Kopi Kampung Beracun!

Dulu (dan juga sekarang pun masih) heboh pasal kopi 3 in 1 beracun. Jangan tak tahu, kopi kampung pun beracun jugak tau. Ingat kopi 3 in 1 je ke yang boleh buat kasi kacun. Kopi kampung pun boleh kasi racun.

Antara racun nya ialah bila korang minum kopi kampung (especially kopi kampung buatan sendiri) ni, korang akan ketagih! Tak cukup satu cawan wei. Sebab tu Umi dah jarang minum kopi kampung buatan mak ni. Tapi bila ketagih sheikh (haha!) tu dah mai, mau telan jugak 2-3 cawan kopi kampung buatan mak tu. Semulajadi tau. Biji kopi dipetik kat laman rumah ja. Ada yang tak tahu camna rupa pokok kopi?




Itu lah rupa pokok kopi. Gambar ni pun dah lama, tahun 2009. Sekarang pokok kopi ni dah takda dah. Yang ada kat bawah lagi dalam semak. Kenapa ditebang? Sebab nak buat bangsal untuk Umi kawin tahun 2011 dulu. Hehehe

Berbalik pada cara penyediaan atau Umi sebut, masak, kopi kampung. Ini versi yang mak Umi buat. Versi mak Umi tak sama dengan versi kopi kampung orang lain. Orang lain guna gula putih. Mak Umi guna gula merah. Tu yang sedap dan buat ketagih tu. Hehehe

Bila sebut pasal kopi ni, dek kerana entri Umi kat blog lama pasal kopi jugak la, iaitu http://rainazra.blogspot.com/2009/05/kooooooo.html dan http://rainazra.blogspot.com/2010/06/bukan-cerita-kedai-kopi.html, ada orang berminat nak beli biji kopi. Bukan setakat 1-2 kg tapi dalam kuantiti yang banyak! Memang tak dapat la nak tolong sebab stok kopi mak pun hanya untuk mak masak buat kopi ja. Hehe

Cara nak masak kopi mak kata senang. Tapi Umi tengok banyak memerlukan pengorbanan jugak la. Bukan senang la nak dapat hirup kopi yang sedap.

Untuk nak buat serbuk kopi, ni lah cara-caranya


Biji kopi masak dikutip dan kemudian dijemur kering. (Umi takda gambar buah kopi kat rumah. Sumber)


1. Basuh dulu biji buah kopi dan kemudian sejatkan air tu.





Ni lah rupa bentuk biji kopi yang sudah sedia untuk digorengkan.


Mak goreng kopi menggunakan tungku kaki tiga camni. Mudah, kata mak. Hehe


2. Goreng kopi sehingga kehitaman



3. Masukkan gula putih. Selalu mak guna 100g gula untuk setiap 100g biji kopi



4. Mak akan masukkan 50g gula merah untuk setiap 100g biji kopi. Bahan ni la yang membezakan kopi buatan mak dengan yang lain








5. Bila dah melekat lekit biji kopi tu, maksud nya dah masak la tu


6. Mak akan angkat dan letakkan dalam talam untuk biji kopi tu sejuk


7. Biji kopi yang dah dimasak & sejuk ni, ayah akan bawa ke pekan sehari untuk dijadikan serbuk kopi. Orang lama-lama dulu depa tumbuh hat ni untuk jadi serbuk. Tapi zaman dah moden ni, guna mesin untuk jadi serbuk kopi


Secawan kopi (sumber). Sungguh enak untuk dinikmati. Sebelum tidur, ambil Alfalfa Complex atau pun Herblax untuk detoks toksin. Hehe


Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI, Saya perunding bertauliah anda
Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

2 ulasan:

  1. Mcm tu plak kopi d buat, kat kg lya duly pun ada ni pokok kopi..

    BalasPadam
  2. Mesti best kopi buatan sendiri yer ^-^

    BalasPadam