Suami Isteri Tidak subur : Masalah bersama


Masalah ketidaksuburan kini bukan sesuatu yang asing lagi. Definisi ketidaksuburan pada zaman kini adalah berbeza dengan dahulu kala. Dahulu, pasangan dikatakan mengalami masalah ketidaksuburan jika mereka telah berumahtangga dan tinggal bersama tetapi masih tidak mempunyai anak dalam tempoh 2 tahun. Akan tetapi disebabkan oleh beberapa perubahan yang berlaku dalam masyarakat masa kini seperti berkahwin pada usia yang lewat, pengertian tersebut telah berubah kerana ianya tidak lagi relevan untuk semua pasangan.

Sekiranya pasangan berkahwin pada usia kurang daripada 25 tahun dan tinggal bersama serta melakukan hubungan kelamin tanpa menggunakan sebarang kaedah merancang kehamilan tetapi masih tidak mempunyai cahaya mata selepas setahun, maka mereka perlulah berjumpa dengan doktor.

Tetapi jika pasangan itu berusia lebih daripada 25 tahun dan telah enam bulan hidup bersama dan tidak merancang keluarga tetapi masih tidak mendapat anak, mereka sudah boleh dikategorikan sebagai tidak subur. Jadi, mereka perlulah mendapatkan rawatan segera. Bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga selepas 30 tahun ke atas dan tidak mendapat anak selepas satu atau 2 bulan selepas berkahwin, mereka dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar kesuburan dengan segera.

Mengapa ketidaksuburan berlaku?

Apabila umur seseorang wanita meningkat, tahap kesuburannya berkurangan kerana kualiti telur yang dihasilkan akan menurun. Walaubagaimanapun pada zaman sekarang, masalah ketidaksuburan bukan hanya disebabkan oleh kaum wanita sahaja. Kaum lelaki turut menjadi penyumbang di mana kajian menunjukkan 40% masalah ketidaksuburan datangnya daripada kaum lelaki, 40% daripada kaum wanita, 10% disebabkan oleh kedua-duanya dan baki 10% berlaku atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Faktor penyebab ketidaksuburan

1. Ramai wanita berkahwin pada usia yang lewat
Ini menyebabkan telur yang dihasilkan sudah tidak begitu berkualiti

2. Cara hidup seperti merokok.
Pada masa kini, ramai wanita yang merokok, lebih-lebih lagi dikalangan remaja perempuan. Inilah yang paling membimbangkan kerana seperti yang kita tahu, merokok boleh mengurangkan kualiti telur yang dihasilkan. Begitu juga dengan penyalahgunaan dadah.

3. Masalah obesiti
Masalah obesiti boleh mempengaruhi wanita di mana wanita boleh mengalami masalah ketidakseimbangan hormon.

4. Seks rambang
Jika melakukan seks rambang ketika muda, kemungkinan untuk mengalami masalah ketidaksuburan adalah tinggi. Ini kerana seks rambang boleh menyebabkan dia mengalami penyakit Pelvic Inflammatory Disease (Penyakit Keradangan Pelvik) yang akan menjejaskan tiub falopio.

5. Masalah lelaki
Bagi lelaki pula, masalah utamanya juga berpunca daripada merokok, bertubuh besar sehingga menyebabkan obesiti dan memakai pakaian ketat. Pemakaian ketat boleh menyebabkan suhu buah zakar meningkat sama seperti suhu badan. Akibatnya, kuantiti sperma yang dihasilkan akan terjejas.

Rawatan untuk kesuburan

Rawatan untuk kesuburan memakan masa. Banyak ujian perlu dibuat untuk mengenal pasti masalah. Ujian-ujian yang dilakukan adalah secara berperingkat untuk memastikan rawatan kesuburan yang diberikan benar berkesan. Menurut Dr. Zamri Abdul Rahim, pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi (Infertility) Darul Ehsan Medical Centre (DEMC), tiada jenis rawatan yang tepat untuk masalah ketidaksuburan. Hal ini adalah kerana rawatan yang diberikan bergantung kepada sebab-sebab berlakunya masalah ketidaksuburan itu.

Terlalu banyak produk di pasaran yang mendakwa dapat meningkatkan kesuburan suami isteri dan memudahkan hamil. Tetapi keselamatan jangka masa panjang produk tersebut masih diragui. Maka beralihlah kepada produk supplement yang terbukti berkesan selamat serta halal. Produk Vitamin keluaran Shaklee yang sudah bertapak lebih 50 tahun di dunia.

Produk apakah yang Shaklee tawarkan untuk masalah ketidaksuburan suami isteri?


1. Alfalfa Complex
Membantu dalam hal2 organ kewanitaan dan menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya.Ia juga turut diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa membantu masalah PCOS.

2. GLA Complex
Membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari.
Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

3. Vitamin E
Terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

4. Zinc Complex
Bagi kaum lelaki, zink antara hot item yang kami sertakan dalam set kesuburan shaklee.Zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. Zink juga digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.




=============================================
BAGAIMANA NAK ORDER SET KESUBURAN SHAKLEE?
=============================================
Bagi pengguna kad direct debit atau kredit kad, boleh klik button di bawah untuk buat pesanan.

Peringatan: Hubungi saya terlebih dahulu sebelum buat pembelian jika ingin nikmati discount 20-30% dengan register ahli Shaklee.

Bagi yg tidak memliki debit kad tersebut, boleh hubungi saya di 
Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
SMS/Whatsapp: 019-432 0059

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan