Resepi Biskut Oat Boleh Bantu Meriahkan Pengeluaran Susu Ibu


Oat antara makanan sihat yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Berdasarkan fakta, sebarang manisan yang mengandungi oat diklasifikasikan sebagai galactagogue, atau sejenis makanan yang meningkatkan pengeluaran susu.

Apabila ibu menyusu mengambil galactagogue semula jadi dalam kuantiti yang tinggi ia dikatakan mampu untuk memberik manfaat kepada penghasilan susu ibu dan berpotensi untuk meningkatkannya.

Oat dilihat sebagai salah satu pilihan paling berkesan kerana ia secara positif memberi impak kepada hormon pembuatan susu. Antara lain-lain sumber galactagogues yang boleh diambil ialah alfalfa, bawang putih dan jintan hitam.

Makanan yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu boleh masukkan oat ke dalam sebarang resipi manisan termasuklah biskut. Di pasaran memang ada banyak pengusaha yang jual biskut oat khas untuk ibu menyusu menambah susu badan tapi untuk lebih menjimatkan kos boleh dibuat sendiri.

Bahan-bahan

1/4 cawan madu
2 sudu besar minyak kelapa
2 sudu kecil ekstrak vanila
1 biji telur
1 cawan tepung badam
1 cawan oats (gluten free)
1/4 cawan ground flax seed
1/2 sudu kecil baking soda
2/3 cawan coklat cip

Cara membuat

1. Panaskan oven bersuhu 170 darjah celcius.
2. Masukkan bahan basah (madu, minyak kelapa, vanila, telur) dalam mangkuk pengadun. Kacau pada putaran perlahan selama 1-2 minit atau sehingga bahan sebati.
3. Masukkan tepung badam, oat, flax seed dan baking soda.
4. Kemudian masukkan coklat cip.
5. Buat bentuk biskut dan letak di dalam dulang pembakar yang sudah dialas parchment paper.
6. Bakar lebih kurang 8-10 minit atau sehingga biskut berwarna keemasan. Tekstur biskut masih lagi lembut.
7. Simpan dalam balang kedap udara dan boleh makan bila-bila masa.

Sumber: nutritiontofit.com

Sumber alfalfa boleh didapati melalui Alfalfa Complex. Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin. Shaklee hanya menggunakan daun alfalfa tanpa akar dan batang
Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
Pil boleh ditelan ataupun dihancurkan dan dibancuh menjadi air herba
Disediakan dalam 2 saiz iaitu 330 biji (Alfalfa S) atau 700 biji (Alfalfa L)
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.

Kepada para pembaca yang ingin dapatkan lebih maklumat mengenai promosi Shaklee, boleh hubungi kami


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan