Manfaat dan kebaikan kolam air panas untuk kesihatan tubuh


Penggunaan kolam air panas semula jadi bukan sekadar untuk beriadah semata. Sebaliknya aktiviti merendam kaki di kolam air panas bertujuan menyembuhkan penyakit.

Selain meluangkan masa lapang dan berehat, ramai berkunjung ke kolam air panas untuk menyerap kebaikan airnya kerana dikatakan boleh mengubati pelbagai penyakit seperti tekanan, sakit kulit, lenguh badan, sendi, mengeringkan kesan luka akibat kemalangan serta membantu melancarkan semula pengaliran darah.

Ada banyak lokasi kolam air panas di seluruh Malaysia untuk digunakan demi kesihatan tubuh badan kita.



Sebilangan besar pengunjung beberapa kolam air panas ialah mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Mohd Jumaat Ilham ke kolam air panas bagi merawat sakit saraf. Saya selalu lenguh pinggang dan sengal badan. Setiap kali rendam kaki dan mandi, tubuh saya rasa ringan. Lenguh dan sengal hilang.

Azizah Simon gemar merendam kaki kerana lenguh pada kedua- dua lututnya. Bila rendam kaki, sakit pada lutut hilang.

Lee Sam merendam kaki bagi menghilangkan sakit kaki yang kronik. Hasilnya sakit kaki hilang selepas beberapa kali merendam kaki.

Rosni Hamdan sudah tujuh tahun mengamalkan mandi untuk kesegaran tubuh. Saya merasai kesegarannya bila saya mandi dan berendam dalam kolam air panas.

Zabedah Talib sudah dua tahun sakit gout. Selalu tak boleh pijak kaki di lantai sebab sakit tumit. Tapi bila rendam kaki di sini, kaki rasa lega. Tumit tak sakit lagi.

Halimah Abdullah selalu kebas pada jari tangan dan kaki yang tidak diketahui puncanya oleh perubatan moden. Mula rendam memang sakit tetapi kemudian berpeluh dan rasa kebas itu beransur hilang. Kepala juga rasa ringan.

Abdul Latif Mohd Zan kemalangan kira-kira 10 tahun lalu. Daging kaki hampir putus. Akibat kemalangan itu juga tubuh sebelah kiri nyaris lumpuh dan selalu menggeletar. Setelah rendamkan kaki dan tubuh sebelah kiri di sini, memang rasa sakit akan hilang dan tubuh yang kadang kala tidak boleh bergerak ini terasa ringan.  Dan berasa lega dari kesakitan. (artikel sinarharian.com.my)


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan