Set Berpantang Bantu Turunkan Berat Badan


Assalamualaikum. Kakak sado, kakak gebu..itulah nama usikan rakan-rakan saya dahulu. Ya lah..saya ni memang jenis suka makan, happy go lucky, jadi bila di usik pun buat tak kisah je. Tak dinafikan saya memang suka makan.

Jika zaman dahulu badan tak nampak naik sangat walau kuat makan tetapi sejak dah beranak dua bagai dipam-pam. Lebih-lebih lagi ketika itu saya sedang menyusukan anak kedua saya. Saya fikir saya kena makan banyak baru susu keluar banyak.

Baju didalam almari semua nya rasa ketat dan sendat.Dulu-dulu saya ni saiz M, apabila badan dah berisi terus lompat ke saiz XXXL mencecah 76kg. Ramai yang menyangka umur saya 30 lebih kerana badan yang besar dan berisi serta muka yang nampak agak berusia.

Saya memang teringin menurunkan berat badan, namun selalunya hangat-hangat tahi ayam sahaja. Cuma kali ini saya sudah berazam hendak berpantang anak no.3 dengan betul dan dapatkan kembali berat saya ketika bujang. Memang ambitious sangat bunyi nya kan.

Sebelum bersalin, saya membuat sedikit carian berkenaan set pantang. Saya tidak memilih jamu kali ini kerana saya telah pun ambil jamu ketika anak pertama dan kedua. Apa yang saya lihat badan saya tidak serasi dengan jamu kerana saya jadi pening sepanjang hari..hingga rasa nak pitam, akhirnya set-set jamu itu jadi gajah putih sahaja.

Saya kemudian memilih untuk mengambil Set Berpantang Shaklee yang mengandungi ESP, Vitamin C, B-complex, Vitalea, Zinc, Ostematrix dan Alfalfa. Seperti ibu-ibu lain saya juga risau kalau saya tak mampu produce susu untuk Anis Safiya (anak ketiga).

Tetapi jangkaan saya meleset kerana selepas minum ESP dan Alfalfa, susu saya mencurah-curah hingga bengkak susu. Alhamdulillah rezeki Anis, stok susu dapat saya buat seawal pantang.

Bukan itu sahaja, badan saya turut rasa lebih bertenaga, cergas dan wajah tampak lebih berseri. Luka perineum turut sembuh dengan cepat hasil ambilan Zinc dan Vitamin C setiap hari. Ia turut diperakui Jururawat yang datang melawat di rumah.

Beliau sungguh gembira melihat perkembangan saya ketika berpantang dan bertanya apa yang saya makan dan amalan ketika berpantang. Sempat saya berkongsi cerita yang saya amalkan Shaklee. Benda baik kenalah share kan..tak boleh simpan sorang2.

Yang paling mengujakan saya, berat badan pun ‘terturun’ sekali jadi 62kg. Hebat betul penangan Set Berpantang Shaklee ni. Anis sekarang dah pun setahun lapan bulan, tapi berat saya inshaAllah masih maintain sekitar angka enam.

Betul lah kata orang tak kenal maka tak cinta. Sesi berpantang bukan lagi mimpi ngeri tapi menjadi momen terindah dalam hidup saya. Semestinya, set berpantang Shaklee pasti menjadi pilihan saya untuk kelahiran seterusnya.

Anda berminat untuk mencuba? Boleh klik gambar di bawah untuk membuat pesanan atas talian (online).


 set berpantang set bersalin


Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI,

Hubungi saya
Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
Instagram : shaklee.pengedar.sah
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan