Pakar Nutrisi Dedah Konsep Sebenar Pemakanan Kanak-kanak


Pakar Nutrisi Dedah Konsep Pemakanan Kanak-kanak Sebenar | Konsep pemakanan yang betul untuk bayi dan kanak-kanak kecil sebenarnya adalah berdasarkan 3K.

Konsep itu ialah KEKERAPAN, KUANTITI & KEPELBAGAIAN.

📌KEKERAPAN
Berikan anak (contoh berumur 6-8 bulan) makan 2-3 hidangan utama berserta 1-2 snek. Tingkatkan kekerapan mengikut umur. Hidangan utama seperti bubur dan apabila meningkat umur boleh mulakan dengan makanan seperti nasi. Ubah tekstur dan penyediaan makanan secara beransur-ansur mengikut pertumbuhan, perkembangan dan keupayaan mereka.
Snek pula adalah seperti buah-buahan, sayuran dan finger food.

📌 KUANTITI
Tingkatkan kuantiti makanan anak mengikut perkembangan umur mereka. Berikan makanan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan tenaga bayi dan kanak-kanak. Kuantiti buahan seperti pisang yang dilecek untuk bayi 8 bulan adalah lebih kurang 2 sudu makan sahaja, bukannya satu biji.

📌KEPELBAGAIAN
Perkenalkan pelbagai jenis makanan kepada bayi dan kanak-kanak. Kepelbagaian makanan dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi dan kanak-kanak yang optimum.

✏️ Jangan elakkan (atau delay) sayuran hijau dan protein haiwan seperti ikan, daging, ayam.

Pakar Nutrisi Dedah Konsep Pemakanan Kanak-kanak Sebenar
Pakar Nutrisi Dedah Konsep Pemakanan Kanak-kanak Sebenar
Tahukah anda, dengan mengelakkan makanan tersebut boleh menyebabkan bayi menghadapi masalah kekurangan mikronutrien seperti zat besi, zink, vitamin B kompleks, vitamin A dan asid folik?

✅ Sajikan pelbagai pilihan makanan dalam setiap kumpulan makanan supaya mendapat kombinasi nutrien daripada makanan berlainan. Sekiranya asyik berulang epal dan pisang, ayam sahaja, bayam sahaja, memang besar kemungkinan anak mempunyai masalah seperti sembelit atau kekurangan nutrien (anemia kekurangan zat besi) apabila elakkan kumpulan makanan seperti ayam, daging. Selain kemudaratan kepada kesihatan dalam jangka masa pendek (kurang berat badan) mahupun jangka masa panjang (kebantutan).

✅ Sekiranya ingin menukar makanan, tukar makanan dalam kumpulan makanan yang sama:

1. Kumpulan nasi, mi, roti, bijirin, ubian (nasi ditukar dengan kentang/jagung).
2. Kumpulan ikan, ayam, daging, telur (ayam ditukar dengan daging).
3. Kumpulan kekacang (tauhu kacang soya ditukar dengan kacang pis).
4. Kumpulan sayur (bayam ditukar dengan sawi).
5. Kumpulan buah (betik ditukar dengan buah naga).

Elak menukar bayam dengan kentang atau labu kuning dengan oren kerana ia berbeza kumpulan.

Sumber makanan tempatan kita juga kaya dengan khasiatnya.

Pakar Nutrisi Dedah Konsep Pemakanan Kanak-kanak Sebenar
Pakar Nutrisi Dedah Konsep Pemakanan Kanak-kanak Sebenar
Apakah keperluan millet, quinoa, butternut squash dan avocado? Diet orang T20?

Kebolehdapatan makanan dan jaminan makanan (availability and security) dalam kalangan B40 dan M40 perlu diberi perhatian. Tak perlu beri andaian kita hanya boleh hidup dengan makanan mahal-mahal semata-mata.

Pemberian makanan daripada pilihan tempatan sedia ada memudahkan adaptasi kanak-kanak untuk mulakan pengambilan makanan keluarga pada umur setahun.

Lemak/ minyak sememangnya perlu ditambah dalam makanan mereka dan boleh gunakan unsalted butter atau minyak masak/ minyak sayuran.

Amalkan pemberian makanan yang sesuai berdasarkan 3K!
Perlukan maklumat lanjut, rujuk dan baca Rekod Kesihatan Kanak-kanak (yang dibekalkan semasa anak lahir) yang mempunyai segala maklumat penjagaan kesihatan termasuk pemakanan, kesihatan, dan vaksinasi.

Oleh Nutritionist Thiru Kanesh

Jika berminat ingin dapatkan produk Shaklee,
Boleh hubungi Umi melalui Whatsapp.


* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

 Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah wife dah bagi anak makan sayur n buahan 😊

    BalasPadam
  2. Baru tahu juga yang sayur pun ada kelasnya. Ingatkan boleh je tukar-tukar kalau dah namanya sayur hehe. Okeh. Patutlah ada puree yang pelbagai.

    BalasPadam