Memaparkan catatan dengan label kesihatan wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan wanita. Papar semua catatan

Promosi Shaklee Mac 2019 : Sempena Hari Wanita Antarabangsa

Promosi Shaklee Mac 2019 : Sempena Hari Wanita Antarabangsa
Promosi Shaklee Mac 2019 : Sempena Hari Wanita Antarabangsa
Promosi Shaklee Mac 2019 : Sempena Hari Wanita Antarabangsa | 8 Mac setiap tahun ialah Hari Wanita Antarabangsa bagi menghargai peranan dan pengorbanan wanita.

Antara masalah kesihatan wanita mengikut usia

Bawah usia 20 tahun - Ketidakseimbangan hormon disebabkan ovari yang belum matang dan tekanan psikologi.

Usia 20 hingga 30 tahun - Ketidakseimbangan hormon disebabkan tekanan psikologi; Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) iaitu keadaan folikel yang terdapat di dalam ovari tidak menjadi matang, gagal untuk mengeluarkan telur dan menyebabkan masalah kesuburan.

Usia 30 hingga 40 tahun - Ketidakseimbangan hormon disebabkan tekanan, PCOS, fibroid atau polip pada rahim, endometriosis (tisu selaput rahim tumbuh di luar rahim) dan endometrial hyperplasia iaitu peringkat pra-kanser dinding rahim.

Usia 40 hingga 50 tahun - Ketidakseimbangan hormon disebabkan perimenopausal (masa transisi sebelum terjadinya menopause) dan endometrial hyperplasia (pra-kanser).

Usia 50 ke atas - Endometrial hyperplasia (pra-kanser) dan kanser.

Bagi menghargai wanita, Shaklee mengadakan promosi Wonder Women bermula 1 Mac sehingga 31 Mac 2019.

Promosi ini melibatkan multivitamin Vitalea, GLA Complex dan Ostematrix.

1. Vita-Lea
Merupakan Multivitamin yang hebat
Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
2 biji VITALEA bersamaan 40 jenis hidangan lauk (Untuk mendapatkan zat yang sama banyak)

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu
Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
Mengandungi beta karotena yang membantu dalammengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

Belian gempak bulan ini.
Dengan 4 botol Vitalea, anda akan dapat diskaun 30%
Untuk pembelian RM100 yang seterusnya dengan pihak kami.

Promosi Shaklee Mac 2019  : Sempena Hari Wanita Antarabangsa
Anda boleh Whatsapp kami untuk mendapatkan nombor akaun bagi pembayaran Vitalea.
Promosi Shaklee Mac 2019  : Sempena Hari Wanita Antarabangsa
2. GLA Complex
Dihasilkan daripada Borage Seed (17 – 25% khasiat sumber asli GLA).
Borage mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA berbanding dengan EPO.
Ianya juga adalah 3 kali lebih tinggi dari segi bioavailability dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.

Fungsi Khusus GLA Complex
Isteri yang ingin meningkatkan kesuburan untuk hamil.
Wanita yang menghadapi masalah kitar haid tidak stabil
Wanita yang dalam peringkat menopause
Melegakan masalah sengugut atau PMS pada wanita
Mereka yang menghadapi masalah jerawat pada muka disebabkan masalah hormon, masalah eczema atau kekeringan kulit
Wanita yang mempunyai masalah cyst, pengambilan GLA boleh membantu pengecutan cyst.
Individu yang menghadapi masalah diabetes jenis 2. GLA mampu untuk membantu pengawalan insulin dan paras kolesterol serta membantu mengurangkan masalah kebas atau kesakitan yang biasa dialami pesakit
Membantu masalah berat badan yang disebabkan oleh hormon.

Belian gempak bulan ini.
Dengan 4 botol GLA Complex, anda akan dapat diskaun 30%
Untuk pembelian RM100 yang seterusnya dengan pihak kami.

Promosi Shaklee Mac 2019  : Sempena Hari Wanita Antarabangsa
Anda boleh Whatsapp kami untuk mendapatkan nombor akaun bagi pembayaran GLA Complex.
Promosi Shaklee Mac 2019  : Sempena Hari Wanita Antarabangsa
3. Ostematrix
Ostematrix Shaklee adalah sumber kalsium dan vitamin D serta mengandungi Magnesium.
Magnesium akan berfungsi untuk memastikan kalsium dapat diserap oleh badan dengan baik.
Ostematrix mengandungi kalsium yang bersamaan dengan segelas susu atau 80 biji badam!

Fungsi Khusus Ostematrix Shaklee
Membekalkan kalsium dan membantu mengurangkan masalah osteoporosis.
Mengurangkan masalah sembelit
Membantu masalah sakit pinggang, sakit tumit dan sakit sendi.
Membantu menguatkan tulang rapuh, gigi, kuku dan sistem saraf
Mengurangkan stress apabila tekanan darah dapat diimbangi, sistem saraf dapat ditenangkan, ia juga membantu mendapatkan tidur lena.
Mengurangkan masalah kekejangan otot.

Belian gempak bulan ini.
Dengan 5 botol Ostematrix, anda akan dapat diskaun 30%
Untuk pembelian RM100 yang seterusnya dengan pihak kami.

Promosi Shaklee Mac 2019  : Sempena Hari Wanita Antarabangsa
Anda boleh Whatsapp kami untuk mendapatkan nombor akaun bagi pembayaran Ostematrix.
Promosi Shaklee Mac 2019  : Sempena Hari Wanita Antarabangsa
Kami berharap para wanita terus berusaha dari sekarang untuk mengutamakan kesihatan supaya kewajipan wanita sebagai isteri, ibu, pemimpin, pegawai dan sebagainya terlaksana dengan sempurna. InshaAllah aamiin

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

4 tips untuk bantu elak kemurungan akibat hormon tak stabil


Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan emosi seorang individu semakin menurun. Ini menjejaskan perasaan, tingkah laku, pemikiran dan kesejahteraan.

Gejala kemurungan termasuk perubahan corak tidur sama ada terlebih atau terkurang, sering marah atau menangis, tidak bermaya, berat badan turun mendadak serta kurang daya tumpuan sehingga tidak dapat membuat keputusan yang mudah. Dalam keadaan serius, seseorang individu yang mengalami kemurungan mungkin melakukan cubaan untuk cederakan diri sendiri dan membunuh diri.

Berdasarkan kajian beban penyakit yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kemurungan dijangka menjadi penyakit kedua teratas menjelang 2020 selepas penyakit jantung di seluruh dunia. Ini bermakna semakin ramai masyarakat dunia yang berpotensi untuk membunuh diri.

Beberapa faktor kemurungan adalah genetik, kecederaan otak akibat kemalangan, penggunaan dadah, masalah kewangan, kemerosotan kesihatan fizikal atau masalah sosial, mengalami peristiwa hidup yang tragis seperti kehilangan pasangan, pengambilan sesetengah jenis ubat dan sebagainya.

Keadaan ini mengubah fisiologi badan. Hormon serotonin, dopamin dan norepinefrin yang bertanggungjawab dalam mengawal perasaan di otak menjadi tidak seimbang lalu menyebabkan kemurungan.

Apabila keseimbangan hormon ‘perasaan’ diperbetulkan, maka kemurungan akan dapat diatasi. Namun, penggunaan sesetengah ubat-ubatan ini mungkin memberi kesan sampingan yang tidak diingini kepada pesakit.

[Dah Tengok?] GLA Complex Stabilkan Hormon dan Testimoni

Antaranya adalah kegemukan, loya, muntah, kembung perut dan kitaran haid yang tidak teratur. Bagaimanapun, keadaan pesakit mungkin lebih teruk sekiranya ubat tidak diambil berbanding kesan sampingan yang dialami.

Pendekatan sokongan seperti kaunseling, psikoterapi, pendidikan psikologi dan pemulihan psikososial juga memainkan peranan yang penting dalam rawatan kemurungan.

Kemurungan juga sering dikaitkan dengan masalah spiritual menyebabkan kurang ketahanan mental. Rawatan alternatif seperti rawatan perubatan Islam sangat digalakkan di samping rawatan moden.

Ada beberapa tip bagi mengelakkan kemurungan sebelum melarat. Antara cadangan yang berkesan adalah melakukan sesuatu perkara yang sihat dan disukai seperti bersenam dan melukis. Cara ini mampu meningkatkan perasaan gembira seterusnya dapat mengelak kemurungan.

Di samping itu, meluahkan masalah yang dihadapi kepada seseorang yang dipercayai, contohnya ahli keluarga, kaunselor, doktor, pakar psikiatri atau pakar psikologi juga antara kaedah untuk mengekalkan kesihatan mental.

Pergaulan sosial yang sihat seperti berkomunikasi, sentiasa menghargai dan mempercayai orang lain, dapat menerima pendapat orang secara terbuka, serta memberi dan menerima kasih sayang juga mampu menangani masalah kemurungan.

Sokongan padu dan perhatian ahli keluarga terdekat dan sahabat karib sangat diperlukan bagi pesakit kemurungan untuk membina semula keyakinan diri.

Pantau orang terdekat atau diri anda sendiri, mungkinkah kita menghidapi masalah kemurungan. Segera dapatkan nasihat ahli profesional kesihatan kerana kemurungan boleh membawa kesan buruk sekiranya dibiarkan tanpa rawatan. (artikel asal hmetro.com.my)

Ingin dapatkan produk Shaklee?
👇👇👇👇

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

5 Suplemen Terbaik Untuk Wanita Dewasa 30an 40an 50an Malaysia

Kecantikan dan kesihatan mempengaruhi seorang wanita. Diet seimbang, gaya hidup sihat, kerap bersenam dan 8 gelas air sehari serta suplemen ialah amalan terbaik.

Antara nutrien yang perlu dipertimbangkan ialah kalsium, magnesium, asid-asid lemak perlu (omega-3 dan omega-6), antioksidan dan probiotik.

Kalsium penting untuk kesihatan tulang dan gigi, penghantaran maklumat saraf, membantu mengawal berat badan, tekanan darah dan mungkin berperanan dalam mencegah kanser kolon (usus besar). Secara purata, wanita dari usia 19-50 tahun memerlukan 1000mg kalsium sehari. Untuk penyerapan kalsium yang baik, vitamin D diperlukan.

Magnesium perlu untuk penyerapan kalsium, fosforus dan kalium yang baik, fungsi tisu dan tindakbalas penghasilan tenaga. Kekurangan magnesium dikaitkan dengan peningkatan risiko kepada pelbagai jenis penyakit termasuklah penyakit jantung, tekanan darah tinggi, batu karang, gangguan tidur (insomnia), sindrom pra-haid dan kejang otot sewaktu haid. Saranan pengambilan harian bagi wanita berusia 19 tahun ke atas ialah 280mg magnesium sehari.

Sila baca : Kriteria penting untuk pemilihan supplemen Kalsium

Pengambilan suplemen menggabungkan kalsium dan magnesium dengan penambahan vitamin D3, atau zink dan mangan, baik untuk diambil. Kalsium, dalam bentuk kalsium sitrat dan kalsium hidroksiapatit, selamat untuk digunakan dan diserap dengan lebih baik berbanding bentuk yang lain.

Sindrom pra-haid yang dialami oleh wanita kebiasaannya seminggu sebelum didatangi haid boleh diatasi dengan mengambil suplemen asid lemak omega-6, khususnya asid gamma-linolenik (GLA), bagi menghasilkan sebatian bermanfaat iaitu prostaglandin. Prostaglandin mampu mengatasi pelbagai masalah kesihatan termasuklah sindrom pra-haid.

Dah baca? Asid Lemak Penting untuk Kulit dan Tubuh Wanita

Gabungan asid-asid lemak omega-3, dari minyak ikan dan omega-6, dari minyak Evening Primrose, terbukti boleh merawat dan mencegah penyakit-penyakit tersebut. Asid-asid lemak omega-3 dan omega-6 mempunyai ciri-ciri anti-inflamasi, anti-alahan, merendahkan paras kolesterol dan trigliserida, membantu mengekalkan kesihatan sendi, jantung dan tulang.

Nutrien antioksidan menggabungkan beta-karotena (provitamin A), C, E dan mineral zink dan selenium bagi meneutralkan kesan berbahaya radikal bebas terhadap sel-sel tubuh.

Jom baca : 12 Manfaat antioksidan untuk kecantikan

Radikal bebas didapati daripada persekitaran seperti asap kilang, rokok, tekanan dan telefon bimbit. Pengambilan nutrien antioksidan secara kerap membantu melawan kesan penuaan di samping mengekalkan kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Untuk kesihatan sistem pembuangan air kecil wanita, suplemen probiotik dengan dua jenis strain Lactobacillus, yang terbukti secara klinikal, iaitu Lactobacillus RC-14 dan GR-1, boleh dipertimbangkan.

Wajib baca : Keluarkan toksin melalui air kencing

Shaklee memberikan yang terbaik untuk kesihatan wanita. Maka sebab itu lah Shaklee menyediakan Set Kesihatan Wanita yang merangkumi


1. Energizing Soy Protein (ESP)
- Menggalakkan kulit yang sihat, cantik dan gebu.
- Memberi bertenaga, menghilangkan rasa letih serta lesu
- Merendahkan tahap kolestrol dalam badan.

2. Omega Guard
Asid lemak omega 3 berfungsi melancarkan peredaran darah sekaligus baik untuk mereka yang mempunyai masalah kardiovaskular dan kolestrol yang tinggi.
- Menguatkaan daya ingatan.
- Mengurangkan risiko penyakit jantung
- Membantu membakar lemak & memperolehi berat badan yang ideal

3. Ostematrix
- Melegakan lenguh dan sakit-sakit sendi
- Menggalakkan tulang yang kuat
- Mengurangkan risiko penyakit osteophorosis

4. GLA Complex
- Membantu melegakan simptom senggugut dan menopos
- Awet muda dan mencantikkan kulit kerana mengandungi Vitamin E semulajadi.

5. Vitamin C Sustained Release
- Membantu penghasilan kolagen untuk kulit yang lebih cantik berseri
- Menaturalkan kembali sel-sel yang musnah akibat kesan radikal bebas.

Nak dapatkan produk Shaklee?
👇👇👇


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

10 Masalah Kesihatan Wanita ; Set Kesihatan Wanita Shaklee

10 isu kesihatan yang kerap dialami wanita serata dunia adalah seperti:

1. Kanser
kanser yang kerap menyerang wanita adalah barah payudara dan kanser serviks. Pengesanan awal dua jenis kanser ini menjadi kunci memastikan wanita kekal sihat.
Statistik global terbaru menunjukkan kira-kira setengah juta wanita maut akibat kanser serviks, manakala setengah juta lagi maut akibat kanser payudara setiap tahun.
Kebanyakan kes kematian berlaku di negara berpendapatan sederhana dan rendah kerana imbasan awal, pencegahan dan rawatan hampir tidak disediakan, manakala vaksin untuk virus human papilloma (HPV) ditangguhkan.

2. Kesihatan reproduksi
Masalah kesihatan reproduksi dan seksual menyumbang satu pertiga isu kesihatan wanita berusia 15 hingga 44 tahun. Seks yang tidak selamat adalah faktor utama, terutama wanita dan remaja di negara membangun. Kira-kira 222 juta wanita tidak mendapat perkhidmatan kontrasepsi yang diperlukan.

3. Kesihatan ibu
Kebanyakan wanita mendapat manfaat daripada
penambahbaikan besar-besaran penjagaan ketika
kehamilan dan kelahiran yang diperkenalkan sedekad lalu.
Namun, kemudahan itu tidak disediakan di semua tempat dan pada 2013 dilaporkan kira-kira 300,000 wanita maut akibat komplikasi ketika mengandung dan bersalin.
Kebanyakan kes kematian ini boleh dicegah jika
perancangan keluarga dan kemudahan asas disediakan.

4. HIV
Sejak 30 tahun lalu ketika wabak AIDS melanda, ramai wanita muda menjadi mangsa jangkitan. Terlalu ramai wanita muda berjuang melindungi diri mereka daripada penyakit jangkitan seks HIV dan mendapat rawatan diperlukan.
Mereka terdedah kepada penyakit tuberkulasis atau batuk TB yang juga penyebab utama kematian dalam kalangan wanita berusia 20 hingga 59 tahun di negara berpendapatan rendah.

5. Penyakit jangkitan seks (STI)
Walaupun jangkitan HIV dan HPV penyakit jangkitan kelamin paling kerap dialami di seluruh dunia, penyakit jangkitan lain juga penting untuk dicegah dan dirawat seperti gonorrhoea, klamidia dan sifilis.
Ini kerana sifilis yang tidak dirawat menyumbang kira-kira 200,000 kematian bayi dalam kandungan dan pramatang setiap tahun, manakala 90,000 kematian bayi baru dilahirkan.

6. Keganasan terhadap wanita
Wanita mudah menjadi subjek kepada pelbagai bentuk keganasan yang berlainan, tetapi keganasan fizikal dan seksual, sama ada dilakukan pasangan atau orang lain, adalah paling menyakitkan.
Hari ini, seorang daripada tiga wanita bawah 50 tahun mengalami keganasan fizikal atau seksual dilakukan pasangan atau orang lain yang menjejaskan fizikal dan mental mereka dalam jangka masa pendek dan panjang.
Oleh itu, penting kepada mereka yang sihat untuk sentiasa prihatin terhadap keganasan dan membantu mencegahnya, selain memberi sokongan kepada mangsa.

7. Kesihatan mental
Kajian menunjukkan wanita lebih cenderung daripada lelaki untuk mengalami keresahan, kemurungan dan aduan somatik iaitu gejala fizikal yang tidak dapat dijelaskan secara perubatan. Kemurungan adalah masalah kesihatan
mental paling kerap berlaku dalam kalangan wanita dan kejadian membunuh diri penyebab utama kematian wanita berusia bawah 60 tahun.
Oleh itu, penting menyedarkan mereka mengenai isu kesihatan mental dengan memberi sokongan untuk mendapatkan bantuan.

8. Penyakit tidak berjangkit (NCD)
Pada 2012, kira-kira 4.7 juta wanita maut sebelum usia 70 tahun akibat NCD dan kebanyakan mereka dari negara berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka maut akibat kemalangan jalan raya, merokok, alkohol, dadah dan obesiti. Dianggarkan 50 peratus wanita di Eropah dan Amerika mengalami obesiti dan membantu remaja perempuan dan wanita lain mengamalkan gaya hidup sihat di peringkat awal adalah kunci kesihatan hidup.

9. Menjadi ibu muda
Remaja perempuan berdepan pelbagai cabaran kesihatan reproduksi dan seksual seperti STI dan kehamilan. Kira-kira 13 juta remaja perempuan bawah usia 20 tahun melahirkan anak setiap tahun.
Komplikasi daripada kehamilan dan bersalin menjadi penyumbang utama kematian dalam kalangan ibu muda dan ramai menderita akibat keguguran yang tidak selamat.

10. Menjadi tua
Kebanyakan wanita yang sudah tidak bekerja atau bersara memperoleh wang pencen dan kemudahan lain yang sedikit berbanding lelaki, sekali gus kurang mendapat penjagaan
kesihatan dan perkhidmatan sosial. Selain berisiko miskin dan masalah lain berkaitan usia tua seperti nyanyuk, wanita tua kurang mendapat perkhidmatan kesihatan yang baik.

Artikel ini disiarkan di dalam Harian Metro pada :
Ahad, 15 Mac 2015 @ 5:01 AM


Beberapa komponen terpenting bagi wanita untuk
mengekalkan tahap kesihatan di paras OPTIMUM:
DOCOSAHEXAENOICACID (DHA) &
EICOSAPENTAENOICACID (EPA) : merupakan asid lemak omega 3 yang dikenalpasti dapat memberi sokongan nutrisi bagi menyokong tahap kolestrol yg baik sekaligus menjadikan jantung sihat.

GAMMA LINOLENICACID (GLA) : GLA telah digunakan secara tradisional untuk keselesaan semasa kitaran bulanan atau haid termasuk dapat melegakan kesakitan (period pain), sakit kepala, ketidakselesaan termasuk juga simptom-simptom pre-menopaus.

CALCIUM, MAGNESIUM, VITAMIN D, MINERALS ZINC, COPPER & MANGANESE :
Wanita perlu menitikberatkan kesihatan tulang mereka. Dianggarkan sejuta rakyat Malaysia kurang kesedaran berkenaan bagaimana untuk mengekalkan tulang yang sihat. Mengambil kalsium, magnesium, Vitamin D dan zink, copper dan mangan dalam diet harian dapat membantu dalam pembentukan dan penyelenggaraan tulang
dan gigi yang sihat.

Shaklee mengesyorkan set Women's Health untuk
kesihatan OPTIMUM wanita. Ianya adalah kombinasi nutrien yang menepati keperluan wanita disetiap peringkat kehidupan wanita.


Manfaat OsteMatrix (120 tablets)
1. Menyokong kesihatan tulang dan gigi
2. Mengurangkan simptom PMS
3. Memulihkan kekejangan dan kebas
4. Membantu masalah sembelit dan buasir
5. Sangat membantu mengurangkan masalah
gastrik

Manfaat Omega Guard (90 capsules)
1. Mengurangkan keradangan dan sakit sendi
2. Membantu mengurangkan alergi
3. Mengurangkan stress pada wanita
4. Menentang kanser
5. Meningkatkan sistem imun
6. Mencegah imsonia
7. Mengurangkan kolesterol
8. Membantu memulihkan asma
9. Membantu mengurangkan berat badan

Manfaat Gla Complex (60 capsules)
1. Mengatasi masalah haid tidak teratur
2. Melegakan senggugut
3. Mencantikkan kulit dan mengurangkan jerawat
4. Melambatkan menopous
5. Mengandungi vitamin e untuk melindungi
dinding arteri
6. Meningkatkan kesuburan untuk hamil

Manfaat ESP soy protein (850 gram)

1. Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant
: ESP pulihara dan pelihara rahim kita.

2. Untuk wanita yang sedang pregnant
: ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.

3. Untuk wanita yang menyusu anak
: ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila
kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.

4. Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon
: ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.

5. Untuk sesiapa yang mahu kurus
:  ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan sokmo pun kurang.

6. Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat
: ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang,
insyaAllah.

7. Untuk sesiapa yang nak cantik
:  ESP buat kulit kita anjal,
jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!

8. Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa
: ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Lapar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.

Manfaat Vivix

1. Melindungi dan memperbaiki selular DNA, 2. perlindungan antioksidan,
3. peningkatan tenaga selular,
4. melambatkan pembentukan protin AGE,
5. menggalakkan biogenesis mitokondria,
6. menyokong kesihatan kardiovaskular,
7. menyokong kesihatan jantung,
8. impak positif pengawalselia genetik,
9. promotes good health & well being,
10. menyokong kesihatan sendi,
11. menyokong kesihatan otak dan lain-lain.

Tahukah anda?
Kesihatan payu dara dan servikal juga semakin penting kepada wanita. Diet yang kaya dengan nutrien polifenol seperti Resveratrol dan asid Ellagic yang ditunjukkan dalam kajian amat berguna terutamanya dalam menyokong
kesihatan wanita. VIVIX memberikan campuran botanikal unik daripada Polyganum Cuspidatum, Muscadine Grape, European Elderberry dan Purple Carrot yang kaya dengan nutrien polifenol.

Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti memperlahankan proses penuaan sel dengan 4 cara:
- meningkatkan sistem pertahanan sel
- meningkatkan tenaga sel
- memperbaiki sel
- mengoptimumkan potensi sel

Apa lagi yang menarik tentang Vivix?
- Ia adalah natural – tanpa pewarna tiruan, pemanis, perasa dan pengawet.
- Bahan yang digunakan mempunyai potensi lebih 10 kali dari resevratrol semata-mata dalam memperlahankan penuaan sel.
- Mempunyai lebih dari 15 polyphenol termasuk ellagitannins yakni antioksidan semulajadi
- Dipatenkan eksklusif untuk Shaklee.

Kombinasi set kesihatan wanita yang disarankan
pakar pemakanan Shaklee yang meliputi meningkatkan kesuburan wanita, mencantikkan
kulit, kesihatan tulang dan paru paru. Set ini juga
dapat membantu memulihkan asma di kalangan
wanita.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,
merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Teruskan Membaca

20 Rahsia Awet Muda Untuk "Hot Mama"


Umur makin meningkat tahun demi tahun. Tambah parah bila kita jumpa dengan kawan-kawan lama di zaman universiti mahu pun sekolah dan mereka kelihatan masih lagi awet muda! Kita memang tak berupaya nak mengurangkan jumlah umur kita yang bertambah saban tahun tu. Sebaliknya kita mampu untuk lakukan sesuatu untuk MENGAWET usia kita. Nak tahu?

1. Makan buah dan sayur
Kandungan vitamin C dan beta karotena dalam buah dan sayur sangat bagus untuk mengekalkan kesegaran wajah kita. Kedua-dua sumber penting ni berfungsi sebagai antioksidan yang dapat melindungi sel-sel tubuh daripada radikal bebas. Walaubagaimanapun, kita disarankan untuk memasak sayur hanya dalam tempoh yang singat agar khasiatnya tidak hilang. Manakala buah lebih berkhasiat dimakan segar.

2. Amalkan ulam-ulaman
Ulam-ulaman kaya dengan vitamin dan kandungan galian seperti kalsium, fosforus, zat besi, natrium dan kalium. Selain itu, ulam juga membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia. Ulam juga mempunyai bahan anti-bakteria dan anti-oksidan

3. Ambillah Vitamin C
Sumber Vitamin C boleh diperolehi daripada buah-buahan segar seperti oren, brokoli dan juga suplemen sebanyak 1,000mg sehari. Vitamin C terbukti dapat meningkatkan daya tahan tubuh, mengurangkan risiko kanser dan melindungi risiko kanser daripada kesan yang ditimbulkan oleh masalah pencemaran.

4. Jaga Kesihatan Kulit
Retinoids dapat mengurangkan kedutan! Maka banyakkan mengambil makanan yang mengandungi retinoids seperti lobak merah. Melalui cara ini, ia membantu pH permukaan kulit seimbang dan mengurangkan tahap keasidannya.

5. Makan Anti-Oksidan
Antioksidan merupakan makanan anti penuaan. Semua jenis makanan berwarna gelap memiliki zat antioksidan. Kita disarankan mengambil 5 jenis makanan yang mengandungi antioksidan setiap hari.

6. Banyakkan serat
Menjaga kesihatan sistem pencernaan merupakan salah satu kunci awet muda. Untuk itu, kita dikehendaki mengambil 25gram serat setiap hari. Serat bertindak sebagai penjaga zat pemakanan yang kita ambil di dalam tubuh dan serat bertindak melepaskan zat-zat apabila diperlukan.

7. Minum air kosong
Minum 6-8 gelas sehari agar kulit terhindar daripada masalah dehidrasi. Air baik untuk melancarkan aliran darah yang membawa oksigen dan sumber tenaga ke seluruh organ tubuh. Dengan mengambil air yang mencukupi, kita berupaya untuk mengurangkan tekanan dan menyegarkan kulit.

8. Diet seimbang
Kalori berlebihan akan menjejaskan metabolisme tubuh. Kita haruslah mengamalkan diet kalori seimbang dengan jumlah karbohidrat 50-60%, protein 10-20% dan lemak 20-30%. Jumlah kalori harian yang kita perlukan adalah sekitar 1,500 kalori.

9. Makan sedikit tetapi kerap
Amalan mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil setiap 4-5 jam dapat memperbaiki tahap metabolisme badan. Melalui amalan ini juga, organ dalam tubuh dapat berfungsi dengan lebih efektif agar ia tidak mudah rosak dan menjejaskan kesihatan kita.

10. Rajin makan ikan
Ikan laut kaya dengan kandungan lemak Omega 3 yang berupaya menurunkan kadar lemak. Ia secara langsung dapat mencegah komplikasi pembuluh darah menjadi sempit. Ikan laut digalakkan diambil 3 kali seminggu

11. Minum susu
Susu merupakan sumber kalsium terbaik yang bermanfaat untuk menguatkan tulang agar tidak mudah rapuh. Asid lemak di dalam susu berperanan untuk menjaga kelembapan dan menghaluskan kulit.

12. Kurangkan pengambilan daging
Daging merah mengandungi radikal bebas yang berpotensi merosakkan sel tubuh. Jadi kita disarankan untuk mengambil daging hanya seminggu sekali atau dalam kuantiti yang tidak berlebihan.

13. Bersenam secara teratur
Kita disyorkan untuk berusaha melakukan senaman 3 kali seminggu agar kesihatan kita tetap terjaga. Dengan bersenam kulit mampu menjadi tegang.

14. Cukup tidur
Tidur yang cukup membantu tubuh memperbaiki sel-sel yang rosak. Kita digalakkan untuk tidur minimum 8 jam sehari. Dengan ini, masalah lebam bawah mata, kulit berkedut dan wajah kusam boleh dihindarkan.

15. Gunakan pelembap
Untuk kulit kekal segar dan lembap, kita haruslah menggunakan pelembap kulit di wajah dan tubuh. Pelembap dioles dua kali sehari secara rutin, pagi dan malam setelah mandi.

16. Gunakan pelindung matahari
Sinaran UV pada matahari boleh mengakibatkan proses penuaan seperti menyebabkan kulit wajah berkedut. Untuk melindungi wajah, kita boleh menggunakan losyen pelindung matahari dengan teratur setiap kali perlu melakukan aktiviti di luar kawasan rumah.

17. Pilih kosmetik
Sebelum menggunakan produk kosmetik, kenali dahulu jenis kulit anda dan gunakan produk yang sesuai.

18. Berfikiran positif
Fikiran yang tenang dan positif sangat berpengaruh dalam memastikan anda kekal muda. Ini kerana tekanan boleh menyebabkan wajah kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar

19. Bersosial
Aktiviti sosial adalah salah satu cara untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi. Jaringan sosial anda haruslah diluaskan dengan menghabiskan waktu terluang melakukan pelbagai jenis aktiviti riadah yang berfaedah untuk kesihatan tubuh dan minda

20. Bahagia selalu
Anda digalakkan menghindarkan diri daripada tekanan supaya wajah kelihatan lebih berseri-seri dan awet muda daripada usia sebenar.

Nak nampak 20 tahun lebih muda?


Niat hanya nak turun berat badan, tapi dapat pulak lagi bonus tambahan , muka jadi berseri-seri seperti 20-an, bestnya

Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI, Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca