Video Tutorial Resepi Puding Karamel Kurang Manis Guna Cawan

Video Tutorial Resepi Puding Karamel Kurang Manis Guna Cawan
Video Tutorial Resepi Puding Karamel Kurang Manis Guna Cawan
Video Tutorial Resepi Puding Karamel Kurang Manis Guna Cawan | Sempena musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, ada banyak resepi yang boleh kita cuba masak.

Ini Umi kongsikan resepi puding karamel kurang manis guna cawan yang dibuat oleh kawan, Adilla Md Jizan.

Puding Karamel Kurang Manis Guna Cawan

Gula perang
1/2 cawan gula
1/2 cawan air

Untuk blend
5 biji telur
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1/2 tin air
1 sudu teh tepung kastard
1 penutup esen vanilla

Cara-cara
1. Kacau 1/2 cawan gula sampai jadi perang dalam kuali.
2. Kurangkan api dan tambah 1/2 cawan air dan kacau laju sebab kita taknak bagi gula tu berketul.
3. Tuang sebatian gula perang tadi tu dalam bekas. Sejukkan dalam peti ais dan ketepikan kejap.
4. Blend bahan 5 biji telur
1 tin susu cair, 1/2 tin susu pekat, 1/2 tin air, 1 sudu teh tepung kastard dan 1 penutup esen vanilla.
5. Tuangkan hasil blend tadi ke dalam bekas gula perang.
6. Kukus selama 30 - 40 minit.
7. Sejukkan dalam peti ais.
8. Nikmatilah puding caramel kurang manis.
















Tips Hanguskan Gula / Buat Gula Perang

Perkongsian HaSue

Mula-mula ambil bekas/ loyang tahan panas letak gula ikut sukatan resepi dan goyang-goyang bagi rata di permukaan. Lepas tu letak atas dapur gas dan buka api perlahan jer.

Apabila tepi gula tu dah mula kekuningan (jangan tunggu bertukar perang sangat), kacau perlahan guna senduk besi dari tepi ke tengah dan untuk pastikan gula itu hangus sekata. Apabila sudah mula cair,lenggang2kan gula tersebut agar cair dan hangus sekata.

Setelah cair keseluruhannya, tambahkan air panas sedikit (untuk karamel berkuah) dan biar lagi seketika. Kacau jika perlu. Kadang-kadang ia membeku seketika tetapi kembali cair. Jangan risau, tuang jer adunan puding dengan perlahan2 kat atasnya ia tak akan bercampur aduk.

Puding gini juga sebaiknya ditapis ketika memasukkan ke dalam bekas/loyang berisi karamel tadi agar teksturnya halus.

Lepas tu semasa memukul telur lak jangan laa pukul macam nak buat bahulu ye, pukul manja je. Asalkan kuning dan putih telur bercampur udah. Ni pulak untuk elakkan ruang udara berlebihan nanti puding jadi over lubang sana sini.

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

 Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

2 ulasan:

  1. selalu juga kak ana buat sebab suami suka makan ni :)

    BalasPadam
  2. Terus terliur tengok puding ni. Lama dah tak makan.

    BalasPadam