Memaparkan catatan dengan label Alat Sulit Wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alat Sulit Wanita. Papar semua catatan

Tips menjaga payudara agar kekal sihat dan cantik

8 tips untuk menjaga payudara agar kekal sihat dan cantik


✔ PERIKSA PAYUDARA
Anda digalakkan untuk membuat pemeriksaan payudara anda sendiri sekurang-kurangnya sebulan sekali. Waktu yang sesuai untuk anda lakukan pemeriksaan ini adalah pada tarikh yang sama setiap bulan atau beberapa hari selepas kedatangan haid. Mengikut kajian, selepas haid payudara anda masih lagi lembut dan senang untuk mengesan sekiranya terdapat sebarang tanda dan segeralah berjumpa dengan doktor.

✔ JAUHI PEMBEDAHAN
Ada segelintir wanita yang ingin memiliki payudara yang besar dengan mengambil jalan yang mudah iaitu melakukan
pembedahan. Sebelum anda mengambil keputusan untuk melakukan anda digalakkan membuat beberapa kajian akan risiko yang anda akan alami selepas melakukan pembedahan tersebut kerana ia mungkin akan mengorbankan asset kesayangan ini. Sebenarnya kecantikan seorang wanita datangnya dari dalam diri seseorang wanita itu sendiri.

✔ KESIHATAN PAYUDARA
Bagi mendapatkan bentuk payudara yang menawan, anda digalakkan untuk membuat beberapa senaman bagi menguatkan otot pektoral dan yoga. Senaman ini dapat memberi kepuasan kepada anda kerana ia akan menjadikan payudara anda cantik, montok dan menawan. Di sini ada beberapa cara untuk menguatkan otot pektoral :

♦ Senaman biasa♦
-tekan kedua telapak
tangan ke dinding sambil anda memandang ke atas.
-anda diminta untuk menahan beberapa minit dan lepaskan secara perlahan.
-posisi ini haruslah diulang beberapa kali dan ia boleh dilakukan di dalam bilik mandi.
-lakukan mengangkat dan menurunkan bahu secara berulang-ulang untuk memperkuatkan otot payudara anda.

♦Yoga♦
-untuk melakukan senaman secara yoga anda perlu menenangkan fikiran dahulu sambil menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan.
-kedua lengan didepakan separas bahu dan gerakan perlahan-lahan lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah.
-berhenti lima saat dan sambung semula dalam posisi yang sama tetapi lengan kiri ke atas
-lakukan gerakan tersebut sebanyak 10 kali setiap hari.

✔ SENTUHAN LEMBUT
Percaya atau tidak sebenarnya minyak aromaterapi boleh digunakan untuk mengurut serta menganjalkan payudara. Sentuhan yang lembut dan urutan yang sempurna akan dapat memberi ransangan kepada saluran darah di payudara anda. Cara urutan yang disyorkan kepada anda adalah dengan mengurut ke luar, ke bawah dan ke dalam mengikut aliran payudara anda. Jika dibandingkan dengan penggunaan masker dank rim, cara menggunakan minyak aromaterapi lebih efektif kerana ia akan memudahkan urutan dan minyak akan lebih cepat menyerap ke dalam saluran.

✔ MENJAGA KEBERSIHAN PAYUDARA
Kita digalakkan untuk menjaga kebersihan diri termasuk jugalah dengan payudara kerana payudara yang bersih akan membuat payudara bertambah cantik. Apabila anda melakukan pemeriksaan, anda haruslah memberikan sepenuh tumpuan pada bahagian puting kerana ia merupakan kilang pengeluaran susu minyak. Pengeluaran minyak adalah bertujuan untuk melicinkan bahagian putting dan arela supaya ia tidak kering serta kulit tidak pecah. Cara penggunaan kapas dan minyak zaitun juga boleh dipratikkan untuk membersihkan kelenjar minyak yang melekat di bahagian puting.

✔ GUNA BAJU DALAM YANG SESUAI
Apabila anda memilih baju dalam, anda haruslah memilih mengikut kesesuaian anda. Contohnya memakai baju dalam ketika hamil dan tempoh menyusu anda, haruslah sesuai mengikut situasi tersebut. Ini kerana untuk memastikan payudara berada di dalam keadaan yang betul.

✔ PENYUSUAN
Ketika menyusukan bayi, anda haruslah meletakkan bayi di dalam posisi yang betul agar bayi anda tidak menarik
payudara anda. Di dalam proses penyusuan berlaku, terdapat masalah yang dihadapi oleh segelintir wanita yang dipanggil bengkak susu. Masalah ini dapat diatasi dengan cara memerah susu secara lembut untuk mengurangkan kesakitan atau dengan cara menuam payudara menggunakan air suam. Anda juga perlu tahu, dengan menyusukan anak ia dapat membantu mengecutkan rahim dengan cepat kepada asal dan menghindarkan daripada terkena penyakit barah yang ditakuti oleh wanita di dunia ini.

✔ JANGAN RAMAS PAYUDARA ANDA
Anda dinasihatkan agar tidak meramas payudara ini kerana ia boleh membuatkan payudara anda lebih cepat kendur daripada biasa.

Dengan Shaklee, anda boleh mengamalkan protein ESP, Alfalfa Complex dan juga Collagen Powder.


Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.


Berminat? Untuk Info dan Order :

  Umi Nazrah
Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-432 0059
www.facebook.com/cantiksss

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

[TIPS] Tampil Alat Sulit Menawan

Rasanya semua Miss V yang ada di dunia ini cukup menawan. Kalau tak, takkan kaum Adam asyik teringat-ingat atau terkenang-kenang. Tidak kiralah sama ada saiznya agak kecil, pipih, besar atau tembam. Semuanya cantik-cantik dan manis-manis belaka. Yang tidak cantik atau manis ialah Miss V yang baunya kurang enak, keluar lendir berwarna kehijauan dan berwarna merah. Memang meloyakan jika begitu keadaannya.

Kalau anda rajin membaca atau bertemu doktor, vagina yang sedemikian rupanya disebabkan oleh jangkitan bakteria. Candida albican dan Haemophillus vaginalis adalah 'pesalah' yang telah dikenal pasti.

Selain itu, petua orang dulu-dulu pun boleh diamalkan. Basuh saja vagina anda itu menggunakan air rebusan daun sirih setiap kali selepas membuang air kecil. Percayalah, jangankan menyerang, bakteria hendak dekat pun takut. Kuasa sirih bukan itu sahaja. Ia juga baik untuk wanita yang melahirkan anak. Cubalah, mana-mana bahagian yang longgar akan menjadi ketat dan suami pasti tersenyum lebar.

Untuk gadis remaja atau bakal bergelar raja sehari, memiliki alat sulit yang menawan pastilah sangat penting. Maklum saja, itulah pemberian yang amat bermakna daripada anda sebagai isteri buat suami tercinta. Jadi sebelum tiba ke acara kemuncak itu, ada baiknya anda menjaga dan merawat. Paling tidak pun kalau ada sebarang cacat atau cela, bolehlah ditutup.

Menjaga kebersihan. Barangkali isu ini tidak perlu dibincangkan lagi. Ada banyak artikel dalam hampir kesemua majalah wanita pernah membicarakannya. Sekadar peringatan, mana-mana rambut yang tidak begitu menyenangkan mata memandang, eloklah dibersihkan. Bukan apa kalau dibiarkan panjang bukan saja tidak selesa, silap gaya terbit pula aroma yang kurang segar terutama apabila anda sedang haid.

Paling penting rajin-rajinlah ganti pakaian dalam. Lebih baik lagi, kalau pakaian dalam itu bukan jenis yang menyerap keringat. Elakkan mengenakan seluar dalam ketat. Untuk mengusir bau-bau yang kurang menyenangkan, seestengah wanita berpantang daripada memakan makanan yang berbau seperti ikan masin.

Membasuh alat sulit dengan air bersih juga salah satu cara menjaga kebersihan. Dewasa ini, anak-anak kita sudah terbiasa dengan pembersih organ intim. Cukuplah digunakan sekali seminggu. Tidak perlu kerap-kerap, nanti semua bakteria baik akan terkorban. Akibatnya vagina akan terdedah kepada jangkitan.

Satu amalan yang perlu diterapkan adalah mengelap alat sulit selepas buang air kecil. Tujuan utamanya adalah untuk mengelakkan bahagian itu menjadi lembap. Tapi mengelap pun ada caranya. Jangan lap daripada belakang ke depan tapi SEBALIKNYA. Ia bagi mengelakkan organismaa yang berasal dari dubur berpindah ke vagina. Sumber : Harmoni Nov. 2008

Pada anda yang dah bersalin yang ingin menghilangkan keputihan sekaligus merapatkan kembali alat sulit, tak salah untuk mencuba Alfalfa Complex Shaklee.

Alfalfa berasal dari perkataan Arab, Al-Fash-Fash, bermaksud “bapa segala tumbuhan”. Ia sangat kaya dengan vitamin, mineral dan nutrien lain yang memainkan peranan besar dalam kesihatan seperti menguatkan tulang serta keseluruhan tubuh.

Alfalfa digunakan dalam perubatan tradisional Cina sejak kurun ke-6 untuk merawat pelbagai penyakit seperti masalah buah pinggang, mengelakkan edema, artritis, memperbaiki sistem pencernaan, sistem rangka, kelenjar dan salur kencing. Alfalfa digunakan untuk membersihkan darah dan detoks tubuh. Sumber : vitaminsemulajadi.com


Apa keistimewaan alfalfa jenama Shaklee berbanding yg lain?

Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus ,zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin (It is organically grown, using the tender green leaves not the stems of the plant.The raw powder is pressed into easy-to-swallow tablets (with very low heat to preserve natural enzyme activity).. Dan yg bestnya Shaklee Alfalfa Complex tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid,bakteriosid, hormon2 sintetik,pengawalatur tumbesaran atau bahan2 kimia.


Berminat?
 Untuk order @ pertanyaan, hubungi
 Umi Nazrah,
facebook.com/nazrah
umi.nazrah@gmail.com
 019-4320059

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Teruskan Membaca