Kurus Luar Gemuk Di dalam? Tips Bakar Lemak Dalam Badan


Mesti kawan-kawan tahu yang obesiti (Kegemukan) dikenalpasti melalui ukuran BMI (Body Mass Index). Nilai BMI juga digunakan dalam perubatan untuk mengukur risiko terhadap sakit jantung dan penyakit kronik yang lain. Semakin tinggi nilai BMI, semakin tinggi risiko. Jika BMI 25-29 berat anda berlebihan dan jika BMI lebih dari 30 anda gemuk/obes.

Walaupun BMI dikira berdasarkan berat dan tinggi, BMI tidak dikira secara tepat dan BMI juga tidak dapat membezakan antara otot dan lemak dalam badan.

1. Lemak Dalam Badan
Otot secara relatifnya lebih berat berbanding lemak dalam badan.

Hasil Lancet 2006 membuktikan bahawa kajian terhadap 0.25 juta responden menunjukkan mereka yang mempunyai BMI rendah biasanya menghadapi risiko lebih tinggi terhadap sakit jantung berbanding orang gemuk.

Kajian yang diketuai oleh Dr. Jimmy Bell (molecular imaging group, Imperial College
London) pula membuktikan orang kurus tetapi 'gemuk di dalam' juga mempunyai risiko yang hampir sama terhadap penyakit seperti orang yang fizikalnya kelihatan gemuk. Sekumpulan doktor ini yang melakukan pemetaan lemak dalam badan mengesahkan bahawa sebahagian kita, terutamanya yang kurus, menyimpan lemak di tempat-tempat yang tidak sepatutnya seperti di dalam dan sekitar buah pinggang, pankreas dan jantung. Hasil ini berlaku berkadaran dengan tabiat semasa pengguna yang gemar menurunkan berat badan melalui diet dan pemilihan bahan makanan berbanding teknik lama, bersenam bagi membakar lemak.

45% individu BMI 20-25 sebenarnya memiliki kandungan lemak dalam badan yang berlebihan. Manakala 60% lelaki yang ideal BMI mempunyai lemak berlebihan dalam badan.

Tanpa petunjuk yang jelas, kebanyakan kita dibimbangi terus terperangkap dengan pemikiran: oleh kerana saya kurus, diri saya adalah cukup sihat!

Dr. Louis Teichholz menyatakan disebabkan anda memiliki badan tinggi lampai tidak bermakna anda cukup sihat sehingga anda boleh mengaku anda imun terhadap diabetes mahupun penyakit berkaitan jantung. Maka keseluruhan konsep terhadap 'kegemukan' harus dirombak semula.

Banyak lemak dalam badan baru lah GEMUK!

2. Gemuk Dari Dalam
Mereka yang gemuk dari dalam sebenarnya berisiko untuk menjadi gemuk dengan pantas.
Badan mereka kurus namun ini hanyalah kerana lemak terkumpul tersorok di dalam badan. Kebiasaannya mereka yang kurus mengamalkan diet makan secara tidak sihat yang tinggi iaitu makanan berlemak dan tinggi gula. Mereka hanya menunggu masa sebelum badan mula mengumpul lemak berlebihan di sekitar perut terlebih dshulu sebelum gemuk seluruh badan. Individu banyak lemak dalam badan dikenali sebagai golongan "Tofi" - thin outside, fat inside.

3. Badan Slim Tetapi Tidak Sihat
Risiko sebenar lemak berlebihan yang tidak nampak ini (internal fat) belum dapat dipastikan. Namun teori yang lazim digunapakai adalah lemak dalaman ini mengganggu sistem komunikasi badan. Lemak dalaman ini terkumpul dan menyalut/membungkus organ dalaman menyebabkan badan tersalah hantar arahan kimia bagi mengumpul lemak ke tempat tidak sepatutnya
seperti dalam hati dan pankreas seterusnya menggagalkan keberkesanan insulin, meningkatkan risiko berlakunya diabetes jenis 2 dan serangan jantung.


Dengan ini boleh dianggap mereka yang gemuk dan aktif adalah lebih sihat berbanding mereka yang kurus tetapi kurang bergerak. Individu yang mempunyai berat badan normal namun tidak aktif berhadapan risiko kematian lebih tinggi berbanding orang gemuk yang aktif. Ini boleh dilihat pada ahli gusti sumo yang memiliki kadar metabolisme lebih baik berbanding kita penonton bersaiz normal kerana mereka hanya menyimpan lemak dibawah kulit sahaja, bukan di sekeliling organ kritikal dan otot.

4. Berita Baik
Penyelesaian terhadap masalah kegemukan dalaman ini boleh diatasi dengan mudah iaitu bersenam dan meningkatkan kualiti diet seharian. Jika anda hanya mahu kelihatan kurus, kurangkan lemak semata-mata mungkin mencukupi. Tetapi jika anda mahu kurus dan sihat, tiada jalan pintas. Anda perlu banyakkan bergerak dan gunakan badan untuk melakukan senaman.

Ramai dah buktikan suplemen kecilkan pinggang dengan cara semulajadi boleh mbantu.


Suplemen ni menjurus kepada mengurangkan saiz badan. Jadi jangan risau jika berat anda maintain atau cuma kurang sedikit. Ukur saiz pinggang. InshaALLAH saiz pinggang anda berkurang.

Kenapa begini? Suplemen ini bertindak dengan memecahkan lemak, keluarkan lemak dari badan dan kekalkan otot. Kita semua tahu bahawa lemak itu ringan. Jadi kehilangan lemak tidak sepatutnya mengurangkan berat badan dengan banyak. Lainlah jika badan kita terlalu banyak lemak. Otot pula adalah berat. Jadi berhati-hati dengan produk yang claim dapat kurangkan berat dengan banyak kerana dikhuatiri pengurangan berat itu disebabkan kehilangan otot.

5. Kebaikan Senaman
Pakar menyatakan senaman 20 minit satu sesi, 3 kali seminggu adalah mencukupi untuk mengurangkan 60% risiko serangan berkaitan jantung sehingga.
- Senaman yang berkesan bukan sahaja membuat anda rasa sihat, malah meningkatkan
tona otot, pergerakan darah yang lebih lancar, menjadikan jantung dan paru-paru lebih efektif.
- meningkatkan stamina/fit.
- meningkatkan ketahanan psikologi/mental dalam mengharungi stress secara lebih baik, meningkatkan motivasi dan keyakinan diri ke tahap yang lebih baik.

Busy? Kurangkan penggunaan kenderaan, berbasikal jika boleh. Juga selalu cari tangga
sebagai alternatif berbanding hanya menggunakan lif sepanjang naik turun bangunan.
Juga banyakkan minum air kosong.
Mereka yang mementingkan kesihatan bukan hanya perlu menjaga pemakanan, malah perlu memasukkan senaman sebagai rutin hidup, bagi
menjaga kecantikan dan kesihatan dari dalam ke luar badan.

Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI, Saya perunding bertauliah anda
Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan