Tips Atasi Tumit Pecah



Kebanyakan para wanita mahu pun lelaki mengalami masalah tumit kaki pecah. Apatah lagi bagi individu yang kerap berjalan atau pun berada di dalam kawasan kerja berhawa dingin. Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan namun ia sebenarnya adalah petanda kulit anda terlalu kering. Kekurangan air di dalam badan turut mengakibatkan kulit di bahagian kaki khususnya tumit dan tapak kaki menjadi kering.


Pada mulanya, kulit kelihatan berkilat dan bersisik. Jika tidak dirawat dan dijaga dengan betul, bahagian ini mengeras dan akhirnya merekah atau pecah. Inilah proses yang menyebabkan berlakunya tumit pecah. Selain itu, sudah semestinya rekahan di bahagian ini mencerminkan diri anda yang tidak peka menjaga kecantikan dan kebersihan diri. Penampilan turut terjejas terutama bagi golongan yang gemar menggayakan sandal.

Sebenarnya kulit kering dan tumit pecah boleh dirawat sendiri di rumah dengan menggunakan produk yang betul serta penjagaan rapi

Faktor penyebab tumit pecah
  1. Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  2. Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  3. Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
  4. Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  5. Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  6. Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.
Penyelesaian tumit pecah
  1. Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
  2. Kekalkan berat badan ideal.
  3. Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
  4. Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.
PETUA TRADISIONAL UNTUK ATASI TUMIT PECAH
  1. Lumur asam jawa di bahagian tumit , kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.
  2. Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.
  3. Lenyek tumit atau bahagian kaki yang merekah dengan beberapa butir nasi yang masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
  4. Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan bahagian ini.
  5. Gosok tumit pecah dengan bawang merah.
Tumit kaki pecah juga boleh dikaitkan dengan kekurangan kolagen dalam badan. Para pengguna kami amat berpuas hati dengan penggunaan Collagen Powder, Vita-C 500mg, ESP protein soya dan Herbal Blend Multipurpose Cream yang membantu menyelesaikan masalah tumit pecah tersebut.

  • Herbal blend tidak melekit apabila disapu. Ia seolah-olah seperti losyen, sapu dan terus meresap ke kulit
  • Boleh diguna pakai oleh bayi hingga la warga emas
  • Kandungan yang selamat kerana diperbuat daripada herba semulajdi seperti sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary
  • Tidak terhad untuk kegunaan tapak kaki merekah sahja, tetapi untuk kegunaan ruam lampin, kulit eczema yang kering, luka-luka kecil, digigit nyamuk, gatal-gatal dan kulit menggepulas.
  • Bebas paraben dan diuji secara klinikal oleh pakar

Kekurangan kolagen pada kulit kaki juga adalah punca utama kaki mengalami masalah tumit pecah. Semakin meningkat usia, semakin tinggi peluang untuk mengalami masalah ini. Masalah ini akan mencerminkan diri kita yang tidak ambil berat tentang kecantikan dan kebersihan diri. Keyakinan diri juga turut terkena tempias dari masalah ini. Bagi wanita yang gemar menggayakan kasut tumit tinggi dan sandal, sangat wajib menjaga tumit kaki kita daripada terus merekah.

Dengan mengambil kolagen tambahan, tumit kaki kita akan dibekalkan kolagen (protein) dan air yang secukupnya untuk tumit kita kembali cantik seperti dulu.

Berapa harga Herbal Blend?

1 tiub hanya RM27.50 dan tahan berbulan-bulan bergantung kepada penggunaan. Kalau di rumah Umi sendiri, Umi akan pastikan Herbal Blend sentiasa ada. Bila anak kena gigitan serangga atau luka-luka, Herbal Blend menjadi pilihan sebab krim-krim yang lain kebanyakannya mengandungi paraben.

======================================
BAGAIMANA NAK ORDER ?
======================================
Bagi pengguna kad direct debit atau kredit kad, boleh klik button di bawah untuk buat pesanan.
Collagen Powder Gebu

Peringatan: Hubungi saya terlebih dahulu sebelum buat pembelian untuk menikmati HARGA ISTIMEWA.

Bagi yg tidak memliki debit kad tersebut, boleh hubungi saya di
Pengedar Sah Shaklee
Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
SMS/Whatsapp: 019-432 0059

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

2 ulasan:

  1. Dah lama tak jadi gini. Kalau jadi lagi boleh gak try...

    BalasPadam
  2. hai nazrah....kite dtg follow sini... :D

    BalasPadam