Kenapa Lepas Makan Vitamin C Muka Naik Jerawat & Selera Makan

Kenapa Lepas Makan Vitamin C Muka Naik Jerawat & Selera Makan
Kenapa Lepas Makan Vitamin C Muka Naik Jerawat & Selera Makan

Kenapa Lepas Makan Vitamin C Muka Naik Jerawat & Selera Makan
| Sebenarnya ada banyak faktor yang menyebabkan jerawat timbul. Salah satu punca ialah pengambilan makanan atau minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Jerawat tumbuh disebabkan masalah gula dalam darah, radang kulit yang kronik dan juga stres melampau. Apabila makanan manis seperti kek dan minuman bikarbonat diambil secara berlebihan, ia akan meningkatkan kandungan gula dalam darah dengan mendadak yang mana akan merangsang hormon insulin dan hormon lain seperti androgens.

Keadaan ini menyebabkan penghasilan lebih banyak sebum. Sebum adalah bahan yang berminyak yang di rembeskan oleh kelenjar sebaceous (di kulit) untuk melembabkan permukaan kulit.

Jika terlampau banyak sebum dihasilkan, ia boleh bercampur dengan sel sel kulit yang telah mati dan terperangkap di dalam pori pori kulit. Ini menghasilkan blackheads, whiteheads dan jerawat.

Inilah pentingnya untuk memastikan kita mengambil vitamin C yang tidak mengandungi gula tambahan.



Kenapa Lepas Makan Vitamin C Muka Naik Jerawat

Healing crisis (krisis penyembuhan) juga antara penyebab timbulnya jerawat kat muka selepas makan vitamin C.

Healing crisis merupakan satu tindak balas yang berlaku disebabkan kematian sel-sel bakteria di dalam badan. Lebih spesifik lagi keadaan ini berlaku dalam jangkitan bakteria jenis spirochete sahaja. Kematian sel-sel bakteria ini akan melepaskan satu bahan yang dipanggil sebagai 'Endotoxin' dan akan merangsang sel darah putih untuk merembeskan bahan yang menyebabkan keradangan (Inflammation).

Kenapa Lepas Makan Vitamin C Muka Naik Jerawat & Selera Makan
Kenapa Lepas Makan Vitamin C Muka Naik Jerawat & Selera Makan


Kenapa Lepas Makan Vitamin C Muka Naik Selera Makan

Menurut Swami Sadashiva Tirtha, pengarang buku “Ayurveda Encyclopedia: Natural Secrets to Healing, Prevention, and Longevity.” vitamin C menghalang kelaparan pra-matang, mengimbangi hormon, mengawal selera makan, mengurangkan keinginan terhadap makanan, meningkatkan tenaga, mengurangkan risiko ketagihan makanan dan membuang toksin dari badan.

Jadi kenapa timbul persoalan selera makan naik lepas ambil Vitamin C tu?

Sedangkan toksin yang banyak dalam badan boleh mencetuskan rasa lapar. Bagusnya vitamin C ni dah singkir buang semuanya. Tiada alasan vitamin C naikkan berat badan dan membuatkan selera makan kita naik.

Sebenarnya Vitamin C yang kita ambil akan digunakan untuk membaiki sel-sel yang rosak di dalam badan kita. Proses pemulihan ini memerlukan tenaga yang banyak, dan metabolisme badan juga akan turut meningkat. Metabolisme yang tinggi ini memerlukan makanan untuk dibakar dan ditukar kepada tenaga. Sebab tu la kita lapar sebenarnya. Tapi bila rasa lapar je, kita makan roti canai la, mee goreng la, nak yang sedap-sedap ja kan? Minum pula teh tarik, milo ais konon-konon nak hilangkan rasa lapar. Kemudian kita kata Vitamin C ni lah penyebab selera makan meluap-luap pulak.

Vitamin apa pun akan meningkatkan metabolisme badan kerana badan memerlukan tenaga untuk vitamin itu bertindak secara efektif di dalam badan kita.

Apa nak buat sebenarnya bila lapar?

Minum banyak air kosong dan bukan air manis yang boleh menambahkan kalori sekaligus menaikkan berat badan.
Ambil snek sihat. Buah-buahan. ESP Shaklee pun boleh.
Pada waktu makan utama (sarapan, makan tengahari, makan malam), cuba ambil makanan yang betul-betul mengenyangkan. Lebih baik makan sepinggan nasi yang betul-betul mengenyangkan berbanding 2 keping roti yang kita anggap kudap-kudap sahaja. Padahal nilai kalorinya sama.

Jadi kesimpulannya Vitamin C ini tidaklah menggemukkan ataupun menaikan selera makan ataupun naikkan berat badan. Semuanya TIDAK.


Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

6 ulasan:

  1. kita lepaas makan vitamin c rasa kulit makin elok

    BalasPadam
  2. Sejak makan vit c kulit muka SA jadi ok...kalau tak selalu tumbuh jerawat banyak...especially kalau nak datang bulan.

    BalasPadam
  3. oo boleh keluar jerawat ye. baru tau. tq for sharing umi

    BalasPadam
  4. muka saya jadi inflammation lepas amalkan vitamin ni

    BalasPadam