20 Rahsia Awet Muda Untuk "Hot Mama"


Umur makin meningkat tahun demi tahun. Tambah parah bila kita jumpa dengan kawan-kawan lama di zaman universiti mahu pun sekolah dan mereka kelihatan masih lagi awet muda! Kita memang tak berupaya nak mengurangkan jumlah umur kita yang bertambah saban tahun tu. Sebaliknya kita mampu untuk lakukan sesuatu untuk MENGAWET usia kita. Nak tahu?

1. Makan buah dan sayur
Kandungan vitamin C dan beta karotena dalam buah dan sayur sangat bagus untuk mengekalkan kesegaran wajah kita. Kedua-dua sumber penting ni berfungsi sebagai antioksidan yang dapat melindungi sel-sel tubuh daripada radikal bebas. Walaubagaimanapun, kita disarankan untuk memasak sayur hanya dalam tempoh yang singat agar khasiatnya tidak hilang. Manakala buah lebih berkhasiat dimakan segar.

2. Amalkan ulam-ulaman
Ulam-ulaman kaya dengan vitamin dan kandungan galian seperti kalsium, fosforus, zat besi, natrium dan kalium. Selain itu, ulam juga membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia. Ulam juga mempunyai bahan anti-bakteria dan anti-oksidan

3. Ambillah Vitamin C
Sumber Vitamin C boleh diperolehi daripada buah-buahan segar seperti oren, brokoli dan juga suplemen sebanyak 1,000mg sehari. Vitamin C terbukti dapat meningkatkan daya tahan tubuh, mengurangkan risiko kanser dan melindungi risiko kanser daripada kesan yang ditimbulkan oleh masalah pencemaran.

4. Jaga Kesihatan Kulit
Retinoids dapat mengurangkan kedutan! Maka banyakkan mengambil makanan yang mengandungi retinoids seperti lobak merah. Melalui cara ini, ia membantu pH permukaan kulit seimbang dan mengurangkan tahap keasidannya.

5. Makan Anti-Oksidan
Antioksidan merupakan makanan anti penuaan. Semua jenis makanan berwarna gelap memiliki zat antioksidan. Kita disarankan mengambil 5 jenis makanan yang mengandungi antioksidan setiap hari.

6. Banyakkan serat
Menjaga kesihatan sistem pencernaan merupakan salah satu kunci awet muda. Untuk itu, kita dikehendaki mengambil 25gram serat setiap hari. Serat bertindak sebagai penjaga zat pemakanan yang kita ambil di dalam tubuh dan serat bertindak melepaskan zat-zat apabila diperlukan.

7. Minum air kosong
Minum 6-8 gelas sehari agar kulit terhindar daripada masalah dehidrasi. Air baik untuk melancarkan aliran darah yang membawa oksigen dan sumber tenaga ke seluruh organ tubuh. Dengan mengambil air yang mencukupi, kita berupaya untuk mengurangkan tekanan dan menyegarkan kulit.

8. Diet seimbang
Kalori berlebihan akan menjejaskan metabolisme tubuh. Kita haruslah mengamalkan diet kalori seimbang dengan jumlah karbohidrat 50-60%, protein 10-20% dan lemak 20-30%. Jumlah kalori harian yang kita perlukan adalah sekitar 1,500 kalori.

9. Makan sedikit tetapi kerap
Amalan mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil setiap 4-5 jam dapat memperbaiki tahap metabolisme badan. Melalui amalan ini juga, organ dalam tubuh dapat berfungsi dengan lebih efektif agar ia tidak mudah rosak dan menjejaskan kesihatan kita.

10. Rajin makan ikan
Ikan laut kaya dengan kandungan lemak Omega 3 yang berupaya menurunkan kadar lemak. Ia secara langsung dapat mencegah komplikasi pembuluh darah menjadi sempit. Ikan laut digalakkan diambil 3 kali seminggu

11. Minum susu
Susu merupakan sumber kalsium terbaik yang bermanfaat untuk menguatkan tulang agar tidak mudah rapuh. Asid lemak di dalam susu berperanan untuk menjaga kelembapan dan menghaluskan kulit.

12. Kurangkan pengambilan daging
Daging merah mengandungi radikal bebas yang berpotensi merosakkan sel tubuh. Jadi kita disarankan untuk mengambil daging hanya seminggu sekali atau dalam kuantiti yang tidak berlebihan.

13. Bersenam secara teratur
Kita disyorkan untuk berusaha melakukan senaman 3 kali seminggu agar kesihatan kita tetap terjaga. Dengan bersenam kulit mampu menjadi tegang.

14. Cukup tidur
Tidur yang cukup membantu tubuh memperbaiki sel-sel yang rosak. Kita digalakkan untuk tidur minimum 8 jam sehari. Dengan ini, masalah lebam bawah mata, kulit berkedut dan wajah kusam boleh dihindarkan.

15. Gunakan pelembap
Untuk kulit kekal segar dan lembap, kita haruslah menggunakan pelembap kulit di wajah dan tubuh. Pelembap dioles dua kali sehari secara rutin, pagi dan malam setelah mandi.

16. Gunakan pelindung matahari
Sinaran UV pada matahari boleh mengakibatkan proses penuaan seperti menyebabkan kulit wajah berkedut. Untuk melindungi wajah, kita boleh menggunakan losyen pelindung matahari dengan teratur setiap kali perlu melakukan aktiviti di luar kawasan rumah.

17. Pilih kosmetik
Sebelum menggunakan produk kosmetik, kenali dahulu jenis kulit anda dan gunakan produk yang sesuai.

18. Berfikiran positif
Fikiran yang tenang dan positif sangat berpengaruh dalam memastikan anda kekal muda. Ini kerana tekanan boleh menyebabkan wajah kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar

19. Bersosial
Aktiviti sosial adalah salah satu cara untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi. Jaringan sosial anda haruslah diluaskan dengan menghabiskan waktu terluang melakukan pelbagai jenis aktiviti riadah yang berfaedah untuk kesihatan tubuh dan minda

20. Bahagia selalu
Anda digalakkan menghindarkan diri daripada tekanan supaya wajah kelihatan lebih berseri-seri dan awet muda daripada usia sebenar.

Nak nampak 20 tahun lebih muda?


Niat hanya nak turun berat badan, tapi dapat pulak lagi bonus tambahan , muka jadi berseri-seri seperti 20-an, bestnya

Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI, Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

5 ulasan:

  1. Blogwalking d pg sabtu...

    BalasPadam
  2. sayapon blogwalking gak

    BalasPadam
  3. tips yg bermanfaat bukn saja utk awet muda tapi utk kesihatan juga

    BalasPadam
  4. Tips utk kesihatan memg brmanfaat

    BalasPadam