Apa itu CoQ10, fungsi dan keistimewaan CoQ-Trol Plus Shaklee


Coenzyme Q10 yang berada di dalam mitokondria; stesen janakuasa sel, berfungsi dengan menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang kita gunakan sepanjang hari.

Kandungan CoQ10 yang lebih tinggi menghasilkan lebih banyak tenaga di dalam sel serta membekalkan tenaga dengan lebih cekap. Hasilnya, kita akan bertenaga, cergas, dan berkeyakinan! Peningkatan CoQ10 membantu:

Meningkatkan kekuatan otot.1
Mempercepatkan pemulihan luka.2

CoQ10 lebih tertumpu pada organ-organ yang menggunakan banyak tenaga seperti jantung. Peredaran darah yang sihat menunjukkan jantung kuat dan sihat. Untuk mengekalkannya berdegup dengan sihat, kita memerlukan CoQ10 tambahan yang membantu:

Menguatkan otot-otot jantung.3
Menyokong fungsi jantung yang sihat.4
Meningkatkan paras tenaga untuk mereka yang mengambil statin.5

CoQ10 juga menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum.



Pengambilan CoQ10 membantu:

Meningkatkan jumlah sperma yang sihat.6,7
Meningkatkan pergerakan sperma.6,7
Meningkatkan kualiti ovum.

CoQ10 juga terdapat di permukaan luar kulit yang melindungi kulit dari sinaran UV yang berbahaya. Ia juga membekalkan tenaga untuk sel-sel yang rosak memperbaiki diri mereka sendiri, jadi kulit kekal berseri dan kelihatan lebih muda.



Pengambilan CoQ10 membantu:

Menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan.8
Meningkatkan tekstur kulit.8

Bertindak sebagai antioksida yang melindungi saraf, CoQ10 membantu mengurangkan pembentukan plak amiloid,9 salah satu punca utama Penyakit Alzheimer, di dalam otak.



CoQ10 yang juga membantu:

Menjana fungsi otak yang sihat.9
Meningkatkan fokus dan fungsi-fungsi sel otak.9

Walaupun dihasilkan secara semulajadi oleh badan kita, ianya merosot seiring dengan gaya hidup dan usia.

Bagaimana Gaya Hidup Menjejaskan Penghasilan Tenaga
Seperti sebuah kilang, badan kita memerlukan sel-sel (stesen penjaga tenaga) dan nutrien-nutrien (pekerja) untuk berfungsi seperti biasa. Setiap sel mengandungi satu stesen penjanaan yang bernama mitokondria untuk menghasilkan tenaga untuk badan anda dan ia memerlukan satu nutrien, Coenzyme Q10 (CoQ10). Badan anda boleh menghasilkan mitokondria dan CoQ10 secara semulajadi. Akan tetapi, penghasilannya akan merosot dengan usia yang meningkat dan cara hidup tidak sihat seperti pemakanan yang rendah nutrien yang memberi tenaga, serta tinggi kandungan lemak dan gula, pencemar persekitaran, stres dan kurang bersenam. Hasilnya, anda akan berasa lesu, mengantuk dan mudah berasa letih.

Seawal usia 20 tahun, tubuh mengalami kesukaran untuk menghasilkan CoQ10. Mereka yang mengambil statin, ubat untuk merendahkan kolesterol, memerlukan jumlah CoQ10 yang lebih tinggi kerana ubat tersebut mengurangkan penghasilan sebanyak 40%


Untuk mendapat 100mg Coenzyme Q10, kita perlu mengambil:


Tingkatkan Tenaga Anda dengan Polifenol dan CoQ10
Tinggi dengan antioksida, polifenol membantu meningkatkan prestasi sel ke tahap optima, menambah jumlah mitokondria dalam sel. Sebagai pekerja dalam stesen-stesen penjana tenaga, CoQ10 diperlukan untuk mengecas badan, memperbaharui tenaga agar badan anda berfungsi lebih efektif.



KEISTIMEWAAN SHAKLEE
• CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol.
• Untuk penyerapan optimum, ia dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun.



Sebotol 30 kapsul RM 157.68
Dapatkan terus CoQ-Trol Plus Shaklee di http://bit.ly/coq10shaklee



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Rujukan

1. Alexandra F., Simone O., Petra N., Thomas M., Matthias L., Gerald R., Frank D., Coenzyme Q Status as a Determinant of Muscular Strength in Two Independent Cohorts, https://doi.org/10.1371/journal.pone.0167124

2. Bang S.C.,Ho S.S.,Hee R.K., Tae W. P.,Tae D.K.,Bong J.C.,Chang J.K.,Sang S.S., Effect of coenzyme Q10 on cutaneous healing in skin-incised mice, Archives of Pharmacal Research June 2009, Volume 32, Issue 6, pp 907–913

3. Folkers-K. Langsjoen-P. Langsjoen-P-H. Therapy with coenzyme Q10 of patients in heart failure who are eligible or ineligible for a transplant. Biochem- Biophys-Res-Commun. 1992 Jan 15. 182(1). P 247-53.

4. Serebruan VI, Ordonez JV, Herzong WR, Rohde M, Mortensen SA, FOlkers K, Gurbel PA. Dietary coenzyme q10 supplementation alters platelet size and inhibits human vironectin (CD51/CD61) receptor expression. J Cardiovasc Pharmacol. 1997; 29(1):16-22.

5. Peter H. Langsjoen, M.D., F.A.c.c. The clinical use of HMG CoA-reductase inhibitors (statins) and the associated depletion of the essential co-factor coenzyme Qlo; a review of pertinent human and animal data.

6. Sedigheh A., Reihane B., Akram G., Azadeh N., Antioxidant supplements and semen parameters: An evidence based review Int J Reprod Biomed (Yazd). 2016 Dec; 14(12): 729–736.

Safarinejad M.R., Safarinejad S., Shafiei N., Safarinejad S., Effects of the reduced form of coenzyme Q 10 (ubiquinol) on semen parameters in men with idiopathic infertility: a double-blind, placebo controlled, randomized study. J Urol. 2012;188:526–531.

7. Knott, A., Achterberg, V., Smuda, C., Mielke, H., Sperling, G., et al. (2015) Topical treatment with coenzyme Q10-containing formulas improves skin’s Q10 level and provides antioxidative effects. BioFactors 41, 383–390.

0 comments:

Catat Ulasan