Memaparkan catatan dengan label protein soya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label protein soya. Papar semua catatan

10 Tips Kurus Sihat Dengan Cara Minuman Diet Protein Tinggi

10 Tips Kurus Sihat Dengan Cara Minuman Diet Protein Tinggi
10 Tips Kurus Sihat Dengan Cara Minuman Diet Protein Tinggi
10 Tips Kurus Sihat Dengan Cara Minuman Diet Protein Tinggi | Program diet pengambilan protein tinggi dikatakan lebih cepat mendapatkan badan langsing dan ideal.

Diet Protein Tinggi membantu tubuh mengeluarkan lebih banyak tenaga berbanding karbohidrat di dalam diet makanan kita.

Protein dianggap sebagai ‘blok bangunan’ tubuh. Protein juga memainkan peranan penting dalam produksi enzim dan hormon. Malah, protein juga adalah bahagian integral daripada diet yang sihat dan seimbang.

Pengambilan protein yang seimbang dalam makanan secara efektif akan dapat membantu tubuh untuk menurunkan berat badan. Umi dah buktikan! Alhamdulillah.

Ok sebelum tu, mari kita lihat 10 Tips Kurus Sihat Dengan Protein

1. Ikan laut seperti salmon dan tuna
Selain mengandungi kadar protein yang sangat tinggi, ia juga mengandungi Omega-3 yang baik untuk kesihatan jantung.

2. Putih telur
Putih telur lebih baik dimakan daripada kuning telur yang mengandungi kolesterol tinggi.

3. Daging merah & Daging ayam
Daging merah memiliki kadar lemak yang lebih sedikit berbanding daripada daging olahan. Daging ayam memiliki kandungan protein yang cukup tinggi tetapi hindari makan bahagian kulit ayam kerana mengandungi banyak lemak.

4. Soya
Makan produk yang dihasilkan daripada soya seperti tempe dan tauhu kerana tumbuhan kacang soya merupakan sumber protein yang sangat bagus.

BACA 5 Perbezaan ESP soya premium tinggi

5. Kacang
Mempunyai kadar protein tinggi dan ambil dalam jumlah yang banyak kerana mampu menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

6. Susu
Pilih susu serta produk olahan susu yang lain kerana kadar protein sangat tinggi. Pilih susu rendah lemak serta rendah kalori. Selain itu, keju dan yogurt bukan hanya tinggi protein, tetapi juga kaya kalsium yang baik untuk tulang dan jantung.

7. Jagung Manis
Jagung manis merupakan sumber antioksidan yang juga mengandungi protein. Ia juga mengandungi vitamin B-kompleks seperti thiamin, niacin, folat, dan asid.

8. Brokoli
Mengandungi rendah lemak, tinggi protein dan mengandungi nutrisi penting seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, zat besi dan serat makanan.

9. Kurma
Buah yang berasal dari tanah Arab ini sangat enak dan kaya dengan kandungan gula semulajadi. Buah kurma merupakan sumber protein yang sangat baik. Di dalam 100gram buah kurma memberikan 2.5gram protein.

10. Asparagus
Sayuran hijau ini sangat fleksibel untuk dimasak. Boleh direbus,digoreng, dikukus atapun dilayur di atas api. Setengah cawan asparagus mengandungi 2gram protein.

Umi sendiri pernah mengalami berat badan obese sehingga 68kg dan sakit lutut yang sangat teruk ketika hendak solat. Apa yang Umi buat ialah kawal pemakanan Umi seiring dengan bulan Ramadhan waktu tu. Umi sahur dan berbuka dengan pengambilan suku suku separuh serta serat fiber Alfalfa. Diet protein yang Umi buat ialah Umi amalkan ESP Shaklee dan MealShakes pada waktu sahur. Alhamdulillah pemakanan Umi makin teratur dan pada Raya Haji tahun yang sama Umi berjaya hilangkan 8kg berat badan.

Lihat perjalanan diet detox Umi di SINI

10 Tips Kurus Sihat Dengan Cara Minuman Diet Protein Tinggi
10 Tips Kurus Sihat Dengan Cara Minuman Diet Protein Tinggi
Diet apa jenis sekali pun tak salah asalkan kita amalkan pemakanan seimbang.
Tips Kurus Sihat Dengan Cara Minuman Diet Protein Tinggi ini sudah membantu Umi hilangkan masalah berat badan obese Umi.
Semoga tips ini bermanfaat untuk semua pembaca.

Nak dapatkan produk Shaklee?


* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

 Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Teruskan Membaca

5 Perbezaan ESP soya Shaklee : PROMO Oktober 2017


Bismillah. Assalamualaikum. Allahu, sudah begitu lama kami takda kemaskini blog disini hingga terabai begitu sahaja 😌

InshaAllah bulan ni manfaat produk Shaklee akan dihebahkan dengan sebaiknya. Lagipun promo bulan Oktober 2017 ni sangat lah meletop 😘

ESP protein soya yg menjadi kesukaan ramai 😍😍😍

Promo ESP bulan ni sangat berbaloi iaitu dengan belian 4 tong ESP akan dapat diskaun 5% 😘


5 Perbezaan ESP dan Soya Biasa

1. ESP dibuat daripada kacang soya yang benar-benar semulajadi, iaitu kacang soya yang tidak diubahsuai genetiknya (non-GMO) sejak dari penghasilan biji benih sehinggalah dituai dan diproses menjadi ESP.

Manakala produk soya komersial lain, termasuk kacang soya yang dibeli di pasar, adalah kacang soya yang telah diubahsuai genetiknya supaya cepat membesar (sama seperti penghasilan ayam daging).

2. Kacang soya non-GMO adalah rendah lemak dan bebas kolesterol. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif.

Kacang soya biasa yang diubahsuai genetiknya pula mengandungi bahan-bahan aktif yang tidak dapat menghasilkan tenaga yang mencukupi untuk tubuh badan manusia malah membahayakan.

3. ESP membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim serta hormon yang sempurna. ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.

Soya biasa tidak membantu kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim serta hormon, walaupun diminum dalam kuantiti yang banyak kerana perubahan pada genetik soya itu sendiri.

Apatah lagi mengekalkan paras gula dalam darah apabila kandungan gula dalam soya tersebut sendiri pun sudah berlebihan daripada apa yang diperlukan oleh tubuh badan.

4. Kandungan lemak dalam ESP sangat minimum iaitu 1 gram dan tidak mempunyai laktosa bagi memastikan kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.

Soya biasa pula mengandungi paras laktosa yang tinggi dengan gula berlebihan yang terkandung dalam setiap pek soya tersebut.

5. Yang paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, selain mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.

Sedangkan soya biasa banyak mengandungi perasa tiruan, pemanis berlebihan, pewarna dan pengawet yang menampakkan kecantikan susu soya, malah tidak mengandungi sebarang khasiat selain sebagai penghilang dahaga sementara ketika diminum sejuk saat berbuka puasa.

Anda berminat untuk mencuba? Boleh klik gambar di bawah untuk buat belian terus dengan Shaklee.


 ESP soya Shaklee



Anda berminat nak dapatkan harga PROMO bulanan bagi produk Shaklee? Ada cara mudah untuk dapatkan harga PROMO



 cara mudah dapatkan harga ahli shaklee


Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI,
Hubungi saya
Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
Whatsapp: 019-4320059
Instagram : shaklee.pengedar.sah
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

12 Persoalan Mengenai ESP Shaklee


ESP Shaklee merupakan protein yang sangat tinggi dan semulajadi (bukan protein tiruan- Non-GMO) dan rendah lemak. Ia dalam bentuk serbuk. Ia mengandungi kesemua 22 asid amino yang penting untuk tubuh badan dan ESP merupakan satu-satunya produk dipasaran yang memberi jaminan mengandungi 9 asid amino yang paling penting untuk badan dan tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan secara sendirinya.


Ia sesuai untuk semua peringkat umur – tua dan muda. protein di dalam kacang soya ini adalah dua kali lebih banyak daripada daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemah, tidak mengandungi kolestrol, tiada asid urik dan mudah untuk diserap oleh badan.
Ia mengandungi indeks glasemik yang rendah dan sangat sesuai untuk pesakit kencing manis.

Low GI 55 and under
Medium GI 55 to 69
High GI 70 and above

Tahukah anda?
Indeks glasemik menyusun karbohidrat berdasarkan kesan nya kepada tahap gura dalam darah. Karbohidrat yang cepat hilang mempunyai kada glisemik yang paling tinggi (G.I) sementara G.I yang rendah memecahkan karbohidrat secara perlahan-lahan, melepaskan glukosa ke dalam sistem. Mencapai tahap gula dalam darah yang rendah adalah sangat penting untuk mereka yangingin kuruskan badan dan untuk kesihatan jangka panjang.

Kebanyakan protein soya yang lain diproses menggunakan alkohol, yang mana bukan sahaja membuang isoflavonas, tetapi juga membentuk pencemaran bahan kimia semasa pemprosesannya. Kelebihan ESP Shaklee juga terletak dalam cara pemprosesannya dimana ia dibasuh menggunakan air untuk memelihara isoflavones genistein & daidzein & menyampaikan kesemua kebaikan yang diperlukan di dalam soya.

Bagaimana cara buat masker ESP Shaklee?



Jangan tak tahu, ESP selain baik untuk diminum, ianya juga baik untuk buat masker. Cara buat masker ESP Shaklee ini berbeza bergantung kepada keperluan kulit anda.
cara buat masker ESP Shaklee

Jenis kulit berjerawat
Masker ini mampu mengurangkan parut jerawat dengan cepat.
BAHAN-BAHAN:

2 sudu ESP Shaklee
1 biji putih telur
1 sudu madu
1 biji Sustained Release vitamin C
1 biji Alfalfa

CARA PENYEDIAAN MASKER ESP SHAKLEE:

Pukul putih telur perlahan-lahan. Alfalfa dan vitamin C dihancurkan dan campurkan kesemua bahan.
Sapukan ke muka, elakkan bahagian mata dan kemudian biarkan selama 20 minit.
Selepas itu, bilas dan sapukan pelembap kulit yang biasa anda gunakan.
Buat masker ini seminggu sekali dan keesokan harinya perlu memakai sunscreen sebelum kena kilauan matahari.

Kulit jenis berminyak
BAHAN-BAHAN:

2 sudu ESP Shaklee
1 biji pisang yang betul-betul masak (Anda boleh masukkan pisang masak di dalam freezer dan biarkan di suhu bilik sebelum memakainya)
2 sudu madu lebah
1 biji sustained release vitamin C

CARA PENYEDIAAN MASKER ESP SHAKLEE:

Lenyekkan pisang, kemudian campur dengan madu lebah dan ESP Shaklee. Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan bahan-bahan ini ke dalam blender.
Hancurkan vitamin C atau masukkan sekali dalam blender.
Sapukan bahan tadi ke muka anda sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mebilasnya. Setelah membilas, letaklah pelembut kulit muka anda seperti biasa.

Untuk mencerahkan kulit
BAHAN-BAHAN:

2 sudu ESP Shaklee
1 biji pisang yang betul-betul masak (Anda boleh masukkan pisang masak di dalam freezer dan biarkan di suhu bilik sebelum memakainya)
1 biji kentang
1 biji sustained release vitamin C

CARA PENYEDIAAN MASKER ESP SHAKLEE:

Lenyekkan pisang,kentang, hancurkan vitamin C kemudian campur semua bahan dengan ESP Shaklee. Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan bahan-bahan ini ke dalam blender.
Sapukan bahan tadi ke muka anda sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mebilasnya. Setelah membilas, letaklah pelembut kulit muka anda seperti biasa.
Kerapkan penggunaannya setiap malam untuk kesan pencerahan yang lebih cepat.

Apa khasiat ESP Shaklee?


Ia berkhasiat untuk semua peringkat:
1. Ibu menyusu: ESP membantu membanyakkan susu, membekalkan tenaga berpanjangan.
2. Untuk Kurus: Ia menghilangkan rasa lapar dan membantu untuk diet dengan lebih cepat.
3. Pesakit diabetes: EPS mempunyai G.I yang rendah dan amat baik untuk mengurangkan kadar gula dalam darah
4. Mereka yang mementingkan kecantikan: ESP membina sel kulit baru dari dalam, dan membantu merawat semua masalah kulit, memberikan kulit baru yang halus lepada pemakainya.
5. Suami isteri: ia meningkatkan peluang kesuburan suami isteri.

Apa kelebihan ESP Shaklee berbanding jenama protein yang lain?






bandingkan kebaikan ESP shaklee dengan jenama lainJika anda melihat perbandingan ESP Shaklee dengan 3 jenama lain yang popular di Malaysia ni, anda tidak akan percaya dengan kebaikan yang diberikan ESP dengan harga yang lebih rendah daripada jenama lain.

Tiada lagi protein soya jenama lain yang dihasilkan tanpa GMO. Kesemuanya mempunyai GMO. Apa itu GMO? JOM baca di sini: 7 kriteria wajib pemilihan protin soya

Indeks Glisemik yang rendah adalah penting untuk mengelakkan diabetes, dan membantu memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan sesuai untuk mereka yang sedang berdiet.
Kadar kalori yang rendah iaitu hanya 105Kcal. Kehadiran kalori masih diperlukan walaupun dalam kadar yang rendah untuk membekalkan tenaga berpanjangan kepada peminum ESP Shaklee ini.
Kadar lemak juga rendah berbanding jenama lain, dipadankan dengan G.I yang rendah, ia membantu mengekalkan tenaga dalam badan.

ESP Shaklee setanding jenama lain yang juga tidak mengandungi kolestrol
ESP Shaklee membekalkan kalsium yang tinggi untuk menjaga tulang, gigi, gusi, dan sendi berbanding jenama lain.
ESP Shaklee juga mengandungi vitamin B yang penting untuk menukarkan karbohidrat kepada tenaga secara perlahan-lahan.

Apa fungsi ESP Shaklee dan apa set ESP Shaklee?


Kelebihan ESP Shaklee boleh dilihat dari fungsinya untuk:
Membantu dalam proses pemulihan semula tisu badan
Kecantikan dan kesihatan kulit dan rambut
Mengenyangkan

Kombinasi ESP Shaklee dengan produk shaklee yang lain akan menghasilkan hasil yang berbeza mengikut keperluan individu.

SET KECANTIKAN PREMIUM: Collagen + ESP : Membantu menganjalkan kulit, mencerahkan dalam jangka masa yang singkat
SET MENYUSU PREMIUM: Menambah tenaga ibu, membekal nutrien mencukupi pada susu dan ibu, membanyakkan dan memekatkan susu, mengelakkan sakit belakang dan tulang ibu, menguatkan imun sistem ibu dan anak
SET SEUBUR SUAMI ISTERI: Meningkatkan kesuburan suami isteri, meningkatkan jangka hayat sperma dan ovum.
SET TURUNKAN BERAT BADAN: Detoks, buang lemak dan membina semula sel kulit dan badan
SET HAMIL: Membekalkan tenaga kepada ibu hamil, mengurangkan sakit tulang dna gusi, membantu perkembangan badan dan otak janin dan mengurangkan loya.
SET TAMBAH BERAT BADAN: Membina otot untuk pertambahan berat badan dan memberikan selera makan
SET KECANTIKAN ASAS: Menyihatkan kulit, melicinkan dan menganjalkan kulit dan menyelesiakan kebanyakn masalah kulit seperti jerawat, kulit berminyak, kering dan jeragat.
SET PENAMBAH TENAGA: Memberikan tenaga berpanjangan dan menghidrtatkan badan, juga sesuai untuk atlit yang mermerlukan penghidratan yang maksimum semasa berolahraga.

Apa keburukan ESP Shaklee?
ESP boleh memberikan kesan buruk kepada individu berikut:
Mereka yang alah pada soya kerana ESP adalah soya
Mereka yang disahkan mempunyai penyakit buah pinggang dan mempunyai masalah memproses protin dalam badan.
Individu yang mempunyai hypotiroid kerana ia akan mengurangkan rembesan tiroid dalam badan
Individu atau anak yang mempunyai GP6D
Jika dimabil melebihi 3 sudu makan sehari boleh menjejaskan buah pinggang kerana buah pinggang bekerja lebih daripada yang ia mampu. Kecuali ibu menyusu boleh ambil sehingga 5 sudu sehari kerana ibu menyusu menyalurkannya ke dalam susu ibu dan tidak tersimpan di dalam badan lebih lama.
Peminum ESP juga perlu minum air 3liter sehari untuk menjaga buah pinggang.

Adakah ESP Shaklee menggemukkan ?
Jawapannya YA dan TIDAK.
TIDAK Kerana ia bersifat mengenyangkan jika diambil sebelum makan tengahari atau makan malam, boleh membantu untuk kurus. KENAPA IA MENGENYANGKAN? kerana ia mempunyai G.I yang rendah yang melepaskan karbohidrat secara perlahan-lahan, ini memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan boleh digunakan sebagai MEAL REPLACEMENT.
YA, kerana di dalamnya mempunyaI Vitamin B12 yang menaikkan selera makan. Namun, B12 berfungsi sebagai penaik selera makan hanya bagi mereka yang kekurangan B12 dalam badan iaitu mereka yang benar-benar kurus. B12 ini tidak akan menaikkan selera makan bagi mereka yang sudah mencukupi berat badan , sebaliknya ia bertindak sebagai penukar karbohidrat dan lemak kepada tenaga.

Resepi ESP Shaklee



RESEPI 1: Smoothie Dragon Fruit (buah naga) with ESP
Bahan-bahan:
1/2 buah naga
1/3 cawan yogurt
3 sudu ESP Shaklee
4-5 kiub ais
Arahan:
Campurkan semua bahan dan blend.
Hidangkan.

RESEPI 2: Muffin ESP Mocha
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung serbaguna
3/4 gula putih
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1/3 minyak sayuran
1/3 cawan ESP
1 biji telur
1/4 cawan butter
1 sudu teh esen mocha
Arahan:
Panaskan oven sehingga 200 darjah celsius.
Campurkan cawan tepung, gula, garam, butter, esen mocha dan baking powder. Letakkan minyak sayuran di dalam cawan , masukkan telur dan ESP to penuhkan cawan. Campurkan ini dengan acuan tepung tadi.
Bakar sehingga 20 ke 25 minit atau sehingga masak.

RESEPI 3: Smoothie pisang ESP
Bahan-bahan:
2 biji buah pisang
1 cawan yogurt
3 sudu ESP Shaklee
3 kiub ais
Arahan:
Campurkan semua bahan dan blend dalam 30 saat sehingga smothie pisang pekat.
Hidangkan.

RESEPI 4: Ice blended strawberry lemonade ESP
Bahan-bahan:
2 cawan strawberry segar
1/2 cawan ais
1/2 cawan jus lemon
2 sudu gula
3/4 cawan air masak
beberapa helai daun pudina
Arahan:
Campurkan semua bahan dan blend dalam 30 saat.
Letak daun pudina di atasnya.
Hidangkan.

RESEPI 5: Belgian ESP Waffle coklat
Bahan-bahan:
1 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan koko
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan butter
1 1/2 cawan gula
2 biji telur
1 sudu teh esen coklat

RESEPI 6: Dark Chocolate Espresso ESP Cookies
Hasilkan 3 dozen cookies
Bahan-bahan:
1 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan koko
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan butter
1 1/2 cawan gula
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu instant espresso powder
8 oz. coklat hitam (4 oz. dicarikan dan 4 oz. dihiris halus-halus)
Arahan:
Panaskan oven sehingga 250 darjah Farenheit.
Adunkan dan kacau tepung, ESP, koko, baking powder, garam dan tepikan.
Campurkan dan pukul butter dan gula sehingga ringan. Tambahkan telur, sebiji pada satu masa, pukul lagi, dan masukkan vanilla,
Campurkan espresso powder dan coklat yang sudah dicairkan bersama-sama acuan butter tadi. kemudian masukkan adunan tepung secara perlahan-lahan.
Masukkan coklat yang sudah dihiris tadi.
Buat doh menggunakan sudu dalam 3 inci.
Bakar sehingga permukaannya kelihatan kering selama 14-15 minit. Kemudian terbalikkan untuk pastikan semua permukaan kering dan rangup.



Kandungan ESP Shaklee


Berapa harga Shaklee ESP atau shaklee ESP price ?
Harga pasaran ESP Shaklee ialah RM150
Namun, ianya harga yang sangat jimat kerana setiap botol ESP boleh tahan sehingaan 2 bulan kerana sehari anda hanya perlu ambil 3 sudu sahaja.

Bila promosi ESP Shaklee ?
Promosi ESP Shaklee selalunya 2 tahun sekali dan shaklee tidak akan mendedahkan bila promosi ESP Shaklee ini akan diadakan. Ianya adalah secara mengejut diumumkan pada 1hb. Tapi tak tentu bulan berapa.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk melayari laman web ini setiap 1hb untuk melihat promosi terkini yang akan dipaparkan pada bahagian kanan website ini.

Ada tak testimoni ESP Shaklee?





Anda berminat untuk mencuba? Boleh klik button di bawah untuk membuat pesanan.

 ESP protein soya




Nak menikmati discount 20-30% harga produk? Semestinya boleh. Dengan register ahli Shaklee. Hanya RM 79.00 pendaftaran sekali untuk seumur hidup
 Daftar Ahli Shaklee
BERITA GEMBIRA Jika anda mendaftar ahli Shaklee bulan ini dan membeli sebotol Ostematrix, anda akan mendapat multivitamin Vita-Lea yang sudah berusia 100 tahun daripada Shaklee secara PERCUMA !!

Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI, Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

5 Punca Utama Kenapa Saya Tetap Setia Memilih Soya ESP


5 SEBAB kenapa saya tetap setia memilih soya ESP :

1.ESP menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap dan menghasilkan isoflavone (..bukan senang weh nak ekstrak isoflavone dari kacang soya..)

2.ESP hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses

3.ESP dibasuh dengan air ("..Dr. Shaklee knew that By using a cold water extraction technique, you get the very best of the soy and all of the positive things like the phyto-estrogens which inhibit breast cancer and prostate cancer in men. There are over 1500 studies showing the positive benefits of soy and only 12 to 20 negative studies showing that when you alter and de-nature soy you end up with junk.Dr. Shaklee knew the difference.")

4.ESP mengandungi 50% keperluan kalsium harian. Kenapa ada kalsium? Kerana tambahan sedikit kalsium di dalam ESP boleh meneutralkan kembali asid phytic di dalam soya (kandungan asid phytic yang tinggi menghalang penyerapan zat dan mineral seperti kalsium, magnesium, zink semasa pencernaan dalam usus. Haa sia2 ja telan macam2 zat.. Nasib ESP I ada kalsium..hihi)

5.Dah 54 tahun ESP mengungguli pasaran makanan tambahan. Mana lagi nak cari soya terbaik macam ni.



Selain saya, para pengguna ESP yang lain sudah membuktikan 5 punca utama kenapa mereka tetap setia memilih soya ESP Shaklee







1 tin 850 gram berharga RM 150.00 sahaja untuk penggunaan sehingga 2 bulan.

Berminat untuk mencuba? Boleh klik button di bawah untuk membuat pesanan.

ESP shaklee


Peringatan: Hubungi saya terlebih dahulu sebelum buat pembelian jika ingin nikmati discount 20-30% dengan register ahli Shaklee.

Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI, Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Bahaya ESP soya bila LELAKI ketagih mengambilnya!



Soya ESP yang heboh dicanangkan boleh mengubah lelaki menjadi lembut a.k.a pondan makin menggila sambutannya. Sehinggakan pekerja buruh Bangla pun sanggup untuk share beli offer bulan ni. Beli 6 tin, dapat 7 tin; jadi ahli secara free; jimat RM 389.00 lagi. Memang terbaik untuk dimiliki. Para pekerja buruh cakap ESP ni adalah sumber tenaga mereka di waktu pagi dan malam. Sebelum turun bekerja tu, mereka akan shake ESP dengan minuman pilihan mereka dan sedia untuk bekerja! Malam pula mereka ambil ESP untuk relaks otot-otot yang dah bekerja keras di waktu pagi kerana 1 hidangan ESP dah membekalkan 50% keperluan kalsium harian.


Eh tapi kejap. Soya kan ada hormon perempuan. Tak ke nanti buruh Bangla tu semua akan jadi pondan?!

Meh kita study sains sikit.

Kacang soya adalah sumber hormon estrogen wanita. namun hormon yang terhasil daripada sumber tumbuhan adalah phytoestrogen, subclass sebagai isoflavones. Kesan phytoestrogen ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan kesan hormon estrogen yang sebenar.

Soya melemahkan kejantanan lelaki?
Phytoestrogen dalam soya adalah sejenis komponen tumbuhan yang seakan-akan hormon estrogen dalam tubuh manusia. Jika pengambilan soya adalah kurang daripada 20 gram sehari, tiada masalah akan wujud lelaki lembut akibat pengambilan soya.

Soya mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita?
Soya yang mengandungi phytoestrogen akan melekat pada reseptor estrogen dalam tubuh. Ini akan menghalang estrogen yang sebenar untuk melekat bagi menjalankan fungsinya dalam tubuh badan kita. Isu ini 50-50 betul salah

Pada lelaki, risiko akan tinggi apabila soya yang diambil oleh lelaki tersebut adalah soya GMO (soya yang diubah genetik - macam ayam yang disuntik hormon pembesaran tu, cepat membesar, cepat boleh jual kat kedai) dan diambil pada kadar berlebihan.

Berdasarkan kajian yang dilaporkan oleh sekumpulan saintis daripada University of Gneplh, Kanada dan Fred Hutchinson cancer Research Center,Seattle,Washington,Amerika Syarikat, membuktikan sebaliknya. Dalam kajian terhadap kesan pengambilan molekul isflavin di dalam kacang soya terhadap 32 orang lelaki yang sihat menunjukkan keputusan pengambilan kacang soya tidak memberikan kesan buruk terhadap kualiti sperma yang dihasilkan.

Kajian yang sama dilakukan oleh kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Jorge Chavara, felo penyelidik daripada Jabatan Nutrisi, Harvard School of Health, Boston, Amerika Syarikat. Hasil kajian mereka menunjukkan lelaki yang mengambil kacang soya dalam kuantiti yang tinggi dalam diet harian mereka didapati menghsilkan 41 juta sperma per mililiter lebih kurang berbanding daripada lelaki yang tidak mengambil kacang soya. Kandungan sperma bagi lelaki normal ialah antara 80 juta- 120 juta sperma per mililiter.

Kesimpulannya, bagi kaum lelaki, pengambilan kacang soya adalah baik selagi ia diambil dalam kuantiti yang diperlukan sahaja dan tidak akan memberikan kesan ketara kepada tahap hormon pada lelaki [Kajian].

Sebaliknya, kalau diambil secara berlebihan (melebihi 56 gram), kajian mengaitkan dengan kepekatan sperma yang rendah dan sedikit perubahan hormon pada lelaki, walaupun tidak pada tahap yang secara mendadak yang akan menjejaskan kesuburan.

Berapa nilai protein yang lelaki dan wanita perlukan?


1) Check Berat anda
2) Berat(kg) x 0.8 ( Jika jenis yang tak aktif)
3) Berat(kg) x 1.3 (Jika preggy/aktif)
4) Berat(kg) x 1.8 (Jika sangat2 aktif, jenis yang work out kat gym)

Sumber How much soybean and soy products should I eat?

Berbalik kepada ESP. 1 Hidangan ESP cuma membekalkan 14 gram protein. Yang selebihnya anda tetap kena makan sumber protein yang lain. Suplemen hanya mengisi kelopongan ruang kosong akibat gaya hidup, persekitaran, kerjaya dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi pengambilan nutrisi tubuh badan kita.

Jadi kalau ketagih mengambil ESP, 1 hidangan hanya 14 gram. Belum cukup untuk melebihi had maksimum 56 gram sehari.

Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
SMS/Whatsapp: 019-432 0059
www.facebook.com/cantiksss

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Sebab ni lah saya tak minum soya masa mengandung.........


Dulu ada laa orang kata kat saya. Kalau hang nak baby putih, hang minum soya banyak-banyak. Masa tu 7 tahun dahulu. Masa tu mana la ada facebook lagi kan. Ilmu pun saya takda banyak lagi. Rakan-rakan sebaya yang preggy pun tak ramai.

Jadi oleh kerana nak sangat anak putih maka saya pun gigih la minum soya. Ini memang gigih tahap dewa ye. Sebab sampaikan kami beli sendiri kacang soya tu berkilo-kilo simpan kat rumah. dan suami saya adalah insan bertanggungjawab dalam hal ini. Setiap minggu dia akan mengerjakan kacang-kacang soya tersebut untuk dijadikan air. Dia dok rendam perah, blender dan masak. Sepanjang mengandung tu boleh dikatakan kat rumah kami ni memang takkan putus dengan stok air soya homemade. Sampaikan kalau ada tetamu datang time tu, memang air soya laa hidangan yang kami jamu kan pada tetamu.

Nak dijadikan cerita, anak saya Amsyar lahir memang putih. Memang melepak la masa lahir tu. Jadi kira nya misi berjaya!! Hahahaha. Tapi rupanya panas tak sampai ke petang. Amsyar mempunyai masalah ruam yang amat teruk. Serius teruk. Kulitnya terlalu sensitif. Dia juga kerap kena selsema dan bila besar sikit dia diserang asma. Masa tu saya tak tahu yang semua ni berpunca dari soya.

Sehinggalah satu hari, saya ke pakar kulit dan doc tu terangkan pada saya. Serius kulit Amsyar sangat sensitif. Kalau berhabuk sikit, habis la muka dan badan dia semua. Dah berapa banyak pakar kami suami isteri pergi. Memang berhabis dah duit nak cari penawar kulit dia. Start dari tu saya insaf. Jadi bila mengandungkan anak kedua dan ketiga, saya memang tak sentuh langsung soya. Gila FOBIA..!!

Tapi berbeza bila saya mengandungkan anak keempat. Masa tu saya dah jatuh cinta dengan Shaklee dan produk yang memang tak boleh nak dilepaskan dari saya tentunya ESP dari Shaklee. ESP ni soya, pada yang tak tahu. Saya memang tak boleh tak amik ESP. Saya rasa hidup saya macam tak lengkap. Saya yakin dan nekad. Saya consume je ESP macam biasa sepanjang mengandung.

Alhamdulillah. Baby yang keluar cerah dan sihat. Dapat extra GEBU lagi. Kalau nak dibandingkan dengan Amsyar dulu, badan Amsyar KECUT je. Tak berapa nak ada isi. Dan hari ini baby baru saya hampir dua bulan. Saya amat bersyukur, kulit dia bersih. Takda masalah ruam dan sebagainya. Jadi sekarang saya teruskan mengambil ESP sepanjang menyusukan dia dan kesannya amat memuaskan hati saya.. (kisah benar : Zura Betty)

Kenapa soya ESP berbeza? Untuk mendapatkan jawapan ni, kena la rujuk 7 Criteria Memilih Protein Soya

1. Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.

2. Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secaragenetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan

3. Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.

4. Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang

5. Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.

6. Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan-Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result

7. Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.







Berminat? Untuk Info dan Order :

Umi Nazrah
Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539 umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-432 0059 www.facebook.com/cantiksss

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca