Memaparkan catatan dengan label supplemen umrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label supplemen umrah. Papar semua catatan

Wanita 25 tahun dibenarkan masuk ke Arab Saudi tanpa mahram

Wanita 25 tahun dibenarkan masuk ke Arab Saudi tanpa mahram
Wanita 25 tahun dibenarkan masuk ke Arab Saudi tanpa mahram

Wanita berusia 25 tahun dan ke atas kini dibenarkan masuk ke Arab Saudi tanpa mahram dengan menggunakan visa pelancong, menurut Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH).

Namun, menurut Arab News, kebenaran itu tidak membabitkan wanita berusia 25 tahun ke bawah, dan mereka perlu ditemani ahli keluarga atau mahram untuk masuk ke negara itu.

Ketua Pengarah, Jabatan Pelesenan SCTH, Omar Al-Mubarak, berkata: "Visa pelancong akan berfungsi sebagai visa masuk tunggal dan ia sah selama 30 hari.

"Visa ini turut merangkumi mereka yang sudah berada di Arab Saudi, termasuk bagi mereka yang bekerja, melancong, menunaikan haji dan umrah".


Wanita 25 tahun dibenarkan masuk ke Arab Saudi tanpa mahram
Wanita 25 tahun dibenarkan masuk ke Arab Saudi tanpa mahram

Baru-baru SCTH berkata, peraturan membabitkan pengeluaran visa pelancong itu akan diumumkan dalam tempoh suku pertama tahun ini.

"Peraturan eksekutif membabitkan pengeluaran visa itu sedang dimuktamadkan.

"Jabatan Teknologi Maklumat SCTH juga sedang membangunkan sistem elektronik bagi mengendalikan pengeluaran visa pelancong ini, dengan kerjasama wakil Pusat Maklumat Kebangsaan dan Kementerian Luar," kata Omar kepada Arab News.

Sementara itu, pelaksanaan sistem visa pelancong sepanjang 2008 hingga 2010, berjaya menarik lebih 32,000 pelancong mengunjungi Arab Saudi.

Ketika ini, prosedur pengeluaran visa itu dikendalikan beberapa syarikat pengendali pelancongan yang diberikan lesen oleh SCTH.

Inisiatif visa pelancong ini bertujuan menaik taraf sistem visa pelancong sedia ada bagi membolehkan orang ramai meneroka destinasi baharu pelancongan di Arab Saudi.

Ia sekali gus bertujuan menjana sektor pelancongan dan membangunkan perkhidmatan pelancongan serta warisan di negara itu.

Dalam pada itu, ia juga sebahagian daripada inisiatif Program Transformasi Kebangsaan 2020 untuk mencapai Wawasan 2030 yang memberi tumpuan kepada industri pelancongan.

Artikel asal https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2018/01/373941/wanita-25-tahun-dibenar-masuk-tanpa-mahram

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan, hubungi Umi melalui Whatsapp

* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.” 

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Umrah Bertenaga, Kembali Ke Tanah Air Dengan Sihat Dan Gembira

Umrah Bertenaga, Kembali Ke Tanah Air Dengan Sihat Dan Gembira
Umrah Bertenaga, Kembali Ke Tanah Air Dengan Sihat Dan Gembira

Kami pergi bulan Disember musim sejuk. Memang sejuk sangat. Semasa di Madinah sangat sejuk, keluar solat subuh ke Masjid yang tak sampai 100meter pun mengetar-ngetar kesejukan walau memakai baju sejuk.

Hari terakhir di Madinah tu dah rasa tangan nak mengelupas, bibir dah kering. Mujur saya bawak krim herba. Cepat-cepat sapu, Jadikan lotion dan pelembab muka jugak. Kulit saya jenis kering jadi bila dah mula nak mengelupas, saya sapukan krim.

Untuk kuatkan imun badan Vitamin C memang vitamin wajib setiap hari, malah Chewable Vitamin C saya letak di dalam beg sandang senang untuk dimakan dan dipas pas kepada ahli keluarga dan kawan-kawan sebelah di dalam bas bila-bila masa. Masamnya tu pun menghilangkan loya di dalam bas.

Kat sana kita takde urusan lain melainkan tumpu untuk ibadah. Di sini tidur memang tak dapat lama. Tidur lambat, bangun awal. Rugi rasanya kalau buang masa untuk tidur. Semasa di Makkah, masih sejuk tapi kurang sikit berbanding Madinah. Seawal mungkin lebih kurang dua jam sebelum Subuh tu kami dah keluar. Kalau lambat pintu favourite untuk solat di depan Kaabah akan ditutup. Kalau dah tutup kena la solat kat perkarangan masjid. Sejak saya baca buku Prof Kamil, saya nekad seboleh mungkin akan pegang tangan mak untuk bawak mak solat depan Kaabah. Maka ikhtiar selalu untuk datang masjid awal.

Umrah Bertenaga, Kembali Ke Tanah Air Dengan Sihat Dan Gembira
Umrah Bertenaga, Kembali Ke Tanah Air Dengan Sihat Dan Gembira


Jadi nak elakkan mengantuk, sebelum keluar ke masjid saya bancuhkan Performance Drink + Cinch Tea Mix. Siap bubuh dalam botol lagi. Kami bancuh dengan air zam zam biasanya. Mak saya jenis mudah juga terlelap maka ni wajib saya suapkan. Ini memang "rahsia" mata terbuka luas. InsyaAllah segar mata nak menjalani ibadat sehingga Dhuha. Nak keluar ziarah pun alhamdulillah rasa bertenaga. Kalau lupa bancuh takpe kamk bawak je siap-siap letak Cinch Tea Mix beberapa sachet kat dalam beg, nanti beli air mineral dan tuangkan.

Ibadat tawaf dan saie memang menuntut kekuatan kaki. Saie ni ada beberapa tingkat tau. Pernah sekali kami "terpergi" di bahagian berbukit tinggi. Saya berdua bersama kakak ipar Menolak mak mertua menaiki wheelchair. sangat mencabar, memang memerlukan kudrat di sini. Alhamdulillah diberi kekuatan. Balik bilik memang wajib telan Ostematrix pil kalsium. Yang insyaAllah dapat menghilangkan lenguh lenguh letih kaki berjalan.

Yang bestnya dengan izinNya walaupun dah kembali ke tanah air. Walau dengan perubahan cuaca dan penat menjalani ibadah, kami sihat saja. Tiada demam atau batuk. Syukur alhamdulillah.

Selain doa, kita juga perlu berikhtiar usaha untuk membolehkan kita dapat melakukan ibadah yang terbaik semasa di sana. Dan ini ikhtiar kami.
Jika anda atau keluarga ingin menunaikan umrah, jangan lupa masukkan suplemen Shaklee sebagai list wajib untuk dibawa ke sana. Segalanya dengan izinNya jua.


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan, hubungi Umi melalui Whatsapp

* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.” 

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Panduan Vitamin Mak Ayah Umrah Bakal Haji Shaklee Lengkap

Panduan Vitamin Mak Ayah Umrah Bakal Haji Shaklee Lengkap
Panduan Vitamin Mak Ayah Umrah Bakal Haji Shaklee Lengkap


Panduan Vitamin Mak Ayah Umrah Bakal Haji Shaklee Lengkap | Adakah mungkin tahun ini mak ayah, sedara mara atau adik beradik anda yang lain akan menunaikan haji mahupun umrah? 

Dalam menunaikan umrah/haji, keperluan menjaga kesihatan sangatlah penting agar kesempurnaan ibadah dapat dilaksanakan. 

Dengan keadaan cuaca yang semakin sejuk dan keadaan bersesak dengan jemaah dari seluruh pelusuk dunia, ia memerlukan tenaga dan kesihatan optima untuk elak jangkitan penyakit. 

Jika ada orang terdekat yang mendapat jemputan, eloklah hadiahkan SET UMRAH & HAJI Shaklee ni. 

Mudah-mudahan, tersedia ganjaran besar kepada pemberinya. 

SET UMRAH & HAJI SHAKLEE

✔️ Vitamin C
Yang sangat penting untuk kuatkan sistem pertahanan badan dan dibuktikan mampu memendekkan tempoh penyembuhan. 

✔️ Resveratrol
Tersedia dalam produk Vivix atau ResV. 
Ia bantu beri tenaga berpanjangan, serta bantu pelihara kesihatan lutut & sendi terutamanya warga tua atau sesiapa yang ada masalah sendi/lutut. 

✔️ NutriFeron
Penggalak imun semulajadi yang sangat penting ketika sudah dijangkiti (batuk/demam/selesema). 
Ia akan mengaktifkan sel-sel imun agar melawan jangkitan dengan pantas. 
Diperbuat daripada biji labu (labu makanan sunnah), dan beberapa bahan botani lain. 100% dari tumbuhan.

✔️ OsteNutrix
Sangat membantu untuk elak kebas-kebas, kekejangan, penat & lenguh. 
Wajib telan sebelum tidur agar keesokan harinya badan kembali cergas, kaki tiada lenguh.
OsteNutrix juga memberikan tidur yang lena, elak sembelit serta kuatkan tulang. 

Panduan Vitamin Mak Ayah Umrah Bakal Haji Shaklee Lengkap
Panduan Vitamin Mak Ayah Umrah Bakal Haji Shaklee Lengkap


✔️ Herbal Blend - Bantu melembapkan kulit, elak kulit kering & menggelupas, sapu pada tumit pecah. Ia melegakan dan beri kesan lega segera.

✔️ Cinch Tea - Teh tenaga. Ia berikan badan tenaga berpanjangan untuk beribadah.

✔️ Omega Guard - Minyak ikan omega 3 yang bantu tingkatkan kesihatan paru-paru & pernafasan. 

✔️ Hero Kiddo - Gummies enak yang untuk dikunyah pada bila-bila masa. Ia mengandungi vitamin & mineral seperti vitamin c, vitamin d & zink untuk kuatkan imun. 

Dapat melaksanakan ibadah umrah & haji dengan sihat & cergas sepanjang masa itu lebih bernilai dari segala-galanya ☺️

Panduan Vitamin Mak Ayah Umrah Bakal Haji Shaklee Lengkap
Panduan Vitamin Mak Ayah Umrah Bakal Haji Shaklee Lengkap


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan, hubungi Umi melalui Whatsapp

* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.” 

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.


sumber gambar utama laporanhaji.blogspot.com
Teruskan Membaca