5 Masalah Utama Kesihatan Wanita

5 Masalah Utama Kesihatan Wanita
5 Masalah Utama Kesihatan Wanita
5 Masalah Utama Kesihatan Wanita | Ada beberapa masalah paling umum berlaku dalam kalangan wanita, khususnya di Asia dan bagi wanita yang memasuki usia 30-an.

1. Mengekalkan atau mengawal berat badan

Kadar metabolisme rendah adalah salah satu sebab kenapa berat badan sukar turun atau naik. Oleh itu, wanita harus mengawal pemakanan atau bersenam. Bagi yang gemar meratah makanan lewat malam, digalakkan mengurangkan atau berhenti terus.

JOM BACA Tips Turunkan Berat dan Perut Buncit Untuk Wanita Umur 30-an

Kenaikan berat badan juga salah satu punca utama wanita diserang penyakit berkaitan kardio selain diabetes dan kanser.

2. Sakit bahagian dada

Pelbagai kajian membuktikan sakit dada dalam kalangan wanita petanda awal sakit jantung walaupun tanpa simptom. Kebanyakan wanita mangambil ringan sakit di bahagian badan menyebabkan mereka diserang penyakit kronik secara mengejut.

3. Tulang asas kepada struktur badan

Wanita adalah kumpulan paling berisiko bermasalah osteoporosis. Penjagaan harus bermula sejak muda lagi, jangan tunggu sehingga kita mencapai 30an. Pengambilan kalsium di usia muda seperti menyimpan wang setiap bulan dalam bank untuk kegunaan hari persaraan. Bila dah bersara, mana boleh simpan wang kan?

BACA JUGA Kelebihan Kalsium Untuk Wanita

Pengambilan suplemen kalsium dan makanan berkalsium tinggi tetap disarankan dengan harapan ia sekurang-kurangnya membantu menampung kadar kalsium berkurangan.

4. Banyakkan air, elak jangkitan kuman

Peningkatan usia dalam kalangan wanita juga meningkatkan risiko masalah jangkitan kuman atau bakteria di saluran pundi kencing (UTI), buah pinggang, pundi kencing atau uretra.

Kajian menunjukkan dengan menambah pengambilan air sekurang-kurangnya 1.5 liter setiap hari, masalah jangkitan boleh dielak sehingga 48%.

5. Menopaus

Lazimnya berlaku selepas usia 50-an. Kesan paling utama ialah ketidakseimbangan hormon, badan dan perasaan. Menopaus menyebabkan gangguan vasomotor seperti kulit memerah, berpeluh, susah tidur, berdebar-debar, panas baran, pelupa, mudah berkecil hati, kurang konsentrasi, masalah fizikal dan kejiwaan seperti kemurungan dan tekanan.

KETAHUI 5 Suplemen Terbaik Untuk Wanita Dewasa 30an 40an 50an Malaysia

Pengambilan suplemen yang disyorkan untuk wanita adalah

GLA Complex
GLA Complex, diekstrak dari Borage seed oil yang mempunyai 2 kali ganda Asid Gamma Linolenik berbanding EPO. GLA Complex untuk sumber omega-6, dengan vitamin E yang baik untuk regulasi hormon dan kulit yang sihat. Asid gamma linolenik telah lama digunakan secara tradisional untuk melegakan kesakitan semasa haid, sakit kepala, menormalkan semula kitaran haid dan melegakan simptom-simptom menopaus.

OsteMatrix
Ostematrix untuk sumber kalsium dan magnesium bagi tulang. Membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Penggunaan hanya dua caplets dari Ostematrix meningkatkan tahap kalsium darah untuk 12 jam.

Multivitamin Vitalea
Sumber zat besi. Memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal, termasuk vitamin C, dan Beta Karotena untuk perlindungan antioksidan. VitaLea mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang. Kelebihan tablet Vitalea mengandungi sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten, direka untuk memastikan penyerapan asid folik.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua pembaca. Diharapkan setiap wanita mengambil berat masalah kesihatan tubuh badan.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, kami sedia membantu.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

1 ulasan: