Homemade Sizzling Yee Mee Sihat Tanpa Garam Gula Guna Kuali


Homemade Sizzling Yee Mee Sihat Tanpa Garam Gula Guna Kuali | Resepi sizzling mudah dibuat di rumah tanpa kisar bahan dan tak payah guna hot plate macam makan kat kedai.

Dari dapur nutritionist Linda Haidi. Sesuai untuk anak-anak dan seisi keluarga.

Mudah sangat bahan-bahan nak buat sizzling ni dan paling 'best' tak perlu kisar apa-apa.

Di sebabkan menu ni dah guna kiub ayam dan kicap serta sos tiram, memang tak perlulah ditambah garam atau gula lagi.

Cendawan juga dah memberi rasa Umami, lebih sikit pun takper. Umami ni adalah rasa yang merangsang satu lagi deria rasa pada lidah kita yang akan memberi rasa seperti 'meatty taste'. Saya guna banyak cendawan jika tiada ayam atau daging dalam masakan, kerana 'this meatty taste' buat kita rasa macam makan ayam/daging.

Ok la, makan di kedai memang sikit-sikit je dapat cendawan kan. Ni puas hati. Masakan ni pun cepat, sedap dan kosnya murah. Hampir semua bahan memang bahan asas yang selalu ada di dapur.

Cara-cara buat sizzling yee mee tanpa hot plate:

Bahan-bahan:
* 8-12 ulas bawang putih – hiris
* 10 tangkai cili kering – potong mengiring panjang agar bijinya boleh dikeluarkan.
* Ayam dipotong kecil/ isi ayam secukupnya
* 4 sudu makan sos tiram
* 3 sudu makan kicap cair
* 3 sudu makan kicap pekat manis
* 1 sudu makan lada hitam kisar
* 1 kiub ayam
* Cendawan shitake – boleh dipotong/tidak
* 2 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan 1/2 gelas air
* Yee mee
* Sawi/kangkung
* Telur
* Air secukupnya

CARA MEMASAK:
Homemade Sizzling Yee Mee Sihat Tanpa Garam Gula Guna Kuali
Homemade Sizzling Yee Mee Sihat Tanpa Garam Gula Guna Kuali
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili kering sampai naik bau.
Homemade Sizzling Yee Mee Sihat Tanpa Garam Gula Guna Kuali
Homemade Sizzling Yee Mee Sihat Tanpa Garam Gula Guna Kuali
2. Kemudian masukkan ayam. Goreng bersama.
Homemade Sizzling Yee Mee Sihat Tanpa Garam Gula Guna Kuali
Homemade Sizzling Yee Mee Sihat Tanpa Garam Gula Guna Kuali
3. Masukkan 6 cawan air atau lebih, dan masukkan sos tiram, kicap pekat manis, kicap cair, lada hitam dan kiub ayam.
Homemade Sizzling Yee Mee Sihat Tanpa Garam Gula Guna Kuali
Homemade Sizzling Yee Mee Sihat Tanpa Garam Gula Guna Kuali
4. Seterusnya masukkan cendawan shiitake (kalau beli yang kering kena rendam dulu). Biar hingga cendawan lembut.
Homemade Sizzling Yee Mee Sihat Tanpa Garam Gula Guna Kuali
Homemade Sizzling Yee Mee Sihat Tanpa Garam Gula Guna Kuali
5. Tambah bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Jumlahnya ikut kepekatan yang anda suka.
Homemade Sizzling Yee Mee Sihat Tanpa Garam Gula Guna Kuali
Homemade Sizzling Yee Mee Sihat Tanpa Garam Gula Guna Kuali
6. Akhir sekali masukkan yee mee biar hingga lembut. Kemudian pecahkan telur dan masukkan sawi/kangkung.
Homemade Sizzling Yee Mee Sihat Tanpa Garam Gula Guna Kuali
Homemade Sizzling Yee Mee Sihat Tanpa Garam Gula Guna Kuali
7. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba, InsyaAllah mudah ja.

Jika ingin dapatkan produk Shaklee,
boleh Whatsapp Umi ye


* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

11 ulasan:

  1. ada sikit krg sihatnya sebab guna processing ingredient tapi tak kisah kan, janji sedaps sebab saya dah terpikat dgn resepi ni. nampak sedap πŸ˜‹πŸ˜‹

    BalasPadam
  2. alahai..sedapnya..:)

    BalasPadam
  3. Senang je rupanya buat sendiri. Selama ni ingat mesti nak kena guna hotplate πŸ˜…

    BalasPadam
  4. mudah nk buat sizzling ni.. dulu pun tengok2 resepi kat internet. ingatkan susah. hehehe saya biasa buat kuah byk2, pastu bekukan.. time nak makan, dah ada kuah, tinggal panaskan dan letak yeemee dan sawi..

    BalasPadam
  5. Sedapnya resipi mee sizzling ni. Yang nak berdiet tu elok sangat amalkan...

    BalasPadam
  6. husband pernah masak menu ni...tk brp mkn yee mee sllau mkn mee biasa je

    BalasPadam
  7. wow sedapnya boleh cuba lah nanti

    BalasPadam
  8. anak dara sy tu suka sgt makan sizling yee mee ni.. nanti boleh try masak guna resepi ni..

    BalasPadam
  9. Dah lama tak masak sizzling ye mee..teringin pulak bila tengok gambar ni. kena cari bahan bahan dulu lah

    BalasPadam
  10. tak pernha buat mee sizling, biasa oder je kt kedai..senang je nk bt rpenya. bleh try ni :) tq share

    BalasPadam
  11. Resepi yang sihat.. Sha tak berapa minat sizzling nie..

    BalasPadam