Cara yang gempak untuk kasi Omega-3 kat anak-anak!


Anak-anak cerewet bila nak kasi Omega-3? Jangan risau, ada kaedah untuk kasi anak-anak uols ambil Omega-3!

Dulu-dulu masa kita kecik-kecik, kita kena paksa untuk makan Minyak Ikan Kod kan? Sekarang jangan harap la anak-anak kita nak tadah mulut dorang untuk makan makanan yang rasa tak sedap macam tu. Omega-3 sangat bagus untuk kanak-kanak. Terutamanya bila musim sejuk. Dos Omega-3 boleh membantu untuk meningkatkan sistem imun dalam badan kanak-kanak dan menjauhkan batuk serta selsema. Uols rasa susah nak kasi anak-anak makan Omega-3? Kaedah yang berikut mungkin boleh dicuba!

Mengapa -3 Omega adalah baik untuk kanak-kanak?

Perkembangan otak: Omega-3 adalah asid lemak yang mempunyai Vitamin A dan D, DHA dan EPA. Ini adalah nutrien yang penting untuk membantu otak dengan cara memberi makanan kepada otak dan memastikan agar otak kekal sihat. Kanak-kanak yang mengambil dos Omega -3 yang stabil didapati mendapat skor lebih baik pada ujian dan aktiviti prasekolah. DHA Omega -3 adalah ramuan super penting untuk otak yang sihat.

Membina sistem imun: Omega -3 akan membina membran sel yang sihat yang akan menghalang keradangan dan menentang toksin serta menghalang daripada diserang oleh patogen. Ia adalah sangat bermanfaat khasnya untuk kanak-kanak yang mempunyai alahan. Saya telah perasan bahawa apabila saya bagi anak-anak saya dos nutrien ini, mereka dah kurang kerap untuk dapat sakit terutamanya dalam bulan-bulan musim sejuk.

Tips untuk buat anak-anak uols tergila-gilakan Omega-3! Cara Islamik yang sangat baik untuk kebaikan anak-anak atau pun ibu yang hamil. Senang ja caranya. Pasti cuba!


1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.

2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.

3) Minyak Ikan
Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. Gunakan minyak ikan Omega Guard Shaklee, merupakan minyak ikan paling tulen mengandungi spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semualajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain. Minyak ikan Omega Guard diekstrak daripada ikan laut air sejuk (sardine, mackerel, herring, adchovies) daripada perairan negara Jepun. Ianya bukan dari minyak HATI IKAN yang diketahui hati adalah bertoksik.

4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)

5) Madu
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)

6) Habbatus Sauda
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."

7) Buah Tin
Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1).

Sabda Rasulullah s.a.w.
Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti

8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo
Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.

Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"

9) Air Surah Taha
Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan.


Lihat urat2 pada kacang badam.. ia mirip kepada rupa urat-urat otak kita. Saya pernah terbaca (lupa dimana), Ini adalah kejadian Allah untuk memberitahu kita kegunaannya pada manusia.


Badam, Kismis, Kurma dan Buah Tin di blender halus.

Tips : Habbatus Sauda dan Buah Tin di masukkan sedikit sahaja kerana jika terbanyak, ia akan menyebabkan 'funny taste'...tak sedap. Sukatannya, agak-agak saje. Boleh buat ikut suka tangan kita..

Bila dah siap, boleh makan terus, amalkan 2-3 sudu sehari. Kanak-kanak belum banyak gigi pun dah boleh amalkan. Dalam bekas diatas, saya telah masukkan 3 kapsul minyak ikan berkepekatan tinggi. Darwish dan Wisya memang suka memakannya. Rasanya penuh dengan lemak kacang badam dan manisnya madu lebah. Cara mudah untuk memberi makanan sunnah yang banyak kebaikannya pada otak beserta dengan minyak ikan!

Nak cuba produk minyak ikan tersebut? Sempena offer terendah Omega Guard, boleh la rebut peluang yang datang setahun sekali ni. Sayangi jantung, sayangi minda anak-anak kita.



sumber gambar http://why-take-fish-oil-supplements.com/
sumber gambar http://darwishndarwisya.blogspot.com/
sumber resepi http://darwishndarwisya.blogspot.com/

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:
Call / SMS : 019-4320059
Email : umi.nazrah@gmail.com
Add Fb saya : Umi Nazrah untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : Cantik Sihat Semulajadi untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja.
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

0 comments:

Catat Ulasan