5 Jenis Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kesuburan Lelaki

5 Jenis Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kesuburan Lelaki
5 Jenis Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kesuburan Lelaki
5 Jenis Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kesuburan Lelaki | Makanan ialah faktor utama yang menjadi penentu tahap kesihatan sama ada semakin sihat atau tidak.

Umi nak kongsikan 5 jenis makanan yang baik untuk kesihatan kaum lelaki.

1. Tomato atau Sos tomato
Lelaki yang banyak memakan tomato atau sos tomato berkemungkinan dapat memberi perlindungan kepada mereka daripada kanser prostat. Kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yang banyak meragut nyawa lelaki. Ia terletak di bahagian atas pundi kencing. Hasil kajian daripada 47,000 orang lelaki, mendapati bahawa lelaki yang memakan tomato sebanyak 2 – 4 kali dalam seminggu,mempunyai risiko menghidapi kanser prostat 35% lebih rendah berbanding lelaki yang tidak memakannya.

BACAAN LANJUT : Kanser Prostat Tahap 4 Pulih ke Tahap 1

2. Peanut butter
Penyakit jantung adalah pembunuh utama bagi lelaki dan wanita. Tetapi lelaki menjadi korban pada usia yang lebih awal. Kandungan lemak pada kacang adalah tinggi sedikit tetapi ianya baik untuk anda.

3. Brokoli
Hasil daripada kajian di Harvard mendapati bahawa sayur-sayuran seperti brokoli dapat memberi perlindungan terhadap kanser pundi kencing dan lebih berkesan sebanyak 2 - 3 kali ganda kepada lelaki berbanding wanita. Para saintis menganalisis diet hampir 50,000 orang lelaki dan mendapati bahawa mereka yang makan 5 hidangan atau lebih brokoli pada setiap minggu berkemungkinan dapat mengelakkan kanser pundi kencing selama10 tahun berbanding yang tidak memakannya. Brokoli dan kubis dipilih sebagai makanan yang paling protektif.

4. Tiram
2 atau 3 ekor tiram mampu untuk membekalkan zinc yang secukupnya untuk sehari, (zinc merupakan mineral penting untuk penghasilan sperma bagi lelaki ). Dalam satu kajian, 22 lelaki dengan kadar testosteron rendah dan jumlah sperma yang sedikit diberi zinc setiap hari dalam masa 45 - 50 hari dan hasil daripada kajian tersebut menunjukkan kadar testosteron dan jumlah sperma meningkat.

BACAAN LANJUT : Zinc Kesihatan Dalaman Khas Untuk Lelaki

5. Tembikai
Didapati lelaki dengan lingkungan usia sehingga 55 tahun, lebih banyak menderita penyakit darah tinggi berbanding wanita. Kajian menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan potassium boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan strok. Tembikai mengandungi lebih potassium. Jumlah potassium dalam suatu hirisan besar tembikai adalah bersamaan dengan sebiji pisang atau secawan jus oren.

Tips tambahan untuk makanan kesihatan kaum lelaki

Umi cadangkan pengambilan Zinc Plus dan Vita-E Complex. Zinc dan Vitamin E ialah antioksidan penting yang bertindak sebagai penggalak kesuburan bagi lelaki untuk merancang keluarga.

Tahap optimum Zinc dan Vitamin E meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma.

Zinc Plus - dibuat dalam bentuk zinc gluconate, iaitu sebatian yang paling bagus untuk resapan zinc yang tinggi di dalam badan. Sumber zinc adalah semulajadi dan bebas haiwan, jadi tiada masalah untuk pengguna termasuklah golongan vegetarian.

Vita-E Complex - Vitamin E Shaklee menyediakan 400IU vitamin E berasaskan sumber semulajadi, lengkap dengan 65mcg Selenium untuk memaksimumkan fungsi vitamin E dan mengandungi 39.4mg Grape Seed Extract yang berfungsi sebagai antioksida.
Vitamin E berfungsi untuk meningkatkan kecergasan pergerakan sperma. Vitamin E umpama GPS kepada sperma untuk terus sampai ke Ovum.
Selenium pula berfungsi untuk melindungi daripada pembengkakan prostat.
Lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

Jika anda berminat ingin dapatkan produk Shaklee,
boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp


* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

 Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

7 ulasan:

  1. tembikai tu memang paling selalu makan heheh

    BalasPadam
  2. Berminat bila kata tembikai boleh kurangkan darah tinggi.

    BalasPadam
  3. MAKANAN TERBAIK UTK KESIHATAN JUGA

    BalasPadam
  4. tembikai sedap especially bila hari kemarau =))

    BalasPadam
  5. Bab lelaki kne darah tinggi lbih awal dr perempuan tu betul..hihi..sb laki ni stress die pendam.pempuan. Stress lepas

    BalasPadam
  6. Terima kasih info yang berguna...

    BalasPadam
  7. Terima kasih untuk info yang ohsem ini..

    BalasPadam