Cara Mengatasi Masalah Alergi Alahan Kulit Gatal Gegata Badan

Cara Mengatasi Masalah Alergi Alahan Kulit Gatal Gegata Badan
Cara Mengatasi Masalah Alergi Alahan Kulit Gatal Gegata Badan


Cara Mengatasi Masalah Alergi Alahan Kulit Gatal Gegata Badan | Pengalaman sepanjang seminggu saya kena tahan wad terkena gatal-gatal penuh satu badan. Saya pergi ke klinik untuk dapatkan rawatan dan terima 1 ubat cucuk.

Saya beranggapan gegata itu akan hilang.
Tapi tidak. Semakin melarat. Jadi alergik lain pula. Gastrik, muntah-muntah dan cirit birit. Yang agak teruk. Badan saya terus lembik dan tak bermaya.

Pada jam 7.00 pagi saya sudah sampai di klinik pesakit luar di hospital Kluang.

Selepas dapatkan rawatan dan terima ubat. Saya diminta berehat sebentar. Dapatlah lelapkan mata selama 1 jam kesan dari ubat. Bangun dari tidur. Saya lapar dan makan buah jambu batu yang sejuk sementara tunggu keputusan darah keluar.

Tiba-tiba gegata saya naik semula. Tapi kali ini hanya merah-merah saja. Dari tangan mula penuh ke kaki dan muka. Tuhan saja tahu betapa perit, gatal dan tidak selesanya saya.

Cara Mengatasi Masalah Alergi Alahan Kulit Gatal Gegata Badan
Cara Mengatasi Masalah Alergi Alahan Kulit Gatal Gegata Badan


Masa nombor giliran saya naik. Saya tunjukkan doktor kesan gegata. Doktor terkejut dan terus berikan ubat lain. Dalam masa yang sama. Saya terus dikejarkan ke bahagian kecemasan.

Doktor pakar tanya itu ini. Saya cakap saya sendiri tak tahu punca dari apa. Sebab saya tiada langsung masalah dengan pemakanan. Seafood, cheese atau lain-lain. Memang tiada masalah.

Pakar tidak puas hati dan saya perlu tahan di wad untuk dapatkan rawatan. Lagi dahsyat, apa yang saya makan akan naik gatal-gatal penuh 1 badan walaupun makanan hospital.

Saya punya takut. Saya tak makan makanan luar tapi makan yang pihak hospital sediakan saja.

Bayangkan saya makan roti gandum pun naik gatal-gatal dan merah-merah. Jadinya saya teruskan makan Omega Guard dan Vitamin C yang saya bawa dari rumah. Saya ambil dos biasa saja. Tapi masih gatal-gatal lagi.

Cara Mengatasi Masalah Alergi Alahan Kulit Gatal Gegata Badan
Cara Mengatasi Masalah Alergi Alahan Kulit Gatal Gegata Badan


Sampailah hari ketiga saya di wad. Saya tanya nurse ubat apa yang diberikan. Sebab saya makan ubat tu akan hilang gatal-gatal.

Nurse kata anti-radang. Untuk kulit yang alergik. Saya apa lagi, teringatkan Omega Guard yang ada anti-radang dan bagus untuk kulit.

Maka saya ambil Omega Guard lebih dari dos biasa. Selalunya sehari saya ambil 2-3bji. Tapi masa tu tiap hari dekat 10-15biji saya ambil.

Saya makan Omega Guard masa bangun tidur 3bji, selepas sarapan 3biji, selepas makan tenghari 3bji, selepas makan petang 3biji dan sebelum tidur 3biji. Saya kerapkan juga lumur krim Herbal Blend seluruh badan.

Cara Mengatasi Masalah Alergi Alahan Kulit Gatal Gegata Badan
Cara Mengatasi Masalah Alergi Alahan Kulit Gatal Gegata Badan


Alhamdulillah. Hari keempat saya di wad. Gatal-gatal saya hilang. Tak bergantung ubat doktor. Doktor pun terkejut.
Lagi seronok doktor izinkan balik. Yiiiihaaaa!!

Doktor suruh pantau sendiri cara pemakanan.
Selepas seminggu keluar hospital saya teruskan makan Omega Guard tanpa culas.

Alhamdulillah dengan izin Allah saya sudah sembuh sepenuhnya.



Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan, hubungi Umi melalui Whatsapp

* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.” 

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan