Maksud Khunsa, Macam Mana Bentuk Khunsa dan Organ Khunsa

Maksud Khunsa, Macam Mana Bentuk Khunsa dan Organ Khunsa
Maksud Khunsa, Macam Mana Bentuk Khunsa dan Organ Khunsa
Maksud Khunsa, Macam Mana Bentuk Khunsa dan Organ Khunsa | Heboh di fb pasal isu seorang khunsa Malaysia yang pergi buat umrah di Tanah Suci Mekah dan Madinah.

Jom baca perkongsian Dr. Erna Nadia mengenai Maksud Khunsa, Macam Mana Bentuk Khunsa dan Organ Khunsa.

Setiap detik, ada sahaja bayi dilahirkan ke muka bumi ini. Alhamdulillah bertambah umat manusia. Ada yang sihat, ada yang diuji dan ada yang masih keliru jantina nya.

Bayi yang dilahirkan khunsa atau ambigous genitalia ini bukan selalu berlaku. Jarang tapi ada. Jangan bersedih jika diuji begini. Syukur masih boleh makan minum dan hidup seperti orang normal.

Bayi yang dilahirkan dengan jantina yang meragukan ini dikatakan adalah disebabkan oleh DSD (Sexual development disorder). Kebiasaannya adalah disebabkan oleh masalah hormon.

Alat kelamin terbentuk tapi bukan seperti manusia normal yang mana jika lelaki kita tahu lelaki, jika wanita kita tahu wanita. Untuk kes khunsa, kedua dua alat kelamin wanita dan lelaki kelihatan.

Maksud Khunsa, Macam Mana Bentuk Khunsa dan Organ Khunsa
Maksud Khunsa, Macam Mana Bentuk Khunsa dan Organ Khunsa
Alat kelamin terbentuk melalui 3 cara asas ini :

1. Genetik. Ini berlaku sewaktu awal proses persenyawaan lagi, apabila sperma bercantum dengan ovum. Wanita membawa gene XX, lelaki membawa gene XY. Bila bergabung, bommm, genetik pun tercantum, dan kita boleh lihat samada bayi tu bawa gene XX atau XY yang datang dari mak ayahnya. Kes normal, senang cerita. Bila tak normal, samada XXX atau XXY atau apa sahaja, itulah yang kita kena siasat hingga ke akar umbi(perghh giteww).

2. Alat kelamin. Jika ada penis dan testis,maka tahulah kita itu pastinya bayi lelaki. Jika ada ovari, rahim dan vagina, maka tahulah kita itu bayi perempuan. Yang bikin kita keliru, bila ada keduanya sekali. Yang inilah yang mesti kita siasat. Hingga je akar umbi juga.

3. Selain dari itu, kita boleh juga mengetahui jantina melalui organ reproduktif dalaman seseorang. Melalui hormon.

Maksud Khunsa, Macam Mana Bentuk Khunsa dan Organ Khunsa
Maksud Khunsa, Macam Mana Bentuk Khunsa dan Organ Khunsa
Untuk wanita, hanya sedikit perubahan yang diperlukan untuk melihatkan faraj itu normal kerana vagina akan terus terhasil kemudian barulah ovari.

Bagi lelaki, lebih kompleks sedikit, mula mula sekali pembentukan testis akan menghasilkan hormon testosterone (hormon lelaki). Makin power hormon ini, maka akan makin terlihatlah alat kelamin lelaki, iaitu penis. Awalnya saiz penis ni lebih kurang saiz clitoris saja tetapi bila hormone dihydrotestosterone (DHT) makin hebat, penis pun membesar dan nampak dengan jelas. Sebab tu kadangkala waktu scan semasa hamil tu, boleh tersalah tengok. Lepas jadi penis,terbentuklah pula scrotum.

Semua proses ini berlaku seawal tiga bulan pertama semasa kandungan ibu. Haaaaa gitcheww.

Subhanallah hebat kan ciptaan Allah? 😊

Simptom bayi yang ada masalah DSD (sexual development disorder) ini akan memberi tanda tanda seperti :
1. Alat sulit yang tak nampak lelaki atau perempuan
2. Haid yang datang pada masa yang pelik, biasa bawah 18 tahun patut dah ada haid.
3. Masalah dengan hormon atau garam mineral dalam badan.
4. Hypospadias; keadaan di mana penis bukan di tempat biasa dan testis yang masih belum ada dalam scrotum.

Apakah penyebab berlaku DSD ini?
Biasanya diklasifikasikan berdasarkan gene dan alat kelamin.

1. 46XX DSD
Iaitu keadaan dalaman adalah perempuan ( ovari semua normal) tapi faraj nampak lebih maskulin. Ini boleh disebabkan oleh terlalu banyak hormon lelaki di dalam badan. Ianya boleh berlaku akibat keadaan seperti congenital adrenal hyperplasia, placental aromatese deficiency, hormonal medications dan maternal hormonal imbalances.

2. 46XY DSD
Alat kelamin lain memang nampak seperti lelaki dan ada testis tapi penis nampak tak berapa penis/ tak jelas. Ini boleh disebabkan oleh masalah seperti testosterone biosynthesis defect, 5a-reductase deficiency, partial androgen insensitivity syndrome dan complete androgen insensitivity syndrome.

3. Disorders of gonadal differentiation
Keadaan di mana alat kelamin lelaki tidak sepenuhnya menjadi testis. Ada tiga keadaan iaitu :
a. Satu gonad masih pramatang, hanya satu yang jadi testis.
b. Kedua dua gonads jadi testis tapi ianya tak berfungsi seperti normal.
c. Kedua dua gonads mengalami pramatang dan tidak menjadi testis.

4. Overtesticular DSD
Ini yang paling jarang dimana di dalam gonads ada testis dan ovari. Ada setengah kes sebelah ada testis, sebelah ada ovari.

Jadi, macam mana nak diagnos ni?
Rileks.
Keadaan ini sudah lama dikaji DNA terjadi pun.
Walaupun tidak mudah mana, tapi semasa bayi lagi sudah boleh didiagnos. Ada juga yang sehingga remaja baru tahu mana lebih dominan. Lelaki atau perempuan.

Antara ujian yang boleh dilakukan adalah jeng jeng jeng:
1. Pemeriksaan fizikal. Ini yang paling asas la kan. Lepas keluar sahaja, doktor memang akam terus periksa bayi dari kepala sehingga ke kaki.
2. Ujian darah untuk tengok jenis kromosom(genetik) dan paras hormon.
3. Ultrasound atau ujian MRI untuk melihat organ dalaman.
4. Ujian genitogram untuk melihat organa dalaman. Ini termasuklah x-ray dan ujian memasukkan catheter ke dalam ruang bukaan antara anus dan alat kelamin. Ini boleh menunjukkan samada ada urethra (lelaki) dan saiz faraj (jika ada). Ujian ini penting jika ada yang plan untuk buat pembedahan.
5. Ujian biopsi. Sel tisu dari gonads akan diambil dan dikaji.
6. Paling jarang adalah gene probe studies.

Ujian ujian dilakukan semasa bayi untuk membantu ibu bapa mengetahui jantina anak mereka.

BACA JUGA Ikhtiar Hamil Untuk Lelaki Dengan Produk Zinc

Adakah perlu bedah atau tidak, itu semua bergantung pada penilaian ujian yang dilakukan dan bergantung kepada keadaan bayi tersebut. Doktor yang merawat akan berbincang dengan ibu bapa sendiri.

Contohnya:
Jika bayi perempuan dengan masalah mild congenital adrenal hyperplasia, tak perlu bedah pun. Hormone therapy sudah mencukupi melainkan jika faraj tertutup atau masalah lain. Biasanya masalah ini selesai bila umur bayi 12-18 bulan.

Kes bayi lelaki yang ada masalah hypospadias biasnya dirawat dengan pembedahan dan biasanya berjaya.

Bayi yang ada masalah DSD tapi mempunyai ovari yang normal, inshaAllah subur seperti wanita biasa.

Bayi lelaki dengan satu testis juga inshaAllah subur.

Ok, kesimpulan kata, biasanya masalah khunsa ini boleh diketahui mana yang lebih dominan sewaktu bayi lagi dan paling lambat pun bila remaja. Bila sudah remaja, lagi jelas kelihatan mana hormon yang lebih dominan 😊

Begitulah ceritanya.

Bila sudah didiagnos lelaki maka lelakilah.
Jika wanita, wanita lah dia.
Jangan ubah, berdosa.

Dr. Erna Nadia
Tak membenci namun mahu menegur.
Moga Islam kita tidak hanya pada nama. Harap kita semua dapat masuk syurga sama sama

https://www.academia.edu/4415457/HUKUM_PEMBEDAHAN_PERTUKARAN_JANTINA

https://www.urologyhealth.org/urologic-conditions/ambiguous-(uncertain)-genitalia

Semoga perkongsian ini memberi kefahaman kepada kita mengenai Maksud Khunsa, Macam Mana Bentuk Khunsa dan Organ Khunsa. Wallahualam.

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee,
boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

 Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

23 ulasan:

  1. orang yang pegi umrah tu lelaki kak bukan khunsa, pernah ada wawancara tahun 2012 yang mengaku dia maknyah

    BalasPadam
  2. Tak tau nak cakap dah...Sis yang suka melihat aksi gelagat dia, tapi bila smapai dah menghina Islam macam ni, terus ku unfollow huhuhu

    BalasPadam
  3. Rasanya dia tahu jantina sebenar dia, cuma tu masalah dia dengan diri dia sendiri. tapi kita doakan yang baik baik sahaja semoga kita semua terhindar daripada hal seperti ini.

    BalasPadam
  4. kecoh juga kan isu dia ni..semoga dipermudahkan la semuanya....

    BalasPadam
  5. Umi..Thanks atas informasinya.

    BalasPadam
  6. Tq share info. Selalu dengar pasal khunsa tapi banyak tak tau

    BalasPadam
  7. Tq share info yg bermanfaat ini. Complicated juga nk memahamkannya. Hihi.. Tapi syukur la ada ujian2 yg blh kenalpasti lebih awal.
    Semoga insan2 yg diuji dgn ujian sebegini sabar dan redha. Buat yg mengubah ciptaan Allah, sedangkan dia bkn golongan khunsa ni, semoga diberikan hidayah.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah tksh perkongsiannya

    BalasPadam
  9. baru kecoh psl sajat gi mekah.. huhu

    BalasPadam
  10. terima kasih atas perkongsiannya

    BalasPadam
  11. Terima kasih perkongsiannya ya.Ini ilmu.
    Apa yang sedang heboh sekarang sangat menyedihkan sebetulnya.

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat..

    BalasPadam
  13. Susah Mrs. A nak hadamkan pasal khunsa ni.
    Tapi tulah bila baca ni dari kecik dah boleh tahu kalau check betul-betul ikut nasihat pakar.
    Tapi kalau kes usahawan kosmetik tu dia lelaki.

    BalasPadam
  14. maknanya khunsa 'terjadi' kerana masalah hormon dan juga pembentukan alat kelamin, kan?

    BalasPadam
  15. Terima kasih atas infonya ni ya. Pernah dengar perkataan khunsa ni tapi ni 1st time baca info.
    Salam kenal... saya tinggal jejak disini 😊

    BalasPadam
  16. thanks sharing lagi-lagi sekarang tengok hot pasal orang yg pergi mekah tu. tapi tulah dia lelaki.

    BalasPadam
  17. satu ujian yang hebat juga buat insan yang benar2 dilahirkan khunsa ni, cuma sekarang ni ramai yang jadian merubah identiti mengikut nafsu sendiri, info yang sangat baik UN walaupun agak sukar untuk di fahami..terima kasih

    BalasPadam
  18. ermmmm.. kebal undang2. ops lari dari topik pulak.. hehe.

    BalasPadam
  19. assalam..
    tq share..tgh hot isu 'orang tu' pergi umrah kan..huhu

    BalasPadam
  20. susah kalau jenis manusia tak mengaku jantina asal sendiri. Macam-macam hal kan

    BalasPadam
  21. Terima kasih di atas info dan perkongsian ini... Bonde dh klik butang follow yang ke 191 maaf tak perasan sebelum ini

    BalasPadam