Pengalaman Kena Keto Flu Rush Gegata Ruam Gatal Buat Diet

Pengalaman Kena Keto Flu Rush Gegata Ruam Gatal Buat Diet
Pengalaman Kena Keto Flu Rush Gegata Ruam Gatal Buat Diet

Pengalaman Kena Keto Flu Rush Gegata Ruam Gatal Buat Diet | Saya mula buat diet lazy keto bermula 14 September 2023. Untuk diet lazy keto ni, syarat utama ialah tinggalkan nasi, tepung dan gula. Karbohidrat hanya 50gram.

Niat utama saya buat lazy keto dan juga intermittent fasting adalah kerana nak hilangkan perut buncit. Orang asyik bertanya ada isi ke? Padahal perut saya mengembang seolah-olah pregnen 6 bulan.

Perut buncit sebab saya banyak makan nasi, terlebih kalori, suka minuman desert manis.

Jadi apabila anak saya cukup 2 tahun dan berhenti menyusu badan, saya terus buat IF dan lazy keto.

Pengalaman Kena Keto Flu Rush Gegata Ruam Gatal Buat Diet
Pengalaman Kena Keto Flu Rush Gegata Ruam Gatal Buat Diet

Untuk permulaan, saya kurangkan pengambilan nasi. Daripada bersenduk-senduk sehari, saya kurangkan kepada satu senduk dahulu.

Bila dah selesa, saya kurangkan kepada suku senduk. Akhirnya saya takda ambil nasi. Kecuali apabila hari cuti setiap 2 minggu saya duduk rumah mak mertua, kena la makan nasi sikit.

Tepung dan gula juga saya kurangkan. Kuih muih sekarang saya makan dah tak banyak. Seketul kuih pun susah nak habiskan. Kuih ni bila ke rumah kenduri atau apabila mak mertua bagi, kena la ambil juga. Haha

Air manis mudah nak tinggalkan sebab saya banyakkan minum air kosong sekarang.

Diet Lazy Keto ni lebih kepada pengambilan protein dan lemak sihat. Dalam diet ni kena kurang pengambilan nasi, tepung dan gula putih termasuk gula daripada buah-buahan.

Pengalaman Kena Keto Flu Rush Gegata Ruam Gatal Buat Diet
Pengalaman Kena Keto Flu Rush Gegata Ruam Gatal Buat Diet


Apabila saya dah buat IF dan lazy keto ni, permulaan badan saya bagi petanda naik ruam-ruam gegata. Gatal sangat.

Apa yang saya baca, itu lah toxin yg larut lemak yg disimpan akibat dari pemakanan lampau yang tidak sihat.

Bila buat IF badan akan akan masuk ke Zon metabolisma lemak, hasil dari pengunaan lemak badan sebagai tenaga, ketone akan dihasilkan dari pemecahan lemak badan dan toksin larut lemak juga dibebaskan sekali.

Toksin larut lemak yg dibebaskan oleh sel lemak hasil dari Perceraian Triglyceride kepada glycerol dan ketone ini mula berenang renang di salur darah.

Sekarang Hati mempunyai tugas untuk menyahkan toksin tersebut.

Terus bila saya baca mengenai masalah hati ni, saya terus ambil suplemen DTX Complex untuk bantu proses nyahtoksin.

Selain tu, saya double dose pengambilan Omega Guard untuk kawal radang yang sedang berlaku.

Pengalaman Kena Keto Flu Rush Gegata Ruam Gatal Buat Diet
Pengalaman Kena Keto Flu Rush Gegata Ruam Gatal Buat Diet


Pengalaman Kena Keto Flu Rush Gegata Ruam Gatal Buat Diet
Pengalaman Kena Keto Flu Rush Gegata Ruam Gatal Buat Diet


Hati akan cuba menyahtoxin dengan beberapa cara iaitu melalui penyingkiran air kencing melalui buah pinggang, penyingkiran dengan peluh melalui organ Kulit dan najis melalui usus besar. 

Toksin yg keluar melalui peluh menjadi punca utama kepada keto rash. Bintik-bintik merah yang naik pada bahagian atas badan sangat la gatal dan apabila digaru boleh merebak ke seluruh badan. 

Untuk mengelakkan daripada menggaru ni, saya amalkan krim Herbal Blend yang saya sapu ke bahagian badan yang gatal. Krim ni bila disapu ke badan, ada kesan sejuk jadi sangat membantu saya.

Pengalaman Kena Keto Flu Rush Gegata Ruam Gatal Buat Diet
Pengalaman Kena Keto Flu Rush Gegata Ruam Gatal Buat Diet

Pengalaman Kena Keto Flu Rush Gegata Ruam Gatal Buat Diet
Pengalaman Kena Keto Flu Rush Gegata Ruam Gatal Buat Diet


Alhamdulillah akhirnya dalam tempoh seminggu keto flu dan keto rash ni hilang dan dah takda gegata pada badan saya.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan, hubungi Umi melalui Whatsapp

* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.” 

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan