Bukti saintifik kebaikan Omega 3 dengan kesihatan jantung.


Ramai yang maklum asid lemak Omega 3 bukan sahaja bagus untuk bakar lemak dalam badan malah Omega 3 juga bagus untuk sendi, penglihatan, minda, kulit dan sebagainya.

Begitu banyak kajian saintifik telah membuktikan kaitan yang amat kuat di antara Omega 3 dengan kesihatan jantung yang baik. Pada 8 September 2004, USFDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu supplement yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan jantung adalah:

• Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
• Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
• Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
• Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
• Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.

Terdapat banyak kajian saintifik yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan yang telah membuktikan kebaikan omega 3 kepada kesihatan jantung. Banyak kajian yang mengkaji pengambilan makanan laut terutamanya ikan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.


Pada tahun 1999, pengkaji dari GISSI-Prevenzione melaporkan dalam jurnal perubatan The Lancet, mengenai satu kajian yang dijalankan melibatkan 11,324 pesakit yang telah mendapat serangan jantung (myocardial infarction). Kesemua pesakit ini telah diberikan Omega 3 sebanyak 1,000mg setiap hari dan kesimpulan dari kajian ini menyatakan terdapat pengurangan kadar kematian akibat serangan jantung kali kedua sebanyak 45 peratus. Kesan baik pengambilan Omega 3 diamalkan setiap hari didapati selepas tiga bulan dan seterusnya.

Suplemen Omega 3

Dalam satu lagi kajian di Amerika Syarikat yang dipanggil DART Study (The Diet and Reinfarction Trial), hubung kait antara pemakanan ikan yang kaya dengan Omega 3 dengan pencegahan serangan jantung untuk kali kedua adalah sangat berkait rapat. Dalam kajian ini seramai 1,015 pesakit dinasihatkan memakan ikan sekurang-kurangnya dua hidangan seminggu dan seramai 1,018 pesakit tidak dinasihatkan begitu. Semua pesakit yang mengambil bahagian dalam kajian ini telah mendapat serangan jantung buat kali pertama. Selepas dua tahun, kajian ini mendapati terdapat penurunan sebanyak 29 peratus di dalam kadar kematian di kalangan pesakit yang mendapat nasihat supaya memakan ikan tersebut. Ini adalah antara kajian terawal yang mengkaji hubungan di antara pemakanan ikan yang kaya dengan Omega 3 dengan kadar serangan jantung buat kali kedua, iaitu hanya dengan menambah ikan dalam pemakanan mereka. Cuma dua hidangan seminggu boleh mengurangkan kadar sakit jantung. Kajian-kajian selanjutnya mendapati , pengambilan supplemen Omega 3 juga menghasilkan kesan yang baik untuk kesihatan jantung.

Satu analisa sebelas kajian rambang terkawal ( Randomised Controlled Trial) yang dijalankan di antara tahun 1966 hingga 1999, yang melibatkan seramai 7,951 pesakit menunjukkan pengurangan yang ketara dalam kadar kematian mengejut akibat serangan jantung dengan pengambilan asid lemak Omega 3 secara konsisten.

Pada tahun 2006, terdapat dua jurnal perubatan utama di Amerika Syarikat iaitu American Journal of Clinical Nutrition dan Journal of American Medical Association (JAMA) telah memberikan ulasan yang positif tentang kelebihan Omega 3. Ia menyatakan bahawa, berdasarkan laporan kajian yang telah dijalankan di seluruh dunia, terdapat pengurangan yang ketara dalam jumlah kadar kematian keseluruhan dan insiden penyakit serangan jantung (myocardial infarction) di kalangan mereka yang mengamalkan pemakanan banyak ikan atau minyak ikan, ataupun mengambil supplement Omega 3 setiap hari.






 Omega Guard
Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI, Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan