Doa Minta Dijauhkan & Elak Wabak Berjangkit Corona Covid-19

Doa Minta Dijauhkan & Elak Wabak Berjangkit Corona Covid-19
Doa Minta Dijauhkan & Elak Wabak Berjangkit Corona Covid-19
Doa Minta Dijauhkan & Elak Wabak Berjangkit Corona Covid-19 | Malaysia dikejutkan dengan berita penularan Novel Coronavirus Covid-19, suatu penyakit global.

Covid-19 mula memasuki Malaysia dengan kes yang pertama dikesan positif pada tarikh 3 Februari 2020. Kes ini berlanjutan sehingga 22 kes positif COVID-19 yang dilaporkan. Kesemua kes positif COVID-19 pada gelombang pertama ini (iaitu kes pertama sehingga kes ke-22) telah disahkan sihat dan discaj.

Doa Minta Dijauhkan & Eelak Wabak Berjangkit Corona Covid-19
Doa Minta Dijauhkan & Eelak Wabak Berjangkit Corona Covid-19

Gelombang Kedua Covid-19
Gelombang kedua COVID-19 menyerang kembali pada 27 Februari 2020. Bagi gelombang kedua sehingga 4 Mac 2020, terdapat sebanyak 28 kes positif COVID-19 (iaitu kes ke-23 sehingga kes ke-50) yang telah dilaporkan. Kementerian Kesihatan mengesahkan sebanyak 14 lagi individu positif Covid-19 pada 4 Mac 2020 dalam masa sehari. Setelah dikenalpasti, gelombang kedua ini berpunca daripada pesakit kes ke-26 dan kesemua 14 kes yang positif mempunyai kontak rapat dengannya. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 50 kes (kebarangkalian pertambahan kes adalah amat tinggi).

Takrif Coronavirus

Secara umumnya, Coronavirus (CoV) adalah suatu keluarga besar virus yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang meliputi demam selesema sehinggalah penyakit serius seperti Severe Acute Respratory Syndrime Cronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory Coronavirus (MERS-CoV).

Coronavirus baharu Novel Corona Covid-19 adalah mana-mana strain baharu virus tersebut yang sebelum ini tidak pernah dikenalpasti atau dikesan pada manusia.

Cara Pencegahan Coronavirus Disease 2019 (Covid-19)
  • Elakkan daripada ke luar negara dalam masa yang terdekat melainkan dalam keadaan terdesak.
  • Menangguhkan perjalanan ke wilayah-wilayah atau bandar-bandar yang diisytiharkan sebagai kawasan COVID-19.
  • Mana-mana individu yang baru pulang dari negara yang diisytiharkan COVID-19 mengambil inisiatif sendiri dengan melakukan self-quarantine dalam tempoh 14 hari.
  • Mereka yang baru pulang dari luar negara (tempat yang diisytiharkan kawasan COVID-19) dan sekiranya bergejala dalam tempoh 14 hari, hendaklah mendapatkan rawatan dengan segera. Hendaklah memaklumkan sejarah perjalanan tersebut kepada pengamal perubatan.
  • Kurangkan aktiviti luar dan elakkan diri dari tempat-tempat perkumpulan orang ramai seperti pasar, pasaraya dan lain-lain
  • Menjaga kebersihan diri, pakaian, tempat dan sebagainya.
  • Barangan dari negara yang direkodkan, sebagai langkah pencegahan, menggunakan tisu yang dibasahkan dengan losyen, hand sanitiser atau sabun dan lap barangan yang baru sampai.
  • Kerap kali membasuh tangan atau menggunakan hand sanitiser sebelum menyentuh anggota badan yang sensitif seperti mata dan mulut.
  • Elak dari makan sebarang produk haiwan yang mentah atau tidak dimasak dengan sempurna.
  • Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung serta bahan pencuci tangan iaitu hand sanitiser.
  • Menutup mulut dan hidung apabila batuk dan bersin menggunakan tisu. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
  • Memakai penutup mulut dan hidung apabila terpaksa berhubung atau berurusan dengan orang lain.
  • Tidak digalakkan bersalaman dengan pesakit atau orang yang mempunyai simptom-simptom penyakit COVID-19.
  • Sentiasa tenang dalam menghadapi situasi dan mengikut arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
  • Jangan menyebarkan sebarang berita palsu agar tidak menimbulkan ketidaksenangan dan kekeliruan terhadap masyarakat.
  • Jangan mengeluarkan sebarang ijtihad atau pendapat sendiri berkenaan dengan hukum hakam agama melainkan apa yang dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa.


Doa Minta Dijauhkan & Eelak Wabak Berjangkit Corona Covid-19
Doa Minta Dijauhkan & Eelak Wabak Berjangkit Corona Covid-19

Doa Minta Dijauhkan & Mengelak Wabak Berjangkit Corona Covid-19

Tidak ada salahnya juga bagi umat muslim mengamalkan doa sebagai salah satu ikhtiar agar terhindar dari virus Corona Covid-19.

Doa ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A. Beliau berkata:


اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ Ø£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†َ البَرَصِ، ÙˆَالْجُÙ†ُونِ، ÙˆَالْجُØ°َامِ، ÙˆَÙ…ِÙ†ْ سَÙŠِّئِ الْØ£َسْÙ‚َامِ

Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.”

Riwayat Abu Daud (1554), Ahmad (13027), al-Nasa'ie (5493) dan Abu Ya'la (2897)

Panjatkan doa ini sekerap mungkin, terutama selepas solat.

Jika anda berminat ingin mendapatkan produk Shaklee,
boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

 Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

17 ulasan:

  1. Semoga wabak ini segera dapat diatasi dan mereka yang dijangkiti segera sembuh, Amiiinnn

    BalasPadam
  2. Bahayanya sampai tak mau ke mana. Tapi boring jugak duduk rumah. ^^ Semoga kita terpelihara dari penyakit jangkit berjangkit. ^^

    selamat hujung minggu umi.

    BalasPadam
  3. Moga seluruh keluarga kita dilindungi Allah

    BalasPadam
  4. Amin ya rabbal alamin.. semkgabkita semua dijauhkan

    BalasPadam
  5. Aamiin.Kak PC sentiasa berdoa moga Allah segera tawarkan wabak ini.

    BalasPadam
  6. Aamiin
    Semoga dijauhi

    BalasPadam
  7. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah daripada penyakit berbahaya ini..Aamiin

    BalasPadam
  8. moga kita semua dijauhi dari Covid-19 Aminnnnnn

    BalasPadam
  9. Depa kata mkn ikan singgang mampu mengelak wabak ni..

    BalasPadam
  10. aminn ya robbalalaminn

    BalasPadam
  11. Risau sangat dengan virus Covid-19 ni.

    BalasPadam
  12. Sama sama kita amalkan doa ni

    BalasPadam
  13. ameen ameen ya Allah..

    BalasPadam
  14. covid dah masuk gelombang kedua amat membimbangkan,, risau jugak huu.. Semoga allah lindungi kita semua.

    BalasPadam
  15. Suami saya kena pantau pelancong yang datang bercuti ke pulau dari Cina akhir bulan ni. Risau saya. Nak suruh suami simpan doa ni nanti, senang nak amalkan nanti..Nurzarini

    BalasPadam
  16. semoga dipermudahkan.. skrg ni nk ke mall pun berhati2

    BalasPadam