9 langkah untuk mengekalkan kulit wajah lembap dan awet muda


Sebagai seorang individu yang menjaga kecantikan diri, kelembapan kulit wajah harus diberikan perhatian. Kerana ianya adalah kunci kepada wajah yang lebih muda.

Bagaimana mengekalkan kelembapan kulit?

TOPENG WAJAH
Boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit. Topeng wajah berfungsi untuk menyalurkan nutrisi kepada kulit sekali gus memberi kelembapan secara mendalam. Agar wajah kekal lembap, urut wajah dengan ketulan ais selepas memakai topeng wajah.

RAJIN MEMBERSIHKAN WAJAH
Membersihkan wajah dengan sempurna dan teliti juga amat penting agar kelembapan kulit wajah sentiasa terjaga. Gunakan pembersih wajah yang sesuai dengan kulit dan bilas dengan air suam agar pori-pori wajah terbuka. Bilas semula dengan air yang sejuk agar pori-pori tertutup kembali.

CUKUP TIDUR
Tidur yang cukup dan berkualiti mempengaruhi kesihatan kulit. Tempoh tidur yang diperlukan untuk mendapatkan kulit yang sihat adalah di antara 6-8 jam sehari.

BERSOLEK SEDERHANA
Bersolek tebal menjadikan kulit sukar bernafas lebih-lebih lagi apabila selepas bersolek dan tidak membersih solekan dengan sempurna. Sisa solekan yang melekat pada pori-pori kulit wajah bakal mengundang masalah kulit seperti jerawat, kulit kusam dan pori-pori besar.

BEDAK ASAS
Bedak asas dalam bentuk krim dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit wajah. Sapu bedak asas secara nipis kerana formula pelembap ekstra boleh mencantikkan kulit wajah.

SAPUAN SERUM
Biasanya diri menyapu serum sebelum tidur bagi menjaga kelembapan kulit wajah. Ketika bangun pagi, kulit akan terasa lebih anjal dan segar. Untuk kulit di bawah mata, sapukan krim mata secara teratur.

SUNBLOCK DENGAN PELEMBAP EKSTRA
Pilih sunblock yang menyediakan pelembap ekstra. Perlindungan daripada cahaya matahari ini sangat penting untuk melindungi kulit. Kesan cahaya matahari ini bukan sahaja boleh menghilangkan kelembapan kulit malah boleh menyumbang kepada jeragat dan noda hitam.

PENGELUPASAN
Lakukan rawatan pengelupasan dengan lulur yang berasaskan minyak. Ini boleh membantu menyingkirkan sel-sel kulit yang mati dan membantu memelihara kulit agar tetap dalam keadaan lembap.

Lihat 9 Kebaikan Vitamin E Untuk Kulit Sihat

Lihat 7 Tips Vitamin E Mudah Diserap Kulit Untuk Cantik

Nak daftar ahli Shaklee secara online
👇👇👇👇

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan