10 Tips Kurus Sihat Dengan Cara Minuman Diet Protein Tinggi

10 Tips Kurus Sihat Dengan Cara Minuman Diet Protein Tinggi
10 Tips Kurus Sihat Dengan Cara Minuman Diet Protein Tinggi
10 Tips Kurus Sihat Dengan Cara Minuman Diet Protein Tinggi | Program diet pengambilan protein tinggi dikatakan lebih cepat mendapatkan badan langsing dan ideal.

Diet Protein Tinggi membantu tubuh mengeluarkan lebih banyak tenaga berbanding karbohidrat di dalam diet makanan kita.

Protein dianggap sebagai ‘blok bangunan’ tubuh. Protein juga memainkan peranan penting dalam produksi enzim dan hormon. Malah, protein juga adalah bahagian integral daripada diet yang sihat dan seimbang.

Pengambilan protein yang seimbang dalam makanan secara efektif akan dapat membantu tubuh untuk menurunkan berat badan. Umi dah buktikan! Alhamdulillah.

Ok sebelum tu, mari kita lihat 10 Tips Kurus Sihat Dengan Protein

1. Ikan laut seperti salmon dan tuna
Selain mengandungi kadar protein yang sangat tinggi, ia juga mengandungi Omega-3 yang baik untuk kesihatan jantung.

2. Putih telur
Putih telur lebih baik dimakan daripada kuning telur yang mengandungi kolesterol tinggi.

3. Daging merah & Daging ayam
Daging merah memiliki kadar lemak yang lebih sedikit berbanding daripada daging olahan. Daging ayam memiliki kandungan protein yang cukup tinggi tetapi hindari makan bahagian kulit ayam kerana mengandungi banyak lemak.

4. Soya
Makan produk yang dihasilkan daripada soya seperti tempe dan tauhu kerana tumbuhan kacang soya merupakan sumber protein yang sangat bagus.

BACA 5 Perbezaan ESP soya premium tinggi

5. Kacang
Mempunyai kadar protein tinggi dan ambil dalam jumlah yang banyak kerana mampu menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

6. Susu
Pilih susu serta produk olahan susu yang lain kerana kadar protein sangat tinggi. Pilih susu rendah lemak serta rendah kalori. Selain itu, keju dan yogurt bukan hanya tinggi protein, tetapi juga kaya kalsium yang baik untuk tulang dan jantung.

7. Jagung Manis
Jagung manis merupakan sumber antioksidan yang juga mengandungi protein. Ia juga mengandungi vitamin B-kompleks seperti thiamin, niacin, folat, dan asid.

8. Brokoli
Mengandungi rendah lemak, tinggi protein dan mengandungi nutrisi penting seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, zat besi dan serat makanan.

9. Kurma
Buah yang berasal dari tanah Arab ini sangat enak dan kaya dengan kandungan gula semulajadi. Buah kurma merupakan sumber protein yang sangat baik. Di dalam 100gram buah kurma memberikan 2.5gram protein.

10. Asparagus
Sayuran hijau ini sangat fleksibel untuk dimasak. Boleh direbus,digoreng, dikukus atapun dilayur di atas api. Setengah cawan asparagus mengandungi 2gram protein.

Umi sendiri pernah mengalami berat badan obese sehingga 68kg dan sakit lutut yang sangat teruk ketika hendak solat. Apa yang Umi buat ialah kawal pemakanan Umi seiring dengan bulan Ramadhan waktu tu. Umi sahur dan berbuka dengan pengambilan suku suku separuh serta serat fiber Alfalfa. Diet protein yang Umi buat ialah Umi amalkan ESP Shaklee dan MealShakes pada waktu sahur. Alhamdulillah pemakanan Umi makin teratur dan pada Raya Haji tahun yang sama Umi berjaya hilangkan 8kg berat badan.

Lihat perjalanan diet detox Umi di SINI

10 Tips Kurus Sihat Dengan Cara Minuman Diet Protein Tinggi
10 Tips Kurus Sihat Dengan Cara Minuman Diet Protein Tinggi
Diet apa jenis sekali pun tak salah asalkan kita amalkan pemakanan seimbang.
Tips Kurus Sihat Dengan Cara Minuman Diet Protein Tinggi ini sudah membantu Umi hilangkan masalah berat badan obese Umi.
Semoga tips ini bermanfaat untuk semua pembaca.

Nak dapatkan produk Shaklee?


* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

 Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

4 ulasan:

  1. best juga kalau dapat kurus dengan diet yang sihat.

    sihat dapat..kurus pun dapat

    BalasPadam
  2. boleh lah try bagi yang target nak kurus tahun depan ni kan hehe :)

    BalasPadam
  3. berita baik utk mereka yg nak kurus tp smpi sekarang x kurus2 jg hehehe

    BalasPadam
  4. Terima kasih share. Boleh juga dijadikan bahan rujukan nanti.

    BalasPadam