan paras darah yang sihat. Tambahan pula, kuasa antioksida CoQ10 juga dapat memberi perlindungan terhadap pengoksidaan kolesterol LDL dan ini membantu dalam menyokong saluran darah supaya kekal sihat. Tubuh kita mampu mengeluarkan CoQ10 secara semulajadi, namun pengeluarannya semakin berkurangan apabila usia meningkat. Jadi, pengambilan supplemen CoQ10 yang mencukupi dapat membantu dalam mengekalkan tahap tenaga sel yang penting di dalam tubuh.

COQ10 boleh membantu untuk menguatkan jantung. Koenzim Q10 ( CoQ10) adalah nutrien larut lemak semulajadi yang terdapat dalam setiap sel badan kita. Badan kita membuat CoQ10, dan sel-sel menggunakannya untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh badan untuk pertumbuhan dan penyelenggaraan sel. COQ10 juga berfungsi sebagai antioksidan yang melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh molekul berbahaya. CoQ10 digunakan untuk membantu kegagalan jantung, kanser dan penyakit periodontal. Ia juga dikatakan untuk meningkatkan tenaga dan pemulihan kelajuan jantung daripada senaman.

Pengambilan COQ10 tambahan boleh membantu menguatkan jantung dengan menghasilkan tenaga untuk otot jantung dan memberikan kapisiti mengepam yang lebih baik. Selain itu, COQ10 juga membekalkan tekanan darah yang sihat dengan memastikan salur darah lebih fleksibel untuk menghadapi tekanan darah yang normal.

COQ10 juga memberikan tahap kesihatan kolestrol yang lebih sihat di mana COQ10 mencegah pengoksidaan kolestrol jahat iaitu LDL supaya ianya kurang melekat dan kurang menyebabkan penyumbatan pada salur darah.


CoQHealth™ Plus menampilkan semua campuran semmemberikan kesemua campuran semulajadi yang terdiri daripada 28mg CoQ10 dengan tambahan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang dapat menyokong pengeluaran tenaga pada jantung. Shaklee menggunakan kaedah penapaian yis untuk memberikan bioketer sediaan CoQ10 yang berkualiti tinggi. Sistem minyak kacang soya di dalam kapsul CoQHealth™ Plus Shaklee dirumus untuk memastikan sistem penguraian dan penyerapan dilakukan secara optimum.


Call / SMS / WA : 019-4320059

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

September bulan untuk kesihatan jantung

Jantung dan kita ibarat lagu dan irama, ibarat siang dan malam, ibarat gula dan semut. Kalau kita takda jantung, tu maksudnya kita ni dah Almarhum la kan? Semua orang tahu jantung berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Jadi dah nampak kan kepentingan kita untuk jaga kesihatan jantung kita ni. Macam mana nak jaga jantung agar kekal sihat? Tipsnya mudah sekali iaitu seeloknya kita mesti memulakan tabiat menjaga kesihatan yang baik sejak dari kanak-kanak lagi supaya amalan tu berterusan sampailah kita dewasa.

Antara tips penjagaan jantung yang ditulis oleh Dr. Jamilah Jamaludin berjudul Jantung - Antara Hidup dan Mati (1997), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyatakan beberapa petua untuk kita menjaga kesihatan jantung iaitu antaranya ialah mengawal berat badan, menjaga pemakanan, berhenti merokok, bersenam, mengurangkan tekanan atau stres dan melakukan perubahan gaya hidup.

Kawalan berat badan

Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu. Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh makanan berlebihan yang mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan. Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja-kerja jantung.

Pemakanan

Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan. Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya. Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik. Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk men-jamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya. Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.

Berhenti merokok

Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.

Bersenam

Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung. Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.

Perubahan gaya hidup

Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya. Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.

Apa yang Shaklee tawarkan untuk kesihatan jantung yang menyeluruh adalah dengan pengambilan kesihatan jantung iaitu COQHealth Plus, Omega Guard dan Garlic Complex.


CoQHealth™ Plus - Membantu MEMBERI TENAGA KEPADA JANTUNG *

CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.

CoQ10 telah ditunjukkan dapat:
• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

Omega Guard ™ - Menggalakkan KESIHATAN JANTUNG, SENDI DAN OTAK *

Omega Guard ™ membekalkan spektrum penuh ultra tulen, asid lemak Omega-3 bergred farmaseutikal untuk menyokong jantung, fungsi sendi dan otak yang sihat *. Dibuat dengan proses penyulingan molekul proprietari berperingkat untuk ketulenan terbaik dan potensi asid lemak omega-3 termasuk EPA dan DHA. Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan. Omega Guard ™ merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan Omega Guard ™ menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Garlic Complex - MEMBANTU MENGEKALKAN TEKANAN DARAH NORMAL *

Kajian menunjukkan bahawa bawang putih menggalakkan kesihatan kardiovaskular dengan membantu mengekalkan tekanan darah dan paras kolestrol yang normal apabila digunakan sebagai diet rendah lemak dan kolestrol.¹ Allicin, komponen yang dijumpai di dalam bawang putih telah dibuktikan mempunyai kaitan terhadap pelbagai mekanisma antaranya termasuklah sokongan untuk mengekalkan tahap mikroorganisma berfaedah yang sihat. Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.* Garlic Complex Shaklee menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan sifat-sifat antioksidan spearmint dan rosemary.

¹ Silagy C, Neil A. Garlic as a lipid lowering agent—a meta-analysis. Journal of the Royal College of Physicians London. 1996; 30:329-334.

Call / SMS / WA : 019-4320059
Email : umi.nazrah@gmail.com
Fb : http://www.facebook.com/nazrah
Fb FanPage : http://www.facebook.com/cantiksss

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Teruskan Membaca

Artis meninggal kerana sakit jantung.



1. AHMAD C ( Lahir 1932 - 14 Januari 2010)

Pelakon veteran, Mohamad Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Ahmad C meninggal dunia pukul 12 tengah hari di Hospital Kota Tinggi, Johor Bahru akibat masalah jantung yang dialaminya sejak dua tahun lalu.

2. YUSOF CHONG (Lahir 1947 - 5 September 2010)
Pelawak dan pelakon veteran terkenal, Yusof Chong, 63, meninggal dunia di Hospital Selayang dekat sini, kira-kira 3.30 petang Ahad akibat komplikasi penyakit, termasuk sakit jantung dan darah tinggi. Allahyarham dirawat di hospital itu sejak lima hari lepas setelah mengalami komplikasi penyakit tersebut.

3. YALAL CHIN ( Lahir 1943 -16 Oktober 2010)
Pelakon dan dramatis terkenal, Yalal Chin, 67, meninggal dunia kerana sakit jantung dan komplikasi pendarahan dalam otak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras pada pukul 12.15 pagi, Sabtu. Yalal Chin atau nama sebenarnya Yalal Abu Chin, 67, meninggalkan seorang balu iaitu Suriani Mohd Yusof. sumber http://www.malaysiasensasi.net/

4. Penyanyi Abdul Latif Ibrahim, 62 atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) petang tadi, akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung. Allahyarham yang dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak, dan akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat untuk dikebumikan pada malam ini juga (malam isnin). sumber http://www.anastasyea.com/

5. FAIZAL YUSOF, tanggal 1 JANUARI 2011, kita dikejutkan oleh pemergian seorang artis iaitu FAIZAL YUSOF, 33 tahun yang merupakan seorang pelakon dalam drama ADAM MAYA. beliau telah kembali ke rahmatullah pada pukul 1.45 pm akibat daripada serangan sakit jantung di PUSAT RAWATAN ISLAM (PUSRAWI) KL. sumber http://blogz-anda.blogspot.com/

6. Pelakon veteran Datuk Ismail Hutson, 73, meninggal dunia pada hari pertama umat Islam berpuasa, pukul 1.13 pagi Sabtu akibat komplikasi penyakit jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya. Ismail Hutson atau nama sebenarnya Ismail Omar telah mendapat rawatan di Unit Rawatan Kritikal (CCU) pusat perubatan itu pada Selasa lalu selepas 10 hari mengalami demam panas yang teruk. Katanya, selepas diberi rawatan, Allahyarham telah dipindahkan ke wad biasa. Arwah juga tidak menunjukkan tanda-tanda sakit teruk kerana memiliki semangat yang kuat melawan penyakit jantung yang dialami sejak lima tahun lalu. sumber http://www.ammboi.com/


Penyebab jantung koroner adalah karena penumpukan zat lemak secara berlebihan di lapisan dinding nadi pembuluh koroner, yang dipengaruhi oleh pola makan yang kurang sehat. Kecanduan rokok, hipertensi, kolesterol tinggi juga dapat menjadi penyebab penyakit jantung koroner.
Arteri koroner adalah pembuluh darah di jantung yang berfungsi menyuplai makanan bagi sel-sel jantung. Penyakit jantung koroner terjadi bila pembuluh arteri koroner tersebut tersumbat atau menyempit karena endapan lemak, yang secara bertahap menumpuk di dinding arteri., dan bisa terjadi di pembuluh arteri lainnya, tidak hanya pada arteri koroner.
Kurangnya pasokan darah karena penyempitan arteri koroner mengakibatkan nyeri dada yang yang biasanya terjadi saat beraktivitas fisik atau mengalami stress. Bila darah tidak mengalir sama sekali karena arteri koroner tersumbat, penderita dapat mengalami serangan jantung yang mematikan. Serangan jantung tersebut dapat terjadi kapan saja, bahkan ketika Anda sedang beristirahat.
Ada beberapa hal yang meningkatkan resiko penyakit jantung:

A.Faktor Risiko

1. Kadar Kolesterol Tinggi.
Penyebab penyakit jantung koroner adalah endapan lemak pada dinding arteri koroner, yang terdiri dari kolesterol dan zat buangan lainnya. Untuk mengurangi risiko penyakit jantung koroner, Anda harus menjaga kadar kolesterol dalam darah. Kolesterol adalah senyawa lemak kompleks yang secara alamiah dihasilkan tubuh dan bermanfaat bagi pembentukan dinding sel dan hormon. Dua pertiga kolesterol diproduksi oleh hati (liver), sepertiga lainnya diperoleh langsung dari makanan. Kolesterol diedarkan dalam darah melalui molekul yang disebut lipoprotein. Ada dua jenis lipoprotein, yaitu low-density lipoprotein (LDL), and high-density lipoprotein (HDL).

2. Tekanan Darah Tinggi/Hipertensi.
Tekanan darah tinggi menambah kerja jantung sehingga dinding jantung menebal/kaku dan meningkatkan risiko penyakit jantung koroner.
Ada dua pengukuran tekanan darah. Tekanan sistolik adalah tekanan darah yang memancar dari jantung ke seluruh tubuh. Tekanan diastolik adalah tekanan darah yang kembali mengisi jantung. Secara umum orang dikatakan menderita hipertensi bila tekanan darah sistolik/diastoliknya di atas 140/90 mmHg.

3. Trombosis.
Trombosis adalah gumpalan darah pada arteri atau vena. Bila trombosis terjadi pada pembuluh arteri koroner, maka Anda berisiko terkena penyakit jantung koroner. Merokok meningkatkan risiko trombosis hingga beberapa kali lipat.

4. Kegemukan.
Kegemukan (obesitas) meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan diabetes. Orang yang kegemukan juga cenderung memiliki kadar HDL rendah/LDL tinggi.

5. Diabetes mellitus.
Diabetes meningkatkan risiko penyakit jantung koroner, terlebih bila kadar gula darah tidak dikontrol dengan baik.

6. Penuaan.
Risiko penyakit jantung koroner meningkat seiring usia. Semakin tua, semakin menurun efektivitas organ-organ tubuh, Laki-laki cenderung lebih cepat terkena dibandingkan perempuan, yang risikonya baru meningkat drastis setelah menopause.

7. Keturunan.
Risiko Anda lebih tinggi bila orang tua Anda juga terkena penyakit jantung koroner, terlebih bila mulai mengidap di usia kurang dari 60 tahun.

B.Gejala Penyakit Jantung Koroner
Gejala jantung koroner diantaranya seperti:
  1. Nyeri di dada, lebih spesifiknya nyeri di dada bagian tengah yang menjalar sampai ke lengan kiri atau leher, bahkan sampai ke punggung. Nyeri dada seperti ini adalah nyeri khas dari penyakit jantung koroner. Nyeri ini timbul hanya ketika melakukan aktifitas fisik dan akan berkurang saat beristirahat.
  2. Gejala penyerta seperti keringat dingin dan timbulnya rasa mual.
C.Faktor-faktor pemicu serangan jantung adalah antara lain:
  • Merokok
  • Mengkonsumsi makanan berkolesterol tinggi.
  • Kurang gerak.
  • Malas berolahraga.
  • Stres.
  • Kurang istirahat.
Serangan jantung adalah suatu kondisi ketika kerusakan dialami oleh bagian otot jantung (myocardium) akibat mendadak sangat berkurangnya pasokan darah ke bagian tubuh tersebut.

D.Cara Mengurangi Risiko
Meskipun tidak dapat melawan penuaan dan mempengaruhi garis keturunan, Anda dapat melakukan hal berikut untuk mengurangi risiko penyakit jantung koroner:
  • Mengurangi konsumsi daging berlemak jenuh tinggi.
  • Memperbanyak makan buah, sayuran dan biji-bijian yang mengandung antioksidan tinggi (Vitamin A, C dan E). Antioksidan mencegah lemak jenuh berubah menjadi kolesterol.
  • Menghindari stress. Stress dapat menimbulkan ketidakseimbangan fungsi tubuh, meningkatkan tekanan darah serta membuat Anda merokok dan makan berlebihan.
  • Tidak merokok dan minum kopi berlebihan.
  • Rajin berolah raga. Olah raga aerobik selama 30 menit setiap hari, 3-4 kali seminggu dapat memperkuat jantung, membakar lemak dan menjaga kesimbangan HDL dan LDL. sumber : http://www.rsiamelania.co.id

Lemak tepu berlebihan boleh menyebaban salurah darah tersumbat, strok, serangan jantung' . Jom baca 7 TIPS kurangkan pengambilan lemak tepu.

1- Kurangkan makan daging merah.
2- Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan.
3- Ketahui berapa jumlah lemak yang anda perlukan setiap hari.
4- Elakkan makanan beku. kalau rasa tak dpat nak elak langsung.. sekurang2nya kurangkan.
5- Panggang daging yang anda ingin makan.Tahukah anda, kalau anda menggoreng daging, Daging tersebut akan menyerap semula lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng. Sebaliknya, apabila anda memanggang daging, lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan diserap semula.
6- Tambahkan suplemen Omega-3 ke dalam diet harian anda.
7- Kurangkan pengambilan harian produk tenusu. keju, susu fullcream haaa mmg lemak tepu tinggi..

sumber: MamaFaiz.Com



Apa kata cuba suplemen Shaklee Omega Guard. Ia kaya dgn Omega-3. Penting untuk melindungi jantung serta membunuh lemak-lemak degil yang jahat. Demi kesihatan jantung anda.


Umi Nazrah
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 869539

Mobile: 019-4320059
FB - facebook.com/nazrah
Website - cantiksihatsemulajadi.com
Page - Cantik Sihat Semulajadi
Latest post: Ramai yang mati awal kerana sakit jantung! — Adakah anda masih mengingati lagi arwah Faizal Yusuf, 32 merupakan seorang pelakon yang sihat dan aktif pergi meningalkan dunia seni disebab...
  Like · Comment · Share

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan
Teruskan Membaca