Sering selsema? Mari melatih sistem imun untuk melawan selsema

Perubahan cuaca yang tidak menentu tidak dinafikan memberikan kesan kepada kesihatan tubuh badan kita. Selsema misalnya merupakan antara penyakit yang paling kerap menyerang kita. Selsema yang merupakan serangan pada sistem pernafasan, boleh menyebabkan pelbagai gejala mulai daripada batuk kering, sakit tekak, mual, muntah dan kehilangan nafsu makan.

Penyakit selsema sangat mudah menular kerana ianya disebarkan menerusi udara. Meskipun setelah istirehat dan mengambil cecair yang mana kedua-dua kaedah ini adalah terapi berkesan untuk selsema, namun pencegahan masih merupakan kaedah tetap yang terbaik untuk kita amalkan. Melatih kekebalan tubuh akan membantu tubuh kita untuk melawan virus selsema.

Antara cara yang boleh kita lakukan adalah dengan

Langkah 1
Tambahkan potongan bawang putih segar ke dalam sup. Kajian mendapati bawang putih akan meningkatkan sistem imun. Selain itu, kandungan allicin dalam bawang putih mengandungi komponen antivirus.


Garlic Complex Shaklee diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Garlic Complex Shaklee juga telah dirumus untuk kawalan bau. Bawang putih kan menyebabkan nafas berbau…tapi tablet Garlic Shaklee tak dipecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.

Bawang putih juga bermanfaat dalam menurunkan kadar gula dalam darah.

Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, para saintis menggalakkan pengambilan bawang putih dalam bentuk tablet.

Apakah ‘pantang’ untuk pengamal suplement Garlic?

  • Ia tidak toksik tapi boleh menyebabkan ketidakselesaan perut pada sesetengah individu. Oleh itu ia perlu diambil bersama makanan.
  • Ibu mengandung tidak digalakkan mengambil Garlic, walaupun tiada rekod yang menyatakan garlic boleh membahayakan ibu dan bayi.
  • Ibu menyusu juga perlu hati2 dalam pengambilan Garlic kerana kandungan garlic dalam susu ibu boleh menyebabkan bayi kembung.
Sumber http://vitaminsemulajadi.com/

Langkah 2
Mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti kiwi, strawberi, oren, nenas atau anggur. Vitamin C akan meningkatkan fungsi sistem imun dan melindungi tubuh dalam melawan jangkitan. Vitamin ini juga memberi perlindungan daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Kebanyakan orang tahu vitamin C diambil untuk mengawal selesema. Walaupun ia boleh membunuh bakteria dan meneutralkan toksin dari bakteria, tapi punca utama kenapa vitamin C boleh mengawal selesema ialah kerana ia meningkatkan pertahanan semulajadi badan.

Hampir kesemua sel dalam sistem imuniti menerima sokongan nutrisi ini tapi yang paling utama ialah interferon, antibodi dan sel darah putih yang memerlukan vitamin C bagi melawan jangkitan.

Tips Untuk Mendapatkan Khasiat Vitamin C OPtimum:

  • Dapatkan yang jenis ‘Sustained Released’
  • Jangan ambil dos tinggi sekaligus, misalnya jika nak ambil 1000mg, ambil 500mg dulu pada satu2 masa.
  • Ambil bersama makanan (selepas makan) kerana enzim pencernaan membantu meningkatkan kepekatan vitamin C dalam darah.
  • Ambil bersama Iron untuk membantu penyerapan Iron
Vitamin C dengan Bioflavonoids.

Bioflavonoids adalah sejenis antioksidan, ia bekerjasama dengan vitamin C, di mana ia memperkasakan fungsi vitamin C. Bioflavonoids dalam buah-buahan sitrus adalah gabungan terbaik! Sumber http://vitaminsemulajadi.com/

Langkah 3
Bila anda mengambil supplemen secara rutin, ambillah supplemen yang mengandungi ginkgo biloba. Herba yang berasal dari China ini diketahui meningkatkan peredaran tubuh. Peredaran yang lancar akan membantu penghantaran vitamin dan mineral yang diperlukan.

Langkah 4
Lindungi tubuh daripada serangan virus dengan mengambil tiram. Kandungan mineral zink dalam makanan laut yang merupakan kembar kepada afrodisiak ini juga memiliki efek antivirus.
Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.
Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.

Langkah 5
Selalu ingat nasihat mak kita iaitu rajin makan sayur. Salah satu sayuran yang disyorkan untuk meningkatkan kekebalan tubuh adalah bayam. Kandungan asid foliknya akan memicu pengeluaran sel-sel baru dan memperbaiki DNA. Bayam juga kaya dengan Vitamin C, serat dan antioksidan. Bayam haruslah dimasak dengan terlalu lama kerana akan menghilangkan manfaatnya.

Asid Folik: Ditemui dalam makanan seperti jus oren, bayam, kekacang dan produk bijirin diperkaya dengan asid folik. Asid folik mampu menurunkan kandungan homosistein yang merupakan penyebab keradangan berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit jantung koronari. Disamping itu, pengambilan asid folik yang rendah dikalangan individu dewasa juga meningkatkan risiko beberapa jenis kanser. Pengambilan yang secukupnya amat penting bagi wanita muda bagi mencegah kelahiran bayi cacat tulang belakang atau saraf.

Vitamin B6 : Sistem imun memerlukan vitamin ini untuk berfungsi secara efektif. Ia mengekalkan kesihatan organ limfa yang menghasilkan sel darah putih pelawan jangkitan. sumber http://tanyadietitian.blogspot.com/

Orang Malaysia ni malas nak makan macam-macam tablet jadi penyelesaian termudah adalah dengan pengambilan serbuk NutriFeron yang dicampurkan dengan air kosong atau air panas. Sangat mudah dan harganya jimat. Hanya RM6 seminggu dan 30sachet adalah untuk 30minggu. Meh dapatkan harga promosi sepanjang bulan April daripada Cantik Sihat Semulajadi.



Umi Nazrah
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 869539

Mobile: 019-4320059
FB - facebook.com/nazrah
Website - cantiksihatsemulajadi.com
Page - Cantik Sihat Semulajadi




Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja.
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

0 comments:

Catat Ulasan