Memaparkan catatan dengan label nutrisi kanak-kanak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nutrisi kanak-kanak. Papar semua catatan

Anak asyik cakap TAK LAPAR?!


Tentu mama biasa berhadapan dengan situasi di mana anak-anak asyik sekali bermain tanpa menghiraukan makan minum. Apabila ditanya sama ada mahu makan atau tidak, hanya gelengan kepala sahaja yang mereka tunjukkan. Mama pun jadi hairan sama ada anak lapar atau tidak. Tiada petanda yang menunjukkan mereka lapar kerana terlalu asyik bermain. Benarkah mereka tidak merasa lapar sedangkan hanya
menjamah susu sahaja sebelum ini? Sebenarnya kanak-kanak semulajadi sukar memberitahu mereka lapar sekiranya mereka sedang bermain. Bahkan ada beberapa sebab lain yang menyebabkan mengapa kanak kanak tidak memberitahu yang mereka merasa lapar.

*Masalah emosi yang dihadapi anak ketika itu membuatkan dia memerlukan perhatian daripada ibu bapa atau sebelum ini sering dimarah menjelang waktu makan menyebabkan emosinya terganggu.
*Meniru perilaku anggota keluarga yang sedang mengamalkan diet. Ini membuatkan mereka turut ingin mencuba amalan tersebut.
*Anak terlalu banyak makan snek sebelum waktu makan menyebabkan perutnya masih kenyang
apabila disuruh makan. Untuk mengatasi masalah tersebut anda perlu melakukan sesuatu kerana dibimbangi, anak-anak akan terbiasa enggan makan dan akhirnya mereka mengalami kekurangan zat penting untuk tumbesaran.
*Buat jadual makan teratur supaya dapat memberi kesempatan perut anak kosong sehingga
dia lapar.
*Jangan biasakan makan lebih daripada 30 minit. Ajar anak menghabiskan makanan tanpa perlu bermain atau membuat aktviti lain ketika makan.
*Elakkan memberi anak makan makanan manis agar perutnya tidak kenyang menjelang waktu makan.
* Wujudkan suasana makan yang selesa dan tenang.
*Teman anak makan untuk memenuhi keperluannya terhadap perhatian.
* Sajikan menu harian yang pelbagai, membangkitkan selera dan yang pasti menu kesukaannya.
* Pastikan keperluan kalori dan zat hariannya dipenuhi.


Dengan Shaklee, ada kaedah yang selamat, sedap, disukai oleh anak-anak, berkhasiat dan memberikan nutrisi yang anak-anak perlukan iaitu MealShakes. Mealshake Shaklee ini bukan sahaja sesuai untuk si manja anda malah boleh dikongsi dengan seisi keluarga. Mealshake ini adalah merupakan minuman atau makanan tambahan yang bernutrisi yang boleh dinikmati oleh seisi keluarga anda.


6 fakta tentang mengapa Mealshake dikatakan makanan tambahan bernutrisi yang perlu untuk keluarga anda!

1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

MealShakes mempunyai rasa yang lazat digemari tua dan muda. Minuman lazat dengan fruktosa semulajadi, nutrien yang perlu untuk badan, tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.

Dapatkan MealShakes bulan ni untuk stok 7/14bulan anda sekeluarga!


Berminat? Untuk Info dan Order :

  Umi Nazrah
Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-432 0059
www.facebook.com/cantiksss

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Kanak-kanak Malaysia kurang nutrisi



Satu kajian yang dijalankan oleh Kaji Selidik Nutrisi di Asia Tenggara (SEANUTS) mendapati seorang daripada 10 kanak-kanak di Malaysia menunjukkan simptom tidak cukup zat makanan yang mana ia telah membantutkan tumbesaran mereka.

Anak-kanak memerlukan zat nutrisi yang seimbang yang mengandungi karbohidrat, protein,lemak,mineral dan vitamin. Akan tetapi terdapat beberapa zat nutrisi yang sebaiknya diambil berat kerana mempunyai kesan yang amat besar pada pertumbuhan dan perkembangan otak anak. Beberapa zat nutrisi tersebut menurut Pedak dan Maslichan (2009) adalah :

Protein
*******
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang mengalami kekurangan protein semasa janin masih berada dalam kandungan akan memberi kesan pada berkurangnya berat otak sehingga 13% .Berkurangnya berat otak ini disebabkan saiz dan jumlah sel otak yang kurang. Kurangnya sel otak ini kerana terhalangnya sintesis protein. Oleh itu kekurangan protein yang berlaku di dalam rahim umnya mempunyai IQ rendah. Kemampuan peniskalaan, verbal dan mengingat mereka lebih rendah daripada kanak-kanak yang mendapat nutrisi yang baik. Tambahan lagi protein diperlukan dalam menggantikan tisu termasuk tisu otak.


Asid Lemak Tidak Tepu ( DHA & LA )
**********************************
Untuk menyokong perkembangan sistem saraf pada otak, bayi dan kanak-kanak memerlukan zat nutrisi DHA dan LA. DHA dan LA merupakan permulaan kepada AA ( Arachidonic Acid ) yang diperlukan untuk membentuk membran sel otak. Apabila kekurangan zat nutrisi DHA dan LA, maka sel nueron yang terbentuk hanya sedikit sehingga kemampuan menyimpan data juga terbatas. Komponen utama membran sel neuron adalah tidak tepu. Perkara inilah yang menyebabkan bayi perlu diberi bekalan lemak dalam kuantiti yang mencukupi agar perkembangan otaknya maksima. Namun, bukan semua jenis lemak mempunyai manfaat ini. Lemak yang terbaik adalah asid lemak tidak tepu rantai panjang bentuk DHA. DHA dan LA yang digunakan sebagai bahan untuk proses elongasi AA pada otak yang boleh meningkatkan bilangan sel neuron sehingga mampu meningkatkan kemampuan belajar anak. Selain itu, anak juga boleh lebih banyak menyimpan apa yang diajar padanya. Susu badan adalah sumber DHA terbaik. Oleh sebab itu, seorang ibu janganlah malas untuk menyusukan anaknya. Apabila seorang ibu memberikan susu badan pada anaknya, bermakna dia telah melakukan banyak perkara untuk kecerdasan anaknya. Memenuhi keperluan DHA sebaiknya dilakukan semenjak ibu mengandung. Ibu hamil boleh mendapat bekalan DHA dari susu yang mengandungi DHA, kekacang, ikan dan banyak lagi. Perlu diingat sebelum mengambil apa-apa makanan telitilah dulu supaya tidak membahayakan kandungan. Contohnya hati-hati memilih ikan yang tinggi kandungan merkurinya kerana merkuri boleh membahayakan janin.


Besi
*****
Bekalan zat besi juga (Fe) juga berkait erat dengan kemampuan intelektual. Berbagai kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang kekurangan zat besi ternyata mempunyai kemampuan mengingat dan menumpukan perhatian lebih rendah. Terdapat perbezaan ketara dalam markah ujian jika bekalan zat besi diabaikan.

Fosforus
******
Mineral fosforus juga penting bagi otak. Fosforus adalah komponen fosfolipid yang merupakan sebahagian dari membran sel dan berfungsi mengatur pemindahan dari dan ke luar sel termasuk sel otak.

Zinc
*****
Zink dalam tisu otak berfungsi meningkatkan aktiviti mental. Perkara ini terbukti dari satu hasil kajian yang menyatakan bahawa kanak-kanak yang cukup keperluan zink ternyata 72% lebih aktif dibandingkan dengan kanak-kanak yang kekurangan zinc. Bekalan zinc seperti susu, daging, ikan dan lain-lain lagi.

Mealshake, hidangan Shakes Shaklee yang rendah glisemik dan rendah lemak. Mempunyai rasa yang hebat, pek minuman extra nutrisi yang mudah dibancuh dan dicampur dengan hidangan lain. Mealshake menawarkan 19 vitamin dan mineral penting serta kaya dengan sumber kalsium dan protein yang hebat. Ia juga merupakan nutrien asas untuk tumbesaran kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar supaya kekal kuat dan sihat. Tentu mereka akan menggemari pilihan bukan soya berperisa vanilla dicampur denga susu yang enak. Resepi enak, bancuhlah MealShake bersama yougurt tanpa lemak atau perisa beserta buah-buahan setiap pagi. Dengan mealshake anak anda akan mendapat keperluan nutrisi yang mencukupi setanding sarapan pagi. Dengan MelaShake, anak anda akan mendapat snek nutrisi yang enak pada bila-bila masa dan satu hidangan ideal yang rendah kolestrol, lemak dan sodium. Menariknya Mealshake bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi juga untuk dewasa dan hidangan segera bagi para atlet.



Berminat? Untuk Info dan Order :

  Umi Nazrah
Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-432 0059
www.facebook.com/cantiksss

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca