Memaparkan catatan dengan label Susu Ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Susu Ibu. Papar semua catatan

Kenapa Saya Beli, Pilih & Makan Vitamin Shaklee Semasa Menyusu

Kenapa Saya Beli, Pilih & Makan Vitamin Shaklee Semasa Menyusu
Kenapa Saya Beli, Pilih & Makan Vitamin Shaklee Semasa Menyusu
Kenapa Saya Beli, Pilih & Makan Vitamin Shaklee Semasa Menyusu | Pengguna Shaklee majoriti ibu hamil, berpantang dan menyusu kerana kesan yang diri mereka dapat.

Ini perkongsian Master Iffah Anuar yang juga adalah pesakit SLE.

Masa kecil, emak dan ayah pernah join bisnes Jualan Langsung, dan mereka ada berikan kami anak-anak dengan vitamin dan beberapa suplemen lain. Pernahlah ikut mereka ke perjumpaan malam, bertemu sponsor dan home party. Kiranya vitamin ni takdelah perkara asing dalam kehidupan saya.

Pertemuan saya dengan Shaklee, bukan asbab untuk berbisnes. Waktu diperkenalkan dengan Shaklee saya hanya tahu ianya vitamin, produk kesihatan untuk bantu saya yang tengah down gile sebab susu untuk baby Faheem takde.

Waktu dalam pantang, serangan sakit relapse menyebabkan doktor tingkatkan intake steroid pada dos yang tinggi. Baby Faheem waktu tu tak boleh adapt dengan dos tinggi steroid, terus eczema nya meletus kat kiri kanan muka.

BACAAN LANJUT 5 Tips dan Kebaikan Berpantang 100 Hari Untuk Ibu Bersalin

Bila refer pada Paed, paed minta stop dulu breastfeed kan Faheem. Jadi fahamlah mak-mak sekalian bila kita stop BF, dengan tak sihat, pump just untuk release bengkak susu makanya, susu drop sangat-sangat.

Bila mula kerja, stok susu baby takda. Bila pump takat dapat cover dasar botol, mau tak stress! Dipendekkan cerita dari situlah saya kenal vitamin-vitamin Shaklee ni. Sekitar Julai/Ogos 2010 saya bermula sebagai pengguna.

Saya memang tidak nafikan bila saya mula ambil set menyusu Shaklee waktu tu, ditambah dengan buat Power pumping, konsisten pam setiap ⅔ jam, memang hasil dia superb tau. Mak-mak yang nak boost kan susu ibu patut give a try ambil set menyusu Shaklee.

Dari tutup dasar botol, sampai boleh buat stok 20-30 oz sehari, terbaiklah! Repeat order vitamin dengan kawan, ambil yang full pack punya dan saya mula perasan badan rasa best, selalu nak berjalan sakit, dah boleh mula speeding pagi-pagi nak pergi kerja.

Ini sudah bagus, nak buat relaktasi menyusukan baby Faheem, tapi dapat improve tahap kesihatan. Jadi saya teruskan menjadi pengguna setia Shaklee sebab saya sukakan kesan yang saya dapat.

Bagaimana Shaklee bantu ibu menyusukan bayi dengan susu ibu?

Melalui set postnatal ini, nutrisi yang diperlukan ibu menyusu dalam menyokong proses baik pulih, mendapatkan semula fungsi tubuh yang normal, menambah tenaga dan kesihatan semasa menyalurkan nutrisi kepada bayi untuk membesar dengan kuat dan sihat.

Di dalam set ini mengandungi :

1. ESP - Potein adalah bahan asas binaan sel dan tisu badan. Ia merupakan komposisi yang penting di dalam susu ibu. Protein membantu tubuh dengan membekalkan tenaga berpanjangan.
2. Alfalfa Complex - Tumbuhan yang telah digunakan sejak 2500 tahun dahulu untuk merawat pelbagai masalah kesihatan ini juga mempunyai kesan yang bagus sebagai 'milkbooster'
3. Ostematrix - memberi khasiat dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat dan sihat para ibu pada masa akan datang.
4. Vitamin C - mempercepatkan luka sembuh dan melindungi infection di kawasan luka.
5. Vitalea - sebagai multivitamin lengkap dalam memenuhi ruang dalam diet harian.
6. Omega-3 - menyokong pembentukan daya ingatan dan otak yang sihat serta sistem sel bayi.
7. B-complex - mengurangkan risiko postnatal depression, membina sel darah merah dan sel fungsi sistem. Selain itu, B-Complex juga menukarkan makanan kepada tenaga.

Set ni bukan je untuk ibu dan baby tapi satu family boleh berkongsi makan produk Shaklee.

Bagi membantu para ibu untuk menghasilkan susu ibu yang lebih berkhasiat disamping membantu tubuh ibu kembali bertenaga, Shaklee menawarkan set postnatal dengan harga merudum.

Kenapa Saya Beli, Pilih Makan Vitamin Shaklee Semasa Menyusu
Kenapa Saya Beli, Pilih & Makan Vitamin Shaklee Semasa Menyusu

Harga asal RM 740.70
Harga ahli RM 666.25
Harga promosi RM 479.70

Free membership Shaklee RM 65
Free postage dari HQ RM 10
Cashback

Jika anda berminat ingin mendapatkan produk Shaklee,
boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

 Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Kejang Kaki, Sembelit Ketika Hamil, Susu Meriah Berpantang, Tiada Sakit Belakang, Jerawat Makin Pudar, Kulit Makin Cerah : Shaklee


KEJANG KAKI DAN SEMBELIT HILANG SEMASA HAMIL, SUSU MERIAH KETIKA BERPANTANG, TIADA LAGI SAKIT BELAKANG, JERAWAT SEMAKIN PUDAR , KULIT SEMAKIN CERAH

Alhamdulillah hasil dari perkahwinan saya bersama suami tercinta kami telah dikurniakan seorang puteri yang comel .
.
Al-kisahnya, saya telah mengalami masalah kejang kaki dan sembelit yang teruk semasa hamil dan kurang susu badan ketika berpantang. Selain itu, saya juga turut mengalami sakit di bahagian belakang bahu kanan akibat kemalangan jalan raya sejak 3 tahun yang lalu.
.
Saya mengalami kejang kaki yang teruk di bahagian kaki kanan pada setiap malam bermula sejak usia kandungan saya mencecah 6 bulan. Pada masa yang sama saya sering merasakan sakit yang berdenyut-denyut di bahagian belakang bahu kanan saya. Tetapi saya tidak pernah berjumpa doktor untuk mengetahui lebih lanjut tentang sakit yang saya alami.
.
Saya telah mencuba pil kalsium yang dibeli dari farmasi namun kejang kaki masih juga berlaku. Agak perit untuk saya lalui kesakitan yang saya alami setiap hari membuatkan saya mencari ikhtiar untuk mencuba suplemen yang dapat membantu mengatasi masalah kesihatan saya pada masa itu.
.
Pada suatu hari, saya tertarik dengan satu entry blog dari penulis Emalinmohd.blogspot.my yang menerangkan bagaimana Ostematrix Shaklee mampu mangatasi masalah kejang kaki dan sembelit buat ibu hamil. Saya terus nekad untuk mencuba dan menghubungi beliau.
.
Beliau iaitu Pn Emalin Mohd telah mencadangkan pengambilan Ostematrix untuk masalah kejang kaki dan sembelit yang saya alami. Saya akui saya amat terkejut dengan kesan pengambilan Ostematrix seawal 2 hari saya sudah tidak lagi mengalami mimpi ngeri dengan masalah kejang kaki dan sembelit saya. Saya meneruskan pengambilan Ostematrix sehinggalah saya bersalin dan berpantang kerana saya yakin Ostematrix mampu memberikan kalsium yang secukupnya untuk tubuh badan saya sambil menyusu badan.
.
Apabila berpantang saya mengalami masalah kekurangan susu badan dan membuatkan saya menambah set penyusuan ketika berpantang iaitu ESP, Alfalfa Complex, Omega Guard dan Vitamin C. Sebelum pengambilan set penyususan, susu yang dapat diperah hanya 1-2 oz untuk setiap sesi perahan. Selepas pengambilan set penyususan selama seminggu, saya seronok tak terhingga kerana mampu mengumpul sebanyak 8-10 oz untuk setiap sesi perahan. Alhamdulilah susu saya semakin meriah dan mampu menyimpan stok susu yang cukup untuk bayi saya.
.
Saya mula consume Vivix setelah bayi saya berusia 7 bulan. Pengambilan Vivix dalam masa hanya 4-5 hari membuatkan saya rasa amat terkejut kerana sakit di bahagian belakang bahu kanan yang saya alami sejak 3 tahun yang lalu telah sembuh dan tiada lagi rasa berdenyut yang pedih. Padahal sebelum consume Vivix hamper setiap malam saya pasti akan minta tolong hubby urutkan belakang bahu saya yang sakit. Asalnya saya cuba amalkan Vivix untuk sakit belakang yang saya alami tetapi saya tidak menyangka yang Vivix mampu membuatkan kulit saya makin cerah dan jerawat kian pudar dalam masa yang singkat tidak sampai sebulan dan baru minum setengah botol sesudu teh setiap hari.
.
Cumanya kesan pengambilan Vivix membuatkan saya mengalami healing crisis yang teruk iaitu muka jadi berjerawat batu, bernanah dan berdarah mungkin disebabkan saya juga mengalami masalah resdung yang teruk sejak di bangku sekolah. Keaadaan muka saya yang teruk membuatkan saya rasa malu untuk keluar rumah berjumpa kawan-kawan dan ke pejabat kerana kawan-kawan sering menegur apa yang dah terjadi pada wajah saya. Thanks to my husband yang supportive dan pujuk saya agar meneruskan pengambilan Vivix kerana katanya Vivix membantu mencuci darah kotor sebab itulah nanah dan darah asyik keluar tanpa henti selama 2 minggu consume Vivix.
.
Saya merasa sangat bersyukur dan seronok kerana dapat berkenalan dengan Shaklee. Di sebabkan Shaklee masalah-masalah kesihatan saya dapat diatasi dan hilang dengan serta-merta. Terima kasih juga kepada Puan Emalin Mohd yang banyak membantu dan mencadangkan suplemen yang sesuai dengan masalah kesihatan saya selama ini. Saya juga telah berazam untuk mengamalkan suplemen Shaklee dalam kehidupan harian saya bersama seluruh ahli keluarga saya demi kesihatan yang berpanjangan dan menyeluruh.


Anda berminat nak dapatkan harga PROMO bulanan bagi produk Shaklee? Ada cara mudah untuk dapatkan harga PROMO


 cara mudah dapatkan harga ahli shaklee


Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI,
Hubungi saya
Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
Instagram : shaklee.pengedar.sah
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Bengkak Susu Hilang dan Stok Susu Banyak Selepas Amalkan Suplemen Shaklee


Sebenarnya saya mula kenal shaklee penghujung tahun 2012 ...masa mula mengandungkan anak sulung. Bila anak sulung..kita excited nak bagi yang terbaik kan.... saya hanya cari info kt google je masa tu n cari seller shaklee pun kat google. Seller tu suggest ESP untuk ibu mengandung tapi malangnya tekak saya tak mampu nak telan ESP sebab alahan yang teruk.

Akhirnya ESP tu saya wakaf je kat ahli2 dalam rumah..Lepas bersalin anak sulung, saya terjebak lagi dengan shaklee. Kali ni kawan pula yg suggest sebab masa tu saya nak bnyakkan susu. Tapi saya tak ambil dari awal, kalau tak silap dua atau tiga bulan lepas pantang. Sebabnya ESP kan soya, mak tak bagi sebab takut sejuk. Saya pun ikutkan jela.

Habis pantang saya minun ESP tapi tak konsisten. Ikut suka je sebab macam tak yakin je . Lagipun sebab kena “brain wash” dengan mak. Mak memang pantang anak atau menantu dia makan bukan-bukan lepas bersalin. Saya dapat susukan anak sulung smpai 8 bulan sahaja. Lepas tu susu dah kering dan stok pun tak bnyak. Puas usaha buat power pumping tapi tak berhasil. Kecewa sudah tentu, kerana saya memang berhajat nak breastfeed anak smpai 2 tahun.

Penghujung bulan 10 2014, saya disahkan mengandung lagi. Masa mula pregy anak kedua, saya hanya makan vitamin dari klinik sahaja. Sampailah satu hari, saya sakit perut yang amat sangat. Pergi klinik doktor cakap mungkin gastrik atau pedih ulu hati. Saya jenis yang tak suka makan ubat. Sakit perut ni terjadi sebelah malam masa nak tidur. Masa tu dah masuk 7 bulan rasanya.
.
Saya mengadu pada kakak dan dia suggest minum ESP. Masa tu yakin tak yakin je tapi sebab takut sakit menyerang saya minum. Jeng-jeng-jeng, magic..memang tak sakit da .boleh tido lenaaaa habaq hang....hihihi. Masa kandungan masuk 8 bulan kawan-kawan sebuyung dok angkut set bersalin shaklee. Saya pun terjebak sama .sebabnya saya takut kena czer. Baby songsang.

Akhirnya pada 30 mei jam 12 tgh malam saya dimasukkan ke wad sebab dah leaking dan masa tu genap 36 minggu. Baby masih songsang dan confirm kena czer. Lepas je keluar dari dewan bedah, saya stay kat rest bay . Jam 6 pagi baru dipindahkan ke wad. Tapi kena baring sampai jam 12 tengahari dan bila dah boleh bangun saya mulakan operasi untuk breastfeed baby.

Masa tu semua set berpantang tak bawa ke hospital sebab suami kelam kabut. Jadi bila dia balik rumah nak ambil barang , saya pesan siap-siap kat suami tolong bawa ESP, zinc dan vitamin C. Masa dalam wad saya curi-curi minum ESP sebab takut mak nmpak..Niat saya satu je, nak bnyakkan susu dan nak bagi susu keluar cepat. Alhamdulillah...sebelum minum esp (lepas bersalin) saya pam dapat sebanyak 1 sudu kfc je. Baby dah merengek lapar dan saya jadi stress.

Tapi lepas minum ESP, beberapa jam lepas tu alhamdulillah dari 1 sudu bertambah ke 1 oz....bertambah ke 2 3 4 oz. Kalau tak sebelum ni baby nangis, sekarang baby tido kekenyangan.... nurse yang buat routine check puji je baik baby tido. Dan yang paling best, nurse pun terkejut lepas sehari bersalin susu dah banyak. Malam sebelum tu nurse asyik jenguk sebab baby nangis tak henti-henti akibat kekurangan susu..

Oh lagi satu, sementara tunggu suami datang bawa makanan orang pantang (saya mmg takda spare makanan dan makanan dalam wad tak makan sebabbnya kebnyakannya tak sesuai) jadinya saya minum je ESP Suami datang dalam pukul 2 petang bawa makanan pun saya masih tak lapar. Biasanya kalau orang lepas bersalin tak jamah nasi panas perut akan masuk angin kan? Syukur sangat saya takda langsung sakit perut.

Lepas keluar wad, saya masih lagi minum ESP...kali ni saya nekad kena marah dengan mak pun biarlah sebab saya nak target saya tercapai. Mak pun pelik, saya makan nasi sikit tapi bila pam susu berbotol- botol dapat. Akhirnya dia diam je bila tengok saya teguk ESP. Masalah sejuk-sejuk pun takda, jadi dia tak kisah dah. Empat atau lima hari lepas bersalin, tiba-tiba saya kena bengkak susu. Sakit sangat.

Saya terus message kakak dan dia suggest Lecthin. Dia datang rumah semata-mata nak hantar Lecithin dan suruh stop dulu minum ESP. Alhamdulillah, saya dapat je Lecithin terus makan dan try pam lagi beberapa jam lepas tu . Susu mula keluar sikit-sikit dan esoknya masalah bengkak susu dah beransur hilang.Yang paling saya teruja, baru seminggu dalam pantang saya dah mula buat stok EBM. Masa anak sulung dulu tak macam ni dan stok susu saya hanya disimpan dalam freezer biasa.

Tapi kali ni smpai saya kena beli chest freezer dan sepanjang saya berpantang dekat 6 kali saya kena bengkak susu sampai demam. Nurse yang datang check tanya saya ada ambil apa-apa suplemen ke? Saya jawab saya minum ESP dan nurse sendiri suruh saya stop dulu minum ESP bagi hilangkan bengkak susu. Rupanya, saya selalu bengkak susu sebab susu saya terlalu banyak. Dua atau tiga jam sekali saya mesti kena pam..

Sekarang chest freezer dah penuh, freezer biasa pun penuh smpai takda ruang letak barang basah. Dalam masa 2 bulan sahaja saya buat stok EBM tu. Disebabkan saya bekerja, saya tak skip mengepam di tempat kerja. Ada kalanya susu yang saya pam tu terpaksa saya buang sebab bekalan susu untuk anak berlebih-lebih.

Sayu hati melihat susu dibuang ke longkang atau tanah. Sekarang, bagi mengelakkan susu dibuang, saya menjadi ibu susuan untuk bayi sebaya anak saya. Jadinya saya menyusu 3 orang dalam satu masa. Ank saya yang sulung, anak kedua dan anak susuan. Syukur Alhamdulillah, setelah 5 bulan bersalin dan menyusukan anak serta anak susuan, bekalan susu saya masih cukup dan dapat buat stok yang baru. Stok EBM yang lama saya terpaksa buang sebab dah tiada ruang.

Dalam sehari mengepam, saya dapat paling sikit 60 oz . (15 oz setiap kali pam, untuk 4 sesi bagi waktu yang sibuk) Tetapi selalunya saya akan buat 6 sesi mengepam jadinya 15oz x 6 sesi = 90oz. Bayangkan berapa banyaknya susu yang tersimpan. Alhamdulillah.. inilah pengalaman saya menggunakan produk ESP dari shaklee...

Anda berminat untuk mencuba? Boleh klik gambar di bawah untuk membuat pesanan atas talian (online).




Anda berminat nak dapatkan harga PROMO bulanan bagi produk Shaklee? Ada cara mudah untuk dapatkan harga PROMO

 cara mudah dapatkan harga ahli shaklee


Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI,

Hubungi saya
Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
Instagram : shaklee.pengedar.sah
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Teruskan Membaca

Vitamin boleh membantu untuk ibu menyusu.

Produk menyusu membantu ibu-ibu menyusu menghasilkan susu dengan banyak apabila kelompongan nutrien di dalam badan ibu disokong dan ditambahbaik oleh makanan tambahan. Saya sendiri menggunakan produk-produk ini, dan hasilnya Alhamdulillah dari perahan 1 0z meningkat ke 4 Oz dalam satu sesi perahan selepas mengambil set ini selepas 4-5 hari. Dan sehingga kini saya masih mengambilnya, kerana selain meningkatkan penghasilan susu, saya juga berasa sangat bertenaga dan kurang letih, di samping masalah sembelit selama ni dah hilang.. Dan, BONUS..berat badan tetap maintain seperti sebelum berkahwin/ mengandun.

Dengan segala khasiat, apa yang ada dalam produk untuk ibu menyusu ini?

1) Vitamin B Complex
Vitamin ini sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga, meningkatkan pembentukan sel darah merah dan meningkatkan penghasilan susu. Ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan stress. Justeru,vitamin ini bertindak sebagai penenang dan meningkatkan fokus. B complex juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya “B” for beauty.

2) Vitamin C
Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan sangat penting untuk membentuk kolagen. Bertindak sebagai anti oksidan dan berperanan dalam membentuk kulit yang cantik. Membantu pembentukkan sel-sel baru, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam serta berupaya mencegah penyakit barah.

3) Vitalea (Multivitamin)
Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

4)Alfalfa
Merupakan raja segala tumbuhan. Membantu meningkatkan sistem imunisasi dan membuatkan sistem badan berjalan lancar. Bertindak sebagai milk booster dan membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU. Juga membantu menyelesaikan masalah wanita, termasuklah masalah keputihan.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu bekerjaya yang menyusukan anak secara eksklusif, anda juga boleh mengambil Energizing Soy Protein(ESP) dan Ostematrix (Kalsium Magnesium dengan Vitamin D) untuk membantu penghasilan susu ibu yang banyak dan kesan yang maksimum.


Namun harus diingatkan, konsep utama penyusuan ialah SUPPLY AND DEMAND. Anda haruslah menyusukan anak anda / pam sekerap mungkin (setiap 2-3 jam) untuk mendapatkan hasil maksimum. Vitamin-vitamin ini hanya membantu dan berkesan jika payudara anda dikosongkan dengan kerap, dimana memenuhi konsep ~ lebih kerap bayi disusukan, lebih banyak susu akan dihasilkan.

Di samping itu, ibu juga harus memastikan mengambil air tidak kurang dari 3L sehari bagi menjayakan proses penyususan. Ini kerana susu ibu itu sendiri sebahagian besarnya terdiri dari air. Jika ibu tidak minum banyak air, mana mungkin banyak susu boleh dihasilkan.

Dan, kembalilah kepada Pencipta kita. Mintalah kepadaNya agar memurahkan rezeki anak kita. Kerana Dialah sebaik-baik Pencipta dan Sebaik-Baik Pemberi. Bagi Muslim, banyak-banyakkanlah doa dan zikir agar jiwa kita kembali tenang dan yakin denganNya, insyaAllah program penyusuan kita berjalan lancar.


Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:

Call / SMS : 019-4320059
Email : umi.nazrah@gmail.com
Add Fb saya : Umi Nazrah untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : Cantik Sihat Semulajadi untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja.
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan
Teruskan Membaca

INFO : Produk -ESP - 7 kriteria/panduan/guideline utk memilih suplemen SOY PROTEIN



  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium


Berminat? Sila hubungi saya di fb Umi Nazrah | umi.nazrah@gmail.com | tweet @nazra untuk sebarang pertanyaan atau pesanan. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Teruskan Membaca

Bila Botol Susu Mula Berisi

Sebelum (kedua-dua belah cik B)
Itulah hasil apabila setiap kali saya pam susu. Memang rasa kecewa dan hampir-hampir berputus asa dengan hasil perahan pam susu yang sangat sedikit.

Boleh dikatakan pam susu hari ni untuk kegunaan esok. Pam hari ni untuk babies minum esok, pam esok untuk babies minum lusa.

 Dah la Si Kembar Aisya, Aisya Irdina dan Aisya Ardini minum susu sangat kuat sejak saya dari dalam pantang lagi. Lepas ja Breast Feeding (BF) si kembar tu, mesti kena top up dengan Formula Milk (FM).

Kadang-kadang kena bagi si kembar FM sebab lepas BF, dorang akan nangis, takda banyak susu yang keluar. Kalau si kembar nangis serentak, salah sorang mesti akan disumbat ngan FM dulu. Lepas tu akan BF hanya untuk hilangkan ketagih si kembar pada puting susu badan ibu.

Memang sedih sangat, rasa terpaksa tapi apakan daya, rasa macam dah takda jalan. Paling sedih masa mengandung, disebabkan masalah peribadi & minda terganggu, saya tak pernah cuba nak belajar mengenai ilmu-ilmu mengenai DF, vitamin, cara-cara pam susu dan sebagainya.

Bila cuti bersalin 2bulan habis dan saya kena mula bekerja, saya cuma pam susu hanya untuk hilangkan bengkak susu yang saya alami. Masa mula-mula masuk dalam group Kumpulan Ibu-ibu Menyusukan (KIM), banyak dapat informasi dan pada masa tu juga ada orang sarankan mengenai ibu-ibu menyusu kena ambil vitamin tambahan agar takda masalah dalam produce susu badan.

Godek punya godek, terjumpalah dengan akak Siti Nor Khaironisha yang jual vitamin tambahan Shaklee. Alhamdulillah, paling ketara lepas ja ambil vitamin-vitamin yang dibekalkan, susu berubah warna. Daripada putih ke warna kekuningan dan ianya pekat. Sebelum ni putih cair aja.

Selepas (kedua-dua belah cik B)
Sebenarnya cemburu jugak tengok stok EBM orang lain dah hampir penuh peti malah ada dah penuh Deep Freezer tapi saya kuatkan semangat untuk cuba buat jugak stok EBM setelah penggunaan vitamin tambahan ni dan alhamdulillah, stok berjaya dikumpul walaupun masih sedikit.

Harini berjaya pam susu untuk pertama kalinya satu sesi dah boleh dapat 6oz untuk kedua-dua belah cik B. Alhamdulillah. Orang lain kalau kedua-dua belah cik B, sekali sesi ja buleh dapat 10 oz, hehe. Tak apa, saya bulatkan semangat, tekadkan azam untuk berusaha lagi. InsyaAllah. Hasil sekarang, sekali pam, sebelah cik B buleh dapat 3oz - 4oz. Alhamdulillah. Sikit-sikit, lama-lama jadi penuh stok EBM

Sekarang (kanan : cik B kanan & kiri : cik B kiri)
Teruskan Membaca

Suatu Pelaburan: Spectra 3 Breastpump


Ada kemahuan, pasti jadi. Dengan semangat nak pam susu badan guna pam elektrik yang berkobar-kobar, akhirnya aku beli jugak Set Spectra 3 Breastpump.

Tapi yang second hand saja sebab kalau beli yang baru, macam tak lepas aja duit poket, hehe.

Barangan sampai 2 hari selepas dibuat negotiation dengan sorang ibu iaitu Umiesaa Ali yang aku jumpa kat page Kumpulan Ibu-ibu Menyusukan lepas dia buat iklan untuk jual Set Spectra 3 ni. Jadi inilah hasilnya barang yg dah dipasangkan. Serius tak sabar nak guna
Teruskan Membaca