Emak 50-an Bertenaga Jalan Ke Surau


Vivix ni bagi tenaga ke? Ye Vivix boleh bantu berikan tenaga kepada tubuh kita. Resveratrol Dalam Vivix Bantu Mitokondria Tingkatkan Tenaga Sel.

Fungsi mitokondria dan kaitannya dengan tekanan oksidatif memainkan peranan penting dalam penuaan manusia. Resveratrol adalah polifenol tumbuhan sifat antipenuaan yang pelbagai. Ayuh kita lihat bagaimana resveratrol dapat membantu membekalkan tenaga kepada sel.

Sepatutnya
  • Orang muda > tenaga sel masih banyak > cergas, bertenaga
  • Orang tua > tenaga sel semakin kurang > cepat letih, lesu
Tapi ramai orang muda sekarang pun alami simptom orang tua (cepat letih, kurang tenaga, lesu). Sebab apa? Sebab berlaku penuaan yang pantas pada tahap sel.

Jadi bagaimana hendak mengelakkan penuaan, dan meningkatkan tenaga sel? Jawapannya tingkatkan potensi mitokondria anda. Jadi walaupun umur sudah meningkat, anda masih sihat dan cergas seperti 20 tahun dulu.
Apakah mitokondria Yang Dikatakan Tingkatkan Tenaga Sel

Mitokondria merupakan ‘kilang tenaga’ sel-sel badan. Lebih daripada 200 jenis penyakit yang diwarisi telah dikaitkan dengan gangguan fungsi mitokondria termasuk kebanyakan penyakit tua seperti penyakit Alzheimer, Parkinson, diabetes, kanser, penyakit jantung dan strok.

Kebanyakan sel mengandungi 200 hingga 5,000 mitokondria. Sel yang mempunyai lebih banyak bilangan mitokondria menghasilkan lebih banyak tenaga. Mitokondria dikenali sebagai ‘kilang tenaga’ bagi sel kerana ia menghasilkan adenosina trifosfat (ATP), iaitu bekalan tenaga biologi yang mengawal kegiatan badan.

Semasa muda, mitokondria menghasilkan ATP yang cukup untuk kita kekal aktif. Apabila usia meningkat, mitokondria kita juga kehilangan bentuk dan struktur, menjadi lebih keras dan menghasilkan tenaga yang kurang.

Kekurangan tenaga memberi kesan kepada setiap sel dan sistem organ badan. Apabila sistem imuniti pula terjejas, badan kita akan mudah terdedah kepada jangkitan dan gangguan masalah autoimun seperti rheumatoid artritis.

Kecacatan fungsi mitokondria untuk tingkatkan tenaga sel

Setiap kali mitokondria menghasilkan tenaga, ia juga menghasilkan radikal bebas berbahaya dan harus dihapuskan. Radikal bebas boleh mengakibatkan kerosakan dahsyat kepada setiap bahagian mitokondria termasuk membran dan DNAnya.

Membran Mitokondria merupakan kunci bagi penghasilan tenaga. Jika terjadi kerosakan membran, kurang tenaga akan dihasilkan dan toksin yang terkumpul akan merosakkan sel. Jika banyak sel telah dirosakkan, fungsi sistem organ pasti terganggu.

DNA mitokondria (mtDNA) adalah amat mudah terancam oleh radikal bebas yang mempunyai berkaitan dengan proses penuaan. Kerosakan mtDNA dalam otak dipercayai merupakan satu faktor penyakit seperti alzheimer, parkinson dan strok.

Kegagalan jantung, iaitu masalah mengepam darah ke seluruh badan, merupakan contoh biasa bagi masalah fungsi mitokondria.
Tanda Mitokondria Tidak Berfungsi Tingkatkan Tenaga Sel

Sejak fungsi mitokondria diterangkan sekitar 1960-an, bidang perubatan telah mempertingkatkan pemahaman tentang peranan mitokondria dalam kesihatan, penyakit dan penuaan. Pelbagai jenis gangguan yang kelihatan tidak berkaitan akhirnya menunjukkan hubungkait dengan kelemahan fungsi mitokondria. Kerosakan mitokondria juga telah dikaitkan sebagai satu penyumbang utama proses penuaan.

Antara tanda mitokondria tidak berfungsi termasuk:

Penyakit jantung dan strok
Alzheimer
Demensia
Parkinson
Kanser
Diabetes
Sawan
Tekanan darah tinggi
Sakit kepala migrain
Hati berlemak / fatty liver (bukan disebabkan alkohol)
Keletihan (termasuk sindrom keletihan kronik, fibromialgia)

Bagaimana Resveratrol Dapat Membantu Melindungi Mitokondria Untuk Tingkatkan Tenaga Sel

Terdapat satu kajian memberi tumpuan kepada mekanisme molekul yang memberikan kesan perlindungan mitokondria resveratrol, yang boleh dieksploitasi bagi pencegahan atau amelioration penyakit yang berkaitan dengan penuaan. Untuk pengetahuan anda, zaman sekarang penuaan bukan sahaja pada orang tua, namun orang muda pun sudah ada tanda penuaan.
Bagaimana Resveratrol Dapat Membantu Melindungi Mitokondria Untuk Tingkatkan Tenaga Sel

Kelebihan Resveratrol yang sangat bagus adalah:

Meningkatkan biogenesis mitokondria
Meningkatkan fungsi sel
Mengurangkan pengeluaran radikal bebas
Mengurangkan simpanan lemak
Meningkatkan jisim otot tanpa lemak
Melambatkan kemerosotan yang berkaitan dengan usia

Tips Tingkatkan Fungsi Mitokondria dan Meningkatkan Tenaga Sel
1. Kurangkan makan (sekatan kalori)

Apabila kurang makan, maka tugas mitokondria (tenaga untuk hadam makanan) akan berkurangan dan pengeluaran radikal bebas juga berkurangan. Ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan mitokondria, tetapi juga menghidupkan gen SIRT1, yang mengekod protein yang meningkatkan fungsi sel.

2. Tambahkan senaman

Senaman fizikal membantu untuk mengaktifkan mitokondria yang sedia ada dan juga mengaktifkan laluan biokimia yang merangsang pengeluaran yang baru, ini dikenali sebagai biogenesis mitokondria. Dalam satu kajian terhadap atlit menunjukkan bahawa otot mereka mempunyai kepekatan mitokondria yang sangat tinggi.

Tapi bukan hendak suruh jadi atlit angkat berat atau bina badan, cukup dengan aktiviti senaman sederhana yang konsisten untuk merangsang sel-sel otot agar dapat meningkatkan permintaan terhadap tenaga.
3. Ambil Nutrisi

Ambil nutrisi yang meniru kesan positif daripada senaman dan sekatan kalori (kurang makan). Salah satu daripadanya adalah resveratrol, yang mengaktifkan gen SIRT1.

Pengaktifan SIRT1 melakukan tindak balas biokimia positif yang menghasilkan fungsi mitokondria dan biogenesis. Sebab itulah hasil dari pelbagai kajian mendapati resveratrol menunjukkan kesan positif untuk melindungi daripada penyakit kardiovaskular dan neurodegenerative, meningkatkan antioksidan, mengurangkan keradangan, dan melanjutkan jangka hayat serta melambatkan kemerosotan yang berkaitan dengan usia.

Pokok pangkal bermula dengan mitokondria. Mitokondria sihat, keseluruhan badan kita juga akan sihat. Kita punya lebih banyak tenaga, lebih cerdas dan lebih tahan dari serangan penyakit, badan yang lebih berotot, risiko penyakit pun kurang, tekanan darah cantik, gula darah stabil.

Bukan ke ini semua memanjangkan jangka hayat kita?

Apakah nutrisi resveratrol? Tentulah Vivix.

Promosi Shaklee Vivix Harga Ahli Keahlian Percuma

Promosi Shaklee Mei 2019 Vivix Harga Ahli Keahlian Percuma
Promosi Shaklee Vivix Harga Ahli Keahlian Percuma

Promosi twinpack 2 botol Vivix
Harga asal RM950

Harga promosi bulan ni
2 botol hanya RM684

2 botol Vivix boleh digunakan oleh anda suami isteri atau dihadiahkan kepada ibu ayah tercinta demi kesihatan mereka yang terbaik.

Nak beli terus di laman web Shaklee dengan kad kredit/debit anda? Klik gambar di bawah

 Promosi Shaklee Mei 2019 Vivix Harga Ahli

Nak sembang-sembang dulu tanya sebarang persoalan, boleh hubungi Umi di


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan