Resepi Cili Jeruk Rangup Mudah Sedap Sihat Detox Tanpa Gula

Resepi Cili Jeruk Rangup Mudah Sedap Sihat Detox Tanpa Gula
Resepi Cili Jeruk Rangup Mudah Sedap Sihat Detox Tanpa Gula
Resepi Cili Jeruk Rangup Mudah Sedap Sihat Detox Tanpa Gula | Resepi cili jeruk yang diperbuat dengan bahan semulajadi untuk rasa cili jeruk yang lebih enak.

Resipi Cili Jeruk Talam 2 Muka dikongsikan oleh Master Iffah untuk kita semua.

Ada 2 Versi Cili Jeruk.

1. Versi Sihat untuk Coach Geng Detox - Geng Sihat Anda, kita gunakan Apple Cider Vinegar dan Madu Raw dari Borneo.

2. Versi “Sihat” untuk orang lain makan, gunakan Cuka Jalen, Gula Perang sebab memang tak de gula putih di rumah.

Garam yang digunakan, pink himalayan kerana itu sahaja garam yang digunakan di rumah. Nak guna garam apa pun boleh.

Tips:

Tiada sukatan tepat, kerana jumlah cili berbeza mengikut jenis cili yang digunakan. Saya gunakan cili Kulai baka original yang Non GMO. Yang ada dipasaran ada macam-macam baka yang telah dikacuk/hybrid di mana saiz-saiznya juga berbeza.

Yang penting, seimbangkan rasa masam, manis dan masin ikut selera masing-masing. Ada yang suka masam lebih, ada yang lebih selera manisnya.

Selamat mencuba!


Cuka Epal (ACV) Vs Cuka Buatan

Madu Vs Gula Perang

Ikutlah selera masing-masing.















1. Walaupun tanam guna kaedah organik tanpa racun dan baja kimia, step pertama lepas tuai hasil Cili Kulai mestilah rendamkan dulu dalam larutan pembersih serbaguna Basic H2 Shaklee.

Kita buangkan segala kekotoran yang ada.













2. Potong cili tidak terlalu nipis, supaya sedap nak mengunyah rasa rangupnya.
















3. Lepas dah potong, rendamkan cili tadi dalam air panas selama 5-10 minit. Masa ni, gaul-gaul dan ketuk-ketuk cili bagi memudahkan biji-biji cili jatuh ke dasar bekas.


4. Lepas tu, tapis dan bilaskan Cili sebelum dimasukkan ke dalam bekas simpanan.
5. Bagi air rendaman pertama, masukkan Cuka Buatan, Gula dan Garam ke dalam air suam, kacau sehingga larut.

Saya suka buat dalam bekas berasingan, supaya mudah untuk seimbangkan rasa masam manis dan masinnya sebelum tuang ke dalam bekas berisi Cili.












6. Sebagai alternatif lebih sihat, boleh gantikan cuka buatan dengan Cuka Epal (ACV) dan gula dengan madu.

Ini khusus untuk suami yang rutinnya selalu mengamalkan Detox Shaklee.

Rasanya? Saya dah cuba, dah sedap la pula.

Siap dan boleh terus dimakan, atau boleh simpan. Nak tahan lama, sila simpan dalam peti ya.









Jika anda berminat ingin mendapatkan produk Shaklee,
boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp

* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

 Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

27 ulasan:

  1. dana suka makan dengan cili jeruk tapi tak pernah buat sendiri hehehhe

    BalasPadam
  2. Ada guna apple cider Bragg dan pink Himalayan Salt tu. Boleh buat cili jeruk tu.

    BalasPadam
  3. SEDAPNYA CILI JERUK TAPI KALAU URAT PERUT NIPIS MMG ALAH DGN CUKA..SAKIT MENGHIRIS RASANYA

    BalasPadam
  4. Perkongsian yang menarik ni. bolehlah saya cuba nanti.

    BalasPadam
  5. Waaa suka baca rangup tu..nanti Ssi nak cuba..makaseh Umi..

    BalasPadam
  6. nmpk mcm sedap je cili jeruk., tp wak x penah try., ;p

    BalasPadam
  7. Sedap betul makan kuey teow goreng atau mee goreng dengan cili jeruk! Kalau jumpa cili jeruk yang rangup lagilah menambah-nambah cili jeruknya heheeee.

    BalasPadam
  8. waduh.. sedapnya.. sihat pula tu

    BalasPadam
  9. nampak sedapppp...

    https://itsthesuraya.blogspot.com/2020/02/notice-changing-blogger-e-mail.html

    BalasPadam
  10. Suka sangat mkn cili jeruk ni.. rupany senang je resepinya... Tq umi share resepi.. lepas ni dah boleh buat sendiriπŸ˜„.

    BalasPadam
  11. tak makan cili jeruk.. kalo kt char kuey teow mmg xmoo.. hahahaa adoi nama dia talam dua muka =p

    BalasPadam
  12. Tak pandai makan cili jeruk walaupun ramai cakap sedap makan dengan mee goreng.

    BalasPadam
  13. sedap makan dengan kuetiau goreng / char kuetiau. nyumms..!

    BalasPadam
  14. husband suka cili jeruk..kita tk brp sgt...tp mkn ngan kuehtiaw sodap juga

    BalasPadam
  15. hehheh tak pernah buat tapi suka makan dengan mee hailam

    BalasPadam
  16. Sedap ni, selalu makan dengan kuey teow dan mee goreng...

    BalasPadam
  17. woww sedap tu.. kalau dapat pula makan dengan kuey teow ke

    BalasPadam
  18. peminat char kuih teaw ni mmg suka cili jeruk ni

    BalasPadam
  19. Kunjungan perdana ke blog ini. Nice recipe dan sehat selalu

    BalasPadam
  20. Terima kasih ajar bust ni. Nmpaknya kena cari cili kulai lepas ni.

    BalasPadam
  21. Wah.. sedapnya.. Kalau makan cili jeruk dengan mee goreng memang best..

    BalasPadam
  22. Kawan baik kuey tiaw ni cili jeruk.Terimak kasih Umi kongsi resepi.

    BalasPadam
  23. suka makan tapi belum pernah buat sendiri
    sebenar nye pemalas nak buat pun iye gak.. hehehehe

    BalasPadam
  24. hi... singgah dan dah follow awk. follow saya juga.

    BalasPadam
  25. sedap la cili jeruk nie, tp tulah tak pernah nak buat sendiri

    BalasPadam
  26. tak pernah buat lg

    BalasPadam