Cuci Tangan Dengan Air & Sabun atau Pakai Hand Sanitizer?

Cuci Tangan Dengan Air & Sabun atau Pakai Hand Sanitizer?
Cuci Tangan Dengan Air & Sabun atau Pakai Hand Sanitizer?
Cuci Tangan Dengan Air & Sabun atau Pakai Hand Sanitizer? | Di waktu penularan wabak Coronavirus kini, langkah mencuci tangan ialah perkara yang wajib dilakukan.

Hand sanitizer dapat digunakan untuk membersihkan tangan tetapi tidak boleh digunakan sebagai pengganti sabun dan air. Meskipun pembersih tangan berasaskan alkohol (dengan kandungan 60% alkohol atau lebih) dapat mengurangkan jumlah kuman di tapak tangan, namun ia tidak dapat mengurangi penyebaran beberapa virus menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC).

WAJIB BACA Adakah Vitamin C Membantu Ketika Penularan Wabak Coronavirus?

Cuci Tangan Dengan Hand Sanitizer

Jika terdapat kotoran yang ada pada tangan, sanitizer tidak akan efektif untuk membersihkannya. Hand sanitizer dapat menyahaktifkan banyak mikroorganisma dengan sangat efektif jika digunakan dengan betul.

Namun, ramai orang tidak menggunakan hand sanitizer dengan jumlah yang cukup serta tidak menggosok tangan mengikut tempoh yang dicadangkan iaitu antara 40-60 saat.

Dr. Richard T. Ellison III dari University of Massachusetts Medical School, mengatakan bahawa hand sanitizer dapat mengganti sabun dan air jika tidak ada kotoran yang terlihat pada tangan. Antibakteria dalam alkohol sangat efektif dalam membunuh mikroorganisma, namun alkohol harus secara terus menyentuh mikroorganisma tersebut. Jika terdapat banyak kotoran pada tangan, hand sanitizer mungkin tidak akan menghilangkan mikroorganisma yang ada di bawah kotoran.

Cuci Tangan Dengan Air Dan Sabun

Carol McLay, RN, Konsultan Pencegahan Jangkitan di Lexington, Ky, mengatakan bahawa mencuci tangan dengan sabun merupakan hal yang paling efektif dalam mencegah penyebaran penyakit. Meskipun hand sanitizer dapat mengurangi jumlah bakteria dengan cepat di tangan, namun hand sanitizer tidak dapat menghilangkan semua jenis kuman.

Cara terbaik untuk cuci tangan adalah dengan menggunakan sabun dan air suam. Gunakan air suam yang bersih dan letakkan sabun cuci tangan lalu gosok tangan bersama-sama selama 20 saat.

Jika kita mencuci tangan dengan sabun dan air beberapa kali dalam sehari, maka kulit akan menjadi kering.

Cuci Tangan Dengan Air dan Sabun atau Pakai Hand Sanitizer
Cuci Tangan Dengan Air dan Sabun atau Pakai Hand Sanitizer
Cuci Tangan Dengan Pencuci Semulajadi Tanpa Kulit Kering

Untuk mencegah tangan menjadi kering di samping kita cuci tangan dengan sabun, Umi cadangkan Basic H

Pencuci biodegradable yang serba boleh, tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa pewangi dan tanpa klorin. Dikeluarkan oleh Shaklee pada tahun 1960

Dihasilkan dari sumber semulajadi iaitu dari jagung dan surfektan berasaskan kelapa.

Mencuci badan, tangan dan kaki daripada kotoran.
Caranya: Basuhkan tangan dengan air, kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian di gosok-gosokkan tangan kemudian dibilas.

Bersifat Surfaktan terbiodegrasi yang bermaksud boleh diurai pada tanah. Tak bahayakan ekosistem.

Semoga perkongsian Cuci Tangan Dengan Air & Sabun atau Pakai Hand Sanitizer? ini memberikan manfaat untuk kita semua.

Jika anda berminat ingin mendapatkan produk Shaklee,
boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

 Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

13 ulasan:

  1. Yeah nasib baik rajin basuh tangan dengan sabun dan air.

    BalasPadam
  2. tak dan guna air suam. hahah auto air yang keluar dari paip jela. mudah2an bersih

    BalasPadam
  3. SKRG ni hand sanitizer pom dh abes stock kat farmasi., huhuhu

    BalasPadam
  4. kena standby hand sanitizer n tisuuu kemana2..
    sy bawak wet tisu skali..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum, moga beroleh kesihatan yang baik.
    Alhamdulillah entry yang amat bermanfaat. Saya memang jenis yang kerap basuh tangan..kadang2 guna sabun je..

    BalasPadam
  6. TQ umi for sharing

    BalasPadam
  7. Saya sejenis yang rajin cuci tanganπŸ˜…... hand sanitizer tu guna waktu perlu sahaja cth musim virus² gini atau kalau ank² kena hfmd... sanitizer wajib pakai selepas cuci tgn.

    BalasPadam
  8. YA PENTING JAGA KEBERSIHAN TANGAN N SELURUH DIRI

    BalasPadam
  9. Zumal basuh guna sabun cuci pinggan je 🀭

    BalasPadam
  10. Thnaks for sharing.. kita main basuh tangan camtu je

    BalasPadam
  11. kalau tanya saya, saya guna sabun biasa je...

    BalasPadam
  12. Sha basuh dengan sabun biasa je.. basuh bersih2.. hehehe

    BalasPadam
  13. kadang2 kerap cuci tgn dgn sabun pun kulit tak ok pulak..

    BalasPadam