Makan Vitamin C Bukan Hanya Untuk Kulit Cantik Putih Gebu Je


Vitamin C menjadi popular apabila dikatakan mampu mencerahkan dan menegangkan kulit wajah. Sedangkan terdapat banyak lagi manfaat lain kepada tubuh badan kita.

AKTIFKAN ANTIOKSIDAN

Saintis terkenal, Dr Lester Packer menyatakan bahawa di antara punca penyakit kronik zaman moden kini seperti kanser, darah tinggi, sakit jantung, strok dan kencing manis disebabkan oleh kerosakan sel-sel dan dinding pembuluh darah akibat serangan radikal bebas.

Punca radikal bebas yang tinggi adalah daripada faktor luaran seperti pencemaran air, pencemaran udara , bahan pengawet makanan, radiasi, stres, toksin, pancaran sinar ultra ungu (UV) dari matahari dan merokok.

Apabila seseorang sentiasa terdedah kepada serangan radikal bebas setiap hari selama bertahun-tahun lamanya, ia akan menyebabkan terjadinya pelbagai jenis penyakit kronik. Radikal bebas juga menyebabkan kulit menjadi kendur, berkedut, kusam, masalah pigmentasi dan kasar.

Di sinilah peranan vitamin C yang amat penting dalam jaringan antioksidan yang melindungi kulit dan tubuh manusia daripada kesan radikal bebas.

Vitamin C juga membantu untuk mengaktifkan antioksidan yang lain di dalam tubuh seperti vitamin E, N-asetil sistin, Glutathion, Co Enzim Q10 dan L-Karnitin.

Vitamin C mempunyai sifat sebagai antioksidan. Ia menunjukkan kaitan di antara pengambilan vitamin C dan mengurangkan risiko kanser seperti kanser perut, kanser paru-paru, kanser tekak, kanser pundi kencing.

Sebagai bahan antioksidan, vitamin C melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan oleh radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel tubuh manusia akibat daripada pendedahan yang berterusan kepada radikal bebas.

KECANTIKAN KULIT

Di antara fungsi utama vitamin C ialah penghasilan kolagen dalam tubuh manusia.

Jom baca 5 sebab kenapa ramai cari vitamin C untuk kulit cantik.

Kolagen ialah protein utama dalam struktur organ manusia seperti saluran darah, tendon, ligamen, tulang, gigi, rambut dan kulit. Kekurangan kolagen akan menyebabkan kulit menjadi kendur dan berkedut, tulang rapuh, gigi mudah tercabut, rambut gugur dan mudah putus serta mudah berlaku pendarahan di bawah kulit.

Baca lagi Bagaimana Vitamin C Boleh Mencerahkan Kulit?

Dengan mengekalkan integriti tisu badan seperti kulit dan lapisan mukosa, vitamin C membantu menjadikan kulit menjadi lebih licin, tegang, cerah, berseri, mengurangkan kesan-kesan jeragat dan bintik-bintik hitam pada kulit akibat terdedah pada cahaya matahari. Vitamin C juga amat penting dalam pemulihan luka, melecur dan kudis (ulser) yang kronik.

PENYAKIT KRONIK

Vitamin C membantu dalam metabolisme kolesterol di dalam penghasilan hempedu oleh hati, jadi ia membantu menurunkan kolesterol dalam darah dan mencegah batu karang pundi hempedu.

Terdapat kajian yang menunjukkan vitamin C membantu mengurangkan paras kolesterol ‘jahat’ LDL dan meningkatkan paras kolesterol baik HDL.

Dengan itu, vitamin C membantu mencegah mendapan kolesterol pada dinding saluran darah yang menyebabkan saluran darah menjadi keras (arteriosklerosis). Bukan itu sahaja, ia juga membantu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari, angin ahmar (strok) dan mengawal tekanan darah tinggi.

Kajian menunjukkan pengambilan suplemen vitamin C secara konsisten mampu mencegah penyakit buta akibat masalah ‘katarak’ pada kanta mata, selain membantu dalam proses nyahtoksin (detoksifi kasi) logam berat seperti raksa, plumbum dan sebagainya di dalam tubuh manusia.

Vitamin C juga penting dalam fungsi saraf dengan membantu menghasilkan bahan pemancar saraf (neurotransmitter) dan hormon norepinefrina yang amat penting dalam fungsi saraf serta otak manusia yang sihat.

Kajian mendapati pengambilan vitamin C membantu dalam mengurangkan kesan buruk stres kepada kesihatan. Jika mengambil suplemen vitamin C secara konsisten, ia turut membantu dalam meningkatkan tenaga dan mencegah rasa keletihan yang melampau akibat stres.

SUPLEMEN VITAMIN C

Jika anda memilih untuk mengambil pil suplemen vitamin C maka pilihlah daripada sumber organik, berkualiti tinggi dan daripada jenis diesterkan (esterifi ed).

Sila baca Tips Pilih Suplemen Vitamin C

Pengambilan suplemen sehingga 1000mg sehari tidak mempunyai kesan sampingan dan mampu mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit kronik.

Sifat semula jadi vitamin C yang larut air membuatkan ia mudah dikeluarkan dari tubuh melalui buah pinggang jika berlebihan dan tidak akan menyebabkan kesan sampingan yang merbahaya.

Dah baca? 5 Sebab Kenapa Vitamin C Shaklee Berbeza

Jika sudah, jom lihat Testimoni di SINI



Nak lagi EXCLUSIVE dan TEBALKAN POKET ANDA, daftar ahli Shaklee dulu secara online
👇👇👇👇

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

1 ulasan: