Telan 4 biji aje, boleh tidur lena?


Tak sangka penat seharian dengan tugasan kerja & tunaikan kewajipan ibu/isteri/anak boleh hilang macam tu aja semasa tidur dan selepas bangun keeseokan harinya. Sebenarnya niat saya ambil hanyalah semata-mata untuk masalah sembelit. Yala masa berpantang dulu saya kena ambil jamu. Lepas ambil jamu tu, apalagi sembelit teruk sampai terbuka jahitan bersalin. Berdarah air mata ku juga!

Search punya search ada la jumpa produk ni. Untuk sembelit. Dek kekangan fulus, saya beli untuk cuba-cuba dulu. Sebotol aja. 120biji. Tak sangka kesan dia bukan setakat untuk masalah sembelit, tido pun lena. Masa tu hairan jugak, apa kaitan produk Kalsium dengan tido lena. Nak tahu kenapa?
Sebab produk OsteMatrix tu ada unsur Magnesium.

Macam mana Magnesium membantu?
===========================
Magnesium adalah vitamin yang sangat berguna untuk melegakan otot yang tertekan. Ini termasuk kekejangan yang diakibatkan oleh stress. Selain tu, Magnesium membantu mengurangkan tahap stress di dalam tubuh badan kita. Apabila diambil bersama-sama dengan Kalsium, kombinasi dua vitamin ini akan memberikan kesan kelegaan kepada tubuh badan. Kajian menunjukkan mengambil dua vitamin ini sebelum tidur akan meningkatkan kualiti tidur seseorang individu.

Kekurangan Kalsium dan Magnesium boleh Menyebabkan Anda Berjaga
====================================================
Dari pandangan pakar nutrisi, beberapa kajian mendapati terdapat beberapa vitamin dan mineral yang berkesan dalam membantu kita untuk tidur dan lena sepanjang malam. James F. Balch seorang doktor dan penulis buku Prescription for Nutritional Healing memberitahu:

" Kekurangan Kalsium dan Magnesium boleh menyebabkan kita berjaga beberapa jam dan tidak boleh kembali tidur jika terjaga"

Kalsium sangat berkait rapat dengan kitaran tidur. Dalam satu kajian, yang telah diterbitkan di European Neurology Journal, penyelidik mendapati tahap kalsium dalam badan adalah tertinggi ketika kita tidur paling lena, seperti dalam fasa REM (rapid eye movement). Kajian juga mendapati gangguan dalam tidur terutama apabila kehilangan fasa REM adalah berkait dengan kekurangan kalsium. Untuk mendapatkan tidur yang lena kembali, tahap kalsium dalam badan juga perlu normal.

Willian Sears, seorang doktor memberitahu

"Kalsium membantu minda menggunakan asid amino tryptophan untuk menghasilkan bahan melatonin, sejenis bahan yang membantu untuk tidur. Ini membuktikan kebanyakan produk bersusu mengandungi kedua-dua bahan (kalsium dan tryptophan), makanan yang boleh membantu kita untuk tidur"

Kekurangan Magnesium Menyebabkan Insomnia

Sebab utama insomnia yang kronik adalah kekurangan magnesium. Tidur juga terganggu akibat banyak kali terbangun ketika tidur. Kajian juga mendapati kandungan magnesium yang tinggi dalam badan dan aluminum yang rendah boleh menyumbang tidur yang lebih lena. Kajian ini telah dibuktikan oleh James Penland di Human Nutrition Research Center di North Dakota.

Secara keseluruhannya, kadar pengambilan kalsium dan magnesium yang seimbang mampu memberikan kesan terbaik dalam menyumbang kepada tidur yang lebih lena. - sumber : http://www.medicalnewstoday.com/releases/163169.php

Mana nak cari produk yang ada unsur Kalsium, Magnesium & Vitamin D dalam 1 kapsul? Semestinya di dalam Ostematrix.

Ostematrix mempunyai
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium



Apa kata mereka yang telah mencuba Ostematrix?






1 ulasan:

  1. Terima kasih...saya suka baca blog puan.. Banyak infomasi berguna..saya susah tidur.mungkin kurang kalsium sebsb saya tak suka susu

    BalasPadam